Balik Kampung...

May 29, 2010

4 Komentar

Dulu masa duduk sekolah asrama, waktu atau masa yang paling ditunggu-tunggu dan disukai oleh aku adalah hari Jumaat minggu bebudak asarama balik kampung. Seronok ooo. Dapat balik tido kat rumah, setelah ketensenan hidup di asrama dengan segala macam ragam manusia yang ada termasuk roommate, classmate, senior yang perasan bagus serta junior yang tak sedar diri.

Tiba ja hari Jumaat yang dinantikan tue, seawal pagi-pagi buta lepas subuh lagi wajah aku dah berseri-seri bak kelopak bunga yang layu di tasik madu. Indah sungguh perasaan di ketika itu. Sudah terbayang game-game komputer dan PS2 yang ada di rumah seperti Yu-Gi-Oh, winning eleven dan sebagainya. Boleh balik tengok bola, Doraemon, Tom and Jerry, Dexter’s Laboratory dan memacam lagi. Syoknyaaa!

Bila lepas solat Jumaat, semua bebudak kena siapkan beg pakaian masing-masing sebelum pukul 2.30 petang sebab lepas tue bebudak semua kena kosongkan dorm masing-masing. Kalau lambat, siap la kena sound baik punya dengan ketua warden ataupun warden yang bertugas terutamanya cikgu Hasni yang memang warden yang terbaik punya dan dikenang oleh semua student yang pernah hidup di bawah jagaan dan didikannya. Terima kasih cikgu!

Kekadang, aku tak mampu nak memenuhi kehendak masa tersebut iaitu menyiapkan beg nak balik rumah sebelum jam 2.30 petang akibat daripada sambal nasik lemak yang ditibai secara berlebihan pada waktu breakfast. Sambal dia takde lah sedap sangat, tapi sebab dah duduk kat asrama, apa yang dewan makan sediakan bedal je lah. Ingat sikit, makan dah la free, jangan la banyak songeh nak yang sedap-sedap pulak. Bersyukur kan lebih baik.

Oleh kerana terlalu lama masa yang diambil untuk melabur amanah saham di dalam jamban, makanya selalu gak la aku terlewat untuk mempersiapkan segala macam beg dan pakaian yang nak dibawak balik. So, bila dah lewat tue, kalut la jadinya. Pakaian yang tak dimasukkan lagi di dalam beg disumbatkan begitu sahaja tanpa perlu dilipat kemas-kemas.

Nak buat hapa lipat kemas-kemas? Balik rumah kang campak masuk dalam washing machine jugak. Alah, typical Malay male lah. Mana reti nak letak pakaian dalam beg kemas-kemas. Buktinya, kalau kita tengok dalam drama Melayu, bila part nak kemas beg, mesti si suami akan mintak tolong isterinya yang buat, sebab hakikatnya orang laki-laki memang tak reti nak buat keja tuh. Kalau reti pun tak banyak la tapi pemalas nak mampos.



Jadinya, bila dah sumbat pakaian macam tauhu sumbat tuh, mesti beg jadi tak muat atau kata orang utara tak ‘celuih’. Bukan ‘cemuih’ ek, lari banyak maksudnya tu. Kekadang zip beg tue tak mampu nak ditarik sampai ke penghujungnya menyebabkan zip tersebut jadi rosak sebab dipaksa juga kemampuannya yang terbatas itu untuk melepasi keterbatasan tersebut.

Tensen jugak sebenarnya, dah lah aktiviti melabur tadi terpaksa di pause kan sebentar dek kerana masa yang dah semakin suntuk, cikgu Hasni dah terpekik dari bawah lagi dah suruh bebudak semua berambus dari bilik masing-masing, zip pulak buat hal, spoil betullah!

Tapi, selalunya sempat jugak turun ke bawah dengan segala beg pakaian dan kelengkapan untuk pulang ke rumah. Tapi, keadaan pun memang tak terurus lah. Baju batik tak sterika, tali kasut tak ikat, rambut serabai. Tapi bab rambut tu tak kisah sangat, sebab member aku penah bagitau aku yang rambut aku ney kalau serabai macam Son Goku. Perhaps, kalau aku sikat kemas boleh jadi macam Son Goku yang jadi Super Saiya. Kamehamehaa!!



So, pulanglah aku ke halaman ayah bonda. Kalau balik hujung minggu, dapat la duduk rumah selama tiga hari dua malam dan semestinya hari terakhir iaitu hari Ahad merupakan hari yang paling aku tak keruan menghadapinya. Jiwa kacau betul sebab nak kena balik semula ke asrama. Ikutkan hati, nak tambah cuti sampai hari Isnin ataupun Selasa. Tapi, aku tak cukup berani untuk menerima pelempang peringkat ke lapan belas daripada ayahku kerana cuba untuk ponteng sekolah hanya kerana nak sambung cuti barang satu dua hari.

Yang peliknya, tetiba pakaian yang aku bawak balik ke rumah yang mulanya tak celuih tadi tuu jadi muat pulak untuk masuk ke dalam beg yang sama. Malah, ada lagi ruang kosong pulak tu. Nak kata aku kurangkan kuantiti pakaian yang nak dibawa semula ke asrama, rasanya tak kot. Banyak mana yang aku bawak balik ke rumah, banyak tue jugaklah yang aku bawak pulang semula ke asrama.

Rupanya, berlaku hal yang demikian adalah kerana bila nak balik ke asrama, pandai pulak aku lipat kemas-kemas pakaian tue semua masuk dalam beg. Tak macam masa nak balik rumah hari Jumaat tue yang mana pakaian tue semua aku sumbat masuk dalam beg tanpa dilipat langsung. Gila nak sumbat pakaian yang baru dibasuh dan disterika dengan kemas oleh lelaki yang kemas macam aku nie.

Bila difikirkan balik, begitulah perbandingan yang terbaik terhadap masa di atas muka bumi nie. Pernah kita dengar orang mengeluh, hidup nie tak cukup masa terutamanya masa nak diluangkan dengan Tuhan. Dengan bebanan kerjanya, dateline yang nak dikejar dan sebagainya, bila disebut tentang Tuhan dan tanggungjawab pada-Nya, kita mengeluh tak cukup masa.

Bos syarikat, engineer, lawyer, orang-orang bisnes dan sebagainya. Kerja-kerja mereka semua memakan masa yang panjang sehari-harian untuk diuruskan menyebabkan masa dengan Tuhan jadi teramat sedikit. Alah, bukan takat orang kerja, student pun macam jugaklah pe’el nya. Bagi yang IPT, nak buat assignment, nak study tahap gaban sebab esok ada kuiz atau exam, begitu jugaklah student sekolah terutamanya bila dalam nak menghadapi peperiksaan-peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM.


Bila sentuh pasal masa dengan Tuhan, mereka-mereka ini selalunya tak punya masa yang banyak untuk bercerita soal itu. Tue pasal la solat 4 rakaat pun tak sampai lima minit, doa pun boleh buat pakej; “Ya Allah, doa aku hari ni sama macam doa aku minggu lepas”, tazkirah serta majlis-majlis ilmu jarang sekali nak pergi jenguk, Quran pun takde masa nak bukak, harapkan ayat Kursi dengan empat Qul yang tergantung dalam rumah tue je la yang boleh nampak pun, tue pun belum tentu baca.

Tapi, pelik, ada orang pada posisi yang sama, student, orang bekerja dan sebagainya tetap punya masa yang banyak terluang untuk Tuhan. Solat berjemaah, zikrullah dan sebagainya. Masa yang diluangkan bersama keluarga pun banyak terutamanya bagi ayah yang bekerja. Ada ayah yang bekerja sebagai bos syarikat punya masa yang banyak untuk diluang bersama anak isteri dan ada ayah yang juga seorang bos syarikat tak punya banyak waktu yang terluang untuk keluarganya.


Kenapa? Masa banyak tue jugak. 24 jam. Tapi ada orang yang cukup masa dengan 24 jam itu untuk diisi untuk Tuhan, keluarga serta kerjaya dan ada orang yang tak mampu mengisi 24 jam itu untuk semua tanggungjawabnya yang sepatutnya. Semua orang sama masa yang diberi untuknya, 24 jam.

Sebabnya, sama la macam aku punya pakaian yang dibawak balik ke rumah dan dibawa semula ke asrama tadi tu.

Kuantiti pakaian tue sama, takde beza pun, tak kurang tak lebih. Tapi, kenapa masa aku nak balik ke rumah, pakaian tersebut tak muat untuk diisi di dalam beg aku sampai tersangkut zipnya, tapi bila nak bawak balik semula ke asrama, pakaian yang sama dengan kuantiti yang sama boleh pulak muat diisi di dalam beg yang sama malah banyak lagi ruang kosong yang terdapat dalam beg tersebut yang mungkin aku boleh isi dengan kad permainan Yu-Gi-Oh ataupun majalah Ujang dan majalah Gempak.

Jelas sebabnya iaitu, masa nak balik ke rumah, pakaian aku semua tue aku main sumbat je masuk dalam beg tanpa dilipat elok-elok, tapi bila nak balik semula ke asrama, aku masukkan pakaian tersebut dengan kemas serta dilipat menggunakan teknik lipatan Jepun ditambah pulak dengan disterika pakaian-pakaian tersebut sehingga hampir terbakar kain pakaian itu.

Begitulah masa, bila kita tak pandai mengaturnya dengan baik dan kemas, main sumbat je mana yang kita rasa penting sambil melupakan yang lebih utama, masa yang 24 jam tue akan jadi tak cukup buat kita. Tapi, bila kita bijak mengatur masa, kita susun kemas-kemas segala tanggungjawab dan keperluan seharian, nescaya 24 jam tue sememangnya waktu yang cukup diperuntukkan Allah kepada setiap hamba-nya malah banyak masa yang terluang akan kita dapati biarpun segala tanggungjawab serta aktiviti seharian telahpun kita isi di dalam 24 jam itu.

Hobi Haji Madi...

May 27, 2010

0 Komentar
Drama bersiri Nur Kasih merupakan salah sebuah drama yang boleh kata meletop jugak suatu masa dahulu. Jalan cerita dia pun memang ok la dan sarat dengan pengajaran dan iktibar yang boleh diambil oleh para penonton, bapak-bapak ibu-ibu sekalian. Dah la teknik pengkameraan dia pun cun giler, kena la dengan pengarah dia iaitu Kabir Bhatia.

Mesej yang nak disampaikan pun memang halus dan mudah diterima masyarakat, aku rasa laa. Sebab, aku bukanlah peminat cerita tue pun. Member-member aku la yang bagitau. Aku iyakan je. Yang betul-betul minat cerita macam tue pun dah sah-sah lah golongan makcik-makcik suri rumah dan kaum pompuan umumnya.

Sebab tema cerita tue pun pasal cinta dan kekeluargaan serta nilai Agama yang sedikit sebanyak diterapkan bersama. Kalau orang laki-laki yang bermata jalang tue mungkin jugak terminat akan drama ini sebab heroin cerita tue orang kata cun gila. Iye ke? Cun ke gila? Tue pasal la aku yang mulanya tak minat last-last jadi terminat jugak, pasal heroinnya tue la. Syialan betul! Tapi cuma sempat tengok dua tiga episod terakhir je.

Setiap yang mula pasti ada akhirnya. Begitu jugaklah yang berlaku terhadap drama Nur Kasih ni. Lebih kurang hujung tahun lepas kot cerita ney sampai ke ending nya. Minggu depannya, digantikan pulak cerita yang mempunyai tema yang hampir sama dengan drama Nur Kasih tue iaitu drama Aliff Firdaus. Tapi, kata orang cerita ney tak ‘kick’ sangat macam drama Nur Kasih.

Ye lah, hero dia iaitu Aliff Firdaus tue pun macam slow je. Lambat pikap gak la watak dia, macam sorang member aku kat Sungai Bakap tue. Kitorang suma suka panggil dia slow, sebab dia memang slow. Tapi takpe lah, slow yang tak menyusahkan. Lagipun saja ja nak usik dia. Kengkawan… Gitulah. So, drama Aliff Firdaus ney rasanya memang tak mempunyai aura macam drama Nur Kasih sebab tak heboh sangat pun cerita ni.

Tapi, abang aku minat gak cerita ney. Tensen aku dibuatnya. Selalu aku bergaduh dengan dia kerana cerita Aliff Firdaus tue. Sebabnya, aku nak tengok drama bersiri Adnan Sempit kat channel lain tapi pada waktu yang sama, tapi dia pulak nak layan cerita Aliff Firdaus yang tak popular tuh. Dan macam biasa, balik-balik aku yang beralah.

Kang, tak pasal-pasal pulak tercetus perang saudara dek kerana benda remeh macam nie pun. So, terpaksalah aku memaksa diri aku yang terpaksa ini untuk menonton cerita tersebut secara terpaksa. Time iklan boleh bukak kejap cerita Adnan Sempit tuh.

Dalam aku dok tengok cerita tue secara terpaksa, tertarik jugaklah dengan salah satu watak dalam cerita tue iaitu watak Haji Madi, ayah kepada Aliff Firdaus, lakonan jantan macho Malaya Nasir Bilal Khan. Pergghh! Boleh tahan gak la lakonan dia menjadi seorang ayah yang tawadhu’ serta faham kehendak Tuhan. Bait-bait nasihat serta dialognya sarat dengan mesej yang tersendiri sesuai dengan babak-babak dalam cerita tu.

Baguih jugak sebenarnya cerita ni. Dengan adanya watak Haji Madi tue lah yang membuatkan drama nie berbeza dengan drama-drama yang lain yang mana ianya bukan sekadar drama picisan ataupun hiburan yang tak memberi apa-apa manfaat kepada para penonton cerita tu.



Nak tergelak jugak sebenarnya. Sebab aku teringatkan pelakon watak Haji Madi tue iaitu Nasir Bilal Khan yang pernah memegang salah satu watak yang lain betul dengan watak Haji Madi - dalam filem Bohsia. Dalam cerita tue, Nasir Bilal Khan memegang watak sebagai seorang bapak jugak, tapi bapak kepada seorang bohsia yang kaki botol, kaki judi, kaki busuk dan sebagainya serta sanggup merogol anaknya sendiri. Betul-betul bersifat iblis kampung yang celaka.

Nak buat macam mana, dah namanya pelakon. Berlakon je la keje diorang, depan tv ke, belakang tv ke, tepi tv ke, belakooon je lah. Bakat diorang kan. Kejap jadi baik, kejap jadi jahat, gitulah. Namun, sebenarnya Nasir Bilal Khan nie sebenarnya mempunyai hobi yang agak pelik dan menghairankan aku jugak.

Aku tau benda nie dalam sebuah rancangan dokumentari artis kat Astro Ria. Satu episod tue cerita pasal dia je. Nasir Bilal Khan nie sebenarnya mempunyai minat untuk mengumpul batu di waktu lapangnya. Kah3…! Lawak betul, aku tengok dia pun dah lawak, eloklah ada hobi yang lawak macam tuh.

Dalam cerita tue, ditunjukkan yang dia sanggup meredah hutan belantara yang dalam gila untuk mencari batu. Sampai korek lubang besar bawah tanah pulak tuh. Semakin kuat aku tergelak di hadapan tv melihatkan hobi mamat tu yang bagi aku amatlah pelik. Kenapa mesti mengutip batu? Kenapa bukan wall-climbing ke, memancing ikan ke, mengumpul setem ke.

Tambah pelik lagi, batu-batu yang dikumpulkannya tue memang tak menarik langsung. Penuh dengan tanah liat dan tanah merah. Tak paham aku. Dia sanggup meredah hutan belantara dengan masuk ke dalam lubang bawah tanah semata-mata nak dapatkan batu yang macam tu?

Ada jugak manusia yang macam nie atas muka bumi. Namun, kepelikan itu tidak berpanjangan jua. Nasir Bilal Khan membawa segala batu-batu yang tak menarik langsung yang dia jumpa tue pulang ke sebuah tempat untuk membersihkan batu tersebut. Tempat tue macam bangsal je kot, belakang rumah dia la tue. Terdapatlah segala kelengkapan untuk membersihkan segala batu-batu tue, bahan-bahan kimia dan sebagainya.

Kemudian, dia tunjukkan cara-cara membersihkan batu-batu yang dia jumpa tadi tue. Setelah dibuang segala kotoran tanah-tanah liat yang ada pada batu tu, hasilnya, fullamakatak! Cantik giler batu yang dia jumpa tue sebenarnya. Macam kristal, berkilau-kilau. Nilai harga batu tue pun boleh tahan mahal la jugak. Tak caya aku. Mulanya tadi nampak batu-batu tue langsung tak menarik, buruk lak tu. Tapi lepas dicuci dan dibuang segala kotoran, indah sungguh jadinya batu-batu tu.

Di kala menunjukkan batu-batu tue, Nasir Bilal Khan sempat memberikan sedikit hikmah,

“Batu ni (ada sebijik yang telah dicuci kat tangan dia) macam hati kita jugaklah. Fitrahnya bersih dan indah, tapi kalau dibiarkan, langsung tak dibersih dan dicuci, buruklah jadinya macam yang masa mula-mula tadi, nampak kotor kan. Batu ada cara nak dicuci, hati pun begitu juga, ada cara nak menyucikannya. Kalau kita biarkan hati kita ni kotor dan tak dibersihkan, buruklah dia dan susahlah bagi dia nak nampak kebenaran.” (lebih kurang gitulah kata-katanya)


Erk! Giler mencucuk kata-katanya tu. Terasa sungguh aku yang tadinya tertawa riang hingga membuatkan aku terdiam barang lima belas saat memikirkan kata-katanya tersebut. Betul jugak kata mamat ni. Begitulah hati. Diciptakan Tuhan dalam keadaan yang sangat bersih dan suci. Tapi perumah hati itu sendiri yang tak pandai menjaga hati tu. Membiarkan hati tak dibersih dan digilap selalu, apatah lagi dicuci.

Hasilnya, hati yang mulanya sangat indah, berubah menjadi sangat kotor dan tak berharga, malah tak diendahkan, sama macam batu-batu yang Nasir Bilal Khan cari tadi tue la. Mulanya terbiar, kotor, melekat bersamanya tanah-tanah liat yang membuatkan ianya kelihatan sangat tak berharga. Tapi, bila kita ada kesedaran dan faham akan hakikat batu tue yang sebenarnya, kita akan cari dia semula dan bersihkan ia agar ia nampak indah dan berharga.

Hati pun begitu juga. Kalau kita tak faham hakikat hati yang sebenar, keperluan dan kehendaknya, kita pun tak akan ambil peduli akan fitrahnya yang sebenarnya sangat indah itu. Kita tak akan punya kesedaran untuk menjaga ia sebaik-baiknya. Sebab kita tak nampak betapa tingginya nilai hati itu sendiri terutamanya di pandangan Dia Pemilik sebenar hati itu.

Bila kita tak kenal hati kita, kita tak akan endahkannya, Bila kita tak mengendahkannya, tersadailah dia dan terdedahlah dia kepada segala kekotoran dan kehinaan dunia dan segala isinya. Bila hati dibiar begitu, semakin susahlah ia untuk menjadi tapak jatuhnya Hidayah dan Taufik. Last-last, jangan haraplah Tuhan nak bagi bahagian dari kenikmatan-Nya walau sedikitpun kepada hati yang macam tu kat akhirat nanti. Merana beb!

So, marilah kita bersama kembali prihatin terhadap hati kita. Kesian kat dia. Dah lama dia menderita, menderita kerana kekosongan kasih sayang dari perumahnya, yang telah mengakibatkan dia jauh dari pandangan dan kasih sayang Tuhan. Usahlah kita deritakan hati kita dengan perkara-perkara yang remeh-temeh terutamanya soal dunia ini yang selalu kita beratkan berbanding soal Akhirat.. Sebab hati ini lebih mendambakan kebahagian di Akhirat sana.

Sungguh dia tak kisah andai dia terpaksa menderita kerana hal dunia, asalkan perumahnya itu benar-benar faham akan fitrahnya yang sebenar yang hanya sangat memerlukan pandangan dan kasih sayang dari Tuhan. Bersihkanlah ia, sucikanlah ia selalu, agar ia tak kesunyian dari Rahmat dan kasih sayang Tuhan. Semoga ia boleh pulang ke pangkuan Tuhannya dalam keadaan yang sejahtera lantas membahagiakan perumahnya di Akhirat sana………



-By the way, thanks Haji Madi a.k.a. Nasir Bilal Khan for that great advice-

Kereta Punya Pasal...

May 24, 2010

4 Komentar
Baru-baru nie aku selalu bertekak dengan orang tuaku pasal satu perkara ni. Perkara yang dimaksudkan adalah aku nak pakai kereta. Aku teringin sangat nak pakai kereta terutamanya untuk kegunaan di kampus. Tensen la ulang-alik kelas naik motor je. Pening kepala aku, dah la jauh antara rumah dengan kelas. Bila time panas, rasa cam nak menggelegak kepala aku pakai helmet, bila time hujan komfem tak boleh gerak punya.

Aku tak faham kenapa susah sangat orang tua aku itu nak memberikan padaku sebuah kereta untuk kegunaan harian di kampus. Kancil seken hand pun takpe lah, asalkan kenderaan tersebut berbumbung dan berhawa dingin. Abang-abangku yang lain boleh pulak masing-masing mendapat sebuah kereta sendiri masa umur diorang sebaya aku dulu, tapi kenapa aku tak dapat.

Memang sampai ke sudah aku tak akan memperoleh kereta yang aku harapkan tu. Bagi orang tuaku, cukuplah motor yang ada tu, compare dengan orang yang takda transport sendiri langsung. Ye lah, kekadang aku compare dengan dengan student-student yang terpaksa naik turun bas tetiap hari sebab takde transport sendiri even sebuah motor kap.

Tapi, ntahlah. Aku lagi suka compare dengan abang-abangku yang lain yang bagiku lebih bernasib baik sebab sudah mempunyai kereta sendiri di ketika umur mereka sebaya aku dulu. Boleh pulak mak dan ayah berikan kepada mereka keta-keta tuh. Sebab tue la selalu sangat nak bertekak je dengan mereka.

Tensen oo. Bengang pun ada jugak. Tatkala aku sendirian melepaskan tensen tersebut di tepi tasik Kerian, terkenang jugak akan masa baru dapat motor dulu. Masa tue, baru keluar sekolah menengah. Rasa macam dah dewasa giler bila dapat motor sebab sebelum tue, aku memang tak pernah bawak motor langsung.

Bapak aku angin giler bila dapat tau ada anak-anak dia yang bawak motor takde lesen iaitu abang-abang aku tu lah. Aku tak berani nak berhadapan dengan kemarahan bapak aku sebab masa tue tak dewasa lagi, so, tak cukup berani la nak bertindak di luar batasan perintah ayah sendiri dan undang-undang JPJ. Kalau tak pernah bawak motor, apa yang aku bawak ek?

Hah! Baru teringat, beskal buruk yang dah kena jual dekat kedai besi masa dua tahun lepas tue la yang aku selalu guna buat pegi pasar malam, lepak rumah member, beli char koey teow dan sebagainya. Dah teruk sangat beskal tue, karat sana sini. Memang selayaknya lah beskal tue dijual a.k.a dibuang. Sebenarnya, agak pelik jugaklah bila mengenangkan beskal tersebut.

Aku ingat lagi, masa guna beskal tu, ringan pulak kaki ni nak mengayuh pegi ke masjid untuk solat jemaah. Hampir setiap waktu pulak tuh. Masjid dengan rumah aku boleh tahan jauh jugaklah jaraknya. Tapi, entah kenapa terasa ringan je kaki nie nak kayuh pedal beskal tue pelan-pelan pegi ke masjid. Tak pernah kisah pun penat mengayuh pada jarak yang sebegitu jauh.

Keluar je sekolah, aku berazam nak buat lesen motor cepat-cepat. Antara sebabnya adalah, aku rasa masa tue, mungkin kalau aku dah ada motor, makin laju la jasad nie nak sampai ke masjid dan konfem tetiap waktu tak miss solat jemaah di sana. Ye lah, kalau pakai motor, pulas minyak kat pemegang je kan. Tambah-tambah kalau pakai skuter, lagi senang, gear pun takda. Taklah aku penat-penat nak mengayuh lagi dah bila dah ada motor sendiri.

Malah, dengan adanya motor tue, mungkin aku akan lebih kerap lagi membawa adikku bersama pergi solat berjemaah di masjid bersama. Sebab, aku tak berani bawak adik aku naik beskal tuh mengenangkan pengalaman pahit suatu masa dahulu yang mana aku dan adik aku jatuh ke dalam parit tepi jalan ketika nak membawanya pegi ke masjid naik beskal tue la.

Masa tue maghrib, aku tak berapa nampak jalan, tambah dengan beban nak membawa adik aku tue lagi. Terlanggar batu sikit je, terus masuk parit. Teruk gak keadaan aku dan adik aku time tu. Kenapa la tak mati masa tue je. Ok gak la kan kalau mati dalam perjalanan nak pegi ke rumah Allah, daripada mati dalam perjalanan nak pergi tengok wayang ke, karaoke ke, pergi buat discussion assignment dengan awek-awek kelas ke dan sebagainya.

Namun, lain yang aku harapkan pada motor tue, lain pulak yang jadi. Entah kenapa, bila dapat je motor tue, semakin jauh pulak aku dari rumah Allah. Semakin culas jadinya aku untuk pergi solat berjemaah di Masjid. Boleh pulak aku sedar yang boleh tahan jauh jugak sebenarnya jarak antara masjid dan rumah aku tue, padahal takda pun rasa macam tue masa guna beskal dulu.

Gila betul. Semakin hari, semakin tak rindu dah jiwa ini nak bertandang ke Masjid tu. Ada je alasannya. Ada alasan yang boleh diterima, ada jugak alasan yang bodoh yang sengaja diadakan untuk mengelakkan diri dari pergi ke Masjid. Pa kena entah? Sepatutnya, dengan adanya motor tue, makin mudah la perjalanan aku nak ke Masjid, tapi, lain pulak jadinya.



Masa dah ada motor tue, beskal aku tue dah tersadai dah kat dalam stor. Adik aku mana pakai beskal tue. Sebab beskal tersebut bukanlah sebuah beskal BMX ataupun Mountain Bike, tapi ia sekadar beskal tua yang cuma digunakan oleh makcik-makcik untuk pergi ke pasar membeli ikan. Aku pun selalu gak guna beskal tue dulu tolong mak aku pegi pasar sebab ada raga kat depan beskal tu. Boleh la nak letak ikan, sayur, belacan Pulau Aman dan sebagainya.

Sungguh, nilai taqwa aku jadi berkurang pulak bila Allah upgrade kan sikit nilai aset harta yang ada pada aku. Iaitu, dari beskal tua kepada sebuah motor yang elegen. Tersedar jugak sebenarnya, nikmat yang Allah kurnia tue bukanlah sebab Dia nak menyenangkan aku, tetapi nak menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan aku pada-Nya. Ternyata, aku failed.

Hari nie, aku terhegeh-hegeh nakkan sebuah kereta pulak kerana terlalu yakin yang dengan adanya kereta sendiri, semakin banyak faedah yang bakal aku peroleh, sama seperti tanggapan aku kepada sebuah motor di waktu aku cuma menggunakan sebuah basikal dahulu sebagai pengangkutan harian. Tak ambik pengajaran langsung lah.

Tapi, jarang sebenarnya aku terfikir akan basikal aku tue. Esoknya, pasti aku akan sambung bertekak lagi dengan kedua-dua orang tuaku bagi memaksa mereka memberikan aku sebuah kereta. Bertubi-tubi dosa yang semakin aku kumpulkan. Biadap dengan mak bapak satu hal, tak ambik pengajaran dari peringatan Tuhan satu hal, tak bersyukur dengan nikmat Tuhan satu hal. Betul-betul sengaja letakkan diri di tepi jurang api neraka. Semua hanya kerana nilai harta yang aku dambakan pada sebuah kereta………

Resmi Ikan Air Laut...

May 15, 2010

2 Komentar

Setelah menghantar abang aku dan isterinya ke terminal LCC di Sepang, aku pun segera menghidupkan kereta untuk pulang semula ke Shah Alam. Baik aku segerakan perjalananku itu, sebab hari tersebut merupakan hari Jumaat. Kejap lagi nak kena pegi Masjid untuk mengerjakan Solat Jumaat pulak.

Abang aku dan isterinya nak fly pergi ke Pulau Langkawi pada hari tersebut sebab weekend tu Mak Lang aku ada buat kenduri kawin anak perempuan dia. Bukan calang-calang orang bakal menantunya. Engineer dari Dubai tuu. Pergghh!! Mesti kaya giler. Keluarganya pulak memang kebanyakannya heavenly person. Semoga keluarga anak Mak Lang aku tue akan melahirkan generasi yang lebih baik untuk masa hadapan.

Sebaik aku melepasi tol Sepang tue, aku menghadapi dua persimpangan jalan. Satu ke Shah Alam, dan satu lagi ke Bangi. Bila melihat signboard ‘Bangi’ tue, tetiba aku teringat Kolej Universiti Islam Selangor atau KUIS, tempat di mana aku mula belajar balik setelah hampir setahun menganggur hidup di rumah, kat Bangi la tu.

Tak lama aku di KUIS, cuma lebih kurang tiga minggu je, kemudian aku dapat tawaran belajar ke tempat yang kononnya lebih baik, so, tak sampai sebulan study da balik semula ke hometown aku.




Bila mengingatkan KUIS, aku teringatkan seorang member aku ney yang kebetulan masih berada di KUIS di ketika itu. Member sejak dari sekolah rendah lagi, tapi mulai rrapat start masa form four. Sesama buat kerja sekolah time prep, bergaduh berebutkan awek yang sama, menjadi badut tak bertauliah di hadapan junior form one, menjadi penyanyi paling kontroversi di atas pentas dewan sekolah di hadapan semua warga sekolah dan sebagainya.

Sungguh, kami memang rapat di sekolah dulu. Cumanya, bila dah masuk IPT ney, hubungan kami tak serapat dulu. Yelah, masing-masing dah bawak haluan sendiri, dah jumpa kengkawan baru, environment baru, namun masih lagi stay connected antara satu sama lain walaupun tak kerap.

Alang-alang dah lalu dekat-dekat selatan Selangor ney, baik aku pegi ziarah dia kejap. Aku pun sedikit rindu jugak dengan suasana di KUIS yang agak tak tercela sangat dengan gejala sosial remaja yang tak bertamadun walaupun sekadar luaran je. Ok laa tue. So, aku pun memilih laluan ke Bangi untuk pergi menziarahi member aku tu.

Sampai sahaja aku ke perkarangan KUIS, dia sudah siap menunggu aku ke kafe asrama sebab aku pun dah call dia tadi sebelum sampai ke KUIS mengatakan yang aku on the way ke tempatnya. Kami pun berjabat mesra sambil buat lawak bangang seperti yang selalu dilakukan di sekolah dulu. Hilai tawa kami pun masih tak keruan dengan lawak-lawak bangang itu yang biarpun diulang-ulang namun masih tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Jam menunjukkan hampir pukul dua belas tengahari. Tetiba aku terdetik untuk mengajaknya pergi makan di Putrajaya seterusnya mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mana rekaan banggunannya memang gempak giler. Namun, aku tak pernah lagi sampai ke sana, cuma sekadar mampu membaca perihal kemegahan banggunan tersebut menerusi artikel-artikel surat khabar semata-mata.

Sampai sahaja di Putrajaya, terus kami mengisi tong perut yang tengah kelaparan tahap Somalia neh. Lepas tue, terus sahaja kami ke Masjid yang dikatakan tadi. Fullamakatak! Memang cun lar Masjid tue. Rekaannya lain dari yang lain. Tak macam Masjid biasa, tapi punya identiti tersendiri sebagai sebuah Masjid.




First time aku tengok ada masjid yang menyediakan car park kat dia punya basement, ala-ala supermarket gitu. Tempat berwudhuknya pun direka macam tempat melontar Jamrah, dewan Solat tue yang tak boleh blah. Dia macam ruang yang terbuka, di sekelilingnya tak ada dinding, Cuma tiang yang mendirikan bumbung. So, angin luar dapat dirasa dengan nyamannya tanpa perlu menggunakan kipas.

So, kami pun sama-sama mengerjakan Solat Jumaat di Masjid tersebut. Settle solat, kami pun melepak sebentar di Masjid itu seperti mana yang selalu dilakukan di Surau kat sekolah kami dulu. Sembang-sembang, cerita hal masing-masing, perkembangan semasa, hal pelajaran, relationship dan sebagainya.

Banyak benda yang kami gebang bersama, tapi yang satu ini yang sedikit berkesan di hati aku…

Member aku ney bercerita mengenai ikan di air laut. Katanya, kalau kita perasan, ikan di air laut yang hidup di dalam isipadu yang komposisi garamnya agak tinggi tetap mempunyai isi yang tawar.

Tapi kenapa bila mak kita masak ikan tersebut kat rumah, bubuh sikit garam je, isi yang tawar tadi tue cepat je berubah menjadi sedikit masin? Kalau lagi banyak garam, lagi masin la jadinya. Padahal ikan yang sama bila berenang di lautan yang tinggi kandungan garam tuh langsung tak berubah rasa isinya yang tawar tu. Aku mula terperasan fakta tersebut.

Kata kawan aku ney, sebabnya, ikan yang masih berenang di lautan tue hidup dan kerana kitaran hidupnya sehari-harian tue lah yang menyebabkan isinya langsung tak terkesan dari persekitarannya yang tinggi kandungan garam tue. Tapi, ikan yang mak kita masak tue dah mati, organ dalaman ikan tue semuanya tak berfungsi menyebabkan sedikit garam pun tak mampu nak stabilkan semula kandungan garam dalam badannya tue.

Sambungnya lagi, begitulah analoginya terhadap hati manusia. Kalau hati kita tue hidup, persekitaran kita takkan mampu pengaruhi diri kita, prinsip dan pegangan hidup kita terutamanya keyakinan kepada Allah dan segala ketetapan-Nya. Tapi, kalau hati kita nie mati, sedikit perubahan dalam persekitaran hidup kita pun sudah mampu merubah jati diri dan prinsip hidup kita. Samalah macam ikan tadi.

So, jangan salahkan persekitaran kalau persekitaran tue dah merubah diri kita kita jadi orang lain terutamanya dari orang yang kenal Tuhan kepada orang yang tak peduli dengan Tuhan. Jangan salahkan persekitaran IPT (contoh) yang dikelilingi segala macam kebejatan akhlak dan kerosakan Iman kalau itu yang telah merubah diri kita dari seseorang yang bahagia hidup dengan Tuhan kepada orang yang sama-sama masuk ke dalam golongan masyarakat di dalam persekitaran tu.

Salahkan diri sendiri. Kerana diri yang tak pandai menjaga hati sehingga hati itu mati. Apabila hati yang mati itu masuk bersama masyarakat yang rosak, hati itu juga mudah turut serta bersama masyarakat itu. Tapi, kalau hati itu sentiasa hidup, dengan tarbiah dari Tuhan melalui lidah baginda Nabi saw, campakkan sahajalah diri ini ke daerah seteruk mana pun, hati dan jiwa sentiasa terpelihara dengan naungan rahmat-Nya.

Aku hampir menangis mendengar nasihat member aku tue (“memang saya mat rempit, muka saya ganas wak, muka saya ganas, tapi dalam hati ada taman!”). Sebenarnya member aku kecewa dengan perubahan-perubahan besar yang berlaku ke atas diri aku sebaik masuk ke IPT. Dia sangat kecewa kerana aku yang di sekolah dulu sudah mati dibunuh aku yang di IPT ini.

Kisah ikan ni timbul bila aku katakan padanya yang perubahan aku nie adalah kerana persekitaran aku yang menekan aku untuk berubah. Sungguh, kisah ikan ini meluluhkan separuh jiwaku mengenangkan kelemahan hati ini yang sebenarnya sudah lama mati. Member aku terus memaksa jiwa ini untuk berusaha sekerasnya untuk mencari solusi terbaik untuk menghidupkan semula hati yang tengah dalam kondisi yang kritikal ni.

Tinta penutup bicaranya, sungguh di waktu ini, masa sudah terlalu suntuk. Hentikanlah berfikir hal-hal yang picisan kerana perkara-perkara yang lebih besar lebih banyak sedang menanti di hadapan sana. Kalau hati langsung tidak dipersiapkan dengan segala persiapan yang disediakan Tuhan, bersedialah untuk menghadapi kehancuran yang menakutkan………



Henpon Ku Hilang...

May 9, 2010

0 Komentar
Mana henpon aku!?

Aiseh, macam mana nie? Mana pulak aku letak henpon aku ney? Takkan hilang kot. Masak gak la kalau hilang henpon tue. Macam mana aku nak call bapak aku nak mintak duit belanja bulan ni? Dah kering giler da duit dalam akaun aku tuh. Lagipun, henpon tue dah la boleh tahan tak murah jugak la harga dia. Banyak jugak benda-benda yang ada dalan henpon tue yang aku sayang.

Rilek… Rilek. Benda-benda hilang nie memang takkan boleh jumpa kalau kepala hotak dibiarkan kusut. Jangan panik. Baik aku pikir baik-baik, kat mana kali terakhir aku nampak henpon aku tue. Hmm.

Lepas balik kelas tadi rasanya ada lagi sebab aku guna henpon tue buat nak dengar mp3. Jalan punya jalan, eh, mana ada jalan, aku naik motor la. Ok, naik motor sambil dengar mp3, masa tue memang henpon tue masih ada la. Then, singgah kedai makan nak bungkus nasik.



Kedai makan tue gempak gak la. Ayam goreng dia besar-besar. Puas betul kalau pekena. Peha ayam dia pun dah besar lengan aku. Walaupun lauk-lauk lain tue biasa-biasa ja, ayam goreng tue je yang menjadi tumpuan. Memang betul-betul killer lah. Harga pun boleh tahan murah la bagi seorang student yang tengah pokai macam aku ni. Argghhh!! Tolong la fokus. Mana henpon aku ni?

Aaa, masa tengah ambik lauk tu aku off kan kejap mp3 tue, bungkus then bayar. Naik motor balik. Rasanya aku bukak balik mp3 henpon tue sebab masa naik motor nak balik tue sempat jugak aku berkaraoke lagu Nur Nilam Sari nyanyian kumpulan Wings. Perggh! Boleh tahan masyuk jugak la kalau aku boleh dapat berduet dengan Awie dalam lagu tu. Suara aku nie pun dah macam Mus May sikit. Aku rasa la.

Sampai je rumah, masa bukak kunci pintu rumah, aku tarik buang earphone henpon tu dah. Lepas letak nasik atas meja makan, henpon tue aku keluarkan dari poket dan aku letakkan atas meja depan tv tuh sebab nak pegi goreng telur. Layan beb pekena nasik bungkus dengan telur goreng yang digoreng oleh seorang jejaka yang punya skill menggoreng telur dengan gayanya yang tersendiri macam aku nie.

Then, aku makan nasik tersebut depan tv jugak sebab taknak terlepas menonton siri ‘Ninja Boy Nintama’ yang merupakan rancangan feveret aku sejak dari sekolah rendah sampai la sekarang. Masa tue, henpon yang hilang itu masih berada atas meja depan tv tuh. Ok, keadaan masih terkawal.

Settle makan, pegi basuh pinggan, kuali apa semua tue, pastue pegi balik depan tv untuk landing atas sofa. Fuh! Mantop sungguh setelah kepenatan baru pulang dari kelas, pekena nasik bungkus, layan baring-baring atas sofa memang betul-betul heaven of the earth lah. Mata pun dah naik kuyu, pastue aku tertido kot. Eh, mana ada tido, landing dalam sepuluh menet je, pastue terus naik atas bilik nak mandi-mandi sikit sebab pukul dua jap lagi ada kelas.

Henpon tue aku bawak naik sekali la sebab masa nak masuk bilik tadi ada sorang member nie hantar mesej lawak bodoh kat aku. So, aku tergelak sorang-sorang ala-ala Cinderella gitu. Habis baca mesej rasanya aku campak henpon tersebut atas katil pastue terus gi bersiap wangi-wangi.

Settle mandi, sebelum solat tadi sempat jugak layan lagu kumpulan Hujan dari henpon aku tu. Maksudnya, henpon tu masih ada lagi di pandangan aku masa tue. Lepas lagu tue dah habis, rasanya aku letak henpon tue dalam poket seluar yang aku nak pakai buat pegi kelas jap lagi sebab selalunya aku suka tertinggal henpon kat rumah kalau nak pegi kelas pukul dua ni.. Masa tue bukan aku tengah tak pakai seluar ok. Aku pakai kain pelikat je.

Haa, maksudnya, henpon yang hilang tue ada dalam poket seluar yang aku nak pakai buat pegi kelas kejap lagi la. Bingo! Jumpa jugak akhirnya!!! Eh?

“Assalamualaikum Warahmatullah,
Assalamualaikum Warahmatullah.”

Laa, dah habis rupanya solat Zuhur aku. Bila aku angkat takbir? Bila aku baca al-Fatihah? Aku baca tahiyyat awal tak tadi? Cukup ke rakaat aku? Chilake betul. Boleh pulak aku tercari-cari henpon yang hilang tue di kala tengah perform solat.




Takkan nak ulang balik pulak. Rasanya dah lebih lima minit aku tunggang terbalik atas sejadah tadi. Yakin je laa sempurna solat aku tadi. Dah la kejap lagi ada kelas. Leceh la nak ulang balik pulak. Kalut jadinya nanti.

So, burn lagi solat aku di waktu itu. Dek kerana terfikirkan henpon yang hilang, habis rosak Ibadah fardhu yang cuma dilaksanakan tak sampai sepuluh minit tuh. Kalau nak diulang balik, macam tue jugak lah jadinya. Aku akan terfikirkan perkara lain pulak kalau tak pasal henpon yang hilang tue. Ye lah, henpon tue pun dah jumpa balik dalam solat tadi.

Biadap betul! Tengah mengadap depan Zat Yang Maha Suci, boleh pulak buat perangai kurang ajar macam tuh. Tak fokus, tak betul-betul hadirkan seluruh jiwa raga, tak hayati, tak rasai keagungan Solat tu. Giler betul. Macam la aku tak tahu yang Tuhan yang aku tengah sembah tue memilik segala apa yang aku punya termasuk orang-orang yang aku sayang.

Dia memilik segala keperluan dan kehendak aku atas muka bumi nie. Dia bagi segala benda yang menghidupkan aku, menyenangkan aku dan membahagiakan aku. Tapi kenapa susah sangat nak berterima kasih betul-betul dengan Dia dalam Solat tu? Tak banyak beb, lima waktu je satu hari, lima ke sepuluh minit satu waktu. Tambah tolak, approximately Allah mintak tak sampai satu jam je dalam satu hari untuk hamba Dia ingat kat Dia.

Tak padan langsung laa Ibadat yang macam tue nak dipersembahkan kepada Dia setelah segala apa yang Dia berikan pada aku. Keluarga, harta benda, pakaian, tempat berteduh, tempat tidur, motor, peluang masuk U, rakan taulan, dan sebagainya. Solat yang macam tue je yang aku hadiahkan pada Dia buat nak tunjuk rasa bersyukur? Giler tak sepadan.

Selalu aku sedapkan hati yang kononnya aku akan katakan yang at least aku masih jaga solat lima waktu, tak macam sesetengah orang tue yang tak solat langsung.

Helo, tolong sikit. Dalam Quran pun Allah swt ada sebut yang orang-orang yang Solat pun boleh jadi celaka jugak tau. Iaitu orang yang Solat dalam RIYA’ dan LALAI. Yang kes aku nie kira kategori lalai la. Neraka untuk orang yang solat dalam keadaan lalai pun Allah ada siapkan.

Nabi saw pun pernah mentioned yang solat yang tak sempurna takkan lepas naik arasy, solat tue akan dilipatkan semula (hanya Allah dan Rasul saw yang faham maksud lipat semula tu), then akan dicampakkan semula ke atas muka tuan empunya solat yang lalai tuh. So, kalau setakat perasan diri tue termasuk dalam orang yang jaga Solat, tapi Solat tu tak berkualiti, jangan harap la boleh dapat Rahmat Dia.

Tolong laa wahai diri. Dunia di ambang kehancuran. Usia ko pun dah makin meningkat. Dosa makin bertambah. Ajal makin dekat, entah esok entah lusa. Janganla ko rasa selesa dengan Solat yang macam tue. Dah la hidup kat dunia penuh kecelakaan, nak celakakan pulak hidup kat Akhirat? Agak-agak laaa………