Kereta Punya Pasal...

May 24, 2010

Baru-baru nie aku selalu bertekak dengan orang tuaku pasal satu perkara ni. Perkara yang dimaksudkan adalah aku nak pakai kereta. Aku teringin sangat nak pakai kereta terutamanya untuk kegunaan di kampus. Tensen la ulang-alik kelas naik motor je. Pening kepala aku, dah la jauh antara rumah dengan kelas. Bila time panas, rasa cam nak menggelegak kepala aku pakai helmet, bila time hujan komfem tak boleh gerak punya.

Aku tak faham kenapa susah sangat orang tua aku itu nak memberikan padaku sebuah kereta untuk kegunaan harian di kampus. Kancil seken hand pun takpe lah, asalkan kenderaan tersebut berbumbung dan berhawa dingin. Abang-abangku yang lain boleh pulak masing-masing mendapat sebuah kereta sendiri masa umur diorang sebaya aku dulu, tapi kenapa aku tak dapat.

Memang sampai ke sudah aku tak akan memperoleh kereta yang aku harapkan tu. Bagi orang tuaku, cukuplah motor yang ada tu, compare dengan orang yang takda transport sendiri langsung. Ye lah, kekadang aku compare dengan dengan student-student yang terpaksa naik turun bas tetiap hari sebab takde transport sendiri even sebuah motor kap.

Tapi, ntahlah. Aku lagi suka compare dengan abang-abangku yang lain yang bagiku lebih bernasib baik sebab sudah mempunyai kereta sendiri di ketika umur mereka sebaya aku dulu. Boleh pulak mak dan ayah berikan kepada mereka keta-keta tuh. Sebab tue la selalu sangat nak bertekak je dengan mereka.

Tensen oo. Bengang pun ada jugak. Tatkala aku sendirian melepaskan tensen tersebut di tepi tasik Kerian, terkenang jugak akan masa baru dapat motor dulu. Masa tue, baru keluar sekolah menengah. Rasa macam dah dewasa giler bila dapat motor sebab sebelum tue, aku memang tak pernah bawak motor langsung.

Bapak aku angin giler bila dapat tau ada anak-anak dia yang bawak motor takde lesen iaitu abang-abang aku tu lah. Aku tak berani nak berhadapan dengan kemarahan bapak aku sebab masa tue tak dewasa lagi, so, tak cukup berani la nak bertindak di luar batasan perintah ayah sendiri dan undang-undang JPJ. Kalau tak pernah bawak motor, apa yang aku bawak ek?

Hah! Baru teringat, beskal buruk yang dah kena jual dekat kedai besi masa dua tahun lepas tue la yang aku selalu guna buat pegi pasar malam, lepak rumah member, beli char koey teow dan sebagainya. Dah teruk sangat beskal tue, karat sana sini. Memang selayaknya lah beskal tue dijual a.k.a dibuang. Sebenarnya, agak pelik jugaklah bila mengenangkan beskal tersebut.

Aku ingat lagi, masa guna beskal tu, ringan pulak kaki ni nak mengayuh pegi ke masjid untuk solat jemaah. Hampir setiap waktu pulak tuh. Masjid dengan rumah aku boleh tahan jauh jugaklah jaraknya. Tapi, entah kenapa terasa ringan je kaki nie nak kayuh pedal beskal tue pelan-pelan pegi ke masjid. Tak pernah kisah pun penat mengayuh pada jarak yang sebegitu jauh.

Keluar je sekolah, aku berazam nak buat lesen motor cepat-cepat. Antara sebabnya adalah, aku rasa masa tue, mungkin kalau aku dah ada motor, makin laju la jasad nie nak sampai ke masjid dan konfem tetiap waktu tak miss solat jemaah di sana. Ye lah, kalau pakai motor, pulas minyak kat pemegang je kan. Tambah-tambah kalau pakai skuter, lagi senang, gear pun takda. Taklah aku penat-penat nak mengayuh lagi dah bila dah ada motor sendiri.

Malah, dengan adanya motor tue, mungkin aku akan lebih kerap lagi membawa adikku bersama pergi solat berjemaah di masjid bersama. Sebab, aku tak berani bawak adik aku naik beskal tuh mengenangkan pengalaman pahit suatu masa dahulu yang mana aku dan adik aku jatuh ke dalam parit tepi jalan ketika nak membawanya pegi ke masjid naik beskal tue la.

Masa tue maghrib, aku tak berapa nampak jalan, tambah dengan beban nak membawa adik aku tue lagi. Terlanggar batu sikit je, terus masuk parit. Teruk gak keadaan aku dan adik aku time tu. Kenapa la tak mati masa tue je. Ok gak la kan kalau mati dalam perjalanan nak pegi ke rumah Allah, daripada mati dalam perjalanan nak pergi tengok wayang ke, karaoke ke, pergi buat discussion assignment dengan awek-awek kelas ke dan sebagainya.

Namun, lain yang aku harapkan pada motor tue, lain pulak yang jadi. Entah kenapa, bila dapat je motor tue, semakin jauh pulak aku dari rumah Allah. Semakin culas jadinya aku untuk pergi solat berjemaah di Masjid. Boleh pulak aku sedar yang boleh tahan jauh jugak sebenarnya jarak antara masjid dan rumah aku tue, padahal takda pun rasa macam tue masa guna beskal dulu.

Gila betul. Semakin hari, semakin tak rindu dah jiwa ini nak bertandang ke Masjid tu. Ada je alasannya. Ada alasan yang boleh diterima, ada jugak alasan yang bodoh yang sengaja diadakan untuk mengelakkan diri dari pergi ke Masjid. Pa kena entah? Sepatutnya, dengan adanya motor tue, makin mudah la perjalanan aku nak ke Masjid, tapi, lain pulak jadinya.



Masa dah ada motor tue, beskal aku tue dah tersadai dah kat dalam stor. Adik aku mana pakai beskal tue. Sebab beskal tersebut bukanlah sebuah beskal BMX ataupun Mountain Bike, tapi ia sekadar beskal tua yang cuma digunakan oleh makcik-makcik untuk pergi ke pasar membeli ikan. Aku pun selalu gak guna beskal tue dulu tolong mak aku pegi pasar sebab ada raga kat depan beskal tu. Boleh la nak letak ikan, sayur, belacan Pulau Aman dan sebagainya.

Sungguh, nilai taqwa aku jadi berkurang pulak bila Allah upgrade kan sikit nilai aset harta yang ada pada aku. Iaitu, dari beskal tua kepada sebuah motor yang elegen. Tersedar jugak sebenarnya, nikmat yang Allah kurnia tue bukanlah sebab Dia nak menyenangkan aku, tetapi nak menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan aku pada-Nya. Ternyata, aku failed.

Hari nie, aku terhegeh-hegeh nakkan sebuah kereta pulak kerana terlalu yakin yang dengan adanya kereta sendiri, semakin banyak faedah yang bakal aku peroleh, sama seperti tanggapan aku kepada sebuah motor di waktu aku cuma menggunakan sebuah basikal dahulu sebagai pengangkutan harian. Tak ambik pengajaran langsung lah.

Tapi, jarang sebenarnya aku terfikir akan basikal aku tue. Esoknya, pasti aku akan sambung bertekak lagi dengan kedua-dua orang tuaku bagi memaksa mereka memberikan aku sebuah kereta. Bertubi-tubi dosa yang semakin aku kumpulkan. Biadap dengan mak bapak satu hal, tak ambik pengajaran dari peringatan Tuhan satu hal, tak bersyukur dengan nikmat Tuhan satu hal. Betul-betul sengaja letakkan diri di tepi jurang api neraka. Semua hanya kerana nilai harta yang aku dambakan pada sebuah kereta………

4 Komentar:

musafirtibbi said...

Diriku yang sudah 23..baru lepas lesen motor Januari lepas..kereta pon xpernah bawa.haha. (penangan dok obesi)

Mehmed Aimi said...

haha...pgalaman yg mmberi pgajaran kpd penulis neh...eleh...abg blik malaysia nanti kompom pkai luxurious car...

Muhammad said...

Hmm.. Betul juga.. Macam orang baru kaya, tak semestinya lebih mudah bersedekah berbanding zaman sebelum kaya dulu..^^

Mehmed Aimi said...

benar...terkadang kita terlalu brfikir yg kita mampu melalkukn kebajikan dengan nikmat yg byk...shingga trlupa byk hamba yg tersungkur dar jalan-Nya keran nikmat yg terlalu byk...

Post a Comment