Dulu masa duduk sekolah asrama, waktu atau masa yang paling ditunggu-tunggu dan disukai oleh aku adalah hari Jumaat minggu bebudak asarama balik kampung. Seronok ooo. Dapat balik tido kat rumah, setelah ketensenan hidup di asrama dengan segala macam ragam manusia yang ada termasuk roommate, classmate, senior yang perasan bagus serta junior yang tak sedar diri.
Tiba ja hari Jumaat yang dinantikan tue, seawal pagi-pagi buta lepas subuh lagi wajah aku dah berseri-seri bak kelopak bunga yang layu di tasik madu. Indah sungguh perasaan di ketika itu. Sudah terbayang game-game komputer dan PS2 yang ada di rumah seperti Yu-Gi-Oh, winning eleven dan sebagainya. Boleh balik tengok bola, Doraemon, Tom and Jerry, Dexter’s Laboratory dan memacam lagi. Syoknyaaa!
Bila lepas solat Jumaat, semua bebudak kena siapkan beg pakaian masing-masing sebelum pukul 2.30 petang sebab lepas tue bebudak semua kena kosongkan dorm masing-masing. Kalau lambat, siap la kena sound baik punya dengan ketua warden ataupun warden yang bertugas terutamanya cikgu Hasni yang memang warden yang terbaik punya dan dikenang oleh semua student yang pernah hidup di bawah jagaan dan didikannya. Terima kasih cikgu!
Kekadang, aku tak mampu nak memenuhi kehendak masa tersebut iaitu menyiapkan beg nak balik rumah sebelum jam 2.30 petang akibat daripada sambal nasik lemak yang ditibai secara berlebihan pada waktu breakfast. Sambal dia takde lah sedap sangat, tapi sebab dah duduk kat asrama, apa yang dewan makan sediakan bedal je lah. Ingat sikit, makan dah la free, jangan la banyak songeh nak yang sedap-sedap pulak. Bersyukur kan lebih baik.
Oleh kerana terlalu lama masa yang diambil untuk melabur amanah saham di dalam jamban, makanya selalu gak la aku terlewat untuk mempersiapkan segala macam beg dan pakaian yang nak dibawak balik. So, bila dah lewat tue, kalut la jadinya. Pakaian yang tak dimasukkan lagi di dalam beg disumbatkan begitu sahaja tanpa perlu dilipat kemas-kemas.
Nak buat hapa lipat kemas-kemas? Balik rumah kang campak masuk dalam washing machine jugak. Alah, typical Malay male lah. Mana reti nak letak pakaian dalam beg kemas-kemas. Buktinya, kalau kita tengok dalam drama Melayu, bila part nak kemas beg, mesti si suami akan mintak tolong isterinya yang buat, sebab hakikatnya orang laki-laki memang tak reti nak buat keja tuh. Kalau reti pun tak banyak la tapi pemalas nak mampos.

Jadinya, bila dah sumbat pakaian macam tauhu sumbat tuh, mesti beg jadi tak muat atau kata orang utara tak ‘celuih’. Bukan ‘cemuih’ ek, lari banyak maksudnya tu. Kekadang zip beg tue tak mampu nak ditarik sampai ke penghujungnya menyebabkan zip tersebut jadi rosak sebab dipaksa juga kemampuannya yang terbatas itu untuk melepasi keterbatasan tersebut.
Tensen jugak sebenarnya, dah lah aktiviti melabur tadi terpaksa di pause kan sebentar dek kerana masa yang dah semakin suntuk, cikgu Hasni dah terpekik dari bawah lagi dah suruh bebudak semua berambus dari bilik masing-masing, zip pulak buat hal, spoil betullah!
Tapi, selalunya sempat jugak turun ke bawah dengan segala beg pakaian dan kelengkapan untuk pulang ke rumah. Tapi, keadaan pun memang tak terurus lah. Baju batik tak sterika, tali kasut tak ikat, rambut serabai. Tapi bab rambut tu tak kisah sangat, sebab member aku penah bagitau aku yang rambut aku ney kalau serabai macam Son Goku. Perhaps, kalau aku sikat kemas boleh jadi macam Son Goku yang jadi Super Saiya. Kamehamehaa!!

So, pulanglah aku ke halaman ayah bonda. Kalau balik hujung minggu, dapat la duduk rumah selama tiga hari dua malam dan semestinya hari terakhir iaitu hari Ahad merupakan hari yang paling aku tak keruan menghadapinya. Jiwa kacau betul sebab nak kena balik semula ke asrama. Ikutkan hati, nak tambah cuti sampai hari Isnin ataupun Selasa. Tapi, aku tak cukup berani untuk menerima pelempang peringkat ke lapan belas daripada ayahku kerana cuba untuk ponteng sekolah hanya kerana nak sambung cuti barang satu dua hari.Yang peliknya, tetiba pakaian yang aku bawak balik ke rumah yang mulanya tak celuih tadi tuu jadi muat pulak untuk masuk ke dalam beg yang sama. Malah, ada lagi ruang kosong pulak tu. Nak kata aku kurangkan kuantiti pakaian yang nak dibawa semula ke asrama, rasanya tak kot. Banyak mana yang aku bawak balik ke rumah, banyak tue jugaklah yang aku bawak pulang semula ke asrama.
Rupanya, berlaku hal yang demikian adalah kerana bila nak balik ke asrama, pandai pulak aku lipat kemas-kemas pakaian tue semua masuk dalam beg. Tak macam masa nak balik rumah hari Jumaat tue yang mana pakaian tue semua aku sumbat masuk dalam beg tanpa dilipat langsung. Gila nak sumbat pakaian yang baru dibasuh dan disterika dengan kemas oleh lelaki yang kemas macam aku nie.
Bila difikirkan balik, begitulah perbandingan yang terbaik terhadap masa di atas muka bumi nie. Pernah kita dengar orang mengeluh, hidup nie tak cukup masa terutamanya masa nak diluangkan dengan Tuhan. Dengan bebanan kerjanya, dateline yang nak dikejar dan sebagainya, bila disebut tentang Tuhan dan tanggungjawab pada-Nya, kita mengeluh tak cukup masa.
Bos syarikat, engineer, lawyer, orang-orang bisnes dan sebagainya. Kerja-kerja mereka semua memakan masa yang panjang sehari-harian untuk diuruskan menyebabkan masa dengan Tuhan jadi teramat sedikit. Alah, bukan takat orang kerja, student pun macam jugaklah pe’el nya. Bagi yang IPT, nak buat assignment, nak study tahap gaban sebab esok ada kuiz atau exam, begitu jugaklah student sekolah terutamanya bila dalam nak menghadapi peperiksaan-peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM.

Bila sentuh pasal masa dengan Tuhan, mereka-mereka ini selalunya tak punya masa yang banyak untuk bercerita soal itu. Tue pasal la solat 4 rakaat pun tak sampai lima minit, doa pun boleh buat pakej; “Ya Allah, doa aku hari ni sama macam doa aku minggu lepas”, tazkirah serta majlis-majlis ilmu jarang sekali nak pergi jenguk, Quran pun takde masa nak bukak, harapkan ayat Kursi dengan empat Qul yang tergantung dalam rumah tue je la yang boleh nampak pun, tue pun belum tentu baca.
Tapi, pelik, ada orang pada posisi yang sama, student, orang bekerja dan sebagainya tetap punya masa yang banyak terluang untuk Tuhan. Solat berjemaah, zikrullah dan sebagainya. Masa yang diluangkan bersama keluarga pun banyak terutamanya bagi ayah yang bekerja. Ada ayah yang bekerja sebagai bos syarikat punya masa yang banyak untuk diluang bersama anak isteri dan ada ayah yang juga seorang bos syarikat tak punya banyak waktu yang terluang untuk keluarganya.
Kenapa? Masa banyak tue jugak. 24 jam. Tapi ada orang yang cukup masa dengan 24 jam itu untuk diisi untuk Tuhan, keluarga serta kerjaya dan ada orang yang tak mampu mengisi 24 jam itu untuk semua tanggungjawabnya yang sepatutnya. Semua orang sama masa yang diberi untuknya, 24 jam.
Sebabnya, sama la macam aku punya pakaian yang dibawak balik ke rumah dan dibawa semula ke asrama tadi tu.
Kuantiti pakaian tue sama, takde beza pun, tak kurang tak lebih. Tapi, kenapa masa aku nak balik ke rumah, pakaian tersebut tak muat untuk diisi di dalam beg aku sampai tersangkut zipnya, tapi bila nak bawak balik semula ke asrama, pakaian yang sama dengan kuantiti yang sama boleh pulak muat diisi di dalam beg yang sama malah banyak lagi ruang kosong yang terdapat dalam beg tersebut yang mungkin aku boleh isi dengan kad permainan Yu-Gi-Oh ataupun majalah Ujang dan majalah Gempak.
Jelas sebabnya iaitu, masa nak balik ke rumah, pakaian aku semua tue aku main sumbat je masuk dalam beg tanpa dilipat elok-elok, tapi bila nak balik semula ke asrama, aku masukkan pakaian tersebut dengan kemas serta dilipat menggunakan teknik lipatan Jepun ditambah pulak dengan disterika pakaian-pakaian tersebut sehingga hampir terbakar kain pakaian itu.
Begitulah masa, bila kita tak pandai mengaturnya dengan baik dan kemas, main sumbat je mana yang kita rasa penting sambil melupakan yang lebih utama, masa yang 24 jam tue akan jadi tak cukup buat kita. Tapi, bila kita bijak mengatur masa, kita susun kemas-kemas segala tanggungjawab dan keperluan seharian, nescaya 24 jam tue sememangnya waktu yang cukup diperuntukkan Allah kepada setiap hamba-nya malah banyak masa yang terluang akan kita dapati biarpun segala tanggungjawab serta aktiviti seharian telahpun kita isi di dalam 24 jam itu.

4 Komentar:
Salam ziarah.. Nice view of life.. Itulah masa-masa kehidupan..
Ps. Sekadar menghulur pandangan mencadangkan artikel..
http://astrangemuslim.blogspot.com/2010/05/bab-022-tips-cemerlang-04-pengurusan.html
Akak suka la baca blog awak ni! Cara awak berfikir dan menyampaikan buah fikiran memang unik. Kali pertama akak terpesona dengan hujah-hujah awak, masa awak bagi speech dalam kelas English masa semester 3 kat Merbok dulu, awak cakap bab aurat... Terlopong akak waktu tu, kagum! :-) Teruskan menulis ye!
Eh, tak! Time tu awak cakap bab diskriminasi terhadap wanita. Awak ada sentuh bab aurat dengan cara yang sangat halus dan sinis. Sayangnya budak yang tak tutup aurat dalam kelas kita tak hadir. Kalau tak, boleh dapat kuliah agama free.
alaa...time tue sya da hafal skrip pa suma...mcm blakon depan kelas ja pn...huhuuuu...
Post a Comment