Drama bersiri Nur Kasih merupakan salah sebuah drama yang boleh kata meletop jugak suatu masa dahulu. Jalan cerita dia pun memang ok la dan sarat dengan pengajaran dan iktibar yang boleh diambil oleh para penonton, bapak-bapak ibu-ibu sekalian. Dah la teknik pengkameraan dia pun cun giler, kena la dengan pengarah dia iaitu Kabir Bhatia.Mesej yang nak disampaikan pun memang halus dan mudah diterima masyarakat, aku rasa laa. Sebab, aku bukanlah peminat cerita tue pun. Member-member aku la yang bagitau. Aku iyakan je. Yang betul-betul minat cerita macam tue pun dah sah-sah lah golongan makcik-makcik suri rumah dan kaum pompuan umumnya.
Sebab tema cerita tue pun pasal cinta dan kekeluargaan serta nilai Agama yang sedikit sebanyak diterapkan bersama. Kalau orang laki-laki yang bermata jalang tue mungkin jugak terminat akan drama ini sebab heroin cerita tue orang kata cun gila. Iye ke? Cun ke gila? Tue pasal la aku yang mulanya tak minat last-last jadi terminat jugak, pasal heroinnya tue la. Syialan betul! Tapi cuma sempat tengok dua tiga episod terakhir je.
Setiap yang mula pasti ada akhirnya. Begitu jugaklah yang berlaku terhadap drama Nur Kasih ni. Lebih kurang hujung tahun lepas kot cerita ney sampai ke ending nya. Minggu depannya, digantikan pulak cerita yang mempunyai tema yang hampir sama dengan drama Nur Kasih tue iaitu drama Aliff Firdaus. Tapi, kata orang cerita ney tak ‘kick’ sangat macam drama Nur Kasih.
Ye lah, hero dia iaitu Aliff Firdaus tue pun macam slow je. Lambat pikap gak la watak dia, macam sorang member aku kat Sungai Bakap tue. Kitorang suma suka panggil dia slow, sebab dia memang slow. Tapi takpe lah, slow yang tak menyusahkan. Lagipun saja ja nak usik dia. Kengkawan… Gitulah. So, drama Aliff Firdaus ney rasanya memang tak mempunyai aura macam drama Nur Kasih sebab tak heboh sangat pun cerita ni.
Tapi, abang aku minat gak cerita ney. Tensen aku dibuatnya. Selalu aku bergaduh dengan dia kerana cerita Aliff Firdaus tue. Sebabnya, aku nak tengok drama bersiri Adnan Sempit kat channel lain tapi pada waktu yang sama, tapi dia pulak nak layan cerita Aliff Firdaus yang tak popular tuh. Dan macam biasa, balik-balik aku yang beralah.
Kang, tak pasal-pasal pulak tercetus perang saudara dek kerana benda remeh macam nie pun. So, terpaksalah aku memaksa diri aku yang terpaksa ini untuk menonton cerita tersebut secara terpaksa. Time iklan boleh bukak kejap cerita Adnan Sempit tuh.
Dalam aku dok tengok cerita tue secara terpaksa, tertarik jugaklah dengan salah satu watak dalam cerita tue iaitu watak Haji Madi, ayah kepada Aliff Firdaus, lakonan jantan macho Malaya Nasir Bilal Khan. Pergghh! Boleh tahan gak la lakonan dia menjadi seorang ayah yang tawadhu’ serta faham kehendak Tuhan. Bait-bait nasihat serta dialognya sarat dengan mesej yang tersendiri sesuai dengan babak-babak dalam cerita tu.
Baguih jugak sebenarnya cerita ni. Dengan adanya watak Haji Madi tue lah yang membuatkan drama nie berbeza dengan drama-drama yang lain yang mana ianya bukan sekadar drama picisan ataupun hiburan yang tak memberi apa-apa manfaat kepada para penonton cerita tu.

Nak tergelak jugak sebenarnya. Sebab aku teringatkan pelakon watak Haji Madi tue iaitu Nasir Bilal Khan yang pernah memegang salah satu watak yang lain betul dengan watak Haji Madi - dalam filem Bohsia. Dalam cerita tue, Nasir Bilal Khan memegang watak sebagai seorang bapak jugak, tapi bapak kepada seorang bohsia yang kaki botol, kaki judi, kaki busuk dan sebagainya serta sanggup merogol anaknya sendiri. Betul-betul bersifat iblis kampung yang celaka.
Nak buat macam mana, dah namanya pelakon. Berlakon je la keje diorang, depan tv ke, belakang tv ke, tepi tv ke, belakooon je lah. Bakat diorang kan. Kejap jadi baik, kejap jadi jahat, gitulah. Namun, sebenarnya Nasir Bilal Khan nie sebenarnya mempunyai hobi yang agak pelik dan menghairankan aku jugak.
Aku tau benda nie dalam sebuah rancangan dokumentari artis kat Astro Ria. Satu episod tue cerita pasal dia je. Nasir Bilal Khan nie sebenarnya mempunyai minat untuk mengumpul batu di waktu lapangnya. Kah3…! Lawak betul, aku tengok dia pun dah lawak, eloklah ada hobi yang lawak macam tuh.
Dalam cerita tue, ditunjukkan yang dia sanggup meredah hutan belantara yang dalam gila untuk mencari batu. Sampai korek lubang besar bawah tanah pulak tuh. Semakin kuat aku tergelak di hadapan tv melihatkan hobi mamat tu yang bagi aku amatlah pelik. Kenapa mesti mengutip batu? Kenapa bukan wall-climbing ke, memancing ikan ke, mengumpul setem ke.
Tambah pelik lagi, batu-batu yang dikumpulkannya tue memang tak menarik langsung. Penuh dengan tanah liat dan tanah merah. Tak paham aku. Dia sanggup meredah hutan belantara dengan masuk ke dalam lubang bawah tanah semata-mata nak dapatkan batu yang macam tu?
Ada jugak manusia yang macam nie atas muka bumi. Namun, kepelikan itu tidak berpanjangan jua. Nasir Bilal Khan membawa segala batu-batu yang tak menarik langsung yang dia jumpa tue pulang ke sebuah tempat untuk membersihkan batu tersebut. Tempat tue macam bangsal je kot, belakang rumah dia la tue. Terdapatlah segala kelengkapan untuk membersihkan segala batu-batu tue, bahan-bahan kimia dan sebagainya.
Kemudian, dia tunjukkan cara-cara membersihkan batu-batu yang dia jumpa tadi tue. Setelah dibuang segala kotoran tanah-tanah liat yang ada pada batu tu, hasilnya, fullamakatak! Cantik giler batu yang dia jumpa tue sebenarnya. Macam kristal, berkilau-kilau. Nilai harga batu tue pun boleh tahan mahal la jugak. Tak caya aku. Mulanya tadi nampak batu-batu tue langsung tak menarik, buruk lak tu. Tapi lepas dicuci dan dibuang segala kotoran, indah sungguh jadinya batu-batu tu.
Di kala menunjukkan batu-batu tue, Nasir Bilal Khan sempat memberikan sedikit hikmah,
“Batu ni (ada sebijik yang telah dicuci kat tangan dia) macam hati kita jugaklah. Fitrahnya bersih dan indah, tapi kalau dibiarkan, langsung tak dibersih dan dicuci, buruklah jadinya macam yang masa mula-mula tadi, nampak kotor kan. Batu ada cara nak dicuci, hati pun begitu juga, ada cara nak menyucikannya. Kalau kita biarkan hati kita ni kotor dan tak dibersihkan, buruklah dia dan susahlah bagi dia nak nampak kebenaran.” (lebih kurang gitulah kata-katanya)

Erk! Giler mencucuk kata-katanya tu. Terasa sungguh aku yang tadinya tertawa riang hingga membuatkan aku terdiam barang lima belas saat memikirkan kata-katanya tersebut. Betul jugak kata mamat ni. Begitulah hati. Diciptakan Tuhan dalam keadaan yang sangat bersih dan suci. Tapi perumah hati itu sendiri yang tak pandai menjaga hati tu. Membiarkan hati tak dibersih dan digilap selalu, apatah lagi dicuci.
Hasilnya, hati yang mulanya sangat indah, berubah menjadi sangat kotor dan tak berharga, malah tak diendahkan, sama macam batu-batu yang Nasir Bilal Khan cari tadi tue la. Mulanya terbiar, kotor, melekat bersamanya tanah-tanah liat yang membuatkan ianya kelihatan sangat tak berharga. Tapi, bila kita ada kesedaran dan faham akan hakikat batu tue yang sebenarnya, kita akan cari dia semula dan bersihkan ia agar ia nampak indah dan berharga.
Hati pun begitu juga. Kalau kita tak faham hakikat hati yang sebenar, keperluan dan kehendaknya, kita pun tak akan ambil peduli akan fitrahnya yang sebenarnya sangat indah itu. Kita tak akan punya kesedaran untuk menjaga ia sebaik-baiknya. Sebab kita tak nampak betapa tingginya nilai hati itu sendiri terutamanya di pandangan Dia Pemilik sebenar hati itu.
Bila kita tak kenal hati kita, kita tak akan endahkannya, Bila kita tak mengendahkannya, tersadailah dia dan terdedahlah dia kepada segala kekotoran dan kehinaan dunia dan segala isinya. Bila hati dibiar begitu, semakin susahlah ia untuk menjadi tapak jatuhnya Hidayah dan Taufik. Last-last, jangan haraplah Tuhan nak bagi bahagian dari kenikmatan-Nya walau sedikitpun kepada hati yang macam tu kat akhirat nanti. Merana beb!
So, marilah kita bersama kembali prihatin terhadap hati kita. Kesian kat dia. Dah lama dia menderita, menderita kerana kekosongan kasih sayang dari perumahnya, yang telah mengakibatkan dia jauh dari pandangan dan kasih sayang Tuhan. Usahlah kita deritakan hati kita dengan perkara-perkara yang remeh-temeh terutamanya soal dunia ini yang selalu kita beratkan berbanding soal Akhirat.. Sebab hati ini lebih mendambakan kebahagian di Akhirat sana.
Sungguh dia tak kisah andai dia terpaksa menderita kerana hal dunia, asalkan perumahnya itu benar-benar faham akan fitrahnya yang sebenar yang hanya sangat memerlukan pandangan dan kasih sayang dari Tuhan. Bersihkanlah ia, sucikanlah ia selalu, agar ia tak kesunyian dari Rahmat dan kasih sayang Tuhan. Semoga ia boleh pulang ke pangkuan Tuhannya dalam keadaan yang sejahtera lantas membahagiakan perumahnya di Akhirat sana………

-By the way, thanks Haji Madi a.k.a. Nasir Bilal Khan for that great advice-
0 Komentar:
Post a Comment