Smart Comparison...

Jan 13, 2010

0 Komentar
Dulu, masa zaman Friendster tengah naik, aku adalah di antara remaja akhir zaman yang gila dengannya. Sanggup aku berulang-alik dari rumah nak ke cyber café semata-mata nak appear online dalam Friendster masa tu. Nak buat macam mana, internet pun tak subscribed masuk rumah lagi. Bukan main jauh cyber café dengan rumah aku, tapi, Friendster punya pasal aku buat tak kisah ja. Gila betul. Benda-benda social network ni memang ada aura tesendiri la. Betul-betul buat kepala otak aku jadi gian.

Itu dulu la, sekarang nie mana main Friendster dah. Semua orang layan Facebook. Friendster tu kira out-dated kata orang. Kalau tak, takkan la aku kena gelak besar ngan member-member aku kat ipt ni bila aku sebut pasal Friendster. Kata diorang, “Friendster tu zaman bila punya teknologi? Sekarang ni orang main Facebook laa.” Sikit punya malu aku dibuatnya. Jadi, tanpa melengahkan masa, terus aku delete je account Friendster aku tu.

Dalam Friendster tu, ada satu ruangan discussion. Discussion untuk group. Sesapa yang pernah join Friendster dulu rasanya tau la kot benda-benda nie semua. Aku ada join satu group ni. Group yang lebih kurang Islamik la adanya. Semua group members hanya akan bukak topik perbincangan yang bertemakan persoalan atau pendapat berkenaan hal-ehwal Islam masa kini je. Kekadang aku bukak la jugak main board group tu bila group Chelsea FC dengan group Sekolah aku tak bincang apa-apa topik yang menarik. Sampai la satu hari tu, aku bukak discussion board group tu, seorang hamba Allah ni telah bukak satu tajuk untuk dibincangkan yang mana kesan daripada tindakannya itu, persepsi di dalam minda aku telah berubah.

Budak tu kata yang dia rasa amat tak senang hati dengan posisi dia sebagai remaja Muslim di dalam komuniti masyarakat Muslim hari ni. Kenapa? Sebabnya, dia kata dia mampu melaksanakan tanggngjawab dirinya sebagai Muslim, iaitu Solat, dengan sempurna. Tak pernah miss langsung lima waktu sehari semalam. Yang jadi masalahnya, jarang sangat-sangat dia dapat merasakan kelazatan Solat tue sendiri.

Yelah, apa guna dok penat-penat rukuk sujud tiap-tiap hari tapi tak dapat merasakan kemanisan amalan-amalan tu semua. Bimbang lama-lama boleh jadi jemu. Ha, bila jemu pun datang, nie la masa yang paling sesuai setan nak ambik port. Setan suka sangat la bila rasa jemu tu dah timbul dalam hati hamba yang beribadah, senang sikit kerja dia nak mencilok.

Hmm, rasa macam kena atas kepala aku je benda-benda yang budak tu luahkan, bab nak khusyu’ dalam solat ni, payah giler bagi aku. Mintak sangat jangan didatangkan rasa jemu tu.

Selang beberapa hari lepas tu, tiba-tiba posted satu comment dari seorang lagi hamba Allah ni terhadap topic yang dibukak oleh budak tadi. Katanya, jangan lah sedih. At least kita masih jaga solat. Kelazatan tu memang susah nak digapai, sekurang-kurangnya kita masih menjaga Solat tu. Bandingkanlah diri dengan rakan-rakan seMuslim yang tak menjaga Solat, ataupun yang tak solat langsung. Kita patut rasa bertuah yang kita masih tahu nak angkat takbir bila masuk dalam waktunya.

Betul jugak ek fikirku. At least aku masih menjaga Solat. Solat tu tiang agama. Benda paling utama dalam agama Islam. As long as Solat kita mampu jaga, walaupun tak sempurna dengan tak khusyu’nya, dengan cacat celanya yang pelbagai, kita nie masih dikira orang yang sedar akan tanggungjawab tersebut jugak. Okey la tuuu!!!

Sebaik sahaja comment tersebut posted, berlakulah perdebatan yang agak kompleks berkenaan dengan topik ni. Point berkenaan comparison dengan orang yang tak menjaga Solat tue yang menjadikan topik ni debatable. Sebahagian daripada group member tidak bersetuju dengan cara comparison itu dibuat manakala sebahagian yang lain bersetuju. Hasil dari pembacaan aku pada discussion tu, aku rasa, aku lebih terarah untuk menyokong kelompok yang tidak bersetuju. Kenapa?

Pointnya begini. Tak salah kita nak compare diri kita dengan orang lain. Dalam macam-macam hal sekalipun, memang takde masalah kita nak compare diri kita dengan orang lain. Dan memang antara sikap manusia juga adalah suka membandingkan keadaan hidup diri sendiri dengan keadaan hidup orang lain. Takda masalah pun sebab dari sikap ni juga manusia boleh bertindak untuk mengubah cara hidupnya atau gaya hidupnya ke arah yang lebih baik.

Dalam hal ibadah pun tak salah nak membandingkan standard ibadah kita dengan orang lain. Cuma, mestilah kena pada caranya. Cara perbandingan yang disarankan oleh group member yang tadi ni boleh dikatakan salah lah dari segi etika sebagai hamba yang beriman. Membandingkan diri dengan orang lain yang lalai pada perintah Allah sehingga timbul rasa lega dengan amal ibadah sendiri bukannya sikap orang yang beriman. Orang beriman tak pernah rasa puas hati dan lega dengan amal ibadah yang dilakukan. Sentiasa terasa di dalam dirinya yang ibadahnya itu sentiasa ada cacat cela.

Persoalannya, mereka orang yang beriman, tetapi mengapa mereka sentiasa merasakan ibadah mereka tidak sempurna? Sebabnya, mereka juga membandingkan amal ibadah mereka dengan orang lain, tetapi, perbandingan itu dibuat dengan membandingkan amal ibadah mereka itu dengan amal-amal ibadat hamba-hamba Allah yang lain yang lebih tinggi darjatnya. Mereka membandingkan amal ibadat mereka dengan para mujaddid, ahli sufi, wali Allah, para sahabat dan semestinya mereka pasti akan merasa kalah dengan amal ibadat hamba Allah yang paling utama iaitu Muhammad saw.

Dengan perbandingan yang mereka ilhamkan inilah yang telah menimbulkan keazaman yang tinggi di dalam jiwa mereka untuk sentiasa memperbaiki dan meng‘upgrade’kan lagi standard ibadah mereka. Sebab mereka takkan senang hati dengan amal ibadah yang tak sama dengan amal ibadah hamba-hamba Allah yang lain yang mana mereka tu semua dah dijanjikan syurga. Dari situ mereka akan selalu koreksi akan diri mereka dan selalu bermuhasabah untuk menjadi yang lebi baik.



Mereka tak akan membandingkan amal ibadat mereka dengan amal ibadat hamba-hamba Allah yang tidak taat serta selalu melanggar syariat Tuhan. Dan adalah sesuatu yang kejam untuk merasakan amalan diri sendiri adalah lebih baik dari amalan orang lain yang sudah jelas tersesat dari jalan-Nya. Itu bukan sikap orang yang beriman. Mereka tak memandang rendah akan manusia yang tidak taat. Akan tetapi, mereka memandang manusia yang sedemikian dengan pandangan yang penuh dengan belas kasihan. Belas kasihan kerana mereka tahu gaya hidup manusia yang tidak taat itu akhirnya akan membawa kerugian yang besar ke atas manusia itu sendiri dan manusia itu tidak menyedarinya.

Jadi, orang yang beriman memandang manusia yang tidak taat itu dengan penuh keazaman untuk merubah mereka untuk kembali ke jalan Allah dan ikut serta bersamanya bermujahadah dan berjuang hidup di atas muka bumi ini sebagai hamba yang patuh kepada Tuhannya. Inilah cara orang yang beriman membandingkan dirinya dengan orang lain. Di dalam hal ibadah, mereka tak akan membandingkan diri mereka dengan orang-orang yang fasik, derhaka, tidak taat dan sebagainya. Sebaliknya, mereka akan membandingkan amal ibadahnya dengan orang yang lebih tinggi darjatnya agar amal ibadahnya akan sentiasa dapat diperbaiki sambil dapat mengelakkan rasa lega dengan amal yang sudah dilakukan.

Sebenarnya, tak salah untuk membandingkan diri dengan orang yang lebih rendah martabatnya dari kita. Cuma, cara itu mesti kena pada tempatnya terutamanya di dalam soal dunia. Sebagai contoh, aku kerja sebagai seorang kerani biasa di dalam sebuah pejabat kerajaan. Gaya hidup aku mesti la tak mewah, biasa-biasa je, tak ada apa-apa yang nak dibanggakan pun kalau bekerja sebaga kerani biasa sahaja.

Kalau aku bandingkan diri aku dengan bos aku, mesti aku akan sentiasa rasa tak senang duduk. Ye lah, orang tua tu pakai Mercedes, aku pakai Kancil je, dia duduk rumah banglo mewah, aku duduk rumah teres setingkat je, dia boleh pegi melancong sana sini, aku ni paling kuat pun berkelah kat sungai belakang rumah je. So, jiwa akan selalu jadi tak tenang memikirkan nasib diri yang tak sebertuah bos aku tu. Akhirnya, tekanan hidup pun jadi kuat. Mulalah aku akan jadi tak ketahuan, salahkan takdir dan sebagainya.

Cuba pulak aku bandingkan diri aku dengan makcik cleaner pejabat tu. Aku boleh jugak pakai Kancil, makcik tu naik bas je, aku boleh jugak duduk rumah teres, makcik tu tinggal kat rumah setinggan je. Dari situ terdidiklah jiwa aku untuk tetap bersyukur biarpun hidup aku tak semewah mana. Sebab aku sedar ada lagi hamba Allah di atas muka bumi ni yang lebih tak bernasib baik. So, aku tetap dapat menjalani hidup dengan tenang biarpun hidup aku hanya sederhana.

Jelas betapa bergunanya perbandingan yang wujud itu. Membandingkan diri dengan orang yang lebih rendah martabatnya juga adakalanya boleh mendatangkan faedah kepada diri kita.

Konklusinya, dalam hal berkaitan urusan Akhirat, bandingkanlah diri kita dengan hamba Allah yang lebih tinggi martabatnya, di situ letaknya kunci mujahadah. Manakala dalam hal berkaitan urusan dunia, bandingkanlah diri kita dengan hamba Allah yang lebih rendah martabatnya, di situ letaknya kunci sabar dan bersyukur. Namun awas! Di situ jua terdapat kunci kesombongan. Jadi, bijakkanlah diri di dalam mentafsir perbandingan itu………


Ketulusan Hati...

Jan 9, 2010

0 Komentar
Tau kan lagu ‘Ketulusan Hati’, lagu yang pernah top suatu ketika dulu nyanyian Anuar Zain. Tapi kejap je kan lagu tu top. Sebab, bukannya sedap sangat pun lagu tu kalau nak dibandingkan dengan lagu-lagu Anuar Zain yang lain macam ‘Keabadian Cinta’, ‘Semua Untukmu dan ‘Lelaki Ini’. Aku pun tak pernah simpan lagu tu dalam aku punya henpon ni. Bukan sentuhan terbaik Anuar Zain la aku rasa untuk lagu tu.

Tapi, yang buat aku impress dengan lagu ni adalah…

Di suatu petang yang damai, keboringan aku telah sampai ke kemuncaknya. Cuti dok rumah je, takde buat apa langsung. Bukan ingat nak cari kerja ke, tolong mak siram pokok bunga ke, belasah mat-mat rempit ke dan bermacam-macam lagi aktiviti berpekdah yang sepatutnya boleh dilakuakan buat mengisi masa lapang di kala cuti ni. Sekadar menekan-nekan remote Astro sambil posing maut atas sofa je yang mampu aku lakukan buat mengisi kekosongan masa yang ada.

Dah takde cerita apa yang nak ditonton, beralihlah aku ke channel Astro Oasis sebagai alternatif terakhir. Ye lah, channel tu kan Cuma tayang rancangan-rancangan kerohanian je. Remaja berdarah panglima macam aku ni mestilah kurang tertarik dengannya. Tapi, kalau ada bakal mak mertua atau pak mertua bersama, memang sesuai sangat la nak bertukar ke channel ni. Baru nampak macam remaja yang berwawasan sikit.

Masa tu, kat channel tue tengah menayangkan sebuah rancangan yang berbentuk ilmiah berkenaan Solat yang bertajuk ‘Panggilan Agung’. Dia macam menerangkan dengan lebih detail la tentang setiap rukun-rukun di dalam Solat. Baguih jugak la untuk ditonton bagi nak smooth kan lagi performance Solat kita. Agar sentiasa tepat denga hukum-hukum Solat yang dah ditetapkan. Aku pun layan lah cerita tersebut memandangkan rancangan tersebut juga boleh tahan menarik la jugak.

Malangnya, rancangan tersebut dah sampai ke ending nya. Aiseh, potong betullah. Baru je nak insaf-insaf sikit, tak pasal-pasal cerita dah nak habis la pulak. So, redha je la aku. Takkan nak maki hamun tak tentu pasal depan tv tue pulak. Tak pasal-pasal adik aku hentak kepala aku pakai laptop die pasal mengejutkan dia yang tengah tido time tu. Takpe lah, lain kali mesti ada ulangan punya. Kan Astro memang suka mengulang-ulang cerita yang sama.

Yang best nya, lagu ending dia tu yang aku tak tahan. Lagu ‘Ketulusan Hati’ Anuar Zain tue la yang diambiknya buat tema. Sedikit cuak adanya aku di hadapan tv tu. Lagu ni bukannya nasyid mahupun jenis lagu yang berbentuk motivasi, boleh pulak diambik buat tema untuk rancangan yang macam ni. Nak tergelak pun ada. Tapi, kalau nak difikirkan balik, lirik lagu tu kalau nak ditujukan kepada Yang Maha Esa pun matching la jugak. Tau sendiri la liriknya macam mana kan.

So, terfikir la jugak, bagus jugak lagu-lagu Anuar Zain ni. Walaupun dia bukan penyanyi nasyid, tapi lagu-lagunya still ada sense of ketuhanan gak. Teringat aku pada sebuah lagi lagu yang lebih kurang macam tu jugak. Lagu ‘Tanpa’ yang dinyanyikan oleh kumpulan The Sixth Sense yang mana ianya diakui sendiri oleh penyanyinya bahawa lagu ni disamping berguna untuk mengayat awek, ianya juga boleh dihayati dari sudut ketuhanan. Emm, baguih la jugak penyanyi-penyanyi kat Malaysia ni. Lagu-lagu nyanyian mereka tak semuanya mengajak kepada cinta insani je, kekadang terselit la jugak di dalamnya pengajaran-pengaran cinta Tuhan. Sama ada secara sengaja, atau tidak sengaja, haa, inilah yang menjadi persoalannya.


Kalau difikirkan berkali-kali, rasa macam tak wajar je keadaan tersebut berlaku. Macam lagu ‘Ketulusan Hati’ tu, aku percaya, semua pendengar bila first time dengar pasti akan merasakan yang lagu nie adalah untuk memuji dan memuja seseorang awek atau pakwe, bukannya nak memuji dan memuja Tuhan. Dan aku percaya jugak yang penulis lirik ni tak berniat pun nak men double-meaning kan maksud lirik lagu tu.

Tapi, sebab puji-pujian yang dinukilkan dalam lirik lagu tu jugak layak dihalakan kepada Tuhan, makanya, rancangan keagamaan macam ‘Panggilan Agung’ tu ambik lagu ni sebagai lagu tema. Apa yang boleh difahami adalah, puji-pujian kepada manusia yang ada di dalam lagu-lagu kat Malaysia nie pun ada yang layak jugak diberi kepada Tuhan. Ini bukan caranya beradab dengan Tuhan.

Mencintai Tuhan takkan sama dengan mencintai manusia. Sangat berbeza. Orang-orang beriman tak mencintai Tuhan macam dia mencintai suaminya, isterinya, ibunya, ayahnya atau sesiapa sahaja di atas muka bumi ni termasuklah orang-orang tak layak dicintai atau tak sepatutnya dicinta seperti pakwe atau makwe. Mereka mencintai Tuhan dengan standard yang sangat tinggi dan jauh berbeza dengan standard cintanya dengan manusia.

Sebab mereka faham akan keagungan cinta Tuhan tu yang mana dikatakan lebih hebat daripada cinta seorang ibu yang terlalu menyayangi anaknya. So, mustahil mereka akan mencintai Tuhan sama seperti mereka mencintai manusia. Adab mereka dengan Tuhan juga takkan sama dengan adabnya dengan manusia. Apatah lagi bahasanya dengan Tuhan, semestinya takkan boleh sama dengan bahasanya dengan manusia.

Sebab mereka memang yakin, Tuhan itulah yang paling layak dicintai dan diagungkan dengan cinta yang teragung kerana Dia adalah Zat Yang Maha Suci, mana boleh sama langsung dengan cintanya dengan manusia yang langsung tak perfect ni. Dan mereka mencintai manusia juga kerana mereka mencintai Tuhan. Kerana mereka faham akan kehendak Tuhan yang mahu hamba itu mencintai ayah dan ibunya, mencintai suami bagi seorang isteri dan mencintai isteri bagi seorang suami serta kehendak Tuhan jua lah yang menghendaki hamba mencintai saudaranya.

So, layak ke ada lagu yang boleh di double-meaning kan yang mana di satu part, ia mengisahkan keghairahan cinta seseorang manusia kepada manusia yang lain and the other part, ia mengisahkan keagungan cinta antara hamba dengan Tuhannya. Mana boleh! Mencintai Tuhan mana boleh sama dengan mencintai manusia. Apatah lagi lagu-lagu tue semua mengisahkan cinta kepada yang tak berhak seperti cinta seorang pakwe kepada makwenya atau seorang makwe kepada pakwenya. Yang mana lagu tersebut selalu digunakan oleh pasangan-pasangan kapel di kalangan remaja untuk menghangatkan lagi cinta mereka.

Ini lagi parah, mencampuradukkan antara tuntutan dan larangan. Benda-benda kapel ni semua, kalau tak terpimpin, dengan berpegang tangan la, koling-koling sampai dua tiga pagi la, dating berkepit sana sini la, tau sendirilah akan hukumnya sama ada terlarang atau tak, aku tanak kata pa, kang kena tuduh ekstrem pulak. Tapi, mencintai Tuhan tu satu tuntutan bagi menjana Iman di dada. Sebab dari cinta itu, barulah wujudnya kesediaan mematuhi segala perintah dan larangan Tuhan dengan sangat senang hati.

Benda ni memang nampak kecik, tapi kalau diteliti, ia boleh merosakkan mentaliti masyarakat terutamanya umat Islam. Menduakan cinta Tuhan, walaupun tak sama dengan menduakan Tuhan, tetap memberikan kesan yang buruk kepada Iman dan keyakinan umat Islam kepada Keagungan dan Keesaan Tuhan. Come on la, sepatutnya kita lebih bijak nak membezakan cinta Tuhan dan cinta sesama insan. Tuhan dengan insan, tak sama, tak pernah sama dan tak mungkin sama. Jadi, layak ke mencintai Tuhan sama seperti mencintai manusia. Sama-sama la kita fikirkan.



Celebratin' Da First Day Of The Year...

Jan 1, 2010

0 Komentar
Hari ni is the first day of 2010. Semua orang tahu, semua orang di seluruh dunia pun tahu. Cuma orang yang tengah koma je yang tak tahu. Orang-orang kanibal di dalam hutan pun mungkin tak tahu jugak. Tapi, yang aku tahu, sama je tetiap tahun, asal nak masuk tahun baru je, orang akan bercakap pasal kenangan, azam dan konsert countdown. Cliché je, takde peningkatan hidup langsung. Semua orang akan sambut tahun baru dengan meriah dan hiburan tanpa batasan. Yeah! Itu yang kita mahu, entertainment, entertainment dan entertainment.

Tadi petang, adik aku bagitau aku yag dia dapat satu mesej dari member dia yang mengatakan New Year celebration ni sambutan orang-orang yahudi dan nasrani. Beberapa ulama’ kontemporari memfatwakan orang yang menyambut benda-benda new year ni semua secara membabi buta tanpa sebarang pengetahuan mengenainya dikira sebagai fasik, dan yang dah memang tahu asal-usul sambutan ni, tapi tetap nak menyambutnya dikira sebagai murtad.

Adik aku tanya aku, boleh percaya ke mesej-mesej macam tu, sebab ia sekadar mesej. Bukannya macam poster-poster fatwa yang dilekatkan di papan-papan tanda yang ada di semua Masjid di seluruh Malaysia yang mana kesahihannya lebih meyakinkan sebab ianya dilekatkan secara rasmi oleh tuan pengerusi Masjid.

Macam poster yang memaparkan hukum yang latest berkenaan sambutan hari Valentine tu. Ianya disertakan dengan pengesahan oleh Majlis-majlis Agama Islam yang rasmi. Yang macam tu, memang tak dapat la nak dinafikan lagi. Kalau tolak jugak, baik tak payah ada Majlis Agama Islam kat Malaysia ni sebab hasil kajian diorang orang buat tak layan je.

Kalau setakat mesej, aku pun boleh reka sendiri, tulis ikut suka hati aku apa-apa yang aku rasa boleh persuade orang nak percaya, then sebarkan secara rawak kononnya apa yang aku type sendiri kat henpon tu adalah keputusan memana Ulama’ kat dunia ni. Jadi, aku pun sebenarnya agak berhati-hati nak menelan informasi-informasi yang disalurkan melalui media-media elektronik ni macam internet dan mesej henpon.

Tapi, kalau difikirkan balik, sebelum mesej tu wujud pun sebenarnya dah boleh nampak dah yang sambutan new year ni macam mana, obvious giler. Jelas, tetiap tahun, asal malam sambutan new year je, konsert countdown mesti ada. Confirm! Macam compulsion je benda tu, kalau takde tahun tue kira suwey je. Kat konsert tu ada apa? Orang baca Yasin beramai-ramai ke? Ataupun orang buat Solat Sunat Hajat beramai-ramai?

Tau sendiri la, tempat di mana lelaki perempuan bebas bercampur ikut suka hati mak bapak diorang, terlompat-lompat, terkinja-kinja sana-sini. Menari ikut rentak penyanyi atas stage, dangdut ke, shuffle ke, broadway ke, head-banging ke semua ada. Terjerit-jerit, terlolong-lolong sekitar perkarangan Dataran Merdeka, Padang Kota, middle of IKEA dengan The Curve sambil berjoget-joget tak tentu arah. Make a wish time bunga api tengah meletup sampai terlupa kat siapa yang dia wish-wish tuh.


Arak sana sini, dalam kelab, luar kelab, tepi pantai, dalam semak. Semua nak hepi go lucky sempena kedatangan tahun baru. Yang couple-couple pulak, konon romantic habis la ajak makan candlelight-dinner, kalau berduit la, kalau yang tak berduit, warung Nasmir pun jadi la. Kalau dah sengkek sangat, wish kot henpon ataupun facebook kira jadi la tu. Bunga api jangan cakap la, pom pam pom pam sana sini. Sekarang ni pun aku dok tengah dengar bunyiknya. Macam tue la sambutannya yang aku tau tetiap tahun, sama je, langsung tak developed.

Budaya siapa cara sambutan yang macam tu? Bercampur, berkumpul, enjoy sampai tak sedar yang diri tue tak lama hidup kat dunia. Entah esok entah lusa Tuhan panggil balik. Islam zaman bila yang benarkan hidup bersuka ria macam tu? Enjoy sampai habis yang haram pun jadi halal. Ada ke hadis Nabi saw yang kata kalau nak enjoy boleh je skip kejap memana hukum Tuhan?

Pergaulan bebas, muzik yang melampau, arak, making wish kat sapa-sapa ntah, menari sana sini takda pedoman, tak cukup haram ke tu? Kalau betul korang Solat lima waktu, tak payah tunggu mesej-mesej Ulama’ pun dah boleh tau haram halal sambut new year ni. So, lu ada otak, ha lu pikkiir la sendiri. Assalamualaikum………

Kebinatangan Nafsu Lelaki...

Dec 29, 2009

3 Komentar

Astro ada menyiarkan saluran Astro Aruna yang mana saluran ini hanya memaparkan rancangan sinetron-sinetron indon semata-mata. Aku memang tak minat langsung channel ni. Namun, oleh sebab fitrah mak aku yang suka sangat menceritakan sinopsis-sinopsis cerita Indon yang ditontonnya melalui channel Aruna itu tanpa kupinta, makanya aku juga turut terambil tahu sedikit sebanyak sinetron yang terdapat dalam saluran tersebut. Dalam banyak-banyak sinetron yang diceritakan oleh mak aku, terdapat sebuah sinetron yang secara disengajakan, telah menarik perhatianku. Tajuknya, ‘Nyonya-nyonya Sosialita’.

Secara ringkasnya, cerita ni mengisahkan sekumpulan kaum isteri yang cun-cun belaka, yang cuba untuk memastikan yang suami mereka tu tak cari perempuan lain. Tak kisah la, buat isteri nombor dua ke, perempuan simpanan ke, ataupun sekadar seorang geisha. Macam-macam cara la yang telah dilakukan oleh kumpulan wanita ini hasil daripada perbincangan yang telah dilangsungkan untuk memastikan objektif mereka itu dapat dicapai dengan jayanya.

Buat pembedahan plastik la, sedut lemak la, dress up seksi-seksi la, memang cun habis wa cakap lu. Aku pun ada tengok satu episod gak ari tu sebab dah boring sangat tak tau nak buat apa. Memang cun giler pelakon-pelakon yang dipilih untuk memainkan peranan sebagai isteri-isteri vogue itu. Tak terkedip gak la mata aku yang liar ni melihatkan kejelitaan mereka. Last-last, laki diorang cari perempuan lain jugak. Alasannya, walaupun isteri diorang tu dah cun habis, shape badan pun macam supermodel, tapi, diorang dah tua. Suami-suami ni semua nak cari yang muda.

Cilake betul. Dah cantik giler macam tue pun nak cari lain ke, bisik hatiku. Tak syukur nikmat betul, bini dah penat-penat buat itu ini semata-mata nak menyedapkan pandangan diorang, sardin je diorang boleh terpikat jugak dengan perempuan lain. Aku yang dah naik geram ni, terus menyuarakan rasa tidak puas hatiku kepada mak aku terhadap jantan-jantan tak guna tu. Mak aku pun segera berkata, “Inilah yang dinamakan nafsu.” Terdiam aku tatkala mendengarkan penerangan mak aku tu. Betul jugak apa yang dikata. Semuanya kerana nafsu.

Terus aku teringatkan balik dialog-dialog ilmiah antara aku dengan beberapa orang member yang sebaya dengan aku berkenaan dengan macam mana nak atasi masalah remaja lelaki sekarang ni terhadap masalah-masalah seperti suka tengok video porn, kuat mel****p, suka melayan hawa nafsu dengan ringan-ringan bersama awek mahupun pelacur-pelacur tambang murah dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa kahwin je la jalan penyelesaiannya.

Dulu, aku memang setuju dengan jalan penyelesaian itu, tapi, lepas aku tengok cerita sinetron terbabit, aku mula sedar yang kahwin, bukan jalan penyelesaian pada masalah nie semua. Takkan nafsu shahwat nie terbatas hanya sampai kahwin je? Kalau tak, takkan la banyak sangat kes-kes jenayah rumah tangga berlaku di dalam masyarakat hari ni.

Salah satu contoh darinya, suami-suami banyak yang nak berpoligami kerana nafsu. Hasilnya, poligami itu langsung tidak praktikal dari objektif asalnya untuk membela nasib wanita. Akhirnya rumahtangga yang pertama jadi porak peranda. Penceraian di kalangan pasangan yang baru kahwin, jangan cakap la. Tengok je la artis-artis kat Malaysia ni punya perkahwinan. Banyak yang tak kekal lama. Ada yang tak sampai setahun, ada yang tak sampai sebulan, paling best sekali, ada yang tak sampai seminggu. Gila betul, entah-entah hutang majlis kahwin pun tak settle lagi.

Sekarang nie pulak, tambah kacau lagi dengan isu pasangan yang masih lagi bergelar isteri orang mahupun suami orang tapi tetap mahu mencari pasangan yang lain yang tidak halal baginya untuk dicampuri. Ada jugak kes suatu ketika dulu, ibu yang dah ada lima orang anak boleh pulak ditangkap khalwat dengan jantan lain.

Ape kejadahnye semua ini? Sepatutnya perkahwinan perlu lebih praktikal untuk mengawal hawa nafsu pasangan. Last-last, ini pulak yang jadi. Kat Malaysia ni, Alhamdulillah la benda-benda nie semua masih dipandang sebagai absolutely celaka. Tapi, kalau kat barat, benda-benda ni semua dah kira biasa la.

So, berbalik kepada sinetron tadi, pokoknya lelaki masih lagi nak kan wanita yang lain biarpun isterinya dah cun giler dan itulah fitrahnya. Teringat aku lirik sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Samsons yang berjudul Naluri Lelaki. Liriknya camni, “Naluriku sebagai lelaki, membuatku menginginkan, berjuta wantia di sisiku.” Hah! Memang kena sangat la atas kepala jantan-jantan di dunia semua. Memang naluri lelaki, bukan takat nak beristeri empat, tapi kalau boleh nak lima, enam, tujuh, kalau boleh semua la wanita yang ada kat atas muka bumi ni.

Itu sebenarnya naluri lelaki, sentiasa tertarik dengan wanita Semua macam tu. Benda pertama yang Allah swt sebut sebagai yang memikat hati lelaki pun wanita. Dan nafsu pulak akan push kehendak tersebut menjadi ganas dan tidak terbatas. Aku pun macam tu la. Kehendak hati nak kan wanita macam Cindy Crawford sebagai teman. Di sudut lain nak pulak wanita macam Charlize Theron. Kekadang nak yang macam Diana Danielle pulak. Hmm, kesan dari nafsu dan mata yang tidak terjaga, jadilah kehendak gila yang sebegini.

Atas kehendak yang sebeginilah pelacuran dianggap sebagai benda yang relevan di sesetengah negara yang diperintah raja yang bukan Islam. Sebab memang jelas fitrah lelaki itu inginkan wanita yang pelbagai sebagai teman. Bukan statik je pada wanita yang seorang. Hari ni dengan perempuan yang ini, esoknya dengan perempuan yang lain, kepuasan namanya tu. Isteri-isteri memang tak boleh kata apa la sebab kalau mengamuk, lagi la suami diorang nak cari perempuan lain.

Maka, sistem masyarakat pun huru-hara jadinya. That’s why di barat, kalau tak kahwin pun lelaki dan perempuan yang bukan mahram dah boleh duduk serumah dan buat apa-apa yang sepatutnya suami isteri je boleh buat, kalau kahwin pun nak buat apa, buat susah je.

So, Islam tu kiranya menyekat fitrah manusia ke? Ye lah, zina tu kan dosa besar, maksudnya dalam Islam, nak menyempurnakan kehendak nafsu tu hanya selepas kahwin, takde perzinaan, takde pelacuran, dan sebagainya. Tersekat la kiranya fitrah tu. Kan ke Islam tue agama yang universal? Kena la sentiasa sesuai dengan fitrah manusia.

Benda yang paling penting sekali yang perlu kita ingat adalah Islam datang dengan medium Iman. Dengan Iman, sekecil-kecil kelompok pertama Muslim di Makkah dulu mampu bertahan. Dengan Iman, jiwa Muslim jadi teguh dan kuat. Dengan Iman, adanya keyakinan pada kebesaran dan keesaan Tuhan. Iman tu sendiri dah menyempurnakan fitrah manusia yang paling utama ada pada semua manusia, lelaki dan perempuan, iaitu, fitrah rasa bertuhan.

Apa yang kita tahu, yang paling jelas sekali, hakikat diri manusia ada hati, akal dan nafsu. Akal tu tapak jatuhnya hidayah dn taufik yang akan membina Iman di hati dan nafsu pulak musuh kepada Iman. Iman tak bermusuh kepada nafsu, tapi Iman gunanya untuk mendidik nafsu agar sentiasa kena dengan kehendak Tuhan. Iman dan nafsu kedua-duanya berfungsi menggalak akal untuk formulate idea. Dan Islam lah yang memberi garis panduan bagaimana nak menyuburkan keimanan di dalam jiwa.

Dengan Iman, nafsu dan fitrah lelaki yang inginkan teman itu tetap dapat dilayan, tapi dibatas agar selari dengan kehendak Tuhan. Dengan Iman jugaklah keterbatasan yang ditetapkan itu langsung tak membuatkan tuan punya jiwa rasa fitrahnya disekat. Sebab dengan adanya Iman, hati akan mudah faham dengan kehendak Tuhan.

Begitulah tugas lelaki yang sepatutnya untuk mengawal nafsu agar tidak terlalu biol nak menyempurnakan fitrah dirinya secara membabi buta. Suburkan Iman di jiwa, nescaya nafsu tue dapat dikawal. So, kahwin bukan jalan penyelesaian masalah kaum Adam yang suka memuaskan nafsu dengan mata, tangan dan sebagainya. Sebab kahwin merupakan salah satu cabang dalam Islam yang cukup luas sebenarnya, bukan sekadar nak memuaskan nafsu semata-mata. Ia merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar.

Jadi, di masa remaja lah lelaki sepatutnya menyuburkan Iman di hati dan mendidik nafsunya. Sebab time remaja ni la nafsu akan memberontak tahap extravaganza. Kalau mampu dididik dan dibentuk di masa ni, dengan Iman dan jalan yang betul, mesti masa yang ke depan nanti jiwa takkan mudah tertawan dengan pujuk rayu nafsu lagi. Maka, takdelah masalah nak cari perempuan lain tak tentu pasal masa dah kawin nanti. Secara tak langsung perkahwinan tu akan jadi lebih kena dengan kehendak Tuhan dan didikan Rasul saw.

Kuatkan mujahadah melawan nafsu, usaha jauhkan diri dari perkara yang boleh mencampakkan kita ke lembah maksiat, bergaul rapat dengan orang-orang soleh, last sekali jangan la pernah gembira dan bangga dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Ancaman nafsu amatlah merbahaya dan mampu membuatkan jiwa yang kurang menghayati perasaan bertuhan untuk menjadi kucar-kacir. Matlamat yang jelas pun akan menjadi kabur, prinsip hidup akan tercela, tambah merosakkan, hati dan jiwa boleh jadi buta. Demikianlah fitrahnya nafsu, macam seekor singa yang ganas. Kalau dibendung dia kan meronta, kalau dilepas dia kan menggila, kalau dididik pun dia tetap akan mencari jalan untuk keluar dari sangkarnya dan mengganas semula………


Maka Jangan Diherdik...

Dec 24, 2009

2 Komentar
Cepat-cepat aku masuk ke dalam bas Transnasional yang telah sekian lama aku tunggu kat perhentian bas Butterworth tu. Dengan mood yang agak tak smooth kata orang, segera aku mencari tempat duduk yang jauh ke belakang bahagian bas tersebut. Tapi takde la sampai ke hujung belakang tu. Takut gak kalau duduk hujung-hujung sangat, circumstance bahagian belakang tue pun boleh tahan spooky gak. Inilah akibatnya kalau terlau banyak sangat membaca artikel-artikel seram.

Menunggu Bas

Sudah menjadi kebiasaan bagi aku ketika belajar di Sungai Petani suatu ketika dahulu untuk menggunakan khidmat bas Transnasional tersebut bagi memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman dari Butterworth ke Parit Buntar. Dari Sungai Petani ke Butterworth pulak aku akan menggunakan khidmat Bas City Liner yang masa hujung-hujung semester last aku kat Sungai Petani tu, diorang dah guna bas baru. Bau air-cond pun still bau-bau kedai lagi.

Namun, hari tersebut bukanlah hari yang elok bagi aku. Aku dirundung beberapa masalah kecil yang sengaja diperbesarkan, dah la earphone henset tetiba rosak, nak dengar mp3 pun tak boleh, ditambah pulak dengan schedule bas yang tak menentu, sikit punya lama aku menunggu kat perhentian Butterworth tuh. Ntah apa-apa, sediakan la bas banyak sikit, takde la nak nyusahkan aku berdiri lama-lama kat depan tangga nak pegi ke jeti feri tuh.

Sekonyong-konyong aku melabuhkan punggung ke atas seat bas yang kelihatannya seperti seat yang dah lima belas season tak bertukar, meter ketensenan aku ditambahkan lagi dengan sikap driver bas yang nak menunggu sampai bas dia dah betul-betul penuh baru nak jalan. Aku cuba sedaya upaya untuk menenangkan kembali jiwa aku ni dengan menutupkan mata dan menyanyikan dua tiga buah lagu yang aku ingat liriknya dari mula sampai habis dalam mode senyap.

Nak masuk lagu yang ketiga, aku bukak la balik mata ni sebab boleh tahan lenguh jugak la nak memejamkan mata ni deliberately. Mangkuk tingkat betul! Tak jalan-jalan jugak bas ni. Yelah, penumpang pun aku tengok rasanya tak sampai sepuluh orang pun. Tensen! Aku potong wayer brek tue kang, tak pasal-pasal dengan aku-aku sekali masuk paper muka depan akhbar Utusan esoknya. Apa lagi yang boleh aku buat, duduk dan diam sambil buat muka kerang busuk je la.

Sesekali problem yang aku baru je hadapi sebelumnya datang menyapa pemikiran aku. Jiwa kacau betul la time tue. Tak senang duduk betul dibuatnya. Nak mereleasekan tensen aku tu, aku pun mulalah berkhayal tak tentu pasal. Bermimpi seakan-akan Nasha Aziz dengan Intan Azura bergaduh tak tentu pasal sebab berebutkan aku. Syok gak la, pergaduhan mereka itu mendapat liputan luas media tanah air. Masuk Melodi, Galaksi, URTV, Mangga dan sebagainya. Tengah aku asyik melayan mimpi yang agak tak matang tu, tiba-tiba ak tersedar yang ada seorang kanak-kanak perempuan yang naik ke atas bas itu.

Gayanya tak macam nak tumpang bas tue pun. Dengan kusut-masainya, rambut pun tak terurus, muka pun macam baru lepas kena kena marah dengan bapak dia. Aku usha la budak tu dari belakang. Tiba-tiba dia terus menerpa ke arah salah seorang penumpang di bahagian hadapan dan menghulurkan tangannya kepada penumpang itu. Laa, pemintak sedekah rupanya. Biasa la, kekadang ada je budak-budak naik bas sekejap nak mintak sedekah kat para penumpang dalam bas tu.


Budak yang tak terurus

Aku punya mintak la sangat-sangat dalam hati ni, mintak jangan la budak tue datang dekat aku. Dah la otak aku tengah serabut ni, amatlah tidak sesuai jiwa yang begini melayan kerenah kaum yang kurang bernasib baik semacam itu. Aku saja-saja buat tak nampak kat budak tu dan memalingkan wajahku ini ke arah tingkap, muka aku ni pun muka tingkap, sesuai la sesangat.

Namun, aku ternampak jugak telatah budak tersebut. Nampak gayanya hasil pungutannya di dalam bas ni kurang memberansangkan. Hampir kesemua penumpang di dalam bas buat tanak layan dekat budak tu. Kesian la pulak. Tapi, ketensenan di jiwa ini sedikit sebanyak menghapuskan rasa kesian itu. Dan hati terus merayu supaya jangan la budak tu datang kat aku. Dan akhirnya, rayuanku itu sia-sia belaka. Budak permpuan itu datang jugak padaku.

“Bang, duit sikit,” kata budak tu ringkas. Aku sekadar mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat ‘takde duit’ kepada budak tu, bukan isyarat lucah mahupun isyarat mencarut ek. Sekali budak tu taknak blah la pulak. “Tolong la bang, sapa pun taknak bagi duit kat saya hari ni,” kata budak tu penuh dengan kejujuran. Aku yang masih menurutkan amarah jiwa ni segera membengiskan sedikit raut wajah ini dan menggelengkan kepala namun aku masih membisu seribu bahasa, bimbang kalau aku bersuara di tengah ketensenan ni, aku tak mampu nak berbicara dengan hikmah dan sabar.

“Tolong la bang, seringgit ja,” kata budak tu. Kali ni, nadanya tersekat-sekat. Aku tengok matanya dah macam dah berair sikit. Alamak, jangan la nangis pulak. Kat orang lain ko tak nangis pun, mana aci camni. “Nak minum air je bang,” katanya dengan nada yang comfirm macam nak nangis. Kesian la pulak tengok keadaannya macam tu. Tapi, aku tak tau kenapa, kuat betul hati ni memujuk supaya jangan mengendahkan budak tu. Setelah apa yang aku lalui hari ni, dengan segala ketensenan, aku memang takde mood nak buat apa-apa kebajikan.

“Aku kata takda, takda laa!” kataku sedikit meninggi suara. Terkejut budak tu dibuatnya. Terus aku memalingkan wajahku darinya dengan muka yang teramat bengang. Dan caraku ini berjaya membuatkan budak tersebut blah dari pandangan aku. Puas hati aku. Tapi, aku ternampak budak tu berhenti sekejap di muka pintu bas. Dia memandang semula ke arahku dengan wajah yang cukup……… Cukup membuatkan aku menyesal dengan apa yang telah aku perlakukan kepadanya. Kejap je dia pandang aku, kemudian segera dia turun dari bas tu sebab driver bas pun dah siap sedia nak jalan.


Bengang!!!

Dan bas pun jalanlah dengan jayanya. Aku pulak terus melayan rasa bengang tak tentu pasal di sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu. Tiba-tiba, datang seorang pakcik konduktor bas kepadaku meminta tiket bas untuk di’verified’kan. Aku pun tercari-cari di poket yang mana aku letakkan tiket bas ni. Kedua-dua belah tangan aku liar mencari-cari tiket tersebut. Dan sememangnya tiket tersebut berada di salah satu poket seluar aku. Namun, aku agak terkejut bila mendapati di poket yang satu lagi terdapat sehelai wang kertas bernilai RM1. Secara spontan, daripada not satu ringgit itu aku terbayangkan renungan mata kanak-kanak peminta sedekah yang aku dah sound masa kat perhentian Butterworth tadi.

Renungan mata yang penuh dengan harapan, kesedihan dan kekecewaan. Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni? Rasa bersalah yang teramat sangat tiba-tiba menyelubungi jiwaku. Di kala itu juga aku teringatkan alunan bacaan ayat ke sepuluh Surah Ad-Dhuha yang sering aku baca masa Solat. Ayat yang melarang manusia mengherdik orang-orang yang meminta. Ayat tersebut benar-benar menghentam jiwaku, macam batu besar yang tiba-tiba turun dari langit jatuh tepat ke atas dadaku.

Segala masalah yang menyelubungi aku tadinya hilang begitu sahaja dan kini pemikiranku hanya tertumpu kepada kanak-kanak perempuan yang meminta-minta itu. Apa yang susah sangat sekadar nak memasukkan tangan ke dalam poket untuk mengambil wang seringgit dan memberikannya kepada budak itu? Dan kenapalah bangang sangat aku menggantikan perbuatan yang mulia itu dengan meninggikan suara kepadanya?

Bukan begini sifat seorang hamba. Bukan begini sikap umat Nabi saw. Sesusah-susah Nabi saw dulu pun boleh berkongsi semangkuk susu dengan 70 orang fakir miskin. Inikan pulak aku yang hidup lengkap serba-serbi. Boleh pulak aku bersikap sombong dengan makhluk Tuhan yang lain yang kurang bernasib baik. Dekat seminggu jugak la aku menyesali akan perbuatan celaka aku tu. Sedih yang teramat sangat. Kalau la hati yang suka mengikutkan amarahnya yang begini yang aku mahu bawa berjumpa dengan Tuhan kelak, pasti hancurlah aku.

Ya Allah, Kau lindungilah kanak-kanak itu. Belalah nasibnya kerana tiada pembelaan yang lebih baik daripada pembelaan-Mu. Amin…



“Dan terhadap orang-orang yang meminta-minta maka janganlah kamu mengherdiknya.”
Ad-Dhuhaa:10