One Hundred And One...

Jun 23, 2011



Setelah agak lama aku tak jenguk blog ni, akhirnya aku berjaya jugak publish yang previous punya entry. Yang pasal my phenomenal classmate tuh. Giler aku ingat bila masuk cuti semester yang panjang sepanjang-panjangnya ni (tapi takleh lawan la cuti menganggur aku masa 2007), makin rajin la jari jemari ni na menaip segala pengalaman hidup suka-duka yang aku dah lalui sepanjang hidup ni. Tup-tup, semakin malas pulak jadinya aku nak menaip dan bercerita.

Tambah-tambah bila abang aku dengan selamba rocknya berjaya merembat sebuah PS3 yang sangat aku idam-idamkan semenjak dua tahun yang lepas, makanya, cuti semester yang amat panjang nie aku habiskan dengan bermain bola, *kata dalam game.

Bilamana aku publish saja entry aku yang latest tu, aku terus menjenguk blog aku nie yang hampir sebulan jugak la aku tak jenguk. Lap-lap sikit mana-mana yang berhabuk, sawang yang banyak-banyak dekat area pingbox tuh, dan macam-macam lagi. Tetiba, aku menyedari akan sesuatu yang aku tak expect pun pada blog aku ni.

Bila aku lihat pada ruangan ‘arkib’ kat sebelah kanan tu, tah camna aku leh terdetik nak kira berapa banyak entry dah yang aku publish selama aku buat blog ni. Tahun 2009 ada 41 entries, tahun lepas ada 45 entries dan tahun ni ada 14 entries. Banyak gak ek. Try kita campur semua jap. 41 campur 45 dapat 86. 86 pulak campur ngan 14 dapat......100!

Pergh! Dah seratus entry rupanya yang aku dah publish kat blog ney. Maksudnya, previous entry tu adalah entry yang ke-100 lah. Wah! Giler aku tak caya. Dah seratus kali aku berjaya publish artikel-artikel mahupun apa sahaja yang aku nak publish kat blog ni. Maybe korang rasa, “eleh, baru seratus.” Tapi, aku excited kot. Sejak hujung tahun 2008 aku bukak account blogger neh, akhirnya semalam aku berjaya publish entry aku yang ke-100.

Which means, entry aku kali ni adalah yang ke-101. So, aku rasa kali nie aku nak tulih something yang ada nilai-nilai nostalgia sikit ah.

Memang hujung tahun 2008 aku bukak account Blogger ni. Tapi masa tu aku tak tau pun apa nak tulis. Aku buat pun sebab rasa cam dah bosan giler dengan Friendster. Masa zaman tu, aku takde Facebook lagi. Rasanya semua orang pun tak layan Facebook lagi. Paling gempak masa tu orang asyik bercakap pasa Friendster dengan MySpace je. Tapi, serius aku bosan dengan Friendster.




Masa tu aku rajin jugak bukak blog-blog member-member aku, kenalan-kenalan, senior-senior dan sebagainya. So, i tot dat ok gak kan kalau aku cuba-cuba buat blog satu. Then, aku signed up for an account masa tahun tu.

Masalahnya pulak, tetiba aku taktau nak tulih apa. Macam tak reti la pulak kan nak menaip-naip pakai microsoft word neh. Masa tu aku lebih prefer menulis pakai tangan je. Even masa nak buat assignment pun aku tulih pakai tangan then aku pass dekat other group member untuk tolong taipkan kat dalam laptop. Jadinya, tersadai laa blog aku nie yang mana lahirnya ia pada tahun 2008.

Masa pertengahan tahun 2009 tu, tetiba aku jadi teringat balik pulak pada blog aku ni. So, aku jenguk la balik satu-satunya blog yang bagi aku ada blogger’s profile, tapi takda entry. Then, aku rasa macam rugi la pulak. Dah ada blog, tapi tanak tulis apa-apa. Aku pernah dengar sorang blogger ni cakap, kalau dah ada blog, tulis je lah apa-apa yang kita minat kat dalam blog kita tu. Tak semestinya artikel mahupun karangan-karangan yang panjang lebar.

So, masa tue, aku suka betul dengar satu lagu ni. Tajuknya ‘Mengenal Nabi’. Memang aku sangat-sangat suka. Asal bukak laptop je, lagu tu je la yang aku asyik dok repeat. Tak bosan-bosan. So, lirik lagu tu lah yang mula-mula jadi entry untuk blog ni. Tapi, kejap je. Lepas entry yang pertama tu, aku sambung dengan ada lagi dua entries yang mana kedua-duanya aku just copy-paste je dari satu buku yang pernah aku baca.

Rasa macam tak best la pulak nak ambik idea orang lain lepas tu publish dalam blog sendri. Plagiarism! So, lepas tiga entries yang pertama tu, sekali lagi blog ini kembali tersadai tak bertuan. Aku maleh dah la nak ambik tahu pasal blog ni. Aku tak tau nak tulih apa, dan aku malas. Fullstop!

Sampailah ke bulan Ogos tahun yang sama. Datang satu berita yang menggemparkan kerajaan jiwa aku. Bilamana penyanyi yang aku sangat sanjung dan hormati iaitu Ustaz Asri Ibrahim telah dipanggil menemui Tuhan Yang Maha Esa. Masa tu aku sedih gila kot. Aku tak tahu kenapa, tapi waktu tue adalah antara moment yang paling teruk aku mengalami kesedihan sepanjang hidup aku ni.




Then, aku tak tahu nak bercerita kat siapa akan kesedihan aku ni. Rakan-rakan yang sebaya aku rasanya takde yang betul-betul minat dengan lagu-lagu Allahyarham. Aku sorang je rasanya. So, aku jadi tak tahu nak share rasa ni dengan sapa. Aku rasa lemas gila dengan rasa sedih yang menyelubungi jiwa aku masa tu. Sebab dia macam stuck dalam satu ruang bongkah kiub dan tak boleh nak dikeluarkan ke mana-mana.

Masa tu, aku dah jadi kaki internet sikit. Sebab dah ada broadband celcom kan. Pagi, petang, siang, malam asyik mengadap internet je kalau takde kelas. So, bila dah sedih gila masa tu, aku tulih je la rasa sedih aku dekat microsof word neh. Somehow, aku rasa macam release la jugak akan kesedihan kat dalam hati ni.

Bila dapat luahkan apa yang tersimpan melalui tulisan nie pun rupanya mampu menghilangkan rasa sedih dan kecewa yang melanda. Masa tu baru aku sedar. Walaupun takde sapa yang mendengar atau membaca, tapi aku rasa macam bebas la jugak dari rasa sedih yang melanda jiwa tu.

Bila dah habis aku menulis, tetiba aku teringat yang best jugak kalau aku publish kan je dalam blog aku nie yang masa tu dah lama gila tersadai. Bila aku publish je, pergh! Aku rasa macam aku dapat share perasaan sedih aku ni dengan semua orang kat atas muka bumi nie. Padahal follower blog aku ni masa tu cuma sorang je, iaitu aku sendiri. Hehe.

Selepas aku publish je entry tu, terus aku jadi rajin untuk publish banyak lagi entry kerana aku dah mula faham yang bila menulis dan siarkan dekat blog ni, mampu jugak menghilangkan stress dan tension yang melanda jiwa aku. Sampai laa sekarang. Cuma yang tinggal, malas dengan tak malas je la nak menulis.

Sampai seratus entries nie sebenarnya bukan semuanya artikel. Ada aku tulih lirik lagu-lagu yang aku minat, puisi yang aku tulih sendiri, ada gak dua cerpen berepisod yang aku tulih (salah satunya aku tak habis-habiskan lagi sampai sekarang, sori cik classmate.:p), dan ada gak artikel yang sama yang aku publish sampai dua kali. Tak kisah la kan. At least dah seratus kali aku klik button ‘publish post’ tu.

Memang seronok sebenarnya bila ada platform yang memboleh kan aku berkongsi pengalaman hidup, perasaan yang aku alami dan apa yang aku lihat, dengar dan fikir di dalam menjalani kehidupan ni. Rasa gembira dan hepi yang teramat sangat.

Thanks kepada mereka-mereka yang sudi jadi follower dekat blog ni, sama ada yang subscribe dekat tempat follower tu atau sekadar follow blog nie secara tak official. Reli appreciate it, walaupun tak lah seramai followers blog-blog lain. Dah sampai seratus entry ni, official followers aku tak sampai 50 orang pun. Padahal, blog lain, tak sampai seratus entry, tapi followers dah dekat 5000 orang. Tapi, who cares! Haha!

Ada banyak benda sebenarnya yang aku nak kongsikan lagi kat dalam blog nie. Tapi, macam yang aku cakap tadilah (ekceli, tulis), tinggal malas dengan tak malas je lah. Harapnya segala apa yang aku tulis selama ni ada nilai yang berharga di sisi Dia Yang Maha Esa. Amin.


2 Komentar:

Azwina HazwaniF said...

Betul...tulis blog kekadang beri rasa satu kepuasa dalam diri dan mudah2an ada benda yg kita tulis 2 insyallah boleh bg kesan pada kiwa org...ameen.. =)

Mehmed Aimi said...

Sangat setujuuuuuu.....!.:D

Post a Comment