Ada Seorang Gadis...

Jun 22, 2011



Dah lama aku usha seorang pelajar perempuan kat kelas aku ni. Seorang yang bagi aku sangat rilek, kool dan sporting. Tak semua subjek aku sekelas dengan dia. Aku pun tak paham kenapa dia nak campur-campur kelas. Group lain utk kelas criminal, group lain untuk kelas consti, group lain untuk kelas contract, sampai aku pun tak ingat mana satu subjek yang aku sekelas dengan dia. Sebab, tup-tup je dia ada dalam kelas aku, sok nye hilang pulak.

Tapi, semester kali nie semua subjek dia registered masuk dalam group aku. Kan senang macam tue. Takde lah susah-susah nak merojakkan kelas tak tentu pasal. Yang aku nak menyibuk pasal dia nie apa kes? Dia dok rojak-rojak kan kelas tue, suka hati dia lah. Takde nya nak menjatuhkan kredibiliti mahupun martabat aku sebagai seorang lelaki walau sedikitpun.

Walaupun aku mengenalinya dah lama, namun aku masih gagal memiliki nombor henfonnya walau satu digit pun. Malah kami tak pernah langsung ditakdirkan untuk bekerja secara berkumpulan bersama, presentation, assignment dan sebagainya. Tapi, banyak gak laa occasions yang mengizinkan aku untuk berbual dengannya walaupun kesemuanya hanya conversation yang tak sampai lima minit. Namun, aku tau dia tak sedar yang selama ini mata aku terkadang mencuri-curi peluang untuk memerhati akan dirinya.

Namun, bukanlah rupa paras yang aku perhatikan, walaupun cun jugaklah dia adanya. Bukan jua susuk tubuhnya kerana hal tersebut amatlah mustahil untuk dilihat. Haa! Dah kantoi sikit dah kat sentence yang kedua paragraph nie perihal mengapa aku selalu tak sengaja (iyelah tu!) memerhati dirinya.

Tanpa membuang masa aku, lebih baik aku straight to Ampang Point je lah. Sebenarnya, wanita yang merupakan full time classmate aku untuk semester kali ni memiliki suatu ciri yang amat-amat sangat menarik perhatian aku. Ciri tersebut adalah, setiap hari, pagi dan petang, siang dan malam, weekdays dan weekend, hanya satu jenis outfit sahaja yang dipakainya untuk datang ke kelas iaitu baju kurung. Dengan tudung sekali laa. Walaupun tudungnya tak labuh, tapi cukup syarat.

Aku faham sangat laa yang kebanyakan perempuan muda zaman sekarang memang rimas nak pakai baju kurung ni, apatah lagi jubah. Panas la, tak selesa la, selalu terpijak kain la dan memacam lagi alasan-alasan yang bagi aku boleh diterima pakai untuk tak selalu mengenakan pakaian baju kurung.

Tambah-tambah kalau nak kena berjalan jauh berulang-alik dari asrama atau rumah sewa ke kelas. Tak salah pun kalau nak pakai seluar dengan baju. Asalkan jangan langgar etika berpakaian yang ditetapkan Agama udah la. Tak yah la aku na cerita semua, semua orang Islam dah tau.

Tapi, si dia ni, tetiap hari asyik pakai baju kurung je. Tak rimas ke? Selesa ke? Tak selalu terpijak kain ke? Tue la yang aku maksudkan amatlah mustahil susuk tubuhnya untuk diusha. Tau sendiri la kan macam mana the nature of baju kurung. Flat je design nya. Tak macam kebaya mahupun design batik Malaysia di persada antarabangsa.

Plus, banyak kali gak la bila aku (ter)tengok dia angkat tangan untuk cuba menjawab soalan lecturer ataupun menyahut pabila namanya dipanggil, mesti tangannya akan memegang hujung bahagian pergelangan tangan baju kurungnya tuh. Maksudnya, bila buat macam tu, tak terjatuh la tangan baju tu sehingga menampakkan tangannya yang merupakan sebahagian daripada auratnya.

Dan satu lagi yang menarik perhatian aku, kengkawan sekelilingnya hampir semua tak macam dia. Even kawan rapat dia. Aku kenal sangat la kawan rapat dia tu. Bukan aku je, satu fakulti kenal. Tau-tau sendiri perempuan jenis yang macam mana tue kalau satu fakulti boleh kenal apatah lagi lelaki-lelaki yang tak sedar diri macam aku ni, memang nak sesangat untuk mengenalinya.

Maksudnya, kengkawannya tu tak lah berpakaian menutup aurat lengkap macam dia. Ada yang uncovered, yang covered pun tak sempurna etika menutup auratnya tu. Tau la kan, walaupun bertudung, tapi berpakaian as if they painted on themselve with their cloth’s colors. Walaupun begitu, si dia nie langsung tak terkesan dengan kawan rapatnya tu. Still berpakaian kurung dan bertudung elok seperti biasa sehari-harian.



Disclaimer kejap: Aku tak maksudkan orang perempuan yang tak menutup aurat dengan sempurna nie tak bermoral langsung ok. Serius bukan itu maksud aku. Aku akui ramai perempuan yang tak bertudung atau tak menutup aurat dengan sempurna yang aku kenal baik-baik jugak orangnya. Hak masing-masing la nak pakai macam mana pun.

But the thing is, benda ni adalah berkaitan dengan hubungan kita dengan Tuhan. Baik dengan manusia tu suatu keperluan, tapi baik dengan Tuhan tu suatu kemestian. Tak boleh la berat sebelah hubungan dengan manusia je. Kan selalu kita dengar orang kata kita nie kena seimbangkan dunia dan Akhirat. Tapi, asyik lebihkan dunia atas Akhirat ni apa kes? Hubungan dengan manusia je diutamakan, hubungan dengan Tuhan ala kadar je.

Still, at the end of the day, kat akhirat sok, sendiri mau jawab jugak depan Tuhan. Hukum Tuhan dalam Quran tue takkan pernah berubah sejak dari azali sampai la kat hari pengadilan. Even kita baik macam mana pun dengan manusia dekat dunia, tapi kalau hukum Tuhan langsung kita tak endah, selamba kambing je main langgar ikut suka hati, kita tetap jugak akan rugi kat Akhirat nanti.

Sebab kat Akhirat nanti, manusia yang kononnya kita jaga sangat hubungan baik kat dunia dulu, nak cari jalan je nak amik pahala kita sebab masing-masing dah mula sedar dan takut dengan dosa yang dah dibuat kat dunia. Pantang ada salah sikit yang kita buat kat diorang, segera mereka nak claim pahala kita buat nak tampung dosa yang diorang dah buat.

Kita pun sama jugak la nanti. Mak ayah tak kenal lagi anak-anak, suami tak peduli akan isteri, adik beradik pun sudah tak ada simpati, kengkawan dan kenalan apatah lagi. Manusia akan jadi selfish giler masa tu.

Tuhan je la harapan kita di waktu itu. Tapi kalau kat dunia kita cuma jaga hubungan baik dengan manusia je, tapi dengan hubungan dengan Tuhan kita tak endahkan. Solat, puasa dan sebagainya termasuk perihal aurat sekali, kelak kita sendiri yang menyesal tak sudah.

Tapi, ada jugak golongan manusia yang selfless kat Akhirat nanti antaranya, indeed, yang paling utama Nabi Muhammad SAW, para nabi, orang-orang soleh dan ada lagi beberapa golongan yang dah ditentukan. Certainly, diorang ney semua adalah golongan yang amat mementingkan hubungan dengan Allah, melebihi akan segala-galanya masa hidup kat dunia ni.

So, biarlah susah sedikit kat dunia ni untuk Tuhan. Untuk menghindar kesusahan yang besar kat Akhirat nanti. Yang konfem memang takkan pernah sanggup kita nak tanggung. Bersabar je, serta terus bermujahadah. Maha Suci Allah daripada mensia-siakan kesusahan dan kepayahan kita bersabar dengan dunia ini untuk-Nya.

Okeh, done wif all that disclaimer thing. Sambung cerita balik.

Memandangkan si dia tu dah jadi full time classmate aku untuk semester ni, makanya, banyaklah masa yang aku telah ambil untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Walaubagaimanapun, aku masih gagal mencipta alasan atau mewujudkan sebab untuk mendapatkan nombor henfonnya. So, still most of the conversations sekadar took place kekadang je dan kurang dari lima minit.

Bukan apa, sebenarnya aku hairan dengan dia ni. Macam mana dia boleh berkurung je sehari-harian dekat fakulti aku ni yang hampir semua pelajar perempuannya tak suka pakai baju kurung datang ke kelas. Even yang bertudung labuh sekalipun takdenya nak pakai baju kurung tetiap hari.

Apa yang aku faham, bila berkurung ni, somehow boleh elak mata-mata syaitan yang rata-ratanya dimiliki oleh golongan manusia durjana macam aku untuk give a second look. Lain laa kalau yang berpakaian ketat dan sendat tuh. Bukan takat second look, entah berapa kali looks pun takkan pernah puas-puas. Dasar jantan kabaret! Haha!

Tambahan pulak, warna baju kurung yang dia pakai tu kebanyakannya memang tak seberapa menarik perhatian dan pandangan. Tau-tau la kan warna apa yang menarik perhatian tu. So, i’ve made my own conclusion dat dia berpakaian begitu adalah kerana prinsip. Prinsip diri untuk menjaga hubungan dengan Tuhan dan patuh kepada segala perintah-Nya. I strongly believe in that.

Setelah beberapa kali aku berbual dengannya dua tiga bulan ni, aku jadi semakin kagum terhadap dirinya. Rupanya, dia mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM). Apa ke hal pulak dah ada STAM tetiba boleh switch to civil law punya bidang pulak? Macam kontra giler.

Katanya, memang impiannya nak sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kat memana istitusi Agama kat timur tengah dengan adanya sijil STAM tu. Tapi nak buat macam mana, tetiba rezeki Tuhan nak bagi dapat tawaran untuk pursue bidang civil law. Baginya, rezeki yang unexpected Tuhan bagi macam tu, yang di luar minatnya tu, mesti ada sesuatu yang lebih baik Tuhan rencanakan.

Serius, dia bukan minat pun benda-benda pasal undang-undang ni, apatah lagi civil law yang memang dah sah-sah banyaknya tak ikut cara Islam. Even, kalau dia ke Timur tengah pun, bukannya dia nak buat course undang-undang syariah. Dia lebih berminat ke arah pengajian ilmu wahyu, macam kajian ilmu al-Quran dan Hadis.



So, aku tanya la dia, dah buat civil law ni, nak jadi lawyer ke? Jawapannya seperti nak taknak je. Aku pun tak sure. Macam nak ada, macam taknak pun ada. Nak jadi judge? Cepat-cepat dia objected sebab apa yang dia faham, perempuan tak layak jadi hakim. That’s the reality.

Katanya, women memang tak cukup competent untuk jadi hakim because memang the way of thinking dan level of IQ perempuan ni memang diciptakan bukan untuk memutuskan sesuatu perkara yang besar kat dunia ni. God made them like that. Dan dia terima hal tersebut dengan hati yang terbuka.

So, nak jadi apa sebenarnya dengan ijazah legal studies tu nanti? Katanya, mungkin lepas nie dia nak renew sijil STAMnya pulak dan capai impiannya yang mula-mula dulu untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana istitusi pengajian Agama kat Timur tengah.

Mungkin dengan pengetahuan tentang ilmu undang-undang sivil ni ditambah pulak dengan kefahaman yang lebih mendalam terhadap isi kandung al-Quran dan hadis, dia berharap sangat dia mampu jadi manusia yang memberi manfaat kepada umat Islam khususnya kat Malaysia nie di masa akan datang.

Pergh!!! Hapa punya cita-cita tu? Spectacular giler ah! Aku tercengang je dengar dia cakap macam tu. Never tot a person yang sebaya aku cud have such a dream.

Nak dibandingkan dengan aku ni, target hidup pun tak sebesar mana. Habis belajar ni, nak cari kerja, nak beli rumah, nak beli kereta, nak kawin, nak kerja, dapat anak, kerja lagi, kerja sampai jadi bos, bersara, dan meninggal dunia. Itu je. Tak menarik langsung planning hidup aku.

Aku jadi malu pulak dengan si dia nie. Tambahan pulak dia seorang perempuan. Tapi matlamat hidupnya benar-benar teramat hebat. Memang benar sangkaan aku dari mula lagi. Dia bukan seorang wanita yang biasa. Apa yang dia percaya, apa yang dia nak dalam hidup dan apa yang dia impikan memang betul-betul exceptional. Serius aku kagum.

Aku berharap dan berdoa moga-moga apa yang diimpikannya tue Allah kabulkan. Atau mungkin Tuhan kabulkan dengan rencana-Nya yang lebih baik dan lebih indah. Dan semoga dia akan dijodohkan dengan lelaki yang soleh, dikurniakan anak-anak yang soleh solehah yang akan menyokong kuat cita-cita dan impiannya. InsyaAllah.





Namun, ada satu fakta yang agak menarik bagi aku pasal dia ni. Setelah diselidiki, tahulah aku bahawa umurnya lebih tua dari aku. Sebaya dengan abang aku pulak tu, yang kerja dekat syarikat logistik di bandar KK nu. Ok gak kan kalau aku rekemen dia kat abang aku. Tapi, naya gak la. Gepren abang aku tu nak letak mana? Buatnya abang aku buat dia jadi bini nombor dua, mau terseksa batin aku ni dengan rasa bersalah. Hahaha! Dah la, jangan sibuk hal orang.........

2 Komentar:

Azwina HazwaniF said...

Fuuhhh...menyentuh jiwa raga n3 ni!!hohoho...penah ada sorang laki ni cakap...popmpuan zaman sekarang bukan tutup aurat...tapi BALUT aurat...seyes menusuk ke batin masa dengar tu even dia mention org lain..huhu T.T

Mehmed Aimi said...

sama je...yang perempuan tak reti jaga aurat...yang laki2 tak reti jaga pandangan...dua2 memang nak kena kat Akhirat sok...:(

Post a Comment