
Pada suatu petang bebaru nie, jam hampir menunjukkan pukul 7 malam, sedang aku memalas-malaskan diri di hadapan laptop dengan melayari Fesbuk, aku dikejutkan dengan satu mesej yang sampai pada aku. Mesej yang agak melankolik bunyinya. Seorang member aku ni, Remy (bukan nama sebenar) menghantar mesej kepada aku untuk memberi khabaran sedih bahawa kakaknya telah kembali ke Rahmatullah.
Aku terkejut jugak sebenarnya. Mesej nya simple dan padat dengan informasi yang hendak disampaikan. Segera aku membuat panggilan kepada Remy untuk mengetahui info yang lebih lanjut soal kematian itu. Sebaik dia menjawab panggilan aku tu, terus dia kata, “Call aku balik. Aku tengah sibuk kemas rumah ni.”
Tanpa banyak soal aku pun kata, “Ok,” dan terus meletak telefon. Kena faham jugak kan situasi member aku tu. Yang aku pun satu, boleh pi telefon pulak orang yang tengah dalam situasi yang agak terkejut camtu. Lepas tu aku terus call seorang lagi member rapat aku, Aaron (by God! Bukan nama sebenar) yang merupakan seorang gangster besar daerah aku ni. Tujuan aku membuat panggilan tu of course la sebab nak memberitahu khabar sedih tersebut.
Sambil tue jugak aku nak mengajak Aaron untuk pergi ziarah arwah lepas Maghrib jap lagi. Gangster besar tu cakap ok je. Aku pun terus pegi bersiap, mandi, solat apa semua dan menunggu kehadiran Aaron ke rumah aku. Plannya nak pegi sekali la ke rumah Remy naik keta.
Sampai je Aaron ke rumah aku, lepas bersalaman dan bertegur sapa, terus aku heret dia masuk dalam kereta untuk bergegas ke rumah Remy dengan segera. Kat dalam kereta tu, Aaron dah assume yang mungkin akak kepada Remy meninggal kerana penyakit kencing manis yang dihadapinya setelah sekian lama dulu. Tahulah aku sebenarnya Aaron dah mengenal kakak Remy sejak lama dulu. Lagipun, Aaron ngan Remy memang merupakan sahabat yang akrab sejak dari sekolah menengah lagi.
Sampai sahaja di rumah Remy, kitorang lihat pintu rumahnya terbuka, namun, masih lengang dari orang ramai. Macam sepi je. Terus kitorang masuk ke perkarangan rumahnya. Aku cuba menjenguk-jenguk dari luar dan aku nampak Remy dan anak sedaranya bersama beberapa orang lagi ada di dalam rumah tersebut. Jasad kakaknya yang terbujur kaku jua sudah ada di situ.
Aku terus menjenguk-jenguk dari luar dengan harapan Remy boleh ternampak akan diri aku dan Aaron yang sudah sampai ke rumahnya. Syukur, tak lama lepas tu Remy sedar akan kehadiran kami berdua. Segera Remy datang ke arah kami. Mukanya pucat lesi, namun cuba sedaya upaya untuk mengukir senyuman sebaik melihat kedatangan kami berdua ke rumahnya. Lalu Remy menjemput kami berdua masuk ke dalam rumahnya.
Aku lihat, yang ada berhampiran arwah cuma anak tunggalnya sahaja. Remy pula terus duduk berhampiran dengan arwah untuk menyambung bacaan surah Yasin yang tertangguh sebentar tadi dek kerana nak menyambut aku dan Aaron di luar rumah. Ibu dan ayah Remy pula sedang sibuk mengemas rumah dan membuat panggilan kepada saudara-mara yang terdekat.
Aku dan Aaron duduk berhampiran dengan Remy dan aku dapat dengar dengan jelas suara Remy mengalunkan bacaan Yasin dengan penuh hiba menahan sebak di dada. Aku yang duduk berhampirannya juga turut merasai kesedihan yang dirasanya. Namun, berbeza pula dengan anak tunggal arwah. Kanak-kanak lelaki berusia sepuluh tahun itu hanya terdiam melihat jasad ibunya terbujur kaku di hadapannya. Air mukanya langsung tak terlihat yang dia juga bersedih akan kehilangan ibunya itu.
Aku dan Aaron sekadar duduk di situ sambil membaca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada arwah. Namun, tetamu-tetamu yang lain yang hadir itu yang sebenarnya membuatkan aku jadi lebih impress dan teruja. Selain dari Remy, anak sedaranya, ibu bapanya, aku dan Aaron, semua yang lain yang ada di rumah itu adalah jiran-jiran tetangga yang beragama Hindu. Ada tiga orang semuanya, wanita dan berumur lingkungan makcik-makcik.
Lagipun, memang kawasan perumahan tempat tinggal Remy adalah terdiri daripada komuniti Melayu, Cina dan India. Tak silap aku, majoriti besar kat tempat tu yang tinggal adalah kaum India. Mereka tak duduk saja. Mereka menolong parents Remy untuk mengemas rumah, bentang karpet, pasang curtain dan macam-macam lagi. Malah turut mententeramkan ibu kepada Remy dalam nak menghadapi kenyataan akan kehilangan salah seorang anaknya itu.
Dalam hati aku terasa macam, wah! Harmoninya hidup berbilang bangsa. Rakyat Malaysia boleh je hidup dengan penuh aman dan harmoni, saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Tapi, tue ah. Sebab media yang suka sangat menanam sikap perkauman yang sempit menyebabkan suasana yang sebegini jadi rumit pulak untuk dipraktikkan oleh semua masyarakat Malaysia. Masing-masing ada agenda tersendiri. Entah lah.

Namun, dalam hati aku turut berasa sedih melihat situasi itu. Sedih, sebab mereka semua begitu baik sekali kepada jiran yang beragama Islam. Mereka beramah mesra, senyuman mereka yang mententeramkan jiwa yang berduka, tapi, cahaya hidayah masih belum sampai pada mereka. Tiada siapa yang patut dipersalahkan melainkan diri aku sendiri sebagai orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Kalau lah tertanam kat dalam jiwa aku rasa yang tertanam di jiwa Nabi SAW, pasti aku takkan membiarkan mereka tanpa sebarang peringatan tentang Islam. Rasa sayang kepada mereka yang masih belum mengerti apa itu Islam. Rasa sayang begini yang menyebabkan lidah terasa lembut untuk menyatakan perihal Islam kepada mereka. Rasa begini yang aku tak miliki, menyebabkan non-Muslims yang seperti mereka ini terus tersesat di dalam jalan mereka yang salah.
Makanya, aku dan Aaron pun turut sama membantu mereka apa-apa yang patut sebagai bantuan juga kepada mak dan ayah Remy. Remy masih terus membaca surah Yasin di sisi arwah kakaknya. Setelah semuanya hampir selesai, tetamu-tetamu non-Muslim tersebut terus meminta diri untuk pulang ke rumah. Lagipun, dari yang aku dengar perbualan mereka dengan ibu kepada Remy, nampak gayanya mereka dah lama berada di rumah itu. Mereka sempat juga memberi kata-kata semangat buat ibu Remy.
Aku dan Aaron kembali duduk berhampiran dengan Remy sambil terus menyedekahkan al-Fatihah dan al-Ikhlas buat arwah. Sebaik Remy habis membaca surah Yasin tersebut, barulah kami boleh bertegur sapa dengannya. Dia mengucapkan berbanyak terima kasih pada kami sebab sudi menziarahi kakaknya. Sambil itu juga, dia tak mampu menyembunyikan perasaan sedihnya untuk menerima kenyataan itu.
Arwah meninggal jam 6:30 petang seperti yang diberitahu pihak hospital. Bukan kerana sakit kencing manis yang dihidapinya, tapi adalah kerana kekurangan gula di dalam darah. Ada banyak lagi yang diceritakan, tapi yang tu je yang aku faham. Family Remy langsung tak expect akan pemergian arwah. Sebab arwah dimasukkan ke wad pada hari sebelumnya hanya kerana sakit demam. Kata Remy, kalau dah ajal, ia kan tetap datang dalam apa cara pun yang Tuhan nak. Kita manusia memang tak tahu apa-apa.
Remy dan kakaknya tu memang rapat. Even beberapa sebelum tu pun mereka berdua pernah sama-sama berjalan di sebuah shopping complex. Ada banyak kenangan-kenangan dan memori yang diceritakannya kepada kami yang adakalanya kami sendiri pun turut merasai aura kesedihannya. Aku dan Aaron terus menerus memujuk Remy dan memberi kata-kata perangsang semoga ia mampu menghiburkan hatinya.
Yang menariknya, anak kepada arwah boleh menerima kenyataan tersebut dengan baik. Kata Remy, sebaik sahaja diberitahu kepada anak sedaranya itu akan berita kematian ibunya, kanak-kanak tersebut menerima khabaran tersbut dengan hati yang sangat tabah sambil berkata, “Nak buat macam mana, yang hidup pasti mati jugak. Mak orang lain pun ada yang dah meninggal.”
Aku menepuk-nepuk badan kanak-kanak tersebut sambil menasihatinya supaya menjadi anak yang soleh dan memperbanyakkan doa buat ibunya. Kerana doanya itulah merupakan aset yang paling berharga buat ibunya di alam barzakh nanti.

Remy juga ada memberitahu yang keluarga dan sanak saudara yang lain semua sedang dalam perjalanan ke rumahnya. Kebanyakannya tinggal berjauhan dari kawasan tersebut. Suami kepada arwah juga sedang sibuk menguruskan urusan rasmi untuk pendaftaran kematian, khairat kematian dan sebagainya. InsyaAllah, lepas Isya’ ramailah yang akan sampai. Keluarga, sanak saudara, orang-orang masjid dan sebagainya.
Waktu Isya’ dah nak masuk. Aaron memberitahu yang dia ada urusan lain selepas ni. So, kitorang pun kenalah mintak diri untuk pulang. Lagipun, eloklah kami pulang dulu bimbang selepas Isya’ nanti, akan jadi lebih crowded pulak. Remy pun mengizinkan kami untuk pulang dahulu. Perkarangan rumah Remy kami tinggalkan dengan doa buat arwah kakaknya.
Aku dan Aaron pun segera mencari masjid yang terdekat untuk menunaikan solat Isya’. Alang-alang waktu tu Isya’ baru je masuk. Kat dalam perjalanan tu, Aaron sempat berkata pada aku, “Hang perasan tak, satu hari nanti kita pulak yang ada kat tempat kakak Remy tuh. Cuma bila je yang kita tak tau, sama ada cepat atau lambat.”
Aku terdiam mendengar kata-kata Remy tuh. Walaupun dia seorang gangster, namun jiwanya juga amat tersentuh dengan apa sahaja peringatan-peringatan yang diberikan Tuhan. Sambung Aaron lagi, “Hang tak risau ka? Kita nie, manjang dok merapu je tak abeh-abeh. Laa nie kalau aku punya masa dah sampai, memang aku risau betul takut-takut aku tak bersedia. Memang aku tak bersedia pun!”
Sekali lagi kata-kata Aaron bagai suatu panahan petir yang tepat mengenai jiwa aku. Memang pun. Aku nie sendiri. Masih lagi selesa dengan diri yang tak tentu hala ni. Macam mana la penamat hidup aku nanti. Dengan hidup yang penuh main-main camni. Risau gak la!
Sapa-sapa pun kalau kita tanya mesti nakkan penamat hidup yang baik. Sebab penamat hidup kita nie la merupakan permulaan hidup yang sebenar-benarnya. Sama ada akan bahagia di alam yang seterusnya, atau sengsara. So, sepanjang hidup yang Tuhan bagi pinjam nie la yang nak kena manfaatkan sepenuhnya. Yang nak menentukan macam mana penamat hidup aku nanti.
Tetiba aku teringat akan kisah pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, bekas vokalis kumpulan Rabbani dulu. Berdasarkan cerita dari orang-orang yang testified akan moment-moment terakhir hidup arwah, pemergiannya tu merupakan suatu yang amazing. Arwah tak pernah sakit apa-apa yang kronik, yang menyebabkan orang sekelilingnya jadi susah. Cuma pernah mengadu gastrik, itupun cuma sekali.

Sebelum nak ke studio RTM (tempat arwah menghembuskan nafas yang terakhir), arwah sempat meminta isterinya untuk menyediakan air madu untuk diminum. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa permintaan tersebut merupakan sesuatu yang amat amazing. Sampai je dekat studio RTM, arwah dah mengadu dekat ahli-ahli Rabbani yang lain yang beliau tak berapa sedap badan. Namun dikuatkan jugak kakinya untuk terus berdiri.
Sampai satu masa, arwah jadi semakin lesu sehingga terpaksa memegang badan salah seorang dari ahli Rabbani. Apa yang arwah minta ketika tu yang amat mengejutkan aku. Beliau minta senaskah al-Quran. Pergh! Reli looked like arwah memang dah tahu masanya dah sampai.Kemudian, belum sempat sahabatnya pergi mendapatkan al-Quran tersebut, arwah terus rebah dan kembali ke rahmatullah.
Namun, seperkara lagi yang menakjubkan adalah, sebelum arwah rebah, satu perkataan sahaja yang arwah sebut. Sebelum jasadnya rebah, arwah menyebut ‘Allah’. ‘Allah’adalah kalimah terakhir yang disebutkan arwah di dalam hidupnya. Masa first time aku dengar cerita tu, aku memang betul-betul terkedu dan air mata nie tak mampu lagi nak ditahan. Aku betul-betul jadi takut memikirkan apakah kalimah terakhir yang bakal aku sebutkan kat dalam hidup aku ni.
Aku benar-benar takut. Dengan diri aku yang sekarang ni. Cintakan dunia tak abeh-abeh. Cari Allah bila perlu je. Memang jangan haraplah nama teragung tue yang bakal disebut jadi kalimahku yang terakhir. Nak compare diri aku ngan allahyarham Ustaz Asri memang betul-betul macam langit dengan bumi lah. Arwah memang betul-betul dedicate hidupnya untuk Islam.
Bakat yang Allah kurnia kepadanya memang arwah guna untuk berdakwah. Suara yang dimilikinya memang betul-betul ada ruh yang tersendiri. Lain pada lain. Sampai Ramli M. S sendiri pernah kata yang suara arwah tu macam ‘suara dari langit’. Suara yang dari langit tu arwah tak guna untuk menyanyi-nyanyi tak tentu hala kat pertandingan nyanyian yang tah apa-apa. Tapi suara tu digunakan untuk menghasilkan alunan-aluna zikrullah, selawat, puji-pujian kepada Allah dan rasul-Nya.
Seusia remaja lagi arwah dah dedicate kan hidupnya untuk kerja-kerja agama. Dari suasana kehidupan yang penuh pancaroba di tengah-tengah bandar, sampailah ke pelusuk pedalam hutan Sabah dan Sarawak, semua arwah dah jelajah menyampaikan Islam di negara ini. Aku ni, di usia remaja ni, tak habes-habes dengan video game, Facebook, melepak ke sana sini tanpa tujuan. Memang jangan haraplah nak punya penamat hidup yang sama macam arwah.
Aku pun tak tahu lah. Memang aku nak berubah. Nak sesangat berubah. Aku tak pernah langsung berpuas hati dengan diri aku yang sekarang ni. Langsung tak pernah. Terlalu banyak perkara yang perlu segera aku perbetulkan dalam kehidupan ni. Tapi, sekadar tahu je, tapi pelaksanaannya takde, tak guna jugak.
Aku memang plan yang someday aku mesti berubah, tapi, ada seseorang ni once has told me that "the man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh.."

And that saying really makes me scare and terrify. Benda yang paling mustahak sekali dalam nak melakukan perubahan adalah, it is now or never. Helo Mr. Blogwriter, please think about it!
0 Komentar:
Post a Comment