Antara Tahajjud Dan Chelsea...

Dec 20, 2009

1 Komentar
Kalau kat rumah, hampir di setiap malam mak aku aku berpesan supaya tido awal. Alasannya, esok senang nak bangun awal pagi buat solat sunat Tahajjud. Namun, aku jarang memberikan sebarang respek, rilek dan respon terhadap peringatan berguna daripada mak aku tu. Ye lah, selalunya mak aku akan sound aku time-time aku tengah melakukan pelbagai jenis perkara yang lagha dan kurang berfaedah tetapi menghiburkan seperti tengok tv, layan internet, main game winning eleven dan sebagainya. Macam mana la aku nak memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pesanan mak aku tu.

Atas alasan bangang yang demikian, maka aku tak pernah langsung mematuhi seruan mak aku untuk itu. Tapi mak aku tetap mengingatkan benda yang sama hampir setiap malam-malam yang mana aku menginap di rumah. Time cuti la selalunya. Dan hampir setiap malam jugalah aku memekakkan telinga dan buat-buat tak dengar akan pesanan mak aku itu.

Walaubagaimanapun, pesanan tersebut terpaksa aku praktikkan sewajarnya seandainya pada pagi esoknya ada game bola sepak yang mana team favourite aku yang main iaitu Chelsea FC. Selalunya UEFA Champions League punya game la sebab liputan secara langsung selalunya memang berlangsung pada pukul tiga empat pagi. Kalau ada game, awal je aku tido malam dengan harapan esok pun dapat gak bangun awal. Giler kalau miss, rugi ooo.Dan sememangnya pesanan mak aku itu benar-benar berlaku. Tido awal, maka bangun pun awal.


Tapi, aku tak pernah mempraktikkan tips dari mak aku tu dengan berobjektihkan untuk melaksanakan apa-apa ibadah sunat mahupun sekadar Zikir Fatimah. Akan tetapi, semuanya kerana Chelsea. Yang bestnye tu, kadang-kadang game habis dalam pukul lima. Ada lagi masa untuk aku siapkan diri untuk buat Solat Sunat Tahajjud. Malangnya, hati ini lebih berkenan untuk sambung balik tido seterusnya menggajahkan waktu Subuh seperti mana biasa.

Aku betul-betul tak paham dengan rasa jiwa ini. Kenapa aku rasa sangat berat nak bersusah payah kepada sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada aku, tetapi aku rasa sangat ringan untuk nak bersusah payah kepada sesuatu perkara yang hanya sekadar hiburan kosong dan tak mendatangkan apa-apa faedah langsung kepada aku.

Bila Chelsea menang, aku yang terlebih hepi berbanding Frank Lampard mahupun Nicholas Anelka. Padahal, aku tak dapat apa-apa pun kalau Chelsea menang. Kalau Chelsea kalah pulak, mau seminggu aku moody tak tentu pasal. Akal aku jadi macam tak betul la dengan benda-benda nie semua.

Sebenarnya aku tahu, aku boleh je nak bangun tengah-tengah malam buta di kala orang lain semua sedang asyik dibuai mimpi, merempit, clubbing dan sebagainya. Tapi aku betul-betul tak paham, kenapa kerana nak tengok bola je yang aku sanggup, tapi untuk beramal ibadat aku rasa culas sangat. Padahal prinsipnya sama je, tido awal, set jam, bangun tiga empat pagi, remain until subuh. Namun, bila nafsu yang command akal dan jiwa pun senang dengannya, Iman pun jadi tersisih la.

Yang nak menimbulkan rasa sanggup untuk bangun untuk beramal Ibadat di tengah malam adalah kerana rayuan Iman yang mendambakan kasih sayang Tuhan. Bila Iman disisihkan oleh hati dan akal, dah elok-elok bangun pun, ada lagi masa untuk bersiap untuk Tahajjud, sanggup tido balik. Kuat betul ransangan nafsu ni, sampai tak bagi langsung ruang untuk Iman. Kekadang nyesal gak tak join kem ESQ dulu sebab orang kata, kem tue mampu meransang Iman.

Mungkin sebab tak nampak secara nyata dosa, pahala, syurga dan neraka kot yang jadi macam tu. Kalau dah nampak, comfirm tiap-tiap malam aku sanggup bersengkang mata demi mencari Redha Tuhan. Tapi, masalahnya, bila dah nampak semua yang ghaib tu, time tu dah takde can dah nak bertaubat, beramal apa semua. Tinggal boleh nak menyesal je. Hmm, sesungguhnya sesalan di Akhirat adalah sesalan yang tak berkesudahan. Boleh tau sendiri la macam mana rasa menyesal tu kan.

Terseksanya jiwa, macam dulu time dapat result SPM, sikit punya menyesal aku sebab tak belajar rajin-rajin time nak exam dulu. Menyesal giler, tensen, bengang, malu, semuanya bercampur baur dan ini benar-benar membuatkan jiwa jadi terseksa dan tak tenang. Tapi, sesalan tue tak selamanya dan ianya berkesudahan sebab ianya sekadar penyesalan di dunia dan sekarang perkara tersebut tak menghantui lagi jiwa aku nie.

Berbeza di akhirat, penyesalannya tak berkesudahan, malah lebih memeritkan. Ditambah pulak dengan rasa nak dicampak masuk ke dalam api neraka. Pastilah jiwa akan lebih terseksa. Namun, apa nak buat, dah begitu perjanjiannya. Masa di dunia diguna sewajarnya, maka di Akhirat kelak hepi la kita. Tapi kalau kat dunia kita asyik lalai je, dengan bola la, awek la, enjoy sana sini la, mana boleh nak dapat bahagian kat Akhirat. Kat dunia kita dah enjoy habis, cukup laa.

Semoga penulisan kali nie dijadikan pengajaran buat semua, terutamanya AKU………

Sungguh, Aku Jujur...(part 3)

0 Komentar
Sedang Mael sibuk mengelap meja yang baru lepas digunakan oleh sekumpulan mat-mat bangla yang bekerja di sekitar kawasan perumahan tersebut, tetiba je datang beberapa orang wanita yang masuk ke dalam kedai tersebut secara berjemaah. Bila ada aweks yang datang, selalunya Mael akan buat-buat sekilas pandang terhadap mereka. Namun kali ini lain pula jadinya. Mael tak mampu hendak membuatkan pandangannya itu sekadar sekilas mahupun berkilas-kilas. Tetapi pandangannya itu terpaksa ditumpukan kepada salah seorang daripada awek-awek yang baru datang itu.

Terpegun Mael, tak beralih pandangannya...

Wanita itu takde la cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan awek-awek yang lain yang pernah Mael nampak sebelum ni. Tapi, entah kenapa, Mael begitu tertarik sekali dengan penampilan wanita tersebut. Di dalam kumpulan tersebut, wanita tersebutlah yang terutama sekali bagi Mael di pandangannya. Gaya penampilannya yang tak terlalu keterlaluan, nampak budi bicaranya seperti wanita yang mengenal Tuhan, benar-benar membuatkan Mael seperti tak mampu lagi untuk mengalihkan pandangannya dari wanita tersebut.

“Mael! Kau buat apa dok tercegat dekat meja tu, pegi la ambik order akak-akak tu cepat,” jerit Makcik Semah yang bertugas sebagai cashier di kedai tersebut. Terkejut Mael serentak keluar terus dari lamunannya. Geli hati Mael bila mendengarkan Makcik Semah menggelarkan awek-awek tue semua sebagai ‘akak’. Adakah Makcik Semah tak sedar diri yang dia tue nampak lebih old skool kalau nak dibandingkan dengan wanita-wanita yang baru diushanya tadi. “Ok Makcik,” jawab Mael ringkas.

Berdegup-degup jantung Mael tatkala berjalan menuju ke arah meja di mana sekumpulan wanita tadi duduk. Lebih kencang degupannya pabila melihat awek yang di’admire’nya tadi turut memandang ke arahnya. “Makan apa cik?” tanya Mael dengan selamba sambil mengawal emosinya. Seorang demi seorang daripada mereka meminta order masing-masing. Namun, tumpuan Mael lebih kepada wanita yang menarik perhatiannya sebentar tadi. Walaupun tangan Mael lancar menulis semua order daripada semua awek-awek itu, namun telinga Mael lebih tak keruan menanti wanita yang diminatinya itu untuk bersuara meminta order.


Wanita itu sahaja yang dalam pandangannya...

Tambah perit penantian Mael melihatkan wanita tersebut yang terakhir sekali untuk meminta order. “Kita semua dah order, awak nak makan apa?” tiba-tiba salah seorang dari mereka menegur wanita itu. “Bagi saya lontong dengan milo tarik,” pesan wanita itu ringkas kepada Mael. Punyalah terpegun Mael tatkala mendengar alunan suaranya yang baginya begitu lunak sekali. Tiba-tiba dia termasuk ke dalam dunia yang lain yang mana langit bertukar menjadi kaler pink, burung-burung berkicau riang di sana sini, terdengar jugak deruan bunyik air sungai meniti di bawah jambatan kasih yang baru hendak dibina Mael menghubungkan hatinya kepada hati wanita itu.

“Bang, dengar tak apa dia mintak!” Belum sempat projek pembinaan jambatan itu siap sepenuhnya, tiba-tiba sahaja Mael terpaksa keluar dari lamunannya secara terpaksa apabila suara salah seorang dari kawan wanita itu memecah damai mimpi indah Mael. “Ye, saya dengar. Lontong, milo tarik kan?” tanya Mael kepada wanita itu dengan harapan wanita tersebut bersuara sekali lagi mengiyakan pertanyaannya. Namun, wanita tersebut sekadar menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan order tersebut.

Mael pun beredar dengan perasaan sedikit kecewa kerana tak dapat mendengarkan alunan suara wanita itu buat kali yang kedua. Namun, Mael tak berputus asa. Dia segera memberikan order tersebut kepada tukang masak, Makcik Kamaliah, seraya berkata, “Makcik, order yang nie biar saya yang hantar tau.” Makcik Kamaliah diam tanpa berkata apa-apa dan terus menyiapakan apa yang tertulis di dalam kertas order itu. Bagi Mael, dia terpaksa refer kepada kata orang tua-tua, ‘diam tu tandanya setuju’.

Nak buat macam mana, Makcik Kamaliah tu memang misteri sikit. Tau buat kerja je, tapi tak pernah bercakap. Nak tak nak, Mael terpaksalah menunggu sendiri Makcik Kamaliah menyiapakan segala order semua tu. Namun, panas yang diharap sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tiba-tiba je perut Mael buat hal. Nak melepas bom la pulak. Time-time kritikal macam nie la perut nak buat hal. Baru Mael teringat, sesampainya dia di kedai itu pagi tadi, terus dia membedal nasik lemak free yang disubsidisekan oleh Pak Harun buat semua pekerjanya.

Dah lah dua pinggan, penuh dengan sambal, ditambah pulak dengan teh o kaw, memang tak hairan lah secara spontan je perut Mael memulas tanpa mengeluarkan sebarang isyarat kecemasan. Serba salah Mael dibuatnya, kalau nak pergi ‘bank’ untuk melabur kompom miss punya nak hantar order tadi kepada wanita yang diminatinya itu. Kalau nak ditahan dulu niat qada hajat tersebut, mau terseksa batin Mael dibuatnya. Angin yang terhasil dari perutnya pun dah cukup dah nak mengungkap berapa banyak telur yang Mael dah telan bersama nasik lemak dua pinggan tu.

Mael terpaksa mengalah, sebelum lebih banyak lagi perkara-perkara yang memalukan bakal terjadi, lebih baik dia melepaskan segala apa yang terbuku di dalam perutnya yang tak berapa besar tu. Cepat-cepat Mael menuju ke arah jamban yang disediakan di belakang kedai Pak Harun dengan harapan sempat jugak laa nak jumpa lagi sekali wanita yang diminatinya itu. Akan tetapi, dua pinggan nasik lemak yang ditelannya itu merupakan suatu fakta yang amat menyedihkan. Punya la lama Mael terpaksa terperuk di dalam bilik termenung tuh. Namun, harapan Mael tak pernah luntur.


Bila dah tahan hajat, tau sendiri la seksanya...

Setelah settle segala-galanya, Mael segera berjalan menuju ke hadapan. Alangkah terkejutnya Mael apabila semua awek-awek tadi termasuk wanita yang spesel itu telah pun lesap dari pandangannya. Yang tinggal hanyalah pinggan serta cawan dan sisa-sisa makanan yang nampaknya baru tak sampai lima menet berjaya dihabiskan. Betapa menyesalnya Mael kerana terlalu menurutkan sangat hawa nafsunya pagi tadi yang sanggup membedal dua pinggan nasik lemak tanpa memikirkan langsung akan akibat jangka panjangnya.

“Kau tercegat apa lagi, pegila kemas meja tu,” herdik Makcik Semah yang datang secara tiba-tiba dari arah belakang. Ikutkan hati, nak je Mael lempang muka Makcik Semah tuh. Orang dah la tengah tensen, bengang dan menyesal, tak pasal-pasal pegi sound pulak, cari nahas la tu. Kalau tak memikirkan nasib Makcik Semah yang ditinggalkan suaminya itu, takdenya Mael nak membatalkan niatnya untuk melempang Makcik Semah.

Malam itu, Mael melepak sekali lagi bersama teman akrabnya, Amin, dengan niat hendak menceritakan perihal wanita tersebut. “Ko tau tak Min, pagi tadi, aku rasa aku dah jumpa puteri idaman aku tau,” kata Mael memulakan discussion. Amin yang memang pantang mendengar orang bercerita pasal perempuan, segera menunjukkan minatnya, “Iye ke? Cerita la sikit.”

Mael menceritakan segala apa yang berlaku pagi tadi dengan penuh teliti tanpa meninggalkan sebarang point pun. “Nak kata dia cantik, seingat aku dah banyak dah perempuan yang lagi cantik dari dia aku dah pernah tengok. Tak tau la apsal dia nie betul-betul menarik minat aku,” kata Mael menghabiskan ceritanya. “So, ko mintak tak nombor dia?” tanya Amin. “Giler ko, segan ah. Tak pasal-pasal nak mintak nombor dia apa kes? Dah la aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. Buat malu je. Kang, free-free aku dapat pelempang,” terang Mael.

“Itu la masalah ko. Segan tak bertempat. Ko dah jumpa yang teristimewa tu, rembat je la. Jangan segan-segan, nanti ko jugak yang menyesal. Aku kekadang naik tak paham ngan ko ni. Ko bukannya tak hensem, kalau tak, takkan la sikit punya ramai secret admire ko kat sekolah dengan kampus nie. Yang tak secret pun banyak gak kan. Anisah yang cun nak mampos tue pun syok kat ko dulu before dia dah ada boyfriend, selamba je ko bolayan kat dia. Sekarang nie, ko dah jumpa yang berkenan pun still tanak ambik peluang. Tak jantan la ko ni,” terang Amin panjang lebar.

“Alah, fitrah lelaki la ada perasaan minat kat perempuan. Tak semestinya aku minat kat seseorang tu aku nak kena tackle dia terus. Itu bangang namanya, kenal apa pun tidak terus nak propose je. Benda-benda camni, bukan sekarang la masanya untuk aku fikirkan. Dah sampai masanya nanti, baru la aku nak pulun. Anisah? Yang suka pakai baju ala-ala supermodel tu? Ko gile nak suruh aku kapel ngan dia. Aku tengok dia dari jarak seratus meter pun aku rasa dah macam aku nie suami dia sebab shape dia tu aku dah boleh agak dah. Dah la….” Terang Mael kepada Amin.


Discussion yang seterusnya tak dapat nak disiarkan secara detail oleh sebab nak menjaga maruah dan kehormatan Anisah itu sendiri. Mael sudah cukup matang sebenarnya untuk menentukan hal-hal yang sedemikian. Baginya, masa sekarang amatlah tidak sesuai untuk mencari pasangan hidup. Banyak masalah yang bakal dihadapi di hari muka. Bimbang masalah itu bakal berlaku, lebih dia mengelakkan diri sahaja.

Di suatu hari, di kala Muadzin melaungkan azan menandakan masuknya waktu Zuhur…

Bersambung…

Budak Melayu Jahat...

Dec 12, 2009

0 Komentar
Di suatu hari yang agak redup-redup adanya, Rosli sendiri berjalan meniti sepanjang jalan bertar di dalam salah sebuah hospital kerajaan di utara tanah air. Rosli baru sahaja settle melakukan sedikit medical check up di hospital tersebut setelah dia didapati suspected mengidap pelbagai jenis penyakit-penyakit kronik pada hatinya seperti penyakit cintakan dunia, takutkan mati, penyakit hasad dengki dan macam-macam lagi.

Sambil bersiul-siul menyanyikan sebuah lagu yang baru di’download’nya semalam, Rosli berjalan perlahan menuju semula ke keretanya untuk kembali ke rumah. Sedang dia syok-syok berjalan, tiba-tiba, dilihatnya sesuatu kelibat yang agak menarik perhatiannya, sama seperti terlihatkan awek yang hot serta cun-melecun di jalanan.

Lantas Rosli cuba menghampiri kelibat tersebut yang kelihatan seperti seorang pakcik yang sedang duduk di atas divider yang memisahkan jalan besar dengan tepi jalan. Di sisi pakcik tersebut terdapat sebuah beg galas hitam kecil yang kelihatannya seperti penuh dengan muatan. Yang menarik perhatian Rosli adalah raut wajah pakcik tersebut yang sepertinya dirundung 1001 masalah.

Segera Rosli datang menghampiri pakcik tersebut dengan niat ingin menjaga tepi kain orang lain. “Assalamualaikum pakcik,” ucap Rosli sambil melabuhkan punggungnya ke atas divider yang bersebelahan dengan pakcik terbabit. “Waalaikumussalam,” jawab pakcik tersebut lesu. Matanya dialihkan ke arah lubang hidung Rosli. Payah benar mulutnya itu untuk mengukir senyuman biarpun Rosli sudah sedaya upaya memahat senyuman semanis mungkin sebaik menyapa pakcik itu.

“Saya dok perati dari tadi pakcik duduk sorang-sorang ni, macam tak berapa nak ok je. Pakcik tengah tunggu anak pakcik ke?” Kata Rosli memulakan wawancara tak berbayar. “Dak aih. Dah sehari semalam dah pakcik terpaksa dok menumpang sekitar hospital ni. Semalam pakcik kena samun. Habih duit pakcik kena curi. Sekarang pakcik dah tak tau nak buat apa dah,” jawab pakcik tersebut dengan nada yang tersekat-sekat.

Terkedu sejenak Rosli tatkala mendengar akan masalah pakcik tersebut. Tak heran la kenapa pakcik tersebut dirundung ketensenan yang amat sangat sehingga dirasai oleh pejalan-pejalan kaki di sekitarnya. “Pakcik tak report polis?” tanya Rosli. “Lepas kena samun tu, pakcik terus report balai. Nak telefon anak-anak, henpon pakcik pun dah kena curi. Mana la pakcik ingat nombor diorang. Isteri pakcik mesti tengah risau sangat nie sebab pakcik dah satu malam tak balik.” Kata pakcik tersebut dengan muka seperti Arnold Schwarzenegger dalam cerita Terminator.

Rosli membiarkan sebentar pakcik tersebut melara jiwanya yang tengah tensen tuh. “Rumah pakcik kat mana?” tanya Rosli memandangkan keterangan pakcik tersebut sebentar tadi kelihatannya seperti pakcik tersebut bukanlah orang sini. “Pakcik asal dari Lumut, Perak. Datang sini ada urusan sikit. Sekarang ni pakcik tak tau nak balik macam mana. Setakat boleh buat report je la, polis tue bukan boleh tolong buat apa pun. Tak tolong hantar balik pun kurang-kurang bagi la sikit duit buat tambang bas. Tapi pakcik paham, polis-polis tue pun bukannya orang berada. Balai polis tu pun bukannya pusat urus zakat.”

“Sampai hati budak-budak penyamun tu ambik duit pakcik sampai habis. Tiga orang depa semua. Budak-budak Melayu kita la semua. Pisau besaq ni depa acu dekat pakcik. Mentang-mentang la pakcik dah tua. Jahat budak-budak Melayu zaman sekarang ni, tak semua laa, tapi yang banyak nya macam tue la,” kata pakcik tu sambil menunjukkan saiz pisau yang dikatakannya.

Sedikit tersinggung hendaknya pabila Rosli mendengarkan argument pakcik berkenaan yang baginya boleh dijustifikasikan sebagai hasty generalization la gak. Apa hal sampai semua budak-budak Melayu dikatakan jahat pulak memandangkan Rosli juga merupakan salah seorang remaja Melayu di zaman ini. Namun Rosli cuba paham, pakcik tersebut berada di dalam kondisi yang agak tertekan, mungkin dia tak berniat untuk menghentam remaja-remaja Melayu tak tentu pasal.

Di samping itu, atau dalam bahasa penjajahnya, besides, Rosli juga tak terlepas untuk menyumpah seranah tiga orang remaja melayu yang terbabit dengan siri jenayah tak berperikemanusiaan yang mengakibatkan pakcik itu menanggung kesusahan dan kerugian. Bangang betul, nak merompak pun agak-agak la. Orang tua yang lemah serta tak berdaya ni jugak yang dijadikan sasaran aktiviti celaka mereka itu. Tapi, kalau difikirkan balik, memang golongan-golongan lemah macam pakcik tue gak la yang selayaknya dijadikan mangsa kerakusan manusia yang gilakan harta benda dunia ini.

Seterusnya, pakcik itu terus menceritakan asal usulnya yang cuma seorang nelayan yang amatlah susah hidupnya sekeluarga. Hidup pun, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalau tak kais, alamat mengais la diorang sampai ke malam. Duit sikit punya susah nak cari, senang-senang je budak-budak Melayu tak bertamadun tu kebas. Naik merah jugakla mata pakcik tu di kala menceritakan nasibnya yang malang itu. Biasala, lelaki. Mana boleh nangis, paling kuat pun, tahan je la air mata tu jangan bagi terkeluar, biar sampai merah menyala pun…


Cerita di atas diadaptasi dari sebuah kisah benar yang benar-benar berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa maklumat-maklumat yang terdapat di dalam original script telah diubah mengikut sesuka hati penulis memandangkan ini blog dia. Suka hati perut dia la nak tulis apa pun. Kepada encik Rosli, sorry la aku tak bubuh nama betul ko. Aku tak suka ko lagi popular dari aku.

Dari cerita ini, dapatlah kita pastikan, terdapat segelintir masyarakat………eh, banyak gak la, bukan segelintir je, masyarakat kita pada hari ini yang terpaksa menanggung pelbagai senario keperitan hidup akibat daripada kerakusan manusia memuaskan hawa nafsu mereka untuk mengejar apa yang dicita.

Dalam kes pakcik tadi, oleh kerana nak memenuhi kehendak-kehendak yang tak terbatas seperti nak beli henset mahal, nak modified RXZ, nak belanja awek pegi bercuti kat Langkawi, Padang besar dan sebagainya, telah menyebabkan remaja bertindak ganas untuk memenuhi kehendak hati mereka. Siapalah yang akan menghentikan semua keganasan ini?

“Di mana pergi hidup dalam ketakutan,
Kerana manusia telah ganas macam haiwan,
Bahkan kejahatan manusia lebih merbahaya,
Dengan akalnya menusia merosak dan memperdaya.”
Huru Hara, Nada Murni

Mudahnya Jadi Wanita...

Dec 7, 2009

2 Komentar


Di tengah-tengah malam buta ni, ditambah pulak dengan ketensenan yang tak terbendung akibat kekalahan ketiga kelab bola sepak Chelsea untuk season ni, teringin pulak rasanya nak bercerita tentang sesuatu yang bagi aku, quite astonishing lor. Dengan harapan, dapat la menghiburkan hati yang tengah duka lara nih.

Pernah sekali masa time sekolah dulu, di suatu petang yang damai, tengah boring-boring, aku pun rembat la satu buku wakaf kat surau. Buku cerita, kisah-kisah benar di zaman Nabi dan para sahabat. Tengah dok selak-selak muka surat secara rambang sebab aku pun bukanlah berminat sangat nak membaca ni, tambahan pulak buku-buku yang penuh dengan tulisan, tiba-tiba aku ternampak satu sub-tajuk yang agak menarik perhatian la kiranya. Tajuknya, ‘Wanita pertama masuk ke Syurga.’

Sendirian aku berfikir, sapa la wanita yang bertuah tu. Aku kira, mesti wanita yang memang dah pernah aku dengar namanya sebelum-sebelum ni. Yang diceritakan oleh guru-guru tadika dan kelas Fardhu Ain dulu. Macam Mashitah, Asiah, Sumayyah, Maryam dan banyak lagi. Namun, setelah aku mebaca sedikit intro cerita tersebut, nyata sangkaan aku meleset, seperti kemelesetan ekonomi yang melanda negara sekitar tahun 1998 dulu. Mutiah nama wanita yang bertuah tu. Memang tak pernah dengar langsung nama tersebut. Ini menguatkan lagi keinginan aku untuk meneruskan pembacaan aku dengan lebih detail.

Lebih kurang macam ni la ceritanya…

Pada suatu hari tu, Nabi Muhammad saw bercerita mengenai kenikmatan Syurga kepada puteri Baginda yang tercinta, Saidatina Fatimah az-Zahra. Untuk menambahkan lagi semangat untuk mengejar Syurga, Saidatina Fatimah pun tanya la kat Ayahandanya yang terbilang itu, siapakah wanita yang pertama yang masuk ke dalam Syurga. So, Nabi saw bagi direct answer je pada soalan tersebut dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah wanita biasa yang sederhana hidupnya dan tinggal di Jabal Uhud, Mutiah namanya.

Cuak gak la Saidatina Fatimah mendengarnya pasal tak pernah-pernah dengar pun akan kewujudan wanita yang bernama Mutiah sebelum ni. Teringin benar Fatimah nak tahu, wanita jenis yang macam mana Mutiah tu sampai melayakkan dia menjadi wanita yang pertama menjejakkan kaki ke dalam Syurga. Untuk verify akan hal tersebut, Nabi saw pun suggest kat puterinya itu untuk pergi sendiri ke rumah Mutiah untuk mencari konklusi pada persoalan utama itu. Saidatina Fatimah yang tengah excited giler, terus keluar menuju ke rumah wanita yang disabdakan itu.

Sampai-sampai je kat rumah yang nak dituju, segera Saidatina Fatimah mengetuk pintu rumah tersebut. Maka, keluarlah seorang wanita dari rumah tu datang kepadanya. Saidatina Fatimah pun menceritakan maksud kedatangannya itu adalah untuk berkenalan dengan wanita tersebut. Namun, hajatnya itu terpaksa ditolak baik-baik oleh wanita tersebut. Alasannya, suaminya takde kat rumah at the moment. So, dia tak dapat la nak mintak izin suaminya yang tercinta itu untuk membenarkan Saidatina Fatimah masuk ke rumah. Nasihatnya agar Saidatina Fatimah pulang la ke rumah dulu, malam ni dia janji nak mintak izin suaminya, esok-esok datang balik.



Keciwa gak la Saidatina Fatimah sebab tak dapat nak berkenalan dengan Best Lady yang diikitiraf ayahandanya, dah la sikit punya jauh bejalan nak ke Jabal Uhud. Namun tekad Saidatina Fatimah kuat, bak kata omputih, “To be, or not to be,” esoknya Saidatina Fatimah datang gak jauh-jauh pun. Peduli pa, yang penting Saidatina Fatimah dapat gak interview wanita tersebut tentang latar belakangnya yang menyebabkan dia layak dapat mandat dari Tuhan untuk mula-mula masuk ke syurga mendahului wanita-wanita soleh yang lain.

Esoknya, Saidatina Fatimah datang balik ke rumah itu, tapi kali ni, dibawaknya anaknya Hassan bersama-sama buat teman. Sampai je kat rumah tersebut, wanita tersebut bagitau kat Saidatina Fatimah yang malam semalam, suaminya dah bagi green light untuk benarkan Saidatina Fatimah masuk ke rumah. Belum sempat wanita itu nak menjemput Saidatina Fatimah masuk, tiba-tiba dikenselkan pulak intentionnya itu sekonyong-konyong melihat Hassan berada di pangkuan Saidatina Fatimah.

Sekali lagi wanita tersebut terpaksa melarang Saidatina Fatimah masuk ke rumah. Alasannya, suaminya Cuma bagi permission kepada Saidatina Fatimah seorang je untuk masuk ke rumah, tak pulak termasuk sekali anaknya, Hassan. Saidatina Fatimah argue la balik, Hassan ni anak dia je pun, bukan orang lain. Wanita tersebut tetap bertegas tak membenarkan Hassan masu ke rumah. Dia mintak datang esok je, malam nie dia akan mintak izin kat suaminya untuk membenarkan Hassan masuk ke rumah. Saidatina Fatimah terpaksa akur dengan keputusan wanita itu, walaupun sikit punya jauh nak berjalan balik ke rumah.

Esoknya, Saidatina Fatimah datang lagi dan kali ni, dibawaknya bersama dua-dua anaknya merangkap cucu kesayangan Rasulullah, Hassan dan Hussein, untuk dibuat teman. Macam semalam gak, wanita tersebut hanya mintak permission dari suaminya untuk membenarkan Saidatina Fatimah dan Hassan sahaja untuk masuk ke rumah, tak pulak termasuk Hussein. Sekali lagi Saidatina Fatimah terpaksa pulang dengan hampa.

Malam tu, si suami meminta wanita tersebut untuk cerita dengan lebih detail, siapa wanita yang sampai tiga hari berturut-turut datang ke rumah tu. Sikit punya cuak suami wanita tersebut bila mendapat tahu yang wanita tersebut adalah Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah. Apa lagi, naik angin la si suami itu. Kenapa la tak bagi je insan-insan mulia tu masuk ke rumah, yang pegi tunggu dia punya permission pa kes?

Dengan lemah lembut wanita tersebut megakui kesalahannya dan mengharap sangat-sangat agar suaminya itu memaafkan kesalahannya. Katanya, keselamatannya di dunia dan akhirat benar-benar terletak di bawah keredhaan si suami, jadi, janganlah si suami itu terus marah kepadanya dan kalau perlu, berilah hukuman.

Bila pompuan dah pujuk rayu lemah lembut macam tu, lelaki mana tak cair beb. Si suami pun maafkanlah isterinya itu tapi dengan syarat, esok ke, lusa ke, kalau Saidatina Fatimah datang bawak siapa pun, bagi je dia masuk. Tak payah nak tunggu permission-permission dah. Wanita tersebut berjanji akan membenarkan Saidatina Fatimah masuk ke rumah pada bila-bila masa, dengan siapa pun yang accompanied dia.

Esoknya, Saidatina Fatimah datang lagi dengan kedua-dua anaknya itu. Kali ni, wanita tersebut menjemput Fatimah masuk dan diberi layanan yang sewajarnya sebagai seorang tetamu. Maka dimulakanlah perbualan di antara mereka. Tapi, Saidatina Fatimah dok perati di sepanjang perbualan mereka tu, takde apa-apa yang menarik pun pasal wanita nie. Macam perempuan biasa je.

Tengah syok-syok berbual, tiba-tiba je wanita tersebut bangun dari tempat duduknya itu dan beredar ke muka pintu. Di sebelah tangannya dipegang sebatang tongkat dan di sebelah lagi dipegang segelas air. Seterusnya, wanita itu menyinsingkan kainnya sehingga nampak betisnya dan sedikit peha dengan wajah tersenyum manis. Wanita itu langsung tak menghiraukan keberadaan Saidatina Fatimah di rumahnya itu. Saidatina Fatimah pun rasa tak syok la, apsal tiba-tiba wanita tu boleh buat dono je kat dia sedatangkan dia itu tetamu. Saidatina fatimah pun meminta penjelasan wanita tersebut akan perlakuan anehnya itu.

Wanita itu terpaksa meminta maaf kepada Saidatina fatimah kerana pada waktu tersebut, bila-bila masa je suaminya akan pulang ke rumah, jadi, dia tidak sabar mahu menyambut suaminya itu, tue pasal la dia buat tak endah je kat Saidatina Fatimah even Saidatina Fatimah tetamu terhormatnya pada hari itu. Tapi, Saidatina Fatimah still konpius terhadap tindakan wanita tu, apahal dipegangnya tongkat dengan segelas air dalam keadaan yang mengghairahkan pulak tu.

Kata wanita itu, segelas air ini memudahkan dirinya untuk menghulurkan air seandainya si suami tu terasa penat dan dahaga akibat bekerja seharian, tongkat pulak juga untuk kegunaan suaminya untuk memukulnya seandainya suaminya itu tidak berpuas hati dengan layanannya. Saidatina Fatimah masih tak puas hati, kenapa pulak sampai nak kena selak kain sedangkan Saidatina Fatimah ada di situ, kan agak kurang sopan jika dilihat.

Sekali lagi wanita itu meminta maaf jika Saidatina Fatimah kurang senang akan tindakannya itu. Katanya, dengan cara ini, jika sebentar lagi suaminya berkehendak untuk mencampurinya (korang paham-paham je la), seandainya si suami itu melihatnya dalam keadaan yang begini, dapatlah menaikkan shahwat suaminya itu lantas menyempurnakan kehendaknya.

Melihatkan keadaan sebegitu, segera Saidatina Fatimah minta izin untuk pulang kerana dia merasa amatlah tidak sesuai untuk terus tinggal di ruma itu di waktu itu. Di kala itu, Saidatina Fatimah teringat akan khabaran ayahandanya yang wanita pertama masuk ke syurga adalah Mutiah, wanita biasa yang sederhana hidupnya. Tahulah Saidatina fatimah yang wanita itulah Mutiah yang dicarinya.

Sampai sahaja di rumah, Saidatina Fatimah menyatakan perasaan sedihnya kepada Rasulullah kerana baginya, dia tidak akan mampu meniru cara Mutiah memuliakan suaminya. Sememangnya, Mutiah layak memasuki syurga mendahului wanita-wanita soleh yang lain…

Apa yang aku dapat dari cerita ni, perempuan adalah kaum yang sangat la senang nak masuk Syurga. Ye lah, Cuma berikan layanan terbaik kepada suami je pun.Yang pertama masuk ke Syurga pun adalah wanita yang paling tip top service nya kepada suaminya iaitu Mutiah. Bukannya Mashitah yang sampai kena terjun ke dalam minyak panas bagi menahan imannya, bukannya Maryam yang terpaksa menanggung fitnah Bani Israel ke atasnya, bukannya Siti Hajar yang tahan diuji Tuhan tatkala ditinggalkan di padang pasir sendirian bersama anak kecil, even bukan juga para isteri mahupun anak-anak Rasulullah atau para Nabi yang lain, dan bukan jua wanita-wanita lain yang hebat-hebat kita pernah dengar melalui lipatan sejarah akan ketaqwaan mereka.

Tahulah aku yang untuk wanita, cukuplah sekadar memuliakan suami untuk melayakkan mereka mendapatkan tiket 1st class masuk ke syurga. Bukan susah pun, hiburkan suami, senangkan hatinya, beri sokongan dan dorongan, betulkan salahnya dengan sifat lemah lembut semulajadi wanita itu, susah sangat ke bunyinya? Wanita tak disuruh bekerja, tak disuruh berjihad yang meletihkan seperti berdakwah, berperang dan sebagainya, tak disuruh pun mendidik anak (ini sebetulnya cuma tanggungjawab suami), tak disuruh pun jadi ketua itu ini, tak disuruh pulak pergi solat berjemaah, bahkan Nabi saw senderi pernah kata, sebaik-baik tempat untuk wanita adalah di dalam rumah. Yang disuruh, taat Allah swt, muliakan ibu ayah (kalau belum berkahwin) dan muliakan suami.

Itu je. Yang susah-susah nak membanyakkan kerja tue semua takda sapa suruh pun. Kehendak wanita itu sendiri je. Bahkan, aku pernah dengar satu ceramah nie, tanggungjawab seorang isteri Cuma layan suami dan melahirkan anak je. Sebab dua kerja tue pun dah cukup menyusahkan sebenarnya.

Tapi, sebenarnya takde masalah pun wanita nak kerja tinggi-tinggi, belajar tinggi-tinggi macam wanita zaman sekarang ni. Saidatina Khadijah pun dulu antara peniaga yang paling kaya dan paling berjaya kat Mekah, Saidatina Aisyah dulu pun banyak betul merawikan hadis-hadis Nabi saw bahkan pernah jadi panglima perang, Nusaibah RAH dulu pun pernah join berperang dan berjihad. Cumanya, apa yang aku nak katakan, golongan wanita sebenarnya adalah golongan yang teramatlah senang untuk masuk ke syurga.




Sebelum nie, aku tak pernah dengar pun nama Mutiah, nama dia pun tak pernah langsung masuk dalam bab-bab tokoh Islam dalam mana-mana silibus subjek pendidikan Islam, nama dia pun bukanlah feveret masyarakat untuk dijadikan nama anak yang baru lahir, Nabi saw sendiri pun kata dia cuma wanita biasa yang amat sederhana hidupnya, masa Saidatina Fatimah berbual dengan dia pun tak dirasakan langsung apa-apa yang spesel pasal amalan dan ilmu pengetahuannya. Dia tak bekerja, bukan ahli perniagaan, tak diceritakan pun kehebatan amal Ibadahnya, bukan ulama’ mahupun para wali, dia cuma wanita biasa.

Tapi, yang membuatkan dia layak memegang pas masuk yang pertama untuk ke Syurga adalah, dia sangat-sangat-sangat memuliakan suaminya melebihi manusia yang lain………

Sungguh, Aku Jujur...(part 2)

Dec 2, 2009

0 Komentar
“Jalan? Jalan yang macam mana?” Tanya Mael inginkan kepastian. Tenang Amin menghirup Nescafe yang dah tinggal separuh gelas biarpun Mael sedikit curious akan mukadimah cadangan yang baru hendak dikemukakannya itu. “Jual dadah nak? Tak banyak masa terbuang, untung pun besar.”

Terkezut Mael mendengar cadangan Amin yang agak ekstrim bunyinya itu. “Gila ko, nak mampos ke apa? Kalau kena tangkap polis macam mana? Benda tue bahaya la,” kata Mael yang masih di dalam mood terkezut. ‘Jangan la bagi kantoi. Pandai-pandai la nak cover. Alah ko tue bukannya tak pandai nak mencilok-cilok ni. Kat sekolah dulu, tere pulak ko nak escape dari kena rotan dengan cikgu Mamat sebab ponteng kelas. Adaptasi la skill ko tu untuk escape dari polis pulak,” kata Amin selamba.

“Kat sekolah lain la. Setakat ponteng sekolah, paling kuat pun kena gantung sekolah barang seminggu dua je kalau kantoi kat cikgu Mamat tu. Ini dadah, kalau kantoi silap-silap ke tali gantung aku. Tak berani ah,” jelas Mael. Namun, Amin terus memujuk, “Tapi untungnya banyak la kalau jual benda ni. Kerja pun, ikut suka ko je nak keje bila, janji stok kasi habis. Semester ni je pun ko na buat kerja ni. Member aku jual benda ni dah bertahun-tahun, tak pernah kantoi pun. Ko jual kat area-area sini suda, polis pun rasanya tak suspect tempat ni, sebab nie area student je pun.”


Pentingnya kawan, boleh tolong settlekan problem...

“Ooo macam tu ke?” Mael mula menunjukkan minat tanpa memikirkan langsung akan kesan jangka pendek dan jangka panjang yang bakal dihadapinya dengan pekerjaan tak bermoral tersebut. “Ha, macam tue la. Bila ko dah setuju nak jual benda tu, aku boleh carikan supplier, pastu ko jual la pelan-pelan. Then, aku buat la pakatan durjana dengan memana inspektor polis. Aku bongkar kegiatan ko ni, pastue, ko kena tangkap. Masuk jel, tak lama lepas tu, aku bagi kantoi pulak yang ko nie memang pembekal utama dadah kat area ni. Sampai cukup la proof nak bagi ko terbukti salah, pastu, ko kena hukuman gantung sampai mati. Settle problem ko. Amacam? Ok tak idea bijaksana aku ni?” Tanya Amin.

Sedikit sebanyak Mael berjaya menghidu bau-bau lawak bangang tak bertempat yang telah dihasilkan oleh membernya itu. “Aku sound ko bodo kang, ko kata aku ni tak beradab pulak. Masalahnya, kenapa laa ko suka sangat buat perkara-perkara yang menunjukkan ko ni bodo. Tolong la bro, aku tengah kusut ni, ko nak buat lawak P. Ramlee pulak.” Sendirian Amin ketawa melihatkan kelurusan Mael yang tak pernah langsung lenyap sejak dari zaman sekolah lagi. Mana taknya, masa sekolah dulu, baik-baik Mael tu pun banyak kali jugak la termakan pujuk rayu Amin untuk ponteng sekolah terutamanya masa form 4 dulu.



Buat lawak biarlah bertempat, jangan main ikut sedap hati je...

“Ko ni Mael, tak berubah langsung la perangai ko yang straight to Ampang Point sangat tuh. Takkan la ko tak mampu menggunakan otak ko yang kiut tu bebaik? Ada ke patut nak jual dadah? Better ko jual dadih, lagi selamat. Lagipun, takkan la aku sanggup nak menghancurkan masa depan member aku yang terchenta ni dengan memberikan dorongan dan sokongan moral untuk menjual dadah?” Terang Amin panjang lebar.

“Ini bukan masalh lurus tak lurus Min, aku tengah kusut giler ni. Serius, apa je idea untuk menyettlekan masalah yang ko bentangkan, aku akan terima tanpa syak wasangka lagi. Tapi, tolong la Min, serius sikit boleh tak? Nak lawak-lawak ni, esok lusa boleh la kot. Malam nie, aku mintak jangan la, aku bimbang nanti kewarasan aku boleh tercela akibat lawak-lawak bangang ko tu. Tak pasal-pasal rambut ko yang konon ala-ala hero cerita Korea tu bertukar pesen Abu Bakar Ela pulak.” Mael mula menunjukkan keseriusannya.



Bila dah terlalu runsing, pemikiran pun boleh jadi blur...

“Hahahahaha! Iye laa, sila tukarkan decoder Astro anda ke dalam mood serius apabila anda tidak menonton.” Amin masih lagi dalam mood nak buat lawak tak berperikemanusiaan walaupun sudah diberi amaran keras sebentar tadi. “Ok, macam nie la, aku serius ni. Aku ada satu idea terbaek dari ladang punya nak bagi kat ko. Apa kata ko kerja part time. Rilek-rilek, bukan jual dadah dah,” Amin mula menunjukkan keseriusannya.

“Ah ye la tue, nak jual apa pulak? Jual pompuan?” tanya Mael dalam keadaan berjaga-jaga bimbang terkena lagi sindiran Amin terhadapnya. “Takde lah. Gile ko jual pompuan, dosa tuu. Hehe. Macam ni, tau tak kedai nasik lemak Pak Harun yang tak feymes hujung jalan tu? Tak silap aku, ada advertise part time job la kat depan kedai tu. Nakkan waiter laki-laki, keje time hujung minggu je,” terang Amin sambil menghirup baki Nescafe yang masih tersisa.

“Eh, apsal aku tak perasan pun ada promotion tu? Takkan melampau-lampau sangat tak feymes kedai Pak Harun tue sampai tak heboh langsung pun pasal job tu?” tanya Mael. Amin tersenyum mendengar reaksi Mael, “Aku tak kata kedai Pak Harun tu yang tak feymes, maksud aku, Pak Harun tu yang tak feymes. Tak pernah nampak enter frame pun dia tu. Makcik-makcik je yang aku tengok kat kedai dia tu buat itu ini. Semua orang perasan la ketakwujudan Pak Harun tu. Tapi, nasik lemak dia boleh tahan la jugak. Try la apply esok. Esok kan sabtu, mana ada kelas,”

“Part time weekend, banyak ke gaji ek?” Tanya Mael. “Ko tanya je la esok. Alah, jangan banyak songeh la, kang tak pasal-pasal orang lain rembat dulu job tu. Baik ko pegi awal-aal. Bukan senang tau nak cari keje part time hujung-hujung minggu ni. Kelas pun tak kacau kan,” terang Amin penuh bersemangat. “Betul gak tu, iye lah, esok aku pegi,” kata Mael.

“Nak aku teman?” tanya Amin mengofferkan diri. “Tak payah, kalau ko ikut, melemahkan semangat ngan nilai motivasi aku je. Pandai-pandai aku la nak gebang esok. Eh, ada game tak malam ni?” tanya Mael yang cuba mengubah topic. “Bosan la Jumaat malam, ada Bundesliga je, layan je laa,” kata Amin sedikit kecewa.

Maka, agenda menonton bola sepak di kedai mamak diteruskan dengan jayanya oleh dua orang sahabat karib itu sambil menghina dan menyumpah seranah pemain-pemain yang kelihatan seperti kaki bangku di dalam perlawanan tersebut seperti sepak penalty pun tak gol, pass tak accurate, lari pun laju sikit dari pemenang tempat ketiga acara 100meter carnival sukan sekolah kebangsaan Sungai Bakap tahun 2001 yang dari rumah kuning dan macam-macam lagilah.


Adat la tengok bola, semua orang nak jadi professional commentator...


Nak dipendekkan cerita, berjayalah hendaknya Mael apply keje sebagai waiter di kedai nasi lemak Pak Harun. Gaji pun boleh tahan, sehari RM50. Kerja dari pagi sampai ke petang. Pak Harun pulak, baik orangnya. Yang jadi tak feymes tu sebab Pak Harun sekadar menjadi penyumbang modal di kedai tersebut. Banyak masanya hanya diluangkan untuk beramal Ibadah dan kebajikan. Bersungguh-sungguh Mael bekerja di kedai tersebut dengan harapan dapatlah membodek Pak Harun untuk ‘up’kan sikit lagi gajinya itu.

Walaupun, adakalanya segan jugaklah bila ada kenalan-kenalan atau classmate yang terserempak dengannya di kedai itu, namun Mael tetap kool menebalkan mukanya setebal make up yang sering dikenakan oleh awek-awek universiti biarpun sekadar nak masuk kelas je. Diorang semua bukan tau masalah yang dihadapi Mael, lantaklah nak kata apa pun.

Alkisah, pada suatu hari…

Bersambung…