Saat aku merasa,
tak siapa pun di dunia,
yang menghormati aku,
atau merasa,
diri ini tidak layak dihormati sesiapapun,
dia selalu ada,
buat aku merasa,
masih ada yang bisa menghormati diriku.
Dia buat aku merasa,
rumah ini 'hidup',
menjadi sebab untuk aku merasa bahagia,
bahagia hidup berkeluarga,
dengan rasa hormat yang dia tunjukkan padaku.
Dia lebih segalanya dariku,
lebih elok rupa dariku,
lebih pandai berdikari dariku,
lebih tegas dariku,
lebih garang dariku,
tapi,
semua itu tak menghilangkan langsung rasa hormatnya padaku.
Kata-kataku banyak yang dia iakan,
pengalaman hidupku banyak yang suka dia dengarkan,
jenakaku yang tidaklah selucu mana, dia terhibur mendengarnya,
dia tahu bagaimana caranya hendak bertutur denganku,
dia tidak merasa aku ini menjengkelkan,
atau membosankan.
Ia, kami tidaklah serapat dahulu,
namun rasa hormatnya padaku tak pernah pun ku rasa luput,
di saat keluarga, kawan-kawan dan kenalan seperti menghina aku,
dia ada memberiku harapan bahawa masih ada yang menjadikan aku untuk dihormati.
Ya Allah,
aku sayangkan dia,
aku bersyukur,
Kau takdirkan dia untuk menjadi saudara kandungku,
adikku.
Adikku,
aku minta maaf tak mampu jadi abang yang boleh kau banggakan,
Tapi sungguh aku tersangat gembira,
Kau tak pernah buat aku rasa tak layak dihormati,
sentiasa jadi satu-satunya insan yang hormat padaku,
Sehingga kini panggilan 'abang' tu tak pernah luput dari lidahmu pada memanggil ku,
sentiasa buat aku lupa segala kelemahan dan kekurangan diri bila kita berbual dan bersembang,
buat aku ketawa gembira di waktu terasa bagai seluruh dunia menghina diriku.
Terima kasih ya Allah,
Kau kenalkan dia sebagai adik kandungku di dunia ini,
Buat aku merasa sedikit indahnya hidup berkasih sayang dalam berkeluarga,
Sungguh,
Sebagaimana aku berharap Kau ampunkan aku,
Tidak berpaling dariku,
Sentiasa menjaga aku,
Mengizinkan hidupku selamat di Akhirat sana,
beroleh rahmat dan kasih sayang-Mu sepanjang masa,
begitu jugalah yang selalu aku harapkan Kau anugerahkan semua itu pada dia,
Kerana aku,
terlalu menyayanginya ya Allah...:'(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Komentar:
Post a Comment