Terasa berat ujian yang Kau beri,
Sehingga tak daya kaki ini berdiri,
Sehingga tak mampu mata ini merenung ke depan.
Ampunkan aku Tuhan,
Aku tak biasa begini,
Mungkin ini lah caranya Kau mahu mendidik aku,
Hidup ini tidak semudah A B C.
Ampunkan aku Tuhan,
Ujian yang hanya sebegini,
Aku sudah terasa lemah dan tak bermaya,
Bukan aku diduga hebat sehingga terpaksa,
Menguis-nguis pasir dan tanah di jalanan,
Buat mencari sekeping roti tinggalan orang untuk dimakan,
Atau kehilangan orang yang disayang,
Akibat amukan manusia pengganas.
Ampunkan aku Tuhan,
Meski ujian ini sebenarnya belum yang layak,
Dibanding dengan segala dosa yang telah aku perbuat,
Aku tetap berharap dan berdoa,
Semoga ujian sekecil ini juga ada rahmat di sisi-Mu,
Buat menghapus segala dosa aku yang telah lalu.
Ampunkan aku Tuhan...:'(
0 Komentar:
Post a Comment