Bila terbangun di pagi hari,
Dan tersedar,
Dia yang selalu ada di samping,
Di waktu sedih dan duka,
Di kala gembira dan tawa,
Kini masih di situ,
Tapi hanya jasadnya sahaja,
Memorinya...hilang...
Tahu macam mana rasanya,
Dalam episod akhir Doraemon,
Nobita yang menangis-nagis datang padanya,
Meminta bantuan dan belai pujuk seperti mana biasa,
Tapi, Doraemon diam terkaku
Yang ada hanya jasad sahaja,
Memorinya pula...hilang...
Saya tahu macam mana rasanya,
Pedih, perit, sedih yang sangat luar biasa,
Dia yang selalu ada di sisi,
Kini tak lagi mengenali diri,
Kerana memori dan kenangan dulu,
Hilang...
Dah tak tertanggung lagi air mata ini,
Sebak di dada bergoncang tiada terkata,
Hilang fokus, fikiran berserabut, jiwa meronta,
Hanya mampu menangis sendiri.
Tahu macam mana rasanya,
Pesanan ringkas yang selalu datang dengan hilai tawa,
senyum gembira,
pengalaman yang dicerita,
Pujukan dan pujian,
Kritikan dan teguran,
Kini yang sampai,
"Sorry i just know your name, but i can't remember you."
Ya Allah...
Ampunkan aku...
Dugaan yang Kau beri kali ini sangat luar biasa bagi ku,
Apakah memang ia sesuai dengan segala dosaku?
Ya aku akui,
Aku tak pernah pandai menghargai dia yang selalu ada,
Selalu dia ceriakan hariku,
Selalu pula aku dukakan hatinya,
Kucari dia di kala sedihku,
Di kala gembira aku pergi entah ke mana,
Tegur ajakannya pada kebaikan pula,
Aku endah tak endah,
Nasihatnya yang banyak tiada jemu,
Aku jadikan bahan ejekan.
Ampunkan aku ya Allah...
Aku menyesal,
Derita hati ini hanya Engkau yang tahu,
Dan aku akan terus berdoa tanpa putus asa,
kembalikanlah dia semula ya Allah...
*dia kini menghidap penyakit amnesia, mohon sesiapa yang membaca post ini doakan kesihatannya...
2 Komentar:
Amin amin...moga dia diberi kesembuhan...amnesia...boleh usaha untuk cuba kembalikn ingatannya...insyallah.
alhamdulillah...dia dah sihat...rupanya sakitnya tu cuma temporary saja...syukur...tima kasih...:D
Post a Comment