Bermonolog sendiri...
Apr 23, 2013
senyum yang kembali terukir di wajah itu,
di pagi itu, di ruang kuliah itu, di waktu sesingkat itu,
setelah lama ku tanggung derita menatap wajah pahit penuh kebencian sebelumnya,
cukup untuk menghapus semua beban yang tertanggung,
dimarah, dihina, dicerca dan dimalukan seakan tiada apa,
hanya dengan senyum yang kembali terukir itu.
menakjubkan tentang kamu,
aku tak perlu menyusahkan diri untuk kamu demi menggembirakanmu,
tapi gembiramu hanya bila aku bahagiakan hati sendiri dengan Tuhan,
dan bencimu pula bila aku zalimi hati ini dengan meninggalkan Tuhan.
caramu luar biasa,
menemani aku sehingga buat aku sedar tentang hakikat dunia,
keberadaan mu buat aku berani untuk berdiri,
walaupun sebenarnya kaki ini terlalu lemah untuk terus berdiri,
menghadapi dunia, segala isinya, dengan hati yang selalu aku sakiti ini pula.
Gurau mu benar menghiburkan,
tegur mu tak pernah berselindung tiada berdalih,
cerita-cerita perkongsianmu pula langsung tiada yang sia-sia,
semuanya akhirnya buat hati ini kembali cuba bangkit untuk bahagia.
Kau selalu buat aku iri dengan mu,
bukan kerana pangkat, harta atau kecantikan,
tapi dengan agamamu,
yang buat aku cuba untuk menyaingimu,
kerana egoku merasa aku lebih mampu.
Jadi tolong,
sebolehnya,
jangan fikir,
jauhi aku lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Komentar:
Post a Comment