Air Mata Hati Mereka...

Mar 18, 2012

Mengalir air mata orang beriman,
Atau mengalirlah air mata hatinya,
Bila mengingati Tuhannya,

Malunya hati orang beriman
Bila mengenangkan Rahim dan Rahmat Tuhan.
Anugerah dan pemberian-Nya

Remuk redamlah hatinya,
Bila teringatkan Qahar dan Jabar-Nya,
Kecut perutnya bila teringat hukuman dan azab-Nya.

Resah gelisah jiwanya bila melakukan dosa,
Sedih hatinya bila lalai dengan Tuhannya,
Kemudian sedar semula, tak tentu arah rasa hatinya,
Bila terbuat kesalahan dan kesilapan.

Hati orang beriman tidak pernah tenang dengan Tuhannya,
Tapi tenang dengan dunianya,
Jiwanya sentiasa sahaja bergelombang terhadap Tuhannya.

Jiwanya bagaikan air lautan,
Tidak pernah tenang,
Kalaulah bukan kerana ada
kewajiban masyarakat yang patut dipertanggungjawabkan,
Sudah tentu mereka suka bersendirian.

Atau membawa diri berkelana bersama Tuhannya,
Atau menyisihkan dirinya dari masyarakatnya,
Kerana terlalu memikirkan diri terhadap Tuhannya,
Begitulah hati seorang yang beriman sentiasa gundah-gulana.

Oleh itu mereka tidak sempat memikirkan hal orang lain,
Kerana terlalu memikirkan nasib dirinya sendiri...

0 Komentar:

Post a Comment