
For some reasons, semalam jiwa aku jadi amat tak tenteram dan agak bersedih. So, I decided to go somewhere yang aku sendiri pun tak pasti ke mana. Tapi, aku cuma mahu berjalan-jalan keluar dan mahu bersendiri saja. Sebelum apa-apa, aku usha dulu dompet, tengok berapa not matawang yang tinggal. Kalau ciput, baik aku duduk diam-diam kat rumah je. Kang, short pulak saving aku tuh. Usha punya usha, ok laa. Cukup la buat belanja nak pegi layan blues kejap.
So, cepat-cepat aku capai kunci keta yang tersangkut elok kat tepi pintu tu dan terus memecut keluar dari daerah tempat tinggal aku tu. Seriously aku tak tau nak pegi mana. Dengan jiwa yang agak kacau ni memang buat aku betul-betul tak boleh nak pikir elok-elok. Sakit hati, sakit akal, sakit jiwa, emosi pe benda semua. Argh! Kusut aku dibuatnya. Bawak keta pun tak sedar mana punya tempat aku dah terjah.
Sambil-sambil drive tu, mata aku pun menoleh-noleh juga ke kiri dan ke kanan. Tengok-tengok banggunan-banggunan di tepi-tepi jalan yang ada. Tak perlu risau pun teknik pemanduan gila aku ni yang sepatutnya kalau drive, mata kena lah pandang ke hadapan, memandangkan secara faktanya, Michael Schumacher dulu pun first pegang steering, aku juga yang mengajarnya.
Sedang mata ini menoleh ke kiri dan ke kanan, aku ternampak sebuah kedai topap. Singgah la kejap. Beli topap kredit. Walaupun sebenarnya kredit aku ni berlambak lagi, tapi, nak buang masa punya pasal *plus buang duit*, beli je lah. Siap parking keta apa semua, aku pun masuklah ke dalam kedai tu. Aku lihat ada seorang uncle india kat kaunter tu. Aku pun pegilah pada akak yang jaga kaunter tu dan meminta kad topap darinya.
Akak tu mintak aku tunggu kejap sebab dia nak settle kan urusan pembayaran bil henpon uncle india tu. Aku pun cakap ok lah. Bila dia sambung kerjanya, aku lihat uncle india tu tetiba pandang aku, so aku pandanglah dia balik. Tetiba je tersenyum tengok aku. Melihatkan senyumannya itu, aku jadi terdorong untuk senyum balik padanya. Uncle tersebut menganggukkan sikit kepalanya dan menyambung semula urusannya dengan akak kaunter tu.
Aku tak tau kenapa. Melihatkan senyuman uncle tu, serta tindakan aku membalas balik senyumannya tu sedikit sebanyak beri aku sort of relief la juga kat jiwa aku yang sedikit kacau tadinya. So, aku pun kembali duduk di kerusi tu sambil menunggu akak tersebut siapkan kerjanya.
Tak sampai lima minit kerjanya dah settle. Uncle india tu pun cepat-cepat keluar dari kedai tu. Ada urusan lain agaknya. Akak tu pun datang dekat aku dan segera meminta maaf sebab terpaksa membiarkan aku menunggu sebentar. Aku kata takpe je sambil buat muka kelat sikit. Tapi, akak tersebut membalas wajah kelat aku itu dengan senyuman di wajahnya yang mungkin faham yang customer yang sorang ni jenis tak penyabar punya orang. Melihatkan senyuman akak tu, sekali lagi aku terdorong untuk membalas senyumannya. Dan sekali lagi senyuman yang aku lemparkan tu sedikit sebanyak melapangkan jiwa aku yang kononnya gundah gulana tuh.
Settle urusan topap kredit, aku kembali memandu kereta dan memecut ke mana-mana yang aku sendiri pun tak tahu. Sambil drive, sambil menongkat dagu. Konon nak ambil feel cerita Korea la kiranya. Fail!
Lama berpusing ke sana ke mari tanpa hala tuju, aku lihat jam, dalam seminit dua lagi, masuklah waktu solat fardhu Asar. Kebetulan pulak lagi satu ke dua kilometer di hadapan ada mungkin ada masjid sebab aku ada ternampak dia punya signboard. Ternyata, signboard tersebut tidak digunakan oleh Majlis Perbandaran untuk prank pengguna jalan raya sebab eventually memang ada masjid kalau ikut direction tu.
Aku pun berhenti lah sekejap kat masjid tu untuk menunaikan kewajiban seorang hamba.Aku sendiri pun sebenarnya tak pernah sampai kat masjid tu. Pertama kali kot. Ye lah, dah drive punya drive sampai takdak hala tuju, tak heranlah kan. Elok aku sampai, muadzin pun dah start azan. Canteklah! Kira on time lah aku ni. Jarang juga nak solat ikut time ni.

Bila dah selesai berwudhu', solat berjemaah dan sebagainya, aku pun segera melabuhkan punggung untuk meneruskan perjalanan mencari ketenangan jiwa. Cheewah! Bila aku bangun, kebetulan semua jemaah yang ada pun turut bangun dan berbaris untuk bersalam-salaman. Alang-alang aku dah trap kat tengah-tengah saf tu, elok aku pun join diorang sama untuk bersalam-salaman.
Nak jadi cerita, setiap kali aku berjabat tangan dengan para jemaah kat masjid tu, setiap sorang melemparkan senyuman kat aku. Padahal, bukan kenal pun. Aku sorang je yang pakai baju jersi dengan jeans yang memang obvious gila nampak macam orang luar. Jemaah lainnya semua pakai pakaian yang proper sikit untuk menunaikan solat, dengan ketayap apa semua.
Tapi, mereka tetap melemparkan senyuman mereka seorang demi seorang pada aku yang secara tak langsung buat jiwa aku jadi seronok la pulak. Rasa damai je lihat senymuman-senyuman mereka walaupun rata-rata mereka aku lihat paling muda pun umur dekat 40 tahun jugalah. Keluar saja aku dari masjid tu, seriously, aku rasa lapang je jiwa nie. Lebih separuh dari kekusutan dan keresahan jiwa yang tadinya beransur hilang.
Makanya, aku pun meneruskan lagi perjalanan yang entah ke mana hala tujunya aku pun masih tak pasti. Plannye ingat nak pegi layan angin bayu kat Pantai Bersih tu. Cun juga. Sambil duduk-duduk atas batu besor dan buat muka macam Awie dalam cerita Tragedi Oktober, pergh! Orait jugak tuh.
Makanya, segera aku memecut kereta dengan kelajuan 80 km/j menuju ke tempat tu. Tetiba, henpon aku berbunyik menandakan ada pesanan ringkas yang baru masuk. Segera aku melihat siapakah yang tetiba teringat pada aku di saat itu sehingga dia mahu menyampaikan pesanan ringkas padaku dan apakah pesanan yang nak disampaikan.
Rupanya, mesej dari mak aku. Beliau suruh aku beli roti gardenia bila balik nanti. Secara tuntutannya, aku gembira jugalah sebab mak aku teringat jugak kat aku di ketika itu sampai nak suruh beli roti tu. Segera aku simpan balik henpon tu cepat-cepat tanpa sempat aku reply balik mesej dari mak memandangkan tak silap aku, kat belakang tu macam ada polis trafik je tengah ushar line. Nasib tak baik, mau dia nampak aku main henpon masa tengah drive, masak gak la nak bayar saman RM300.
Aku pun meneruskan lagi perjalanan yang telah ditetapkan pun hala tujunya sebentar tadi. Tak semena-mena, aku ternampak ada sebuah kedai runcit melayu kat area rumah kedai kat tepi jalan tu. Mengenangkan pesan mak aku yang suruh beli roti tadi, aku pun singgah la sebentar kat kedai tu. Sebaik aku masuk ke kedai tu (of course la aku dah parking keta, takkan la nak masuk kedai runcit bawak keta sekali. Aiseymen!), segera aku mencari-cari di mana rak tempat susun roti gardenia yang biasa ada di kedai-kedai runcit.
Tak susah pun cari sebenarnya. Standard la, memana kedai runcit letak rak roti kat depan muka pintu kedai dia kan. Segera aku ambik sebungkus roti dari berbungkus-bungkus yang tersusun kat situ dan terus sahaja pergi ke kaunter tempat nak bayar. Nak kena beratur la pulak. Di hadapan aku ada dua orang yang perlu aku tunggu gilirannya. Ni yang aku malas nak menunggu-nunggu ni.
Memandangkan roti pun dah ada di dalam genggaman, dah masuk queue la pulak lagi, elok sahaja aku tanam sifat sabar sebanyak-banyaknya untuk menunggu juga giliran aku yang aku rasa kurang 3 minit sampai la. Kan, aku dah cakap, elok minit ke 2:59, turn aku pun sampai.
Aku letak sahaja roti tersebut kat atas meja kaunter tu dan aku lihat seorang brader yang aku rasa sebaya aku je yang jadi cashier kat situ. Memula dia pandang aku, dan dia tersenyum, aku pun senyum la balik. Iyelah, otot-otot senyum aku pun memang dah renggang sejak dari tadi lagi kan. Bilamana aku lihat brader tu macam nak ambik plastik bag untuk bungkus roti tu, aku segera menghalangnya sambil membuat isyarat 'tak nak' namun dengan senyuman yang juga terukir di bibir aku sejak dari tadi.
Brader tu pandang aku semula dengan senyumannya untuk memberitahu harga roti tersebut. Segera aku mengeluarkan wang dari dompet murah yang aku beli kat expo Parit Buntar dua tiga bulan sebelumnya. Lantas, aku hulurkan wang yang aku dah kira siap cukup-cukup ikut harga roti tu. Wang tersebut disambut mesra oleh brader tersebut sambil senyumannya pada aku masih belum lekang. Kemudian, akad jual beli pun berlangsung dengan harmoninya antara aku dan dia. Dia kata jual, aku kata beli sambil kedua-dua kami menundukkan kepala sedikit.
Keluar dari kedai tu, jiwa aku rasa damai gila. 98% dari kekusutun jiwa aku tadinya aku rasakan hilang begitu saja dibawa angin petang. Sepanjang perjalanan aku tadi sampai lah sekarang aku bertemu dengan manusia-manusia yang gembira serta mampu berkongsi kegembiraan mereka melalui senyuman demi senyuman.

Aku tarik nafas dalam-dalam, kemudian aku hembus dengan penuh perasaan bagai menghembus habis segala kekusutan jiwa itu. Yang bestnya tu, elok aku masuk je keta dan mula untuk drive, radio yang aku pasang di ketika itu memurtarkan lagu 'Senyum' nyanyian kumpulan Raihan. Haha! Kebetulan yang menakjubkan. Sendirian aku ketawa kecil sambil drive tu.
Sebaik sampai sahaja di Pantai Bersih tu, aku lihat ada la juga orang di situ, tidak terlalu ramai dan tidak pula terlalu sedikit. Ada yang berjalan-jalan, memancing, piknik, dan sebagainya. Segera aku cari port baek punya nak layan blues kejap kat situ. Susah juga nak nak mencari sebab rata-rata port yang romantik telah diambil orang. Aku teruskan juga usaha untuk mencari dan akhirnya, ketemu juga tempatnya.
Ada sebuah batu yang tak terlalu besar di situ, tapi muat juga untuk seorang yang bersaiz medium seperti aku untuk mengambil peluang duduk-duduk sebentar sambil mendengar deruan angin laut dan ombak pantai yang memukul pasir daratan.
Aku duduk di situ sambil buat posing Awie yang tengah frust kerana ditipu oleh Nasha Aziz seperti dalam cerita Bara. Tapi, mulanya aku ingat duduknya aku di situ adalah kerana nak memikirkan masalah-masalah yang aku hadapi yang membuatkan kepala aku kusut tadinya, namun lain pula yang aku fikirkan.
Betapa hebatnya kuasa senyuman. Kebetulan aku bertemu dengan manusia-manusia yang murah dengan senyuman di sepanjang perjalanan aku tadinya. Yang akhirnya mampu membuatkan jiwa aku jadi lapang dan tenang. Diorang tadi tak kata apa-apa pun dengan aku, in fact, diorang tak tahu pun jiwa aku tengah bergelora. Tapi, dek kerana senyuman yang mereka lemparkan, ia bagai jadi suatu penawar buat jiwa aku yang duka lara tadinya.
Tersenyum aku sendirian kat atas batu tu memikirkan hal tersebut. Sambil aku teliti pula lirik lagu Senyum nyanyian Raihan yang aku dengar dalam kereta tadi, ternyata, memang senyuman ni adalah suatu jenis sedekah sesuai dengan sabda baginda SAW.
Fahamlah aku akan konsep sedekah yang sebenarnya. Bukan sekadar hanya menghulurkan wang ringgit kepada yang memerlukan semata-mata. Akan tetapi, sebenarnya sedekah nie adalah segala benda yang ma’ruf yang bila kita buat, yang mampu membahagiakan orang lain.
Macam bila kita bersedekah dengan memberikan wang ringgit kepada fakir miskin, hal tersebut dah tentu akan buat jiwa para fakir miskin tu rasa tenang dan damai. Terasa bahagia dengan tindakan kita tu. Kesempitan hidup terasa ada ruang untuk diluaskan.
Begitu juga dengan senyuman. Si penerima senyuman seperti aku yang tadinya jadi terasa bahagia pulak apabila dilemparkan senyuman itu. Jiwa yang kusut jadi damai, hati yang sempit dan rimas terasa luas dan selesa. Dan bila kita niat senyum kerana nak mengamalkan seruan baginda saw pula, ia akan dinilai sebagai sedekah yang berfaedah buat diri sendiri pula di akhirat nanti.
Sungguh, hebat benar kuasa senyuman ni.

Setelah puas mengambil angin petang di tepi pantai, setelah puas membaling kerikil-kerikil batu masuk ke dalam laut, setelah puas buat muka Awie dalam cerita Tragedi Oktober kat atas batu tu dengan harapan ada awek yang akan mintak nombor telefon (memang harapan lah!), aku pun segera bangun dan bersiap untuk pulang ke tempat di mana aku mula bergerak. Matahari pun dah mula nak tenggelam, eloklah aku kembali semula ke rumah. Dengan hati yang tenang bahagia.
2 Komentar:
Mukmin yang akak kenal, memang sentiasa murah dengan senyuman. :-)
senyum-senyum kambing je tu kak...
-___-"
Post a Comment