Ternampak Je Pun...

Jan 26, 2012



Akibat terlalu tensen dengan paper final yang baru je berjaya dijawab sehingga habis tadinya, beberapa orang member aku telah mengajak aku dan beberapa kengkawan yang lain untuk pergi melepak di mana-mana kedai makan yang berhampiran dengan tujuan untuk menghilangkan segala kekusutan dan keserabutan kepala hotak akibat dari tiga hari punya bertapa untuk menghadapi final yang tadinya tu.

Aku pun bersetuju tanpa memberikan banyak alasan tak munasabah kerana aku sendiri pun agak tensen sebenarnya dua tiga hari ni dek kerana nak menghadapi exam tuh. Terus kitorang semua pegi settle Asar kat surau yang berhampiran, kemudiannya teruslah menuju ke kedai makan yang selalu menjadi sarang bertenggeknya aku dan rakan-rakanku selama tinggal di kota Shah Alam ni.

Macam-macam benda tak berpekdah yang kami bualkan dengan harapan mampu mencetuskan kegembiraan dan hilai tawa lantas menghapuskan terus kegelisahan dan keserabutan akal fikiran yang melanda kami semua di ketika itu. Iye lah, next 2 days ada lagi satu paper yang nak dijawab, kononnya nak mempersiapkan akal yang lebih tenang dan freshlah untuk memulakan sesi pertapaan mulai malam tu jugak bagi nak menghadapi paper tersebut.

Kerana dah terlalu leka bersembang, masa berlalu dengan pantas langsung kami tak sedar. Tup-tup langit dah jadi makin kelam dan kabur. Nun jauh di ufuk timur kelihatan kesayuan senja mula menutupi alam sebagai tanda bahawa kegelapan malam bakal menggantikan kecerahan siang di hari tu (pergh! Aku sendiri pun tak sangka aku mampu berbahasa yang macam gini.).

Maka kami semua pun bersetuju untuk meleraikan perjumpaan tersebut dan bertebaran kembali semula ke rumah masing-masing ibarat itik pulang petang. Tapi itik-itik yang pulang tue semua ada motor dan keretalah.

Sebaik sahaja aku menekan starter motor rempit aku tu, tetiba je aku terdengar laungan azan menandakan telah masuknya waktu solat fardhu Maghrib bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan yang sama waktu dengannya. Ler, dah lewat betul rupanya. Maghrib dah masuk dah pun. Memandangkan jarak antara kedai makan tu dengan rumah aku adalah lebih jauh daripada jarak ke masjid negeri, adalah lebih baik aku stop sebentar kat masjid tu. Bagi settle Maghrib dulu, then baru syok nak balik rumah kan.



Sendirian aku memulas enjin minyak motor memandangkan kengkawan yang lain semua dah blah dengan cepatnya sebab aku adalah yang terakhir sekali membayar harga makanan yang aku bedal kat kedai tu tadi.

Elok sampai je kat masjid tu, halamak! Sekali perut ni buat hal la pulak. Cepat benar jus gaster dalam perut aku ni digest nasik goreng ayam dengan sirap limau ais yang aku bedal tadi. Tak kasi can langsung. Makanya, terpaksalah aku mendahulukan hajat perut ni dulu sebelum bersiap nak menunaikan solat.

Ikutkan hati, ingat nak tahan la dulu kejap, imam pun dah angkat takbir tu. Namun, tak silap aku, aku pernah dengar suatu masa dulu yang makruh hukumnya kalau kita tunaikan solat dalam keadaan diri kita sedang menahan diri dari nak membuang air tak kiralah kecil atau besar. Dengan berat hatinya aku pergi settlekan dulu mana-mana yang utama.

Bila aku dah selesai segala benda, wudhu’ pun dah diambil sesempurna yang mampu, aku terus bergegas ke dewan solat utama. Sekali imam dah bagi salam daa. Melepas la nak solat berjemaah dengan imam yang suara sedap gila tuh. Tak syok la cenggini. Dengan sedikit hampa aku pergi join je beberapa orang yang dah buat jemaah yang lain dekat saf belakang tuh. Bolehlah! Janji solat berjemaah dan ditunaikan dekat tempat azan dilaungkan.

Sebaik je selesai solat, jemaah dengan imam yang pertama tu pun dah settlekan solat sunat. Tetiba aku tengok semua orang berpusu-pusu menuju ke hadapan. Apa pasal ramai sangat ni? Dengan segala kerusi sofa apa benda semua kat depan tu. Rupa-rupanya malam tu masjid negeri nak adakan forum. Aku pun tak tau forum sempena apa. Tapi, tak silap aku, abang aku pernah cakap yang every weekend memang masjid akan adakan forum. Dan ya memang hari tu hari Sabtu. Mungkin forum nie la yang abang aku maksudkan tu.

Aku yang baru berniat nak keluar dari dewan solat tu tetiba rasa macam na tinggal kejap la kat situ. Ye lah, rasanya dah lama juga aku tak duduk di dalam majlis ilmu Akhirat ni. Alang-alang dah sampai kat sini, forum pun macam dah nak start dengan segala moderator dan ahli panel pun dah ambil tempat, elok juga aku tunggu sahaja di situ untuk mendengar forum tersbut. Boleh Isya’ terus kejap lagi dan bila sampai kat rumah jap lagi boleh landing terus.

Aku pun tunggu la kejap kat dewan solat tu untuk mendengar forum tersebut. Tajuknya pasal nak menangani maksiat. Elok sangat lah tajuk yang sebegitu nak diperdengarkan pada remaja akhir zaman macam aku nih. Tapi, ahli panelnya aku tak kenal pulak sapa. Bukan apa, selalu aku nampak iklan-iklan forum masjid negeri, mesti masjid jemput penceramah-penceramah yang dikenali ramai serta pernah masuk tv. Tapi, forum hari tu dianggotai oleh ahli panel yang aku tak kenal. Bedal je lah. Yang penting, dengan izin Allah aku memperoleh rahmat berkat tinggalnya aku di dalam majlis ilmu tu.




Aku pun duduk bersila di suatu sudut sambil menongkat dagu. Tahan mengantuk juga sebenarnya. Iyelah, dari lepas Zohor tadi aku tak balik rumah langsung. Ceramah yang dibawa oleh dua orang panelis tu menarik, gaya penyampaiannya pun tak bosan. Tapi, mungkin kerana aku agak letih serta isi-isi ceramah tu rata-rata aku dah pernah dengar, tu yang mata jadi agak berat sikit tu. Walaupun aku dah pernah dengar, aku consider ia sebagai peringatan balik la untuk aku untuk refresh balik kesedaran agama aku ni.

Sehinggalah sampai satu point ni, salah seorang panelis ni bawa suatu cerita di zaman Nabi saw dulu yang benar-benar menarik perhatian aku sehingga membuatkan mata aku tak jadi nak pejam.

Ceritanya begini.

Suatu hari di zaman Rasulullah saw, baginda saw memanggil seorang sahabat yang berumur 17 tahun untuk datang kepada baginda saw. Tujuannya adalah untuk assign suatu tugasan untuk sahabat muda tersebut untuk melakukan rondaan di sekitar kota (penceramah tu tak mention pula kota mana tapi aku rasa konfem kota Madinah punya sebab nampak Rasulullah saw dah ada authority sebagai seorang pemimpin negara).

Maka pergilah sahabat tersebut melakukan tugasan yang diberikan oleh Rasulullah saw itu. Rondaan pun dibuat sehingga sampai waktu malam. Nak jadi cerita, malam tu angin agak kuat. Pasir-pasir pun berterbangan dek kerana angin yang agak kuat tu. Sehinggalah sampai suatu tahap, pasir yang berterbangan tu terbang masuk ke dalam mata sahabat yang sedang meronda tadi ni. Sahabat tersebut berada berdekatan dengan kawasan perumahan di waktu itu.

Oleh kerana pasir yang termasuk ke dalam mata sahabat tersebut, sahabat tu pun segera mengalihkan pandangannya bertentangan dari arah pasir-pasir tu datang. Bila dia paling je pandangannya ke arah lain, secara tak sengaja pandangannya itu terhala ke arah sebuah rumah. Angin yang agak kuat di malam tu telah menyebabkan pintu rumah tersebut terbuka sedikit hingga mampu membuatkan sahabat tersebut mampu melihat ke dalam rumah tersebut.

Secara tidak sengaja, oleh kerana pandangannya tepat menghala ke dalam rumah yang pintunya itu terbuka oleh angin pasir di malam itu, sahabat tersebut terpandang suatu kelibat bayang-bayang seorang wanita. Bayang-bayang tersebut jelas menampakkan susuk tubuh wanita tersebut. Tapi sekadar bayang-bayang. Ye lah, jauh juga sebenarnya jarak antara sahabat tersebut dengan rumah tu.

Sekonyong-konyong ternampak sahaja kelibat bayang-bayang tersebut, sahabat tersebut segera memalingkan pandangannya lantas terus beristighfar dengan sebanyaknya memohon keampunan dari Allah atas sebab perkara yang dilihatnya itu. Tambah mengejutkan, sahabat tersebut terus terlupa akan Rasulullah saw serta tugasan yang baginda saw dah berikan padanya untuk meronda di sekitar kawasan kota.

Beliau jadi amat takut, sedih dan gelisah akan tindakannya itu yang hanya sekadar ‘ter’tengok bayang-bayang susuk tubuh seorang wanita yang mana pandangan tersebut hanya dilihat sekadar sekelip mata. Dia jadi tak tentu arah, menangis dan berjalan tanpa hala tuju kerana tenggelam dengan rasa bersalah yang amat sangat. Sahabat tersebut pun tanpa mengingatkan langsung tugasan yang Rasulullah saw dah berikan padanya terus sahaja dia menuju ke puncak suatu bukit.




Setelah beberapa hari kemudiannya, sahabat tersebut masih belum pulang kepada Rasulullah saw untuk memberikan laporan tugasan rondaannya. Baginda saw pun jadi hairan, kenapa tak balik-balik lagi sahabat ni. Segera baginda saw pun memanggil Umar al-Khattab lantas diberitakan akan kehilangan sahabat yang sorang ni. Maka baginda saw pun meminta Umar untuk pergi mencari sahabat nie di sekitar kota.

Umar pun terus mencari sahabat tersebut di seluruh kota tapi tak jumpa-jumpa. Selepas penat mencari ke sana sini, beliau mencuba pula bertanyakan kepada masyarakat setempat. Akhirnya, ada seorang tua memberitahu Umar yang dia ada ternampak seorang budak remaja yang berjalan dengan lemah dan dalam kesedihan naik ke atas satu bukit beberapa malam sebelumnya. Umar pun segera pergi ke bukit yang orang tua itu maksudkan dan naik ke atas puncaknya.

Ternyata, memang sahabat tersebut berada di atas puncak bukit tersebut. Tapi keadaannya amat lemah, dalam keadaan terbaring dan tak mampu berdiri namun masih tetap bersedih. Umar terpaksa mendukung pula sahabat tersebut untuk di bawa berjumpa dengan Rasulullah saw.

Setelah sahabat tersebut dihadapkan di hadapan baginda saw oleh Umar, baginda saw meminta sahabat tersebut menceritakan apa yang berlaku sebenarnya sehingga dia tak balik-balik semula untuk memberi laporan tugasannya dan boleh jadi lemah sangat ni. Dalam keadaan lemah, sahabat tersebut menceritakan apa yang beliau ternampak di malam itu yang menyebabkan jiwanya jadi tak tentu arah kerana terlampau takut dan sedih sehingga terlupa terus akan tugasan yang baginda saw berikan.

Rasulullah saw dengan tenang mendengar cerita sahabat tersebut, lantas memegang kepala sahabat tersebut dan diletakkan di atas ribaan baginda saw. Sebaik kepalanya sampai di ribaan baginda saw yang mulia itu, segera dia menariknya dan meletakkan kepalanya ke atas tanah. Rasulullah saw mencuba untuk meletakkan kepalanya semula di ribaan baginda namun sekali lagi sahabat tersebut menarik semula kepalanya dan diletakkan ke atas tanah.

Rasulullah saw terus bertanya kepada sahabat tersebut akan tindakannya tu, kerana memang semua sahabat kepingin benar nak meletakkan kepala di ribaan baginda saw kerana itu suatu kehormatan bagi mereka yang benar cintakan baginda saw. Sahabat itu berkata yang dia terlampau malu dengan Rasulullah saw dengan apa yang dia sudah lakukan sehingga merasa tak layak untuk menerima penghormatan yang sebegitu mulia.

Selang beberapa hari, gemparlah akan pemergian sahabat tersebut kembali ke pangkuan Ilahi di usia yang muda. Ini kerana badannya terlampau lemah kerana langsung tidak ada selera makan kerana mengenangkan ‘dosa tak sengaja’ yang dilakukannya itu. Makanya, Rasulullah saw pun datang menziarahi jenazah sahabat tersebut. Para sahabat pun memberi laluan kepada baginda saw untuk menuju ke pusara sahabat tersebut, namun suatu yang pelik telah berlaku. Rasulullah saw berasa teramat payah untuk mendekati jenazah sahabat tersebut.

Para sahabat pun jadi hairan juga. Ye lah, laluan dah dibuka, tapi kenapa baginda saw nampak payah nak pergi mendekati jenazah sahabat tersebut. Mereka pun bertanya kepada baginda saw akan apa sebenarnya yang sedang berlaku. Baginda saw pun memberitahu yang sebenarnya para malaikat dengan sangat ramai datang berpusu-pusu menziarahi jenazah sahabat tersebut sehingga menyebabkan baginda saw jadi susah pula nak menghampiri jenazah sahabat tersebut.

.........

Seriously, aku sangat-sangat sedih dan malu mendengarkan cerita ni dari panelis tersebut. Biarpun aku ralat juga sebab panelis tu tak bagitau pun sumber cerita ni serta nama sahabat tersebut. Mungkin cerita nie memang sangat remote dan sahabat tersebut juga bukanlah antara sahabat-sahabat Nabi saw yang feymes serta banyak kisah-kisah tentang mereka tapi for sure, sahabat ni pasti sangat feymes di kalangan penduduk langit.

Aku malu! Lihat bagaimana sahabat tersebut deal dengan dosa yang bagi aku dianggap biasa. Ternampak je pun. Bukan saja-saja tengok. Pulak tu, bayang-bayang je. Nak rasa apa sangat. Entahnya nafsu pun tak sempat nak terusik sikit. Dah tu, pandangan yang diambil sekadar sekelip mata je, tak sampai beberapa detik je then terus dialihkan. Kenapa sahabat tersebut boleh jadi sedih sehingga menemui ajal dek kerana ‘dosa tak sengaja’ yang bagi aku betul-betul pure ‘tak sengaja’?

Malu aku. Nak dibandingkan dengan diri aku ni. Allahu Robbi! Bagai langit ke tujuh dengan pusat bumi. Kalaulah aku di tempat sahabat tu. Mesti aku tak terasa apa langsung. Cepat je terlupa terus akan apa yang terjadi. Pulak tu, mesti aku rasa bangga gila sebab mampu menolehkan pandangan cepat-cepat bila ternampak perkara yang tak sepatutnya aku lihat.

Tidak bagi sahabat ni. Dia ternampak je pun. Aku ulangi. Dia TERnampak je. Dah tu, hanya sekadar bayangan, nak rasa apa sangat. Tapi reaksi beliau, Subhanallah! Malu yang dia rasa pada Tuhan, takut yang dia rasa pada Tuhan, memang takda langsung perasaam-perasaan yang begitu di dalam diri aku.

Tambahan pulak sahabat tersebut di waktu itu berumur 17 tahun. Muda remaja lagi kot. Mesti lah sepatutnya jiwa mudah terefek bila terdedah dengan perkara-perkara wanita ni. Tapi, dek kerana beliau betul-betul yakin yang Tuhan Maha Mengetahui akan segala perkara, beliau pandang perkara yang bagi aku kecil gila tu sebagai perkara yang teramat-amat menyedihkan sehingga mampu mennyebabkan hati jadi amat sedih dan tak tentu arah.

Aku betul-betul malu dengan sahabat tersebut. Aku ni, alah, lagi perempuan yang aku lihat tu tak bertelanjang, kira oklah kalau nak tengok pun. Billboard iklan cat San Cora yang gambar shape badan pompuan yang belambak kat tepi highway tuh, selamba ja aku usha tanpa ada rasa takut dan malu sikit pun pada Tuhan yang memang dah konfem-konfem tengah melihat aku. Artis-artis pompuan hollywood yang seksi-meksi kat filem hollywood tu, rilek je aku tengok kat tv. Alah, yang local artis pun apa kurangnya. Tak kira lagi aweks-aweks kat tempat aku belaja ni. Lagi la seronok aku usha.

Mungkinlah kalau time aku ada iman sikit tu, aku alihkan pandangan aku dan beristighfar. Itupun bukannya immediate. Lepas dekat seminit lebih usha barulah ada sikit rasa berdosa. Bagi aku, lagi diorang berpakaian biarpun pakaian tersebut sebenarnya sama je sama ada diorang pakai atau tak, kira biasalah kalau nak tengok pun. Takleh nak lari la, memang merata perempuan nak berpakaian macam tu.




Allah! Lemahnya iman aku! Nak dibandingkan dengan kualiti iman yang Rasulullah saw didik, sepatutnya jadi seperti sahabat muda tadi tu lah. Kerana iman tu yang buat jiwa benar-benar yakin Allah Maha Mengetahui segala sesuatu lantas terus terasa malu dan takut bila terbuat dosa tak kira sekecil apa pun dosa tersebut dan tak kira sama ada dengan sengaja atau tak sengaja.

Aku malu! Malu dengan Allah, dengan Rasulullah, dengan sahabat tersebut. Aku takut! Takut bila tersedar yang sebenarnya aku pun tak dapat nak pastikan iman dalam jiwa aku ni sah di sisi Allah atau tidak. Kerana kalau benar aku beriman, sepatutnya patut kena ada rasa rasa bertuhan, rasa Tuhan selalu melihat, di mana saja, pada apa perbuatan pun, secara lahir atau secara batin. Rasa itu aku tidak ada.

Kerana itu aku rasa biasa. Biasa dengan dosa. Sedang sahabat yang tadi tu, dengan dosa yang entah dikira dosa atau tak pun kita takleh nak sure, sebab dia cuma TERtengok je pun, bukan saja-saja tengok, malah segera dialihkan pandangannya. Tue pun dia dah rasa macam dah buat dosa yang Tuhan tak akan ampun. Sehingga hilang selera makannya. Sehingga malu dan rasa tak layak untuk menerima penghormatan dari Rasulullah saw. Malah sehingga menemui ajal dek kerana tenggelam dalam rasa malu dan takut tu.

Semuanya hanya kerana dosa yang bagi aku teramatlah kecil, malah ia memang benar-benar purely tak sengaja. Tapi sebab iman yang ada dalam jiwanya memang iman yang benar-benar tulen yang dibawa oleh Rasulullah saw, dosa sebesar kuman pun dia pandang seperti gunung yang bakal menghempapnya.




Sungguh! Aku ada reason yang sangat kuat untuk tidak merasa aman dengan diri sendiri.........

3 Komentar:

Durratul Akhyar said...

Allah..sedehnya kesah ni..stakat ni x pnh dgr lg kesah sahabat tu..termuhasabah jgk bc entry ni..syukran ats pkongsian yg bmkna =)

Azwina HazwaniF said...

Assalamualaikum....Nama sahabat Nabi dalam cerita ni Tha'labah bin Abdul Rahman... =)

Mehmed Aimi said...

Waalaikumussalam...terima kasih...:)

Post a Comment