Validasi...

Dec 19, 2011



Di suatu malam yang agak hening, angin pun bertiup sepoi-sepoi language, berjalanlah dua jasad milik Tuhan di suatu lorong di fakulti masscom di universiti tempat aku belajar nih. Jasad yang pertama yang memiliki raut wajah tak ubah seperti Fauzi Nawawi itu sudah semestinya jasad milik aku. Manakala yang seorang lagi hanyalah seorang watak tambahan yang semestinya akan memainkan peranan yang tak kurang pentingnya di dalam entry kali ini.

Maka berjalanlah kami berdua di sekitar fakulti tu. Tujuan asalnya nak ajak member aku tu pergi dinner. Kelas dia pun habis waktu malam, so untuk memudahkan kerja, adalah lebih baik aku memurnikan jiwa aku untuk bersusah-payah nak mengambik dia dari fakulti tempat dia belajar tuh seterusnya terus memuaskan nafsu makan di mana-mana kedai basikal yang berhampiran. Okeh, aku saja buat lawak bosan, opkos la makan kat kedai makan kan.

Nak jadi cerita, sebelum kitorang nak bergerak ke mana-mana kedai makan, hujan turun dengan lebatnya. Maka hilanglah sudah keheningan malam beserta dengan angin yang sepoi-sepoi language yang tadinya tu. Jadi, terpaksalah aku dan kawanku itu berjalan-jalan tanpa hala tujuan di sekitar fakultinya itu.

Nasib ku agak baik juga di malam itu kerana boleh pulak terserempak dengan Fifi yang sedang menunggu suaminya di fakulti tersebut. Alah, Fifi yang pernah jadi pengacara rancangan Bersamamu. Kata member aku, Fifi tuh memang student fakulti masscom. Aku pun tak pasti kenapa aku rasa bernasib baik berjumpa dengan artis. Bukannya boleh lepas soalan Malaikat Munkar Nakir pun kalau terjumpa dengan artis. Ceit!

Hujan masih turun dengan lebatnya tanpa mempedulikan perut kami yang sedang rancak berkeroncong hybrid ini. Maka kami pun terus mundar-mandir di situ. Kafe pun dah tutup. Nak usha awek pun da jauh malam. Dah tentu-tentu semua orang dah balik. Oleh sebab terlalu bosan, tong sampah serta papan kenyataan juga aku jadikan objek untuk diusha.

Banyak juga papan kenyataan kat fakulti maascom tuh. Tak macam kat fakulti aku. Aku pun tak paham apa signifikannya letak papan kenyataan banyak-banyak. Setelah satu, satu papan kenyataan habis aku teliti. Seronok juga. Sebab papan kenyataan ipta ni tak sama dengan papa kenyataan sekolah. Macam-macam event yang pelik-pelik ada disiarkan pada papan kenyataan tuh yang membuatkan aku excited nak baca semua. Tambahan pulak papan kenyataan di fakulti masscom, lagi la havoc ye dak.

Sedang aku leka meneliti semua papan kenyataan yang ada (leh faham lah betapa bosannya keadaan di ketika itu, sampai tengok papan kenyataan pun boleh leka), tetiba aku terbaca suatu notis yang ternyata mengubah mood aku di malam itu. Tajuk besarnya adalah ‘PERHATIAN!’. Oleh kerana titlenya pun dicapitalkan semua huruf beserta pula dengan tanda seru, maka hati aku pun jadi amat terdorong untuk membaca notis tersebut.

Oh, rupanya notis yang sekadar untuk memperingatkan semua student untuk tidak lupa memvalidasikan semua subjek di student portal masing-masing sebelum tarikh tutupnya iaitu pada 17 Oktober. Wait a seken, 17 Oktober? Cepat-cepat aku membuka keledar henset untuk melihat, hari tersebut berapa tarikhnya. Aku berharap sangat-sangat agar tarikh hari tu tak lepas lagi dari 17 Oktober. Kerana sememangnya aku masih belum validatekan kursus-kursus yang aku dah ambil untuk semester ni.



Hati ini berdebar-debar sekali nak melihat tarikh hari ni sambil tak henti-henti berdoa semoga due date untuk validate course belum terlepas. Dan akhirnya, taraaaa! Dat day was 20 Oct. Memang betul-betul awesome lah!

Aku baru teringat yang masa awal bulan dulu, dah ada classmate yang dah ingatkan pasal benda ni. Tapi masa tu aku tak ambik port langsung pasal ni. Yelah, due date 17 Oktober, masa tu tak silap aku baru tiga atau empat haribulan. Dan seriously aku nie memang jenis jejaka bergaya yang suka bertangguh. Dan akhirnya sikap murni tersebut telah berjaya memakan diri aku. Oh yeah!

Tetiba aku terdengar guruh beserta kilat yang kuat berdentum di sekitar kerajaan jiwa aku ni. For the first time aku terlupa nak validate kursus aku. Kenapa aku boleh lupa benda penting macam tu? Apa yang bakal berlaku? Bolehkah aku nak masuk dewan exam untuk semester ni? Adakah aku harus extent sem gara-gara terlupa nak validate kursus?

Bermacam-macam persoalan menyerang hati aku di ketika itu yang membuatkan jiwa aku jadi lemas dan tak keruan. Aku terus cakapkan perkara tu kat member aku yang masa tu tengah sibuk main henpon. Namun, aku agak pelik yang responnya macam tak ada apa pun. Siap boleh buat lawak lagi. Tapi mood aku da jadi berubah di ketika itu. Lawak yang sepatutnya boleh buat aku ketawa tetiba rasa macam lawak bodoh yang tak ada sapa pun rasa nak gelak bila dengar.

Gila betul. Pemikiran aku jadi kacau benar. Aku betul-betul tak tau apa consequence nya bila student terlupa nak validate kursus. Sebab aku sendiri tak pernah terlupa nak buat benda tu every semester. Bila aku mengadu kat member aku tu, dia boleh buat tak kisah pulak. Memang betul-betul perfect lah. Dan eventually selera makan aku pun terus hilang. Keroncong hybrid yang tadinya rancak berbunyi berjaya disenyapkan dengan jiwa kacau aku.

Aku terus text beberapa orang member-member aku yang lain, dengan harapan diorang pun terlupa jugak nak validate diorang punya course. Ternyata, semuanya dah melaksanakan kewajiban masing-masing. Aku sorang je yang terkapai-kapai tak tentu arah. Member aku yang tadinya tu pun dah buat jugak benda tu. No wonder la dia macam tak kisah pun kalau aku tak buat lagi.

Rasa palat jugalah bila aku fikirkan balik, kenapa takde sorang pun yang nak ingatkan aku tentang benda ni bila diorang nak klik button validate tu. Kata member. Asal taleh nak ingatkan member yang sorang ni? Ya! Menyalahkan orang lain adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan bila kita ditimpa masalah, walaupun ianya langsung tak menyelesaikan apa-apa masalah. Dekat setengah jam jugalah aku berfikiran negatif camtu. Syaiton dengan jayanya telah memasukkan semua prasangka-prasangka buruk ke dalam jiwa aku terhadap semua kawan-kawan aku.




Dinner malam tu hanya sekadar macam nak teman je la member aku tu makan. Aku betul-betul hilang selera. Melihatkan member aku tu makan nasik dengan lahapnya langsung tak mencabar nafsu makan aku untuk bergelora. Yang aku tau, aku nak cepat balik untuk check student portal dengan harapan pihak pengurusan extent kan lagi due date tu.

Member aku yang mula sedar betapa toyanya raut wajah Fauzi Nawawi aku di ketika itu, cepat-cepat menghabiskan makanannya untuk cepat-cepat meleraikan pertemuan antara kami. Ye lah, sikap aku di malam tu pun dah tak gila-gila sepertimana biasa. Member aku tanya sepatah, aku jawab setengah patah. Serius aku betul-betul tak ada mood nak bersembang ke apa masa tu.



Risau benar aku kalau-kalau kerana aku terlupa nak validate kursus aku tu, mungkin aku kena bar dari nak jawab exam untuk semester kali ni, dan akhirnya aku kena extent semester, lepas tu, aku lambat grad, lepas tu aku lambat dapat kerja, lepas tu aku lambat kahwin, lepas tu lambat dapat anak, lepas tu lambat naik pangkat, lepas tu lambat nak beli rumah, lepas tu lambat nak beli kereta, lepas tu, ah sudah! Dek kerana berfikir melalut-lalut macam tu la yang mood aku jadi amat hampeh di malam itu.

Lepas member aku tu settle makan, terus aku hantar dia balik hostel, aku pulak segera pergi ke cyber cafe yang berhampiran. Malam tu aku tak kasi can. Dengan kelajuan maksima 120 km/j, aku redah hujan untuk segera check student portal. Dengan baju abeh basah kuyup, selamba je aku masuk cyber cafe tu sambil mintak satu PC. Bila aku masuk student portal je, ternyata, memang dah tak boleh masuk dah link nak validate course tuh.



Guruh di luar sana berdentum kuat. Namun guruh di jiwa aku lebih dahsyat dentumannya. Aku menyesal, menyesal! Kenapalah aku boleh cuai sangat? Benda penting cenggitu pun aku boleh bertangguh-tangguh dan akhirnya terlupa terus. Kalaulah aku ada mesin masa macam yang kat dalam laci meja belajar Nobita tuh, bolehlah aku balik ke masa tiga hari lepas untuk aku validate kan course aku tuh.

Aku pulang ke rumah sewa penuh kehampaan, kekesalan dan kekecewaan. Aku betul-betul tak tahu apa akibatnya bila tak validate course tuh. Entah kena bar ke, kena gugur taraf ke. Tensen betul!

Prasangka-prasangka buruk terhadap member-member aku tadinya tu pun dah mula hilang. Ye lah, bila difikirkan balik, apa hal pulak diorang susah-susah nak ingatkan aku pasal benda ni. Diri sendirilah yang perlu bertanggungjawab ke atas kewajiban sendiri. Dah memang salah aku yang suka bertangguh-tangguh. Bukan tak pernah diingatkan tentang benda ni.

Awal bulan dulu classmate aku yang sorang nie dah ingatkan. Jenuhlah kalau tiap-tiap hari dia nak kena ingatkan. Dan after all, effect pada keterlupaan aku untuk validate kan course tu akan terkena atas diri aku sendiri, bukannya member-member aku tu. So, tak heranlah kalau diorang tak rasa ada duty pun nak ingatkan aku pasal tu, dan sememangnya bukan duty diorang pun.

Aku terus ke bilik untuk tidur cepat-cepat. Sebab aku nak segera bertemu dengan hari esok untuk aku laporkan benda ni dekat pihak pengurusan fakulti. Tak sabar benar aku nak tahu apakah jawapan yang bakal aku peroleh dari pihak pengurusan. Entah positif, entah negatif. Tapi, dek kerana terlalu melalut-lalut aku berfikir, mata ini jadi payah pula hendak dilelapkan. Aku risau betul laa kalau-kalau jawapan yang bakal aku terima esok adalah negatif. Entah apa lah yang bakal berlaku seterusnya nanti.



Sebelum tidur tu tetiba henpon aku berbunyi. Ada orang mesej aku lagi. Rupanya ada seorang kawan ni dari ramai-ramai kawan yang aku text tadi inform aku yang sebenarnya benda validasi tu not a big deal pun. Dulu, ada je kenalan dia yang terlupa nak validate, boleh je jawab exam. Yang penting, kena check slip exam la kot-kot ada subjek yg ter’drop’ dengan sendirinya. Itu je lah risikonya bila student tak validate kn course diorang.

Selang beberapa ketika datang lagi satu mesej dari seorang kawan yang lain. Katanya, dia pun tak validate kan lagi kursus-kursus untuk semester ni, tapi still maintain selamba dan bergaya. Katanya, tak payah risau pun sebab semester-semester yang sebelum nie pun dia ada terlupa jugak. Tapi, tak bagi efek langsung pun akan kelayakan kita untuk ambil exam. Yang penting, kena check slip exam sebab memang boleh jadi salah satu subjek boleh ter’drop’ dengan sendirinya bila validation nie tak dibuat.

Mesej-mesej dari dua orang kawan itu sudah cukup buat aku untuk menenangkan kembali jiwa yang gundah gulana tahap ultrasonik sebentar tadi. Syukur, at least takde possibility pun untuk kena bar terus daripada nak ambik exam untuk semester ni. Akhirnya, aku mampu juga untuk menarik nafas lega. Tapi, aku tetap juga nak bertanyakan soal ni kepada pihak pengurusan fakulti. Dan aku harus juga cepat-cepat check slip exam aku dekat student portal untuk pastikan yang semua subjek masih ada.

Bila esok menjelma (ayat nak power je kan), aku terus mampir ke pejabat pengurusan untuk bertanya soal ni. Ternyata, kata-kata dua orang member aku yang semalam tu benar-benar belaka. No big deal pun. Cuma risikonya yang satu tu je la. Dan seterusnya aku pun terus ke cyber cafe untuk check slip exam aku dan Alhamdulillah, semua subjek masih tertera elok pada slip tersebut. Lega betul! Rasa lapang je dada ni. Hilang abeh segala rasa kehampaan, kekesalan dan kekecewaan yang semalam tu.

Tapi, aku terfikir juga.

Segala apa yang berlaku pada aku tentang hal validasi ni, macam boleh buat suatu analogi yang menakutkan juga. Aku terfikir, mungkin beginilah keadaannya andai aku terlampau leka dengan keasyikan hidup di dunia sehingga melupakan tanggungjawab mengumpul bekalan untuk hari Akhirat. Tengah seronok melayan indahnya fatamorgana kecantikan dunia, tup-tup due date dah sampai, MAUT!

Bezanya dengan hal validasi, due date nya diberitahu bila masanya, sedang due date kehidupan ka dunia ni, hanya Tuan Pemilik alam ni je yang tahu. Dan satu lagi bezanya adalah peringatan tentang due date validasi tu hanya diberitahu sekali, sedang peringatan tentang due date penamat hidup ni diberitahukan pada aku hampir setiap hari. So fair la kan. Persamaan yang dimiliki oleh kedua-dua hal tu pula adalah, aku tetap terleka daripada nak concern tentang kedua-dua due date tuh.

Tapi beza yang paling menakutkan sekali adalah bila due date tu dah lepas. Bilamana aku sedar yang aku dah tak sempat nak buat validasi subjek tu, jiwa jadi lemas betul. Macam-macam perasaan negatif singgah masuk ke ruang jiwa aku. Kesal, sedih, kecewa, minta diberi semula masa sebelum 17 Oktober tu. Tapi perasaan-perasaan tu semua hanya sementara, tak sampai tiga pat hari pun. Malah ianya berakhir sebaik sahaja aku dapat tahu yang perkara ni hanya sekadar kerenah birokrasi semata-mata.

Berbeza andai kata aku terlepas due date kehidupan ni di kala aku langsung tak bersedia dan tak beringat pun nak mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Bila sedar je Malaikat Munkar dan Nakir dah ada depan mata. Masa tu, kekesalan, kesedihan dan kekecewaan lebih menyeksakan, malah berpanjangan. Dari alam barzakh bawak ke hari kebangkitan yang entah berapa jauh masanya. Dibawak pulak segela perasaan yang melemaskan jiwa tu di sepanjang hari kebangkitan pula sementara menunggu nak diadili oleh Tuhan, entah berapa panjang lagi masanya.

Aduh! Kalaulah tak bersedia nak menghadapinya, boleh pecah jantung nie nak menanggung rasa kecewa yang tak berkesudahan tuh. Malah lebih menyeksakan sebab dah mula sedar yang consequencenya bukan sekadar kena bar dari ambik exam, atau tak boleh dapat degree, atau tak boleh dapat kerja yang bagus. Tapi, NERAKA!

Pulak tu, nak menanggung azab di sepanjang waktu di alam barzakh dan di hari kebangkitan nanti. Allahu Robbi! Baru difikirkan pun dah rasa peritnya, apatah lagi kalau betul-betul terpaksa nak tanggung semua tu. Aku benar-benar mohon perlindungan Allah dari terpaksa tanggung semua tu.

Dan satu lagi. Mungkin tadinya masa kes validasi tu aku boleh menyalahkan orang lain sebab tak ingatkan aku untuk validatekan segala kursus-kursus untuk semester ni. Dan akhirnya diorang bukannya nak peduli pun aku dah validate ke belum. Janji diri diorang sendiri dah buat validasi tu. Perasaan itu juga menambahkan lagi rasa lemas di jiwa aku. Ye lah, aku sorang je yang terpaksa nak hadapi kecuaian yang aku dah lakukan ni. Kalau di Akhirat?



Sama je la. Mungkin aku boleh salahkan si dia atau si dia kerana tak selalu ingatkan aku soal hari kebangkita bila bertemu di padang mahsyar nanti. Tapi, akhirnya semua consequence aku sendiri yang tanggung. Kan dalam Quran pun dah sebut yang seseorang takkan diminta untuk bertanggungjawab atas kesilapan dan kelalaian seseorang yang lain di hari Akhirat nanti. Serius kekecewaan dan kekesalannya akan lebih berganda-ganda dan mampu membuatkan jantung betul-betul rasa nak pecah.

After all, tue semua terletak di tangan aku sendiri. Aku sendiri yang harus pilih nasib yang bagaimana yang aku mahu di alam ghaib nanti. Kalau masih biarkan hidup terus terleka dengan keasyikan dunia, kesoronokan melayan hawa nafsu, aku sendiri pun tak dapat nak pastikan nasib aku yang sebenarnya di sana nanti. Aku berharap aku tak akan terleka untuk mempersiapkan diri menghadapi due date yang lebih dahsyat itu.



“Ya Allah, bantulah aku dalam hendak mengingati-Mu, dalam hendak bersyukur kepada-Mu dan dalam hendak memperelokkan amal ibadahku untuk-Mu. Amin Ya Rabbal A’lamin.”

0 Komentar:

Post a Comment