Luluh Hatiku...

Dec 21, 2011

Tetiba aku terbaca status ini di news feed aku...

"mahu lihat betapa jauhnya kita dengan Allah, tengok lah betapa beratnya ingin menunaikan solat, semakin berat rasa ingin menunaikan solat, maka semakin jauh lah kita dengan Allah, bahkan ianya dapat dinilai melalui kesusahan kita untuk bangun Subuh, jika kita langsung tidak sedar di kala Subuh, langsung tidak bangun untuk Subuh, maka mari kita sedar lah bahawa Allah tiada lagi pedulikan kita, jadi be prepared lah jika tiba-tiba MATI selepas bangun dari tidur, mari kita ingat bahawa MATI itu bila-bila, Malaikat Maut yakni Izrail a.s. tidak akan bertanya dahulu "kau dah cukup qada' Solat ke belum?" atau "kau dah bertaubat ke belum?" atau "kau dah habis mengaji Quran ke belum?" atau "kau dah cukup jadi baik ke belum?" sebelum ditugaskan mencabut nyawa seseorang hamba Allah...be prepared lah untuk Azab Qubur jika kita langsung tidak pedulikan hubungan kita dengan Allah ketika di dunia ini, jangan harap lah kita akan dapat pertolongan semasa dalam Qubur jika di dunia ini pun kita dah sombong dengan Allah...di ketika itu para Syaitan sangat seronok berparti kerana berjaya menjatuhkan seorang anak Adam seperti yang dia laknatullah janjikan dengan Allah sebelum dibuang ke dunia ini...bangunlah wahai khalifah, pedulikan semua hasutan iblis-iblis itu, mari sama-sama kita dekat dengan Allah..."

-Allah tiada lagi pedulikan kita-

this part is totally tormenting my heart, my soul.

Macam mana nak hidup kalau aku tahu yang Dia tinggalkan aku?
Macam mana nak tenang kalau aku tahu Dia tak lagi pedulikan aku?
Macam mana nak ukir senyuman kalau aku tahu yang Dia tak lagi membela aku?

Kalau Engkau tinggalkan aku Tuhan, apalah erti hidup ini,
Kalau Engkau biarkan aku Tuhan, segala yang ada tidak ada erti,
Apalah erti hidup tanpa Mu Tuhan,
Aku memerlukan-Mu.

Jika Engkau pimpin aku,
Segala yang ada mempunyai makna,
Setiap milikanku mempunyai erti,
Kalau tidak memiliki apa-apapun masih rasa mempunyai,

Begitulah besarnya erti hidup ini,
Bersama-Mu, bahagialah hati,
Cerialah muka walaupun papa.

Kalau hidup ini tidak bersama-Mu,
hilanglah bahagia, ceria tiada
walaupun dapat berkuasa dan kaya.
Betapalah kalau miskin dan papa.
Bertambah malang bahkan celaka.


Engkau adalah keperluan di dalam kehidupanku,
Engkau adalah cahaya penyuluh harapan,
Engkau adalah diperlukan di dalam sebab, hal dan keadaan,
Engkau adalah segala-galanya.

Jangan tinggalkan aku Tuhan,
Jangan biarkan aku Tuhan.
Itulah harapanku pada-Mu,
Dengan Rahmat-Mu Tuhan harap tunaikan...

0 Komentar:

Post a Comment