Sekadar Doa...

Aug 9, 2011



Dua tiga bulan lepas kot rasanya, rakyat Malaysia terutama dekat dunia Facebook digemparkan dengan pendedahan satu blog yang menghina kesucian Islam. Aku tanak tulih link tu dekat sini sebab maleh aku nak merosakkan blog aku nie dengan link blog-blog yang macam tu.

Sebenarnya, aku ni amatlah tak suka untuk dedahkan akal aku pada bahan-bahan bacaan yang menghina agama Islam ni. Tak kisahlah, bahan bacaan ke, karikatur ke, kartun ke, video ke, apa-apa sahajalah. Kalau ada sahaja unsur-unsur yang menghina kesucian agama Allah nie, aku tak suka nak baca atau dedahkan pada akal aku. Sebabnya, kejap lagi aku cerita.

Ok, cerita balik pasal blog ni. Sejak dari dua tiga bulan lepas lah ramai orang dekat fesbuk tak habeh-habeh dok share link nak ke blog ni dengan niat nak mendedahkan aktiviti durjana owner blog tersebut kepada masyarakat, yang for sure memang pemilik blog tu orang Malaysia. Bahasa yang dia gunakan dalam blog tu pun memang standard bahasa Malayu yang biasa diguna pakai oleh bloggers Melayu.

Aku memang tak berani nak klik link tersebut kerana melihatkan thumbnail dia pun dah menggeletar dah jiwa raga aku ni sebab ia menunjukkan gambar banggunan Kaabah dalam keadaan yang amat menghinakan. So, sepanjang dua tiga bulan lepas aku just ignored je link tersebut.

Sampai lah ke dua tiga hari baru ni. Ada satu badan bebas nie kononnya diorang nie team hackers, berjaya trace identiti owner blog ni. Only after that aku mula rasa berminat nak ambil tahu tentang blog ni. Ye lah, tambahan pulak sekarang ni kan bulan Ramadhan. Setan iblis semua kena ikat. So, kalau terbaca bahan-bahan yang sebegitu pun akidah kita masih terjaga lagi. Kalau terganggu jugak, nampak sangatlah kita nie sendiri sebenarnya adalah syaitan.

Haa, inilah sebabnya kenapa aku tanak baca bahan-bahan bacaan yang sebegini. Iman aku nie bukanlah kuat mana sangat. Kalaulah aku baca artikel yang sebegitu, timbul perasaan marah dan sebagainya, kira ok lah. Tapi, buatnya akal yang lemah lagi kotor nie pi terpedaya pulak dengan idea-idea zalim owner blog tu, tak ke dah mencampakkan diri ke dalam kebinasaan?

So, aku mula memberanikan diri ambil tahu tentang blog tersebut. Tapi, melalui badan yang kononnya berjaya trace identiti owner blog tue la. Tapi, aku taknak cerita banyak pasal tu sebab later on, ada satu blog rasmi nie counter balik claim badan tersebut yang tuduhan mereka terhadap seorang wanita yang kononnya adalah owner kepada blog tersebut adalah tidak berasas dan sekadar tuduhan yang membabi buta semata-mata. Of course aku taknak panjang lebarkan benda ni sebab ni bukan perkara main-main. Orang yang nak dituduh tu pun biarlah dengan cukup bukti dan kuat asasnya.

Habis aku baca tentang semua perkara tu, aku beranikan diri untuk klik link nak ke blog durjana tersebit. Ternyata, memang menggeletar seluruh jiwa aku melihatkan apa yang ditulisnya serta gambar-gambar yang dipostkan di situ. Amat-amat menghinakan! Aku tak sangka di zaman ni masih ada orang yang berperangai tak ubah seperti Abdullah bin Ubay.

Berulang-ulang kali jiwa aku beristighfar serta memohon perlindungan Tuhan daripada memiliki pemikiran yang dimiliki owner blog tersebut. Sedih, marah, geram dan sebagainya. Semua perasaan tersebut bercampur baur dan bagai menunggu masa untuk meletup. So, aku terus berdoa memohon semoga Allah menurunkan azab-Nya ke atas pemilik blog tersebut yang bagi aku terlampau-lampau melampaui batas. “Ihzinhum wan surna a’laihim”



Selesai berdoa...

Hidup aku kembali seperti biasa. Main facebook, menonton rancangan televisyen, melepak dengan kawan-kawan, bergelak ketawa seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Reaction aku terhadap apa yang pemilik blog tersebut hanya sekadar berdoa. Setelah segala caci maki serta penghinaan yang dia lemparkan kepada Allah dan Rasul-Nya serta terhadap agama Islam yang suci ni, tindakan yang aku ambil cuma sekadar berdoa.

Kalau kita lihat balik sirah di zaman Rasulullah SAW dulu, bila mana baginda SAW dihina dan dicaci maki di khalayak ramai oleh Abu Jahal di kota Makkah pada waktu awal kebangkitan Islam, Saidina Hamzah tak cakap banyak bila dengar akan perihal tersebut. Tak sempat pun beliau pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk bertanya akan keadaannya, terus sahaja beliau menuju ke arah Abu Jahal durjana tuh.

Busur panah bersama anaknya siap berada di genggaman Saidina Hamzah, beliau mencari di mana lokasi Abu Jahal. Nampak sahaja akan tempat keberadaan Abu Jahal, beliau aim baek punya, zup! Satu das tembakan anak panah tepat mengena bahagian atas kepala Abu Jahal. Diceritakan memang Saidina Hamzah saja-saja je aim bahagia atas kepala Abu Jahal sebagai tanda first warning.

Terkedu Abu Jahal dan seluruh kaum musyrik Makkah akan tindakan drastik Saidina Hamzah tu. Berani gila! Padahal siapa yang nak backing Saidina Hamzah kalau semua kaum musyrik melawan balik. Tapi sebab nampak kemarahan Saidina Hamzah pada waktu tu, satu Makkah tak mampu nak buat apa-apa.

Itu baru betul cintakan Nabi SAW. Bila ada orang berani menghina dan mencela baginda SAW, sepatutnya kena buat sesuatu yang boleh bagi peringatan besar kepada orang tersebut. Bukan sekadar maki hamun balik belakang-belakang, post status kat fesbuk atau sekadar berdoa sendirian tanpa membuat apa-apa tindakan.

Ya, memang doa tu senjata orang yang beriman. Tapi, still kena berusaha jugak. Bukan hanya sekadar doa. Doa yang aku bacakan minta dibinasakan owner blog tu tadi pun Nabi SAW baca waktu nak pergi berperang. Waktu semua kaum Muslimin dah bersiap dengan pedang dan kuda perang masing-masing. Waktu tu baru selayaknya untuk berdoa.

Nabi SAW tak suruh semua orang Islam masa tu untuk duduk di rumah masing-masing dan cuma sekadar berdoa di atas tikar sejadah sahaja. Doa still kena doa, turun berjihad still kena turun jugak. Barulah nampak kesungguhan permohonan yang dibuat kepada Tuhan. Kalau hanya sekadar berdoa, orang munafik zaman Nabi SAW dulu pun boleh berdoa berjam-jam depan Nabi SAW. Tapi, bila diajak berjihad, macam-macam alasan yang diorang bagi.



Orang macam aku nie pun entah macam tu jugak. :( Konon hebat sangatlah memiliki hati yang nak jugak berdoa minta dibinasakan mereka-mereka yang menjadi musuh Islam. Entah nanti sampai satu masa, seruan berjihad di medan perang kembali berkumandang, aku sendiri pun tak pasti sama ada suara aku yang mula-mula menyahutnya, ataupun aku sekadar menyorok di bawah meja di bilik tidur bagai sang pengecut yang hanya mahu menang sorak, padahal apa pun tarak!

0 Komentar:

Post a Comment