
Masa kat sekolah menengah dulu, tabiat aku yang paling buruk dan paling susah sesangat nak diubah adalah suka tido dalam kelas. Amatlah susah nak ubah. Aku pun tak tahu kenapa. Dan aku sendiri akui yang aku punya tabiat buruk tersebut kat sesapa je kat sekolah dulu yang tanya, “apa tabiat buruk yang hang ada?”
Ia macam suatu penyakit yang amat sukar nak diubati. Syok oo tido dalam kelas. Tengah-tengah cikgu mengajar kat depan tu, buat-buat la bukak buku dan buku tue sengaja aku buat bagi dia berdiri, senang nak cover aku tido. Masa form 1 aku tak berani sangat nak tido dalam kelas sebab masa tu cikgu-cikgu berani lagi nak sound bebudak.
Tapi, bila naik form 2, rata-rata budak dah akil baligh, nak masuk peringkat remaja, so, jiwa pun rebellious la sikit. Tak berani la cikgu nak selau-selalu sound sangat. Tapi, aku tak baligh lagi la masa form 2 tu. Cumanya, perangai cikgu-cikgu terhadap bebudak masa tu yang membuatkan aku berani sikit nak tido dalam kelas.
Bukannya aku selesa dengan tabiat ni. Tetiap awal tahun masa sekolah menengah dulu aku berazam untuk taknak tido dalam kelas dah. Tapi, haram! Aku tak mampu nak melawan perasaan mengantuk yang cuma datang bila aku duduk dalam kelas je.
Mungkin sebab utamanya adalah kerana aku menuntut di sekolah berasrama dulu, pagi-pagi nak kena bersiap sendiri, beratur kat tapak roll-call asrama, berjalan dari situ pegi banggunan sekolah pulak (yang masa tu aku rasa jauh gila jaraknya, padahal sebenarnya dekat je).
Sampai sekolah nak kena beratur pulak kat tapak perhimpunan, dengar pengumuman cikgu, pengetua dan sebagainya, then, nak kena panjat tangga pulak pergi tingkat paling atas sekali untuk masuk kelas. Tingkat 4 tuu! Tinggi giler.
Tambahan pulak batch aku memang unfortunate giler sebab tetiap tahun pengurusan letak kelas kitorang kat tingkat paling atas sekali. Daripada form 1 sampai form 5. Giler tak fair! Batch lain at least masa form 3 dapat kelas yang dekat tingkat bawah sekali, tapi batch kitorang tak pulak.
So, mungkin tue la sebabnya aku suka tido dalam kelas. Tapi, sebenarnya, classmate aku yang lain takde pulak suka tido dalam kelas. Diorang pun beratur, berhimpun, panjat tangga tinggi-tinggi cam aku gak. So, generally, tido dalam kelas tue memang bad habit aku. Tak boleh nak ubah langsung. Kencing manis laa azam-azam aku tetiap tahun tanak tido dalam kelas tu.
Azam tinggal azam je la. Bilamana aku terlihat meja kayu yang berada di hadapan aku dalam kelas tu, perasaan mengantuk yang teramat sangat tetiba je muncul tanpa aku pinta. Betapa enaknya meletakkan kepala di atas tangan yang tersandar di atas meja tersebut sambil membongkok kan badan. Pergh! Indahnya!

Tindakan paling drastik sekali aku guna untuk overcome masalah aku nie adalah aku pilih untuk duduk di meja paling hadapan sekali masa form 5 dulu dengan harapan bila duduk depan-depan cikgu yang nak mengajar tu, aku jadi takut la jugak nak tido.
Last-last, tido jugak. Satu kelas tensen ngan perangai takde sivik aku tu. Tetiap hari member-member aku tegur, “hang nie, agak-agak laa nak tido pun. Sampai duduk paling depan pun hang boleh layan tido jugak? Tiap-tiap subjek pulak tu,” kata antara salah sorang member kelas aku dulu.
Ya! Hampir tiap-tiap subjek dalam kelas dulu aku tido. Period untuk setiap subjek adalah sejam 45 minit kalau tak silap. Aku akan ambik paling kurang sepuluh minit dari masa tersebut untuk aku tido. Setiap subjek ok!
Namun, perangai yang murni ini aku tak la bawak sampai kat dalam dewan peperiksaan. Menempah maut namanya tu. Tapi, nak jadi cerita, yang jadi masa aku menduduki salah satu exam masa form 5 dulu, masa exam math. Subjek matematik adalah antara subjek yang paling aku suka sekali sebab senang giler nak skor A. Aku faham sesangat formula-formula matematik yang ada dengan baik sekali. Namun, hal yang sama tak pulak berlaku pada subjek add math, fizik, kimia dan bio.
Hah! Baru teringat. Dalam exam untuk empat-empat subjek tersebut aku aku layan tido gak masa dalam dewan exam. Aku tido sebab aku tak tau nak jawab. 2 jam punya paper, sekurang-kurangnya setengah jam aku akan tido. Sebab dah memang aku tak boleh nak jawab. Rasanya separuh dari soalan je yang aku boleh jawab, yang lain hancos!
Jadi, adalah lebih baik aku jangan cuba jawab terus dan tido je sementara menunggu masa nak habis. Kekadang invigilator datang kejut gak, bila dia blah aku sambung tido balik. Result pun, tido punya result la yang aku dapat. Tapi, aku tak kisah pun sebab memang aku dah expect.
Ok, back to math punya stori. Jadi, subjek math memang aku takkan tido la sebab aku faham sesangat dan konfem dapat A kalau aku jawab sampai habis. Hal yang sama juga berlaku pada subjek bahasa melayu dan inggeris, sejarah dan subjek Agama. Tapi, yang masa aku form 5 dulu sekali, lain pulak ceritanya. Aku tak ingat exam masa awal tahun ke, tengah tahun ke, trial ke, tapi yang aku ingat time exam la.
Paper hari tu waktu pagi, pukul 8 kalau tak silap. Tapi, entah kenapa pagi tu aku ngantuk giler. Dalam dewan exam tu, bila aku bukak je kertas soalan, dari muka ke muka aku selak, dalam hati aku cakap, “Kacang!” Giler takabur. Tapi, memang kacang pun sebab semua soalan-soalan dalam tue semua yang aku dah pernah jawab pun dalam latihan-latihan yang cikgu bagi dan previous punya exams. Dan kesemuanya aku boleh jawab dengan betul.
So, memandangkan aku tengah ngantuk giler masa tu, aku ingat nak tido kejap la kot barang sepuluh ke lima belas minit. Seyes aku ngantuk, tak tau kenapa. Aku jawab la sikit-sikit memana soalan yang yang tak banyak kira-kira, ada la dalam lebih kurang sepuluh soalan dari empat puluh soalan objektif tu, pastu, tutup balik kertas soalan, letak kat tepi sikit, and then, tido!

Tak lama lepas tue aku pun terjaga la pulak. Sebabnya aku terjaga adalah kerana, ketua pengawas announced yang semua pelajar ada lagi 15 minit untuk jawab semua soalan yang ada. 15 minit!? Sumpah aku terkejut tahap tertinggi sekali yang tak pernah langsung aku terkejut sampai ke tahap itu di sebelumnya. Gila ka apa nak jawab lebih 30 soalan matematik dalam masa 15 minit?
Tanpa berfikir panjang aku bukak balik kertas soalan dan buat cepat-cepat semua soalan yang tak terjawab lagi tu. Dengan pala otak yang masih blur sebab baru bangun tido, ditambah pulak dengan rasa gelabah sebab masa dah suntuk giler, aku tak boleh nak jawab langsung semua soalan yang tak terjawab tue betul-betul. Yang aku tau cuma nak bulatkan je jawapan untuk soalan yang masih belum dijawab. Argghh!
Dan akhirnya, aku tak sempat habiskan semua soalan bila masa dah tamat. Dah la tak habis jawab, yang dah jawab pulak aku jawab macam hampeh. Tetiba, dunia berubah menjadi gelap. Awan mendung pun mula menaungi aku. Argh! Aku nak balik masa yang aku dah guna untuk tido tadi! Memang mustahil la kan.
Bila semua orang dah keluar meninggalkan dewan exam, aku sorang je yang masih lagi tak berganjak dari kerusi tempat aku duduk dari sejak aku masuk dewan tu. Aku sedih dan menyesal tak terkira lah dengan apa yang aku dah buat tadi. Kenapa mesti aku melayan amarah tido ney sedangkan tengah exam. Aku sedih tu bukan pasai pa, sebabnya dah paper math la yang aku boleh gagah nak dapat A pun. At least na cover balik 4 subjek killer yang memang tentu-tentu gred aku cukup-cukup makan je.
Memandangkan dulunya jiwa aku nie bukan takat ada taman, playground disney pun ada, taman botani pun ada, makanya aku tak mampu menahan lagi air mata ini untuk mengalir. Sedih siot! Ditambah pulak dengan penyesalan yang amat sangat ni. Nasib baik je takde pisau rambo kat tangan aku. Kalu tak, dah lama aku tikam perut aku dengan pisau tersebut.
Dan beberepa ketika lepas tu, datanglah sorang member aku nie yang menyedari akan keadaan aku masa tu dengan tujuan nak memujuk aku. Tapi, masa dia datang pujuk tu, sepatah haram pun aku tak faham motivasi yang dia berikan pada aku sebab masa tu kepala otak aku hanya diselubungi dengan pemikiran-pemikiran yang negatif je. Aku tak boleh terima langsung apa-apa nasihat yang nak positifkan minda. Aku dengar dia cakap macam kucing yang tengah mengiau kat aku minta diberi makan, aku tau dia nak makan, tapi aku tak faham apa yang dia cakap.
Kesedihan tersebut dibawak sampai ke Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’. Susah sungguh nak menelan kenyataan bahawa aku bakal kantoi paper math hanya kerana tertido dalam dewan exam. Orang lain kantoi sebab menghadapi masalah keluarga, kewangan yang tak cukup untuk makan breakfast, kena belasah dengan senior masa kat dalam dorm dan sebagainya. Aku nie, atas alasan tido je yang membuatkan aku tak boleh jawab exam. Takleh terima betul.
Settle Isya’ malam tu kat surau sekolah, memandangkan malam tu takde prep, so, semua bebudak boleh blah balik asrama buat kerja masing-masing. Tapi, aku tetap tinggal di surau tersebut melayan kesedihan yang tak sudah-sudah terhadap apa yang berlaku siang tadi. Damai giler waktu tu. Yang tinggal cuma dua tiga orang budak ‘wali’ yang masih tetap duduk di dalam surau melaksanakan amalan-amalan sunat yang lain, berzikir, baca Quran dan sebagainya. Aku cuma duduk di kaki lima surau.

Sedang syok aku melayan perasaan seorang diri di waktu tu, datang pulak pada aku sorang member aku nie yang sebenarnya amat rapat sehinggakan aku dah anggap dia macam abang aku sendiri pun. Bukan member yang pujuk aku kat dewan tadi. Aku tak heran pun kalau dia pun tak balik dorm lagi sebab mamat nie pun boleh tahan ‘wali’ jugak. Aku anggap dia macam abang dah pun sebab dialah member yang banyak mencorak hidup aku sebagai student kat sekolah dulu.
Dia duduk kat sebelah aku sambil matanya pandang ke hadapan tanpa menoleh kat aku langsung. Aku pun memandang ke arah yang sama gak, kehadiran member aku tu pun aku sedar tanpa aku hadapkan pandangan ke arahnya. Dia duduk sekejap tanpa berkata apa-apa. Aku pun sama. Mungkin dia pun faham keadaan aku masa tu. Seluruh alam pause buat seketika termasuk aku dan dia. Apa yang kedengaran cuma bunyi budak-budak baca Quran je kat dalam surau.
Tiba-tiba, dia pun bertanya, “Aku dengaq, hang menangis lepas paper math tadi?” Aku tak menjawab langsung akan soalannya itu dengan harapan member aku mengaplikasikan pendapat muktamar orang tua-tua bahawa diam tu tandanya setuju.
Then, dia sambung lagi, “tak sempat jawab sampai habis?” Kali nie aku mengangguk sedikit tanda setuju dengan kenyataan tersebut. Saja la bagi respon sikit, orang dah concern pasal kita, jangan la jual mahal kan.
Melihatkan respon ala-ala perempuan melayu terakhir aku itu, member aku pun terus berkata, “Bodo la hang ni, pasai benda macam tu pun hang nak teghiak. Paper math ja pun. Sok malaikat kuboq tak tibai hang pun sebab hang tak abeh jawab paper math. Buat rugi ayaq mata hang ja.”
Sialan tol mamat nie.Tak sayang mulut ke apa sound aku macam tu. Aku dah la tengah sedih tahap chipanzi masa tu. Leh pulak dia sound tanpa perikemanusiaan macam tu. Tapi, aku rilek ja. Sebab aku tau, member aku tu memang gitu cara yang dia selalu guna nak tegur aku. Aku sendiri pun boleh terima sebab dengan dia aku selesa untuk kena sound yang jenis tak beradap punya nie. Tue sebab aku dah anggap dia macam abang. Aku just diam je tanpa memberi sebarang respon.
Sambung dia lagi (nie aku paraphrase je la, gila nak ingat sebijik-sebijik apa yang dia cakap), rugi la kalau setakat hal macam tue je nak menangis. Tak memberi apa-apa faedah pun. Normal la manusia nak hadapi kesilapan atau kesalahn yang membawak kepada kegagalan. Tapi, yang sampai nak menangis nie tak relevan lah. Air mata yang keluar tue sikit pun tak mampu nak menyimbah api neraka.
Bila fikir pasal dosa, azab kubur, hari akhirat dan neraka, tak pulak aku nangis. Adakalanya siap boleh buat bahan ketawa pulak tu. Nie, pasal hal dunia yang tak bawak kemudharatan langsung kat hari akhirat tue yang aku nak menangis. Buat rugi air mata je. Tambahan pulak kita nie kenal Allah. Orang yang kenal Allah jiwanya kuat. Dugaan dunia seberat apa pun tak menggoyahkan jiwanya.
Tak salah nak merasa sedih dengan hal dunia. Tapi, sampai nak menangis kerana paper exam tu, tak relevan langsung. Kesedihan yang sampai nak bawak kepada tangisan tue kalau boleh biarlah atas sebab yang grave giler. Macam kehilangan orang yang tersayang dan sebagainya. Sebab Nabi SAW dulu pun bersedih jugak bila kematian salah seorang anak lelaki baginda di masa usianya masih kecil. Tak salah bersedih, tapi sebabnya biarlah yang relevan sikit.
Kita orang Islam. Kita kenal Tuhan, kenal rasul, yakin hari kebangkitan, syurga dan neraka. So, banyaknya air mata yang kita guna biarlah dek kerana memikirkan nasib kita di hari kemudian nanti. Barulah berfaedah sikit air mata yang kita guna untuk menangis tu. Allah pun bertambah sayang pada kita, Nabi SAW pun akan mencintai kita, begitu jugak para malaikat yang pasti akan memohon keampunan Tuhan di pihak kita.
Kalau menangis menyesali dunia, apa yang kita dapat? Tambahan pulak hanya kerana tak sempat jawab habis paper exam. Takdepun jatuh hukum wajib dalam Islam untuk penganutnya menghabiskan semua soalan-soalan exam yang diambil. Merugikan je, tambahan pulak jika penyesalan tue melampau-lampau, bimbang akan bawak kepada kemurkaan Tuhan je. Sebab ia macam tanda kita tak redha dengan ketentuan yang Tuhan dah tetapkan atas muka bumi ni.
Aku diam je dan menelan semua apa yang dikatakan oleh member aku sebentar tadi. Aku boleh terima apa yang dia kata. Menangis hanya kerana hal dunia memang merugikan air mata. Tambahan pulak perkara tue boleh dibetulkan lagi di masa akan datang. Ambik ia jadi pengajaran untuk merubah diri jadi yang lebih baik.
Apa yang buat member aku marah sangat dengan aku tu adalah kerana, kita kan orang lelaki. Orang lelaki kena kuat. Tak rock la nak nangis-nangis nie. Pompuan boleh la macam tu. Macam yang aku cakap tadi, kat sekolah dulu memang jiwa aku nie sentimental sikit. Namun, mendengarkan teguran member aku itu dah macam jadi suatu turning point untuk aku.
Sejak dari hari tu, aku jadi amat payah untuk menangis terutamanya bila memikirkan kegagalan di dunia. Asal hal dunia je, aku takkan memudahkan jiwa aku nie untuk rasa sedih, menyesal, dan memacam lagi persaan-perasaan negatif yang ada. Aku jadi lebih kuat dari dulu.
Even masa kem motivasi yang pernah aku join sekali dulu tu, selalunya bila malam terakhir tue mesti fasilitator akan buat malam penghayatan diri yang nak bagi peserta nangis-nangis. Malam tu diorang cerita pasal jasa ibu. Adalah isi-isi yang diorang guna serta tone suara penyampainya yang agak menyentuh hati. Semua orang sekeliling aku menangis bila dengar penyampai tu bercerita pasal jasa ibu. Surprisingly, aku sorang je tak nangis.
Aku sedar benda tu bila aku check mata ni, takde basah pun. Hati pun tersentuh sikit-sikit je. Aku tengok, member aku yang muka kejam tahap Hosni Mobarak tue pun nangis jugak mendengarkan cerita yang disampaikan. Aku je yang duduk diam kat tengah-tengah tu sambil garu belakang. Bagi aku, memikirkan jasa ibu takdenya buat aku nak sedih. Malah sepatutnya lebih menggembirakan. Buat apa nak nangis.
Tapi sebenarnya, diri aku sendiri yang kini susah nak menangis. Aku dah set kan dalam jiwa aku yang air mata nie kini hanya akan keluar untuk faedah diri aku di hari Akhirat je. Kalau kerana hal dunia yang membuatkan aku sedih, aku harus kuat sekuat-kuatnya. Kesimpulannya, untuk perkara berkaitan dunia yang tak affect hidup kita di akhirat, jangan menangis.........

0 Komentar:
Post a Comment