
Setelah hampir empat bulan perut ku ini diisi dengan nasik bungkus, teh ais bungkus, goreng pisang singgit, nasik kandaq yang langsung tak rasa macam nasik kandaq, tibalah saat yang ditunggu-tunggu untuk merubah menu-menu tersebut yang standard nya itu sekadar’boleh makan’ kepada menu-menu yang lebih menaikkan selera makan. Balik kampung!
Setelah berhempas pulas di negeri orang, merantau mencari ilmu, pegi balik kelas, siapkan assignment, buat test, buat presentation dan akhir sekali final exam, makanya berakhirlah sudah sesi pembelajaran untuk semester kali ini. Namun, bukan hal tersebut yang menyusahkan hidup merantau mencari ilmu, akan tetapi bila tinggal di negeri orang, jauh dari famili, perkara yang paling tak best sekali adalah terpaksa melantak nasik bungkus je tetiap hari. No offence ek budak-budak yang study kat luar negara.
Bila dikatakan bahawa standard makanan yang hanya sekadar ‘boleh makan’ itu tidak lain hanyalah untuk menggambarkan betapa terseksanya batin ini bila makan makanan yang dari kedai. Apatah lagi bagi penduduk sebelah utara Malaysia seperti aku ini yang sudah pasti memiliki deria rasa yang amat sensitif tak bertempat terhadap makanan.
Yang aku tak boleh maafkan sesangat adalah bilamana orang-orang yang yang claim diri mereka membuka kedai nasik kandar Penang, akan tetapi rasa nasok kandarnya langsung tak macam nasik kandar Penang. Hal yang sama juga berlaku ke atas char koey teow yang mana selalu terlihat di gerai-gerai pasar malam tempat aku belaja tuh yang mereka katakan bahawa yang dijual adalah char koey teow Penang.
Makanya, aku beli char koey teow tersebut dengan penuh keceriaan pada raut wajahku kerna setidak-tidaknya mampu juga aku melepaskan rindu pada char koey teow Penang. Namun, setelah dirasa pada suapan pertama, keceriaan yang mulanya tadi mekar mewangi mula luput akan keindahannya.
Ternyata aku telah tertipu oleh janji-janji manis abang tukang masak char koey teow di pasar malam tersebut yang mana rasanya langsung tak macam char koey teow Penang. Kalau ikutkan amarah, nak aje aku bawak perkara nie ke tribunal yang protect consumer teraniaya macam aku ni.
Namun, jiwa aku kembali bersemangat. Sebaik tamat sahaja paper Specific Contract yang aku jawab dalam keadaan yang gembira kerana ia merupakan paper terakhir untuk final exam semester kali ni, terus aku pulang ke rumah untuk kemas semua barang-barang untuk dibawa balik ke kampung halaman.
Takde la kemas sebenarnya kerana semua kain baju yang nak dibawak balik tuh hanya disumbat masuk ke dalam beg pakaian yang sama yang aku gunakan untuk pergi umrah dua tahun lepas sepertimana aku menyumbat pakaian-pakaian aku ke dalam washing machine.
Kegembiraan itu ditambah pulak dengan keizinan yang diberikan oleh abang aku yang seken yang hensem ala-ala hero filem hindustan itu untuk aku menggunakan kereta Mini Cooper kaler merah nya untuk pulang ke rumah. Mantop!
Akan tetapi, kegembiraan yang paling utama sekali adalah aku tak perlu lagi makan makanan yang bukan made in Penang mulai keesokan harinya. Dan yang paling utama sekali adalah makanan-makanan tersebut pastinya bakal disediakan oleh chef yang paling professional sekali di dalam bidang masakan yang pernah aku kenali iaitu mak aku sendiri.
Aduh! Aku tak mampu lagi membayangi keenakan lauk-pauk yang bakal dihidangkan oleh mak kat kampung nanti. Semua makanan yang mak sediakan adalah terbaik bagi aku, except pekasam. Bukan sebab mak masak pekasam tak sedap, tapi pekasam tue sendiri memang aku tak bole makan. Even kalau founder pekasam tue sendiri yang masak pun aku takkan boleh telan sebab dah memang secara fitrahnya lidah aku tak mampu untuk menerima makanan tersebut.
Done wif pekasam, aku terus bermimpi-mimpi akan makanan-makanan yang bakal mak sediakan sekembalinya aku ke kampung halaman nanti. Yang paling killer sekali pastinya laksa. Laksa yang mak buat memang bagi aku takde tempat lain yang boleh buat laksa macam tu. Jatuh hukum wajib bagi aku untuk menyempurnakan dua mangkuk laksa pada sekali makan andai laksa tu mak yang masak.
Setelah semuanya telah siap sedia, beg baju, buku log praktikal, ekseseri-ekseseri harian, kasut bola dan sebagainya, berangkatlah aku meninggalkan daerah tempat aku belajar kembali ke utara tanah air. Aku pandu Mini Cooper abang aku dengan penuh berhemah bimbang perkara yang buruk bakal terjadi andai aku bawak kereta tersebut seumpama iblis kampung yang sedang berlumba haram di jalan-jalan sekitar tepi stadium Batu Kawan.
Mood balik kampung itu lebih diserikan lagi dengan alunan lagu Dari Jauh Kupohon Maaf dendangan Sudirman yang sengaja aku pasang dan ulang-ulang biarpun sekarang nie, bulan Rejab pun tak masuk lagi.

Sampai sahaja di rumah lebih kurang pada waktu asar, sebaik mengucup tangan dan pipi mak, terus aku meluru ke dapur meninggalkan segala beg pakaian yang masih terperangkap di dalam bonet kereta. Kulihat periuk belanga di atas dapur gas itu bagai baru sahaja digunakan kurang tiga jam sebelum itu. Sebaik kuangkat tudungnya, ternyata, gulai ikan bawal sedang menanti kepulangan aku sejak dari tengahari lagi kata mak.
Tanpa berfikir panjang dan merenung akan masa depan, aku terus mencapai pinggan nasik dan mencedok segala isi periuk tadi untuk aku bedal secukup rasa. Aku ajak mak teman aku makan biarpun beliau dah selesai makanpun tengahari tadi, aku paksa jugak mak teman aku makan kat dining table rumah aku tuh. Maka, terlepas lah sudah rinduku pada masakan mak.
Malam tue, selesai solat Isya’ dan kemas-kemas barang yang aku bawa pulang, segera aku mencari mak untuk diajak berbual barang seketika waktu. Mana la tau, kot-kot beliau ada rekemen aku kat memana anak dara membernya, boleh la jugak aku nak layan syok sendiri di malam itu. Ku cari-cari mak di seluruh pelusuk rumah, ternyata rupanya mak sedang ligat menjahit kain tudung di bilik menjahitnya itu.
Mak aku bukanlah seorang peniaga kain tudung, bukan jua seorang owner kedai jahitan tudung, akan tetapi memang antara hobinya adalah membeli kain di Jakel, Kamdar atau Nagoya dan menjahit kain tudung untuk dipakainya sendiri. Seperti biasa aku menyergah mak dari belakang sebagai tanda nak menegurnya dan seperti biasa jugak mak akan ‘hingaq’ barang seminit dua sebagai respon kepada tindakan tak bertamadun aku itu.
Walaupun kena sound, entah kenapa aku tetap suka juga untuk mendengarnya. Marah mak nie lain sikit dari marah orang lain. Aku mendengar mak berleter sambil tertawa dan mak akan tarik muka sekejap akibat dari tindakan aku itu. Then, mak sambung semula kerjanya dan aku pun segera duduk di atas meja sterika yang terletak berhampiran dengan mesin jahit jenama Singer yang telah berjasa lebih sepuluh tahun kepada mak aku itu.
Seperti biasa, oleh kerana dah lama tak pulang ke rumah, banyak saja topik-topik pebualan yang dijadikan modal untuk aku bersembang dengan mak. Pasal pokok orkid mak yang dah berbunga la, sepupu aku kawin la, drama sinetron kat tv la, dan macam-macam lagi. Namun, topik yang aku tunggu-tunggu berkenaan dengan memana awek yang mak aku nak rekemen masih lagi tak muncul-muncul. Kecewa jugaklah adanya.

Namun, rindu aku pada masakan mak masih lagi belum terlerai sepenuhnya biarpun gulai bawal tadi sepatutnya sudah cukup untuk aku meleraikan rindu. Sampai satu ketika tu, aku mula bertanya pada mak, “Esok mak nak masak apa pulak ea?”
Mak terdiam seketika, lantas berkata, “Cuba jangan dok pikiaq pasai makan ja. Toksah risaukan sangat pasai makan kat dunia ni boleh? InsyaAllah ada. Lagi baik risau pasai makan kat akhirat nanti.”
Pergh! Apa punya jawapan tue? Dah macam bom atom yang digugurkan ke atas kerajaan jiwa aku je ah rasanya. Mak sambung lagi premis yang baru bagi menyokong statementnya sebentar tadi. Aku takleh na quote sebijik-sebijik apa yang mak katakan seterusnya tapi bunyinya lebih kurang macam nie la.
---Janganla asyik taksub sangat dengan makanan kat dunia ni. Memang la banyak yang sedap, tapi berpada-padalah. Orang-orang soleh dulu-dulu banyak yang bersabar dengan makan kat dunia nie. Ada yang seumur hidup makan roti ngan air kosong je. Sebab, secara dasarnya banyak lapar di dunia, di akhirat kelak kita akan banyak kenyang. Sebaliknya, bila banyak kenyang kat dunia, sok kat akhirat kita akan jadi banyak lapar.
Kerana dah memang fitrahnya kenyang kat dunia ni merosakkan. Bila perut terlampau kenyang, anggota badan pun jadi lemah dan malas untuk beribadat. Nak ingat Tuhan pun susah bila perut terlampau kenyang. Lebih parah, shahwat pun boleh mengganas dengan lebih mudah bila perut dibiarkan terlampau kenyang. Bahaya kenyang ni kata mak.
Memang la mak masak sedap, tapi mak tak suruh pun sampai taksub sangat dengan makanan-makanan tu. Ambil sekadar yang perlu dah la. Semulia-mulia Nabi SAW pun baginda lebih banyak berlapar kat atas muka bumi ni berbanding rasa kenyang. Kita ni siapa yang nak rasa lebih-lebih nikmat kenyang tu? Dah la Iman lemah, Ibadat pun tak banyak, dah la tak banyak, banyak cacat cela pulak tu. Kalau dibiarkan perut nie selalu je kenyang, alamat keadaan rohani akan lebih bertambah buruk.
Cuba kalau taksub dengan makanan-makanan kat syurga Allah dan nikmat kenyang di dalamnya. Sure kat dunia nie kita akan lebih suka berlapar daripada kenyang. Masalahnya, jiwa nie yang tak tertarik dengan nikmat syurga yang lebih kekal berbanding nikmat kat dunia nie yang hanya sekadar setitis air yang keluar dari seluas lautan. Jadinya hal nie sebabnya tak yakin betul-betul dengan nikmat syurga yang Allah dah janjikan.
Itu yang sepatutnya aku fikirkan. Aku nie yang terlampau taksub dengan makanan-makanan yang ada kat dunia. Nak yang sedap je, yang tak sedap aku hina-hinakan. Macam kes aku taksub sangat dengan makanan di Penang dan benci makanan di tempat aku belajar tuh. Padahal makanan yang sedap dan yang tak sedap kedua-duanya datang dari Allah. Yang tak sedap aku tak syukuri, yang sedap pulak aku tak pernah rasa cukup. Sungguh aku benar-benar di dalam situasi yang bahaya.---

Kata-kata mak benar-benar mengejutkan aku seketika dari keasyikan angan-angan hidup di dunia. Walaupun tangannya memegang erat pada kain tudung lycra serta matanya tertumpu pada jarum mesin jahit tersebut, namun lidahnya tetap ligat menghentam kefasadan dan kefasikan jiwa aku nie. Aku diam je terduduk di meja sterika itu tanpa mampu rebut sedikit pun kata-kata mak aku.
Akhir sekali, mak aku berpesan memandangkan cuti semester kali ni panjang giler, mak suruh aku untuk biasakan hidup aku yang dah jauh menyimpang ney untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat di samping memperkemaskan amalan-amalan wajib yang diperintah Ilahi. Solat-solat sunat, zikir, istighfar, selawat dan sebagainya yang mana semua-semua tu bukanlah amalan kebiasaan hidup aku, mak aku suruh didik diri sendiri untuk biasa dengannya.
Ditambah pulak untuk mendidik akal aku yang terlalu taksub dengan makanan atas muka bumi nie, maka disuruhnya aku buat puasa sunat Isnin dan Khamis starting next week. Dan when Syaaban is coming, digandakan lagi amalan puasa sunat tersebut.
Aiseymen! Aku tak bersedia la untuk itu. Orang dah la dok tahan lama nak makan yang best-best bila time cuti ni. Char koey teow Sungai Dua tak pi lagi, Yong Tau Foo pasar malam Sungai Bakap tak serbu lagi, nasik kandaq pakcik Shakry dekat Simpang Ampat tu pun tak jengah lagi. Nie nak kena refrain kan pulak nafsu makan tu. Macam tak kuat je nak melaksanakan pesan mak aku tuh.
Cemana aku nak buat nie? Kang kalau tak posa kang, mak tanak masak sedap-sedap lak. Ntah la, tengok la cemana mak. Iman tengah tak berapa nak kuat nie. Pelan-pelan ceq didik diri ni nooooo.........

2 Komentar:
char koey teow sg dua???nyum nyum...balik kampung kat sana nanti nak cari laa!!yeeehaaa~
oyeah!...cari jgn x cari..:D
Post a Comment