Evolusi Yang Sebenar...

Jan 22, 2010

Kalau kita datang kelas lambat, kita akan dicop sebagai student yang tak berdisiplin. Akan tetapi, kalau guru atau lecturer yang datang kelas lambat, adakah mereka juga boleh dicop sebagai pendidik yang tak berdisiplin?

Itulah yang bermain di fikiranku di kala menunggu lecturer yang masih belum nampak lagi batang hidungnya di dalam kelas di petang itu. Budak-budak dah dekat setengah jam menunggu ni, sebahagian dari mereka dah menunjukkan reaksi nak balik, setengah yang lain lagi terus menunggu dengan penuh kesetiaan dan dedikasi. Aku pulak berada di tengah-tengahnya, nak balik kang tetiba datang pulak lecturer tu. Nak menunggu kang, buatnya tak datang langsung mau terseksa batin aku ni.

Tup-tup class rep informed yang lecturer akan datang gak, tapi lambat sikit. Kekecewaan jelas kelihatan di wajah-wajah mereka yang berniat untuk pulang sebentar tadi manakala setengah yang setia menunggu pula menunjukkan reaksi puas kerana penantian mereka berbaloi dan tidak sia-sia. Aku yang berada di tengah-tengah dua golongan tadi juga mencukakan raut wajah kerana lima menet lepas aku pun berniat nak balik je.

So, tunggu je la lambat-lambat pun coz lecturer tetap akan datang. Aku yang tengah duduk menunggu secara berseorangan di suatu sudut kelas di banggunan fac Cempaka 1 sejak dari tadi lagi sambil melayan mp3 tiba-tiba disapa oleh seorang member yang agak gila-gila perangainya ini. Aku juga membalas sapaannya juga dengan sapaan yang agak gila-gila. Maka bermulalah conversation antara aku dan Frankie (bukan nama sebenar).

“Ko tau kan teori Darwin?” tanyanya memulakan perbualan. “Yang teori evolusi manusia dari beruk tu ke?” tanyaku kembali bagi mencari kepastian. “Iyelah, teori yang tu la. Tau tak, sebenarnya, Darwin mengeluarkan teori yang sah dan dapat dibuktikan tau,” katanya sedikit sebanyak memeranjatkan aku. Apa hal pulak, satu dunia dah tau yang teori Darwin tue ‘pemohong’ (sila pronounce dalam loghat Kedah). Ada ke manusia nie asal dari beruk. Manusia mana yang nak mengaku?

Memandangkan wajah Frankie di kala mengeluarkan statement kontroversi tue agak serius adanya, aku pun considered yang mamat nie tak melawak di waktu tu. So, aku pun curious gak la untuk mengetahui kebenaran kata-katanya itu. “Ye ke? Macam mana boleh dibuktikan?” tanyaku. Tanpa melengahkan masa Frankie terus pointed jari telunjuknya kepada seorang classmate yang tertuju ke arah telunjuk jarinya itu.

Kelihatan seorang insan laki-laki yang agak ordinary Malay jika dilihat dari hujung jari kakinya hinggalah ke lehernya. Namun, di bahagian kepalanya, dah tak macam orang melayu la pulak. Apa yang strange nya adalah rambutnya yang dah macam rambut Marilyn Monroe. Bukan stylenya, tapi kalernya yang sama iaitu kaler blonde, but not the whole rambut la, bahagian depan je yang highlighted. “Lepas Darwin tengok orang yang macam tu la yang sampai dia boleh buat teori evolusi tu. Elok-elok dah hitam nak tukar-tukar kaler pulak,” kata Frankie


Tergelak besar aku tatkala mendengarkan penerangan Frankie tu. Giler kalau mamat tue dengar mau makan dalam tu. Ada pulak macam tu. Walaupun aku agak setuju bila dikatakan mamat Marilyn Monroe tu boleh la dikatakan macam terevolusi dari beruk. Kaler rambut tu dah jadi macam combination antara kaler hitam dan blonde la, part depan blonde part belakang sikit masih kekal hitam.

“Tak baik ko kata macam tue, kecik ati dia kalau dia dengar,” kataku cuba membela mamat Marilyn Monroe tuh. “Kecik ati syial ape? Menyampah aku tengok pengubah ciptaan Tuhan yang macam tu. Dah la dia dok serumah dengan aku,” katanya dengan penuh perasaan benci dan bengang.

“Itu kalau ambik wudhu’ mana sah, halang air sampai ke rambut,” katanya lagi. “Alah, bukannya the whole rambut dia highlighted. Mesti ada part terkena jugak air wudhu’ tu,” balasku yang masih di dalam mode nak membela mamat Marilyn Monroe tu. Ye lah, solicitor wannabe la katakan.

“Ha iye la tu. Kalau mandi wajib macam mana pulak? Rukun mandi kena ratakan air ke seluruh badan. Sah ke mandi wajib kalau air tak kena kat rambut yang dah kena highlighted tu? Kalau dia mati macam mana? Mayat wajib kena mandikan. Rambut tue dah halang aliran air ke seluruh badan. Mesti nak kena cukur buang rambut tu. Mayat tau je la kan, terpotong sehelai rambut pun roh dah terseksa sangat-sangat,” terangnya membalas argument ku sebentar tadi.

Betul jugak apa yang dikatakan oleh Frankie tu. Rambut tu dah jeopardized banyak hukum fekah gak sebenarnya. Takkan mamat Marilyn Monroe tu tak fikir sebelum nak highlighted rambut dia. Bab solat, mandi tu semua kat dunia. Kalau tak sah Tuhan boleh bagi peluang lagi. Bab mati tue takleh main-main beb. Peluang nak recover diri sendiri dah tak dapek dah.

“Ko tak tegur dia ke?” tanyaku kepada Frankie. “Maunya tak. Hari first aku nampak rambut dia macam tue aku dah bising satu rumah. Yelah, dia tue member rapat aku gak. Sedih la bila tiba-tiba ja buat perangai macam orang tak kenal Tuhan. Aku cakap kat dia macam aku kata kat ko tadi tu la. Dia boleh buat dono je. Tensen aku,” kata Frankie.

“Rambut camtu, kalau dia nak tobat, kena cukur je la jawabnya kan?” tanyaku sekadar mencari kepastian. “Ye lah, nak buat macam mana lagi?” kata Frankie dengan wajahnya yang dah macam watak jahat dalam cerita Evolusi KL Drift yang dilakonkan oleh Iqram Dinzly.

“Aku rasa ko tegur dia aggresif sangat la, cuba ko ubah guna pendekatan yang lembut sikit,” kataku memberi cadangan. Frankie tue pun sebenarnya boleh tahan laser jugak la mulut dia. Suka main cakap lepas je. In some circumstances, perangai tu ada relevannya jugak untuk diaplikasi. Tapi kalau bab nak menegur orang, mana boleh main cakap lepas je. Hati pihak yang ditegur tue pun nak kena jaga jugak.

“Mula-mula aku dah cakap lembut-lembut. Tapi dia buat macam aku main-main pulak. Aku serius bab benda-benda macam ni. Mana boleh main-main. Dah tak makan jugak nasihat baik-baik, sound direct je la jawabnya,” jelas Frankie.

Tak lama lepas tu, lecturer pun masuk la ke kelas. Maka bersurailah pertemuan antara aku dan Frankie.

Dua perkara yang aku dapat dari perbualan ringkas kami tu. Pertama, budaya remaja masa kini yang suka dok kaler-kaler rambut tu merupakan satu trend yang jelas menyimpang dari landasan yang dah ditetapkan Islam. Dah jelas bahan yang digunakan untuk highlighted rambut tu menghalang aliran air. Mana sah kalau nak sempurnakan wudhu’ dan mandi wajib. Apatah lagi kalau tuan punya highlighted rambut tue mati. Pengurusan jenazahnya pasti akan jadi lebih rumit.

Secondly, di zaman masa kini di mana manusia semua hidup secara nafsi-nafsi atau individualistik, masih wujud lagi insan yang prihatin dan peduli terhadap perihal sahabatnya seperti Frankie. Selalunya, bila kita lihat member-member kita yang terpesong sikit dari landasan yang dah ditetapkan Islam, dan kita sedar perbuatan itu salah, kita akan membiarkan member kita itu terus hanyut di dalam kesesatannya itu terutamanya aku la. Akan terlintas di hati ini bahawa apa gunanya aku nak ambil peduli pasal dia, dia tak kacau aku pun, buat apa aku nak menggelabah ambik tahu pasal dia, lantak dia lah. Yang penting aku tak macam dia.


Erti Bersahabat...

Ini bukan sifat orang yang beriman. Orang beriman bila nampak akan kerosakan di hadapan matanya, timbul keazaman yang kuat di dalam jiwanya untuk memperbaiki akan kerosakan itu. Agar dunia ini can be a better place for the believers. Dia tak sekadar membenci sahaja akan kerosakan itu sebab biarpun sekadar membenci, itu dah menunjukkan akan lemahnya Iman. Akan tetapi, dia akan sedaya upaya merubahnya dengan kudrat yang dikurnia Tuhan kepada dirinya sesuai dengan didikan Nabi Muhammad saw.

Mereka tak takut diherdik kembali, atau dimarah oleh masyarakat kerana bersikap ambil peduli akan kerosakan orang. Kerana mereka lebih takutkan kepada kemurkaan Tuhan kerana membiarkan bumi-Nya terus dirosakkan dengan kemungkaran dan kederhakaan manusia………



“Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya (menghapuskan) dengan tangannya. Jika dia tidak berkuasa berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dengan itu juga dia tidak berkuasa, maka hendaklah dengan hatinya. Tetapi, itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

0 Komentar:

Post a Comment