Apa Khabar...Iman...

Oct 10, 2009


2 Syawal 1430 bersamaan 28 September 2009…

Lepas settle mandi, spray minyak wangi yang dibeli dari Madinah yang berjenama ‘Johan B’, aku segera turun ke bawah untuk menggerak sebilangan member-member kampung aku yang tengah syok lepak-lepak dan merehatkan diri di rumah aku dek kerana menanggung kepenatan yang amat sangat beraya sakan sehari suntuk. Pit stop yang recent punye adalah rumah aku, so, kitorang deal la nak layan tido kejap kat rumah aku sementara nak tunggu Asar dan sambung raya.

Azan Asar dah berkumandang, aku pun dengan penuh prihatin dan kasih sayangnya menggerakkan la member-member aku yang kebanyakannya dah terbongkang kat depan tv tue. Mereka terdiri daripada Doktor Monen, Commannder Sabri, Sarjan Daniel, Matki The Malayan Hacker, Cikgu Firdaus ‘Superman’, Ir Akmal Toya, Ustaz Anip Si Tukang Hantam dan Jame The Cupin’s apprentice.

Sebahagian dari mereka.


Mereka-mereka nie adalah remaja-remaja akhir zaman yang merupakan rakan seperjuangan aku di setiap kali Raya menjelma. Masa kecik dulu, perjuangan kami lebih menjurus ke arah mengumpul duit raya. Oleh sebab masing-masing dah berjanggut dan bermisai, tujuan beraya itu telah berubah kepada sebuah perjuangan yang lebih ke arah merapatkan tali Silaturrahim sesama kengkawan yang rata-rata dah merantau keluar dari daerah Pengkalan untuk mencari ilmu pengetahuan dan awek.

Back to the story, oleh sebab terlampau ramai bilangan kroni-kroni aku, amatlah tak relevan untuk menganjurkan solat berjemaah kat rumah aku yang agak kecik saiznya tue. Jadi, kami semua sepakat mengambil keputusan untuk solat Asar secara berjemaah kat surau taman perumahan aku. Lepas masing-masing dah mencuci muka yang dah macam muka Raksasa dalam cita Otromen sebab baru bangun tido, kami semua segeralah menuju ke Surau tersebut menggunakan kereta Kelisa abang aku dan kereta Kancil Doktor Monen.

Mari sama-sama Solat berjemaah di surau.


Setibanya kami semua ke surau tersebut, kami lihat, para jemaah surau dah settle pun solat Asar. Tekejut gak la sebab niat nak berjemaah sekali dengan jemaah surau. Mungkin sebab masa yang diambik oleh member-member aku untuk refresh diri masing-masing kat rumah tadi terlalu lama kot. Tak kisah la, Doktor Monen pun leh jadi Imam sebab dia merupakan student Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kitorang yang lain-lain nie study kat IPT biasa je.

Maka, semuanya pergi mengambil Wudhu’ untuk mengangkat hadas kecil agar sah solat Asar yang hendak ditunaikan. Aku dah siap-siap ambik kat rumah lagi dah. So, aku la starting masuk ke dalam surau tersebut. Aku tengok sekeliling surau tersebut yang seingat aku dah lamaaa sangat aku tak menjejakkan kaki ke dalamnya, terkesima gak la melihatkan karpet surau yang dah terbentang tue. Aku sendiri pun tak tau bila karpet tue wujud kat surau ni, ye lah, dah lama tak mengimarahkan surau, nak heran apa kan.

Tak sah Solat kalau tak berwudhu'


Di kala aku tengah meneroka keadaan surau tersebut yang bagi aku serba baru, tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki yang sedang mengemaskan surau tersebut dan menutup suis-suis kipas sebab jemaah pun dah beransur pulang. Raut wajahnya yang jernih serta ala-ala Pak Arab dan janggutnya yang tersisip rapi aku renung tajam-tajam. Macam kenal je ah brader ni.

Tetiba dia ternampak aku tengah mundar-mandir kat dalam surau tu. Lepas tue dia senyum-senyum pulak. Dah sah memang kitorang dah pernah kenal suatu masa dulu. Aku pun datang la dekat sikit kat dia. Tak silap aku, brader nie berasal dari Iraq, nama dia pelik sikit, so, aku pun terlupa la nama dia yang agak pelik tu. Yang tak syok nya, dia still ingat lagi nama aku. Malu gak laa. Ok, dalam cerita ni kita called brader ni ‘Abdullah’, bukan nama sebenar tau.

Abdullah student PhD kalau tak silap aku dekat universiti yang berdekatan dengan rumah aku tu. Before this dia dah buat degree dengan master jugak dekat salah sebuah universiti awam kat Malaysia ni. Dah lebih kurang dekat sepuluh tahun rasanya Abdullah stay kat Malaysia ni. So, secara tak langsung dan siaran tertundanya, Abdullah kira boleh la nak bertutur bahasa Melayu dengan baik dan senang difahami.

First kitorang berkenalan masa sambutan hari Asyura buat kat surau tu masa awal tahun 2008. Niat aku pegi pun sebab nak bedal bubur asyura je sebenarnya. Kebetulan aku dan Abdullah duduk bersebelahan masa nak makan bubur tu. Masa tu la Abdullah approached aku dulu. Time tu je la sebenarnya aku dapat berkenalan dengan Abdullah secara detail.


Perkenalan dua sahabat bermula dari salam yang pertama

Berbalik kepada cerita tadi. Aku dan Abdullah pun mula menghampiri antara satu sama lain dengan senyuman terukir siap-siap pada raut wajah kami berdua. Abdullah yang bagi salam dulu, aku pun balas la balik ucapan salam tersebut. Then, Abdullah terus tanya aku, “APA KHABAR IMAN?”

Terkedu aku mendengarkan soalan tersebut. Betul-betul terkejut, tak tau apsal. Mungkin kerana aku tak pernah bersedia untuk menjawab soalan yang berbentuk macam tu. Kalau dia tanya “Apa khabar.” ke, “Belajar kat mana sekarang?” ke, “Dah ada awek?” ke, ok la jugak. Kira memang aku dah prepare siap-siap la jawapan untuk soalan-soalan macam tu. Ini dia tanya pasal Iman pulak dah.

Tak silap aku, kali terakhir aku dapat soalan macam tue, masa form 5 dulu. Ketua umum time tu yang tanya aku macam tue, Khairul Munzir namanya, mat bangla gelarannya (kah3, ye kan keon? Fair la.). setelah hampir tiga tahun aku tak membiasakan diri dengan soalan-soalan macam tu, tiba-tiba hari ni Abdullah dengan spontan nye menduga aku dengan soalan tersebut.

Setelah aku berfikir untuk menjawab pertanyaaan tersebut dengan kadar yang pantas sepantas Adi Putra menyetlekan masalah matematik, akhirnya, dengan cool nye ak menjawab, “Alhamdulillah, ok je.”, padahal subuh pagi tadi pun kantoi. Then, kami pun berbual seketika sementara menunggu member-member aku semua siap prepare nak solat. Bila dah cukup korum, kami pun memulakan solat Asar berjemaah sambil diimamkan oleh Sarjan Daniel. Aku tinggalkan Abdullah yang nak sambung buat Ibadah sunat ringkas sendirian.

Lepas pertemuan ringkas antara aku dan Abdullah hari tu, aku terfikir, macam mana laa Iman aku yang sebenarnya sekarang ni. Dengan dosa yang dah aku buat yang sebahagiannya aku dah jadi kan iannya sebagai perkara biasa, ibadat pun nak tak nak je buat, tetiba nak kata condition Iman aku nie ‘ok’? Pe jadahnye? Standard Iman tue tak tau laa macam mana sebab Tuhan je yang lebih Arif nak determine benda tu. Tapi yang yang pasti, standard dia tak ‘ok’ la.

Aku rasa setiap sorang dari kita ni lebih tahu perihal diri masing-masing berbanding orang lain, terutamanya soal Iman dan hubungan dengan Tuhan. Kita kalau boleh tak suka la orang lain nak ambil peduli akan hubungan kita dengan Dia. Sebab bagi sesetengah kita, hanya Dia sahaja yang berhak memutuskan soal perkara itu, orang lain takda hak, kira jaga tepi kain masing-masing la. Tapi sedar tak kita, tingkah laku kita, percakapan kita, interaksi kita, sikap kita, dah boleh tunjuk secara tak langsung dah macam mana sebenarnya hubungan kita dengan Tuhan.

Bukan semua orang akan sedar perkara ni, Cuma orang yang punya Iman je yang akan sedar. Sebab diorang nie terseksa dengan perkara yang tercela. Tak kiralah sendiri yang buat ke, orang lain yang buat ke, bila namanya maksiat, mereka nie lah yang akan terkesan sekali. Tue pasallah diorang nie sebolehnya nak jaga tepi kain orang lain bila orang lain buat kesalahan. Mereka tak benci si pelaku kesalahan tu, tetapi mereka membenci perbuatan salah itu sahaja.

Dalam cerita nie, aku memandang yang Abdullah berada di pihak yang menjaga tepi kain orang, sedang aku pulak di pihak yang dijaga tepi kain tu. Aku tak dapat nak sangkal, sebenarnya, aku berasa sedikit tak selesa akan soalan yang ditanya Abdullah tu. Terlintas jugak dalam fikiran aku, “Apahal mamat nie, nak kisah pasal Iman orang pulak, Iman sendiri tue jaga la bebaik.”. Padahal aku tak sedar, orang begini sebolehnya nak mengurangkan kadar jenayah maksiat dari dilihat di hadapan matanya, ataupun dilakukan oleh dirinya sendiri. Dia bukan saja-saja nak menyibuk soal orang lain, tetapi sebenarnya dia sayangkan orang lain sama seperti dia sayangkan dirinya sendiri. Begitulah sebenar-benar hamba yang beriman …………


"Tak beriman seorang dari kamu sehingga kamu menyayangi saudaramu sepertimana kamu menyayangi dirimu sendiri."

-Nabi Muhammad SAW-

0 Komentar:

Post a Comment