Sunnah Orang Berjuang...

Oct 31, 2009

0 Komentar

KUALA LUMPUR: Isteri, anak dan rakan kumpulan Rabbani sering bermimpi ketua kumpulan mereka, Allahyarham Ustaz Asri pulang ke rumah.

Setiap kali Allahyarham Asri pulang, suasana di dalam rumahnya terang-benderang, walaupun rumah lain berdekatannya gelap-gelita seolah-olah tidak berpenghuni.

Isteri Allahyarham, Halizah Shahdan, 39, berkata selepas suaminya meninggal dunia, dia bermimpi tiga kali berjumpa Allahyarham.

“Setiap kali jumpa Allahyarham sentiasa pakai jubah dan berkopiah putih,” katanya ketika dihubungi.

Di sisi Allahyarham


Antara mimpi paling mengharukannya, kata Halizah, dia melihat suaminya sedang membaca Al-Quran di surau di dalam rumahnya dengan suara cukup nyaring.

Katanya, ketika Allahyarham Asri membaca Al-Quran secara tiba-tiba segenap penjuru rumahnya terang-benderang seolah-olah di waktu siang.

“Apa yang pelik, rumah berdekatan pula gelap-gelita, seolah-olah tidak berpenghuni,” katanya.

Keesokannya, Halizah menceritakan mimpi tersebut kepada ahli keluarga dan mereka menangis kerana terharu dengam peristiwa dalam mimpinya itu.

Ibu kepada enam anak itu juga bermimpi berjumpa suaminya di Masjid Nabawi, Madinah.

“Wajahnya kelihatan sungguh cantik sekali, berbeza ketika dia masih hidup.

Kecantikan wajahnya cukup luar biasa , tidak dapat saya bayangkan ketika itu,” katanya.

Dalam pertemuan itu, kata Halizah, Allahyarham membawanya melihat persembahannya yang diiringi penyanyi latar sebuah kumpulan nasyid dari luar negara.

Pada ketika lain pula, Halizah bermimpi Ustaz Asri pulang menjenguk dia dan anak-anak di rumah.

Halizah berkata, walaupun sekadar bertemu arwah suami di alam mimpi, namun ia memberi impak besar kerana ia dapat mengubati kerinduannya terhadap suami tercinta.

Selain Halizah, anak-anaknya juga turut bermimpi menemui ayah mereka beberapa kali datang menjenguk mereka.

Sementara itu, anggota kumpulan Rabbani paling kanan, Azadan Abdul Aziz berkata, selepas Allahyarham Asri dikebumikan, dia bermimpi tiga malam berturut-turut berjumpa dengannya.

Allahyarham di samping Ahmad Shafie dan Azadan


Katanya, selepas hari pengebumian dia bermimpi Allahyarham datang menemuinya dan rakan-rakan di sebuah rumah.

“Mimpi saya ini sama seperti mimpi isteri Allahyarham. Sebaik sahaja kehadirannya, rumah tempat kami berkumpul itu bertukar terang-benderang.

Allahyarham berdiri berhampiran kami dan meminta saya sediakan sepasang jubah warna putih sama dengan jubah kami pakai,” katanya.

Pada malam kedua, Azadan bermimpi bersama ahli kumpulan Rabbani berjanji berjumpa Allahyarham pada satu tempat untuk mengadakan persembahan dan apa yang mengejutkan, Allahyarham datang lebih awal daripada mereka.

“Sikap Allahyarham dalam mimpi itu sama seperti ketika Allahyarham masih hidup. Jika ada persembahan dia paling awal datang,” katanya.

Malam berikutnya, Azadan bermimpi menyeberangi sungai sambil diperhatikan oleh Allahyarham.

“Ketika berenang, Allahyarham memberi sokongan kepada saya, akhirnya saya berjaya melepasi halangan itu,” katanya.

Allahyarham Asri meninggal dunia pada 13 Ogos lalu akibat serangan penyakit jantung dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Azadan yakin mimpi beliau dan isteri Allahyarham itu memberi petanda cukup baik kepada kehidupan Ustaz Asri di alam kubur.

“Semasa hayatnya Allahyarham memang terkenal dengan sikap warak dan bepekerti mulia.

“Apatah lagi, sebelum menghembuskan nafas terakhir Allahyarham sempat meminta sebuah Quran untuk dibaca,” katanya.

Reaksi Ulama’

KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama menyifatkan mimpi Allahyarham Asri Ibrahim pulang membaca Al-Quran memberi petunjuk ketua kumpulan Rabbani itu berada di tempat yang baik di alam barzakh.

Walaupun ia sekadar mimpi, namun jika si mati seorang yang warak ketika hidupnya dan banyak melakukan amal kebaikan tidak mustahil ia di dalam peliharaan Allah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tidak mustahil mimpi keluarga dan rakan Allahyarham Asri itu memberi gambaran yang elok mengenai kehidupannya di alam kubur dan di Akhirat kelak.

“Lagipun semua orang tahu semasa hidupnya Allahyarham seorang yang warak, sudah tentu kehidupannya di Akhirat kelak mendapat pembalasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Tan Sri Harussani Zakaria


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talip berkata, alamat baik itu ditunjukkan Allah kepada keluarga dan rakan rapatnya dalam mimpi itu untuk menggambarkan ketika hayatnya Allahyarham taat perintah Allah.

Dengan peribadinya yang mulia dan warak, beliau yakin kehidupan Allahyarham Asri di Akhirat kelak mendapat Rahmat dan kemungkinan terpilih menjadi ahli syurga.

“Sungguhpun begitu, pada masa sama keluarga dan sahabat handai perlu sentiasa berdoa dan menghadiahkan ayat suci Al-Quran supaya Allah mengampunkan dosanya dan ditingkatkan kedudukan di dalam syurga kelak,” katanya.

Tan Sri Abdul Kader Talip


Penceramah agama, Ustaz Datuk Mohd Daud Che Ngah juga percaya mimpi baik yang diterima oleh keluarga dan sahabat Allahyarham itu memberi perkhabaran yang baik tentang kehidupannya di alam barzakh.

“Kalau sudah ada petunjuk yang baik, tidak mustahil Allahyarham Asri akan dipelihara Allah, apatah lagi dia seorang yang warak.

“Bagi memastikan Allahyarham berada di tempat yang baik di sisi Allah, ahli keluarga dan rakan-rakan rapatnya perlu sentiasa mendoakan kesejahteraannya,” katanya.

Seorang lagi pendakwah terkenal, Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz berkata, walaupun ia sekadar mimpi tetapi jika perkara baik tidak salah mempercayai.


Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz

“Syurga dan neraka seseorang itu hanya Allah saja yang mengetahuinya.

“Bagaimanapun jika lihat kehidupan Allahyarham ketika masih hidup, tidak mustahil dia mendapat balasan baik daripada Allah,” katanya.



M Rozi Hasan, Perdana, 8 Nov 2009

Hidupnya Yang Lebih Indah 2.....

Oct 24, 2009

0 Komentar
Menuju Ke Arah Hidup Yang Lebih Indah...



Maghrib dah makin hampir, tengah dok melepak kat dalam surau tu, tak semena-mena datang seorang lelaki lengkap berpakaian seragam pengawal keselamatan atau bahasa standard nya, ‘pak guard’. Melihatkan dari raut wajahnya, aku dapat merasakan dia ney misti datang dari Bangladesh ni, dengan raut wajah yang ala-ala hero cerita Hindustan tu, memang sah la. Setibanya brader tersebut ke dewan Solat The Curve, dengan air wudhu’nya yang masih lagi tampak jelas menyelaputi anggota badannya yang wajib diratakan air bagi kesempurnaan wudhu’ tersebut, terus dia memakai kain pelikat yang disediakan di surau tersebut menggantikan seluar slack hitamnya.

Then, dia terus membentangkan sejadah-sejadah yang berlungguk-lungguk disediakan di dalam surau tu. Segan gak la sebab kitorang yang dah lama melepak kat dalam surau tu, wat dono je even Maghrib dah makin hampir. Maka bangunlah seorang daripada kawanku, Charlie (bukan nama sebenar) bertindak sebagai assistant kepada brader guard tersebut untuk membentangkan sejadah. Aku pulak purak-purak buat tak nampak sambil tangan liar menekan-nekan butang henpon dan mata pulak sengaja ditumpukan ke arah skrin henponku yang dah makin season keadaannya nie. Eleh, member aku tue pun tolong time semua sejadah dah settle dibentangkan. Alah, kata orang, yang penting ikhlas kan.



Kala Maghrib Itu...
Bila dah settle mebentangkan semua sejadah-sejadah itu yang coraknya seperti nak buat solat secara berjemaah je, Charlie terus kembali semula ke tempat asalnya iaitu di sebelah aku, sambil diperhatikan oleh seorang lagi member aku, Alfonso (bukan nama sebenar) yang aku kata pakar nahu dari Yaman tuh. Brader guard tue pun sedikit demi sedikit mula hendak menghampiri port kami melepak iaitu di saf belakang surau tersebut. Tiba-tiba, Alfonso secara spontan bertanyakan kepada brader tersebut, “Maghrib pukul berapa ek?”. Brader guard itu dengan kool dan rileknye menjawab, “Lebih kurang pukul 7 tepat kalau tak silap.”. Dan bermulalah conversation ringkas antara kami.

Brader tersebut bertanyakan kepada Alfonso, “Asal dari mana?”. “Alor Setar.” jawab Alfonso ringkas dan padat. “Saya pun dulu tinggal di situ juga.” balas brader tersebut. Aiseh, susah la pulak dok ulang ‘brader tersebut’ banyak-banyak kali neh. Aku andaikan je la, nama dia Rosyam Nor, bukan nama sebenar gak tau. Sambung cerita balik, kemudian Alfonso bertanyakan soalan yang agak mengguris perasaan jiwa dan raga Rosyam Nor, “Asal negara mana?”. Terdiam seketika Rosyam Nor mendengarkan soalan tersebut. Tiba-tiba, Rosyam Nor mengeluarkan wallet nya dengan niat untuk mengeluarkan sesuatu. Aku yang dari tadi dok main henpon tiba-tiba jadi curious, apa benda yang Rosyam Nor nak keluarkan dari wallet tue lepas mendengarkan soalan Alfonso sebentar tadi?

Rupa-rupanya Rosyam Nor ingin mengeluarkan i.c nya untuk ditunjuk kepada Alfonso yang menunjukkan dia nie warganegara Malaysia rupanya. Malu gak la Alfonso akibat perbuatannya menanyakan soalan kontroversi tersebut. “Kalau orang tanya saya, saya datang dari mana, saya tarak cakap banyak, tunjuk sama dia saya punya i.c. Sebab saya banyak tarak suka orang kata saya datang dari Bangladesh. Dulu saya pernah kena tahan sama polis, diourang kata saya orang Bangladesh, u bodo ka apa saya sudah tunjuk sama u saya punya i.c lagi mau kata saya orang Bangladesh.” terang Rosyam Nor akan pengalaman pahit yang dialaminya suatu ketika dahulu dengan penuh emosi. Aku pun turut ingin menyibuk nak tengok gak i.c Rosyam Nor. Melihatkan namanya tue, nampak sangat dia nie Indian Muslim.

“Saya sudah lima tahun convert masuk Islam. Time tu saya punya mak sama saya punya ayah dua-dua sudah meninggal. Jadi saya sorang juga sempat convert.” kata Rosyam Nor sambil menunjukkan lengannya yang menunjukkan sedikit corak tatu yang mungkin dicacah sewaktu belum bergelar umat Muhammad s.a.w dulu dan mungkin juga tatu tersebut tak dapat nak dibuang dah. Aku yang mula ingin turut serta dalam perbualan tersebut terus bertanya, “Sudah kawin ka belom?”. “Sudah, tapi sudah cerai itu isteri sebab dia Hindu.” jawab Rosyam Nor sedikit cuak kerana aku tiba-tiba bersuara.

Aku terus bertanya lagi, “Kenapa tak ajak u punya isteri sama masuk Islam?” tanyaku lagi. Rosyam Nor menjawab, “Sudah ajak, tapi dia tamau. Dia siap maki-maki sama saya sebab saya masuk Islam. Dia kata u sudah elok-elok Hindu kenapa mau tukar jadi Islam pulak? Banyak teruk la dia maki saya. Tapi saya kata balik, u kalau mau maki-maki saya, saya tarak kisah, itu u punya hak la. Tapi u jangan kata sama saya punya Agama, kalau tak u punya muka saya kasi koyak. U jangan main-main pasal Agama aa.”. Bersemangat betul Rosyam Nor bercerita pasal pengalamannya tu.

Aku terus mengemukakan soalan seterusnya yang berbunyik, “Anak-anak macam mana?”. Rosyam Nor menjawab kembali, “Itu anak baru dalam kandungan tapi saya punya isteri sudah kasi gugur. Dia kata mau buat apa anak kalau bapak sudah masuk Islam.” Terdiam kami seketika mendengarkan penjelasan Rosyam Nor itu.

Then, Rosyam Nor kembali bersuara, “Tapi lepas masuk Islam, hati betul-betul tenang. Tidur malam pun banyak lena. Tada duit ka, hidup susah ka, hati tetap tenang.”. Alfonso bertanya tentang penjelasan Rosyam Nor tu, “Kenapa macam tu?”. “Ya la, sudah tau itu Tuhan mesti selalu ada sama saya, apa mau takut. Saya jadi tarak takut sama orang lagi. Apa mau takut, u manusia, saya pun manusia juga, sama saja. Saya Cuma takut sama Tuhan saja.” jawab Rosyam Nor penuh berkeyakinan.

Proud To Be A Muslim....


Tetiba, Charlie menyampuk di tengah-tengah keseronokan aku dan Alfonso berbual dengan Rosyam Nor, “Eh, Maghrib dah masuk dah ni.”. Alfonso segera menyuruh Rosyam Nor pergi melaungkan azan sebagai tanda dah masuk waktu. Ramai gak sebenarnya pengunjung-pengunjung The Curve yang turut sama menunggu masuknya waktu Maghrib untuk menunikan kewajipan seorang hamba kepada Tuhannya. Namun, Rosyam Nor menolak baik-baik pelawaan tersebut. Katanya belum cukup ilmu.

Maka, kami pun sepakat menyuruh Charlie yang pergi melaungkan azan yang kemudiannya solat Maghrib ditunaikan secara berjemaah sambil diimamkan oleh Alfonso. Sedap betul suara Alfonso tu membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, macam orang Arab. Dia pun memang berketurunan Arab, muka pun sejibik macam orang Arab, belajar pun kat Arab jugak.

Kesimpulan dari cerita nie, sepanjang conversation tadi, aku nampak ketenangan dan keikhlasan di raut wajah Rosyam Nor di kala menceritakan nikmatnya hidup sebagai seorang Muslim. Betul-betul dapat dirasa. Semangatnya dengan Islam betul-betul membara. Memang betul la yang aku selalu dengar, kadang-kadang iman orang yang baru dapat Hidayah ney lebih high-class berbanding orang yang memang lahir-lahir lagi sudah berada dalam Islam. Aku tak kata semua, tapi macam tue la. Nikmat Iman ni selalu dirasai oleh orang yang benar-benar Ikhlas hidup mencari cinta Dia yang menciptakan langit, bumi dan segala-galanya. Ingin sekali aku punya keikhlasan yang begitu………


Hidupnya Yang Lebih Indah...

Oct 22, 2009

0 Komentar
Tak pernah langsung terfikir di benak pemikiranku yang berjambul ini bahawa di dalam hidupku yang tdak tahu bila penghujungnya ini, aku perlu berkerja macam pelakon-pelakon yang selalu kita lihat di kaca tv yang rata-rata hanya mencari glamour dan populariti yang bersifat sementara. Ya! Aku terpaksa, terpaksa untuk melakukan kerja-kerja begitu buat pertama kalinya di dalam catatan buku sejarah hidup aku. Assignment subjek 3rd language yang telah memaksa aku berbuat demikian. Berlakon menjadi seorang watak yang bukan diriku yang sebenar di hadapan lensa kamera yang berjenama Olympus.

Berlakon dengan menggunakan bahasa ibunda Junjungan Mulia, bukanlah suatu perkara yang mudah walaupun bunyiknya agak simple. Masa rakaman pun cukup sekadar sekurang-kurangnya 10 menet, gaya bahasa pun ala-ala silibus bahasa Arab Taska Kemas je, ditambah pula dengan bantuan seorang pakar nahu Arab yang diimport khas dari Yaman, namun, semua itu tak memberi apa-apa makna bagi seorang remaja lewat belasan tahun yang dah dekat 3 tahun lebih meninggalkan pengamalan bahasa Arab di dalam hidupnya untuk berlakon macam pak Arab sejibik-sejibik.

Ini Pakar Arab Dari Maghribi...Bukan Yaman.

Apakan daya, sampai 30% carry marks yang akan diperoleh menerusi aktiviti tersebut, nak tak nak terpaksa la berlakon ala-ala Aaron Aziz. Pengalaman berlakon pentomin masa darjah enam sekolah rendah dulu digunakan sebaik-baiknya untuk dipraktikkan sebagai nilai tambah di dalam lakonanku itu. Ye laa, kang berlakon cam kayu golf kang tak pasal-pasal dapat markah ciput je. Mana nak dapat four flat kok macam tu.


Walaupun Raut Wajahku Macam Aaron Aziz, Namun Aku Tak Punya Bakat Berlakon Yang Ada Padanya.

Keperitan berlakon terus dirasai apabila group members memilih sekitar The Curve Damansara untuk dijadikan lokasi penggambaran bagi filem tak sampai lima belas menet yang dijangka meletup di skrin-skrin pawagam behampiran dengan anda mengatasi rekod filem Sembilu dan Jangan Pandang Belakang.

Segan dan malu terpaksa ditanggung kerana terpaksa berlakon di hadapan kamera di khalayak ramai dengan menggunakan bahasa Arab sebagai medium perantaraan. Dah la bunyik pronunciations pun dah macam orang Jawa speaks Arab, ditambah pula dengan bloopers demi bloopers yang berlaku secara tidak sengaja akibat daripada para pelakon lelaki yang suka terlupa dialog dan pelakon wanita yang concentration nya lebih ke arah nak layan shopping lepas settle shooting.


Segan Giler!!!

As a result, benda yang rasanya boleh disiapkan dalam tak sampai setengah jam, terpaksa disiapkan dalm tempoh masa lebih setengah hari. Tensen gak la para pelakon wanita kerana hanya mampu shopping tak sampai satu jam pun sebab hari pun dah makin gelap, kang lewat sangat tak boleh masuk asrama pulak katanya. By the way, Alhamdulillah, dapat gak settle kan aktiviti tersebut dan tak perlu nak mengulang lagi.

Kisah yang menariknya bermula di kala senja menjelma. Selepas selesai menunaikan solat Asar pada waktu yang semakin hampir dengan masuknya waktu Maghrib di surau kat dalam The Curve tuh, para pelakon semua sepakat untuk menunaikan solat maghrib yang tinggal kurang sepuluh minit lagi je nak masuk dulu, then baru pegi makan-makan apa semua. Maghrib dah makin hampir, tengah dok melepak kat dalam surau tu, tak semena-mena datang seorang lelaki….

Bersambung...

Engkau Ingin Berjuang...

Oct 15, 2009

0 Komentar

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian.

Engkau ingin berjuang,
Tapi rosak oleh pujian.

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan.

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setiakawan.

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban.

Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin.

Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan.

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur tidak engkau amalkan.

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup terima cabaran.

Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan.

Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan.







Engkau ingin berjuang,
Kerenah isteri tidak kau tahan.

Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang.

Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan.

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan.

Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan.

Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan.

Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan.

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan.

Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan.

Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan.

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan.

Engkau ingin berjuang,
Frasa bertuhan engkau abaikan.

Engkau ingin berjuang,
Iman dan Taqwa engkau lupakan.

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?


Mata Ini...

Oct 11, 2009

0 Komentar


Mata ini…
Sudah cukup terseksa,
Bertuankan si pemuas nafsu,
Sudah lelah,
Menatap hal yang durjana.

Mata ini…
Ingin sekali bertukar jasad,
Tak mampu lagi berkhidmat,
Pada sang pemuas nafsu,
Sudak muak dengan jasad,
Yang laparkan santapan syahwat.

Mata ini…
Pasti sudah tidak sabar lagi,
Menjadi saksi besar,
Dia hadapan Tuhan nanti,
Menceritakan segala-galanya,
Biar jasad ini terseksa,
Dicampak ke neraka,

Harga yang sama dibayar,
Kerana menyeksa mata ini…