Menzalimi Diri...

Dec 21, 2012

0 Komentar
Tak tahu lah,
aku dah tak seikhlas dulu,
seperti Ramadhan yang lepas,
hanya sekadar sedih, kemudian gembira,
sebab aku faham perpisahan ini kerana nak mengejar sesuatu yang lebih baik,
lebih indah.

Tapi perpsahan yang kali ini,
yang ada hanyalah,
rasa sedih dah marah,
aku tak tahu kenapa aku marah,
membaca pesanan yang terakhir tu,
entahlah.

Mungkin kau benar,
aku tak seperti dulu,
banyak yang berubah,
bukan sekadar hairstyle,
tapi,
entahlah...
aku tak tahu apa yang kau tahu,
tapi yang pasti, aku takkan menafikan segala apa yang kau dengar.

Tahu tak dah lama tak ada orang yang ingatkan aku,
seperti yang kau selalu lakukan dulu,
dan bila kita balik sekejap,
kau masih ingatkan, seperti yang dahulu,
aku gembira tahu, gembira! :'(

Walaupun yang kali ini,
memang aku tak ada semangat langsung nak sahut apa yang kau ingatkan tu,
sekurang-kurangnya kau biarkan aku melepaskan,
rasa rindu,
kepada pesanan-pesanan yang sebegitu,
datang kepada aku lagi.

puasa sunat, al-mulk, qiam,
and the list goes on,
tak ada yang pernah menemani aku seperti yang kau lakukan,
teman seperti kau cuma satu tahu,
cuma satu!

aku marah dengan diri aku sebab aku tak boleh hilangkan rasa marah,
dengan perpisahan yang kali ini,
mungkin kerana aku sudah semakin jauh,
dari memahami matlamat hidup yang sebenar,
maafkan aku...

Concisely Said...

Nov 25, 2012

0 Komentar
"MasyaAllah. I hope one day these people change. I pray llb doesn't change you. I hope this world does not deceive us with all its splendor. I hope the world, our own nafsu and syaitan does not deceive us too lagi2 bilamana kita ni umat akhir zaman. Syria, Palestin, Afghanistan, Pattani semua tengah bergolak. Kerasnya hati kita bilamana kita mampu berseronok and hanyut dengan dunia sedangkan mereka bermandi darahmempertahankan akidah Islam. Hubungan kita dengan Allah kena lagi kuat coz they need our doa's."

Kunci Ketenangan...

Nov 7, 2012

0 Komentar

Semakin banyak berharap dari makhluk semakin 

banyak keresahan dan kekecewaan


Semakin sedikit berharap dari manusia semakin 

sedikit kegelisahan dan kekecewaan



Semakin tak berharap dari makhluk dan hanya 

berharap dari Alloh semata, niscaya semakin tenang 

dan semakin tercukupi



"Barangsiapa yang bertawakal kepada Alloh, maka 

baginya akan dicukupi keperluannya" (Qs Ath- 

thalaq;3 )


-KH. Abdullah Gymnastiar-

Masa Berlalu...

Nov 6, 2012

0 Komentar
Masa tidak menanti kita,
Berlalu terus berlalu pergi,
Usia tidak menunggu kita,
Yang hidup pastinya mati.

Jadilah umat yang cintakan Allah,
Asuhlah diri mendekatinya!
Kumpulkan amalan menghadapi-Nya.

Apa pun yang diperoleh syukurilah,
Yang dikurnia balas dengan taqwa,
Mohon izin-Nya cemerlang laksana.

Berdoalah pohon keampunan,
Mulakan semula keazaman,
Jika tertinggal kita rugi,
Masa pasti berlalu pergi.

Malam dan siangnya penuh corak dan warna,
Gelap dan terang penuh bermakna,
Ada yang tersembunyi haru diselami.

Sebelum tersua jangan sekali-kali berhenti,
Kelak akan rugi hilang percuma,

Masa-masa yang cuma,
Sedikit ini.........



The Sweetest Song...

Oct 23, 2012

0 Komentar
Kau tahu
Kau lagu yang terindah
Yang suka kudengarkan
Yang suka kunyanyikan.

Yang menjadi halwa telinga
Penyejuk jiwa
Penenang rasa
Menghiburkan hati yang lara.

Lirikmu pula tersusun sempurna
Malah mendidik jiwa
Agar jadi hamba-Nya yang bertaqwa
Sungguh kau lagu yang terindah.

Tetapi, ku tahu 
Kini bukan hakku lagi
Untuk kudengarkan dan kunyanyikan
Kerna melodimu terlalu indah
Dan senimu tinggi nilainya.

Bukan layaknya lagi
Buat hiburan insan biasa 
dan asing sepertiku.

Namun, ku tetap bersyukur
Kerna aku bisa jua
Mendendangkan iramamu
Walau itu cuma dahulu
Sekurang-kurangnya
Aku sempat merasa bahagianya.

Terima kasih atas izinmu
Kerna pernah membenarkan aku 
Merasa terhibur dengan iramamu...

Oh I hate myself! T___T