Tak tahu lah,
aku dah tak seikhlas dulu,
seperti Ramadhan yang lepas,
hanya sekadar sedih, kemudian gembira,
sebab aku faham perpisahan ini kerana nak mengejar sesuatu yang lebih baik,
lebih indah.
Tapi perpsahan yang kali ini,
yang ada hanyalah,
rasa sedih dah marah,
aku tak tahu kenapa aku marah,
membaca pesanan yang terakhir tu,
entahlah.
Mungkin kau benar,
aku tak seperti dulu,
banyak yang berubah,
bukan sekadar hairstyle,
tapi,
entahlah...
aku tak tahu apa yang kau tahu,
tapi yang pasti, aku takkan menafikan segala apa yang kau dengar.
Tahu tak dah lama tak ada orang yang ingatkan aku,
seperti yang kau selalu lakukan dulu,
dan bila kita balik sekejap,
kau masih ingatkan, seperti yang dahulu,
aku gembira tahu, gembira! :'(
Walaupun yang kali ini,
memang aku tak ada semangat langsung nak sahut apa yang kau ingatkan tu,
sekurang-kurangnya kau biarkan aku melepaskan,
rasa rindu,
kepada pesanan-pesanan yang sebegitu,
datang kepada aku lagi.
puasa sunat, al-mulk, qiam,
and the list goes on,
tak ada yang pernah menemani aku seperti yang kau lakukan,
teman seperti kau cuma satu tahu,
cuma satu!
aku marah dengan diri aku sebab aku tak boleh hilangkan rasa marah,
dengan perpisahan yang kali ini,
mungkin kerana aku sudah semakin jauh,
dari memahami matlamat hidup yang sebenar,
maafkan aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komentar:
Post a Comment