Mengharap Angin Malam Menyanyi...

Nov 26, 2011

0 Komentar
Aku makin tak tahu...
Dari yang aku yakin...
kabur...
dan terus kabur...

kenapa susah sangat nak berdiri mengguna sepatu aku...?
kenapa nak terus tetap dengan belief sendri...?

Aku korbankan banyak kehendak aku...
sejak dari seumur kanak-kanak...
mungkin aku terlalu naif...
tak pandai memberontak...
tapi tahu tak...
dalaman ini terseksa teruk...

Memang aku bukan yang terbaik...
baik dari rupa, akal mahupun iman...
kalau nak dibandingkan dengan yang lain....
aku lebih lemah...
tapi tahu tak...
aku juga punya impian...
punya juga cita-cita...
miliki juga perasaan...

Aku semakin tak mampu nak fahami siapa aku...
apa yang boleh perjuang dan tak boleh...
sebab pengetahuan itu hanya Tuhan yang tahu...
Mungkin khilaf yang terlampau banyak...
jadi penyebab kekusustan ini...

Hanya Zat Yang Maha Suci mampu melerai derita ini...
tapi bagaimana...?
bila diri ini masih jauh dengan Dia...........

Too Shy To Say...

Oct 16, 2011

0 Komentar
HOMESICK!!!

Rumah Orang Besar...

Sep 18, 2011

0 Komentar


Kalau dah namanya raya, tak sah la kalau tak pergi beraya. Waktu-waktu macam nie la sepatutnya digunakan untuk pergi ke rumah member-member dan melepak di atas sofa yang ada kat dalam rumah diorang. Selama nie, kalau nak jumpa, balik-balik kat kedai mamak, kedai char koey teow, court badminton dan court futsal.

Aku juga tak ketinggalan untuk turut sama di dalam aktiviti ziarah menziarahi rumah kengkawan tak kira jauh dan dekat di hari raya. Kalau di hari-hari lain selain dari hari raya, memang gila la nak buat macam tue. Tuan rumah pun naik menyampah kan kalau kedatangan kita hanya semata-mata nak melepak dan bedal lauk-pauk yang ada kat dapurnya. Hari Raya benar-benar suatu event yang membenarkan aktiviti ziarah-menziarahi rumah kengkawan untuk dilakukan.

Mukadimah power gila kan. Cumanya, aku nak cerita yang hampir setiap tahun aku gembira dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri sebab di hari tersebut aku boleh ziarah-menziarahi rumah kengkawan. Paling koman, mesti makan seminggu jugak aku memenuhkan jadual berhari raya di rumah kawan-kawan pada hari raya di setiap tahun.

Termasuk juga pada sambutan hari raya tahun ni. Seminggu lebih aku guna untuk berhari raya. Al-maklumlah, ada dua minggu cuti hari raya sebelum kelas nak mula. Selalu, aku bawak kroni sekali untuk berhari raya. Memang tak laa kalau nak pegi berhari raya sorang-sorang. Konfem la tak meriah. Namun, aktiviti ziarah hari raya yang paling aku ingat sekali untuk tahun ini berlaku pada hari raya ke-4.

Petang tu, lepas solat Jumaat, member aku sorang nie call. Katanya nak ajak aku pergi berhari raya kat mana-mana. Aku on je. Ye lah, baru raya keempat kot. Banyak lagi rumah member yang aku belum serbu. Aku terus segera bersiap. Memandangkan aku ni bukanlah jenis lelaki yang metroseksual, makanya, tak sampai lima minit je, aku dah settle bersiap.

Segera aku memandu kereta terus menuju ke rumah member aku yang tadi tu. Rumahnya jauh juga dengan rumah aku, namun, kerana kecekapan aku memandu kereta yang tiada tolok bandingannya aku berjaya sampai ke rumahnya juga tak sampai lima minit. Ternyata, member aku tu dah siap sedia menanti di hadapan rumahnya sambil bermain henpon dan menyiram pokok mangga.

Cantiklah! Tak payah aku nak menunggu tak tentu pasal pulak kan. Terus aku memanggil dia untuk masuk ke dalam kereta segera memandangkan masa sudah semakin jeles dengan kitorang. Selepas saling bertegur sapa dengan menggunakan lawak-lawak kurang ajar dan tidak bertamadun, kami terus merancang perjalanan yang hendak ditempuh. Rumah siapa yang nak didahulukan, rumah siapa pulak yang nak dikemudiankan.

Sekali lagi, tak sampai lima minit pelan perjalanan siap direncana. Alah! Rancang teruk-teruk last-last bukannya nak ikut pun. Simple-simple udah la kan. Seterusnya kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang pertama. Jauh juga nak ke rumah member yang pertama. So, bersembang je lah kami di sepanjang perjalanan. Adakalanya kami sempat juga berkaraoke lagu-lagu kumpulan XPDC, Spider, Amuk dan Jamal Abdillah. Biasalah, mood hari raya.
*gilo ko apo nyanyi lagu cenggitu time raya*

Tetiba, dalam perjalanan yang panjang tu, mata aku tertarik kepada sesuatu objek yang, of kos lah, menarik perhatian aku. Kami guna jalan kampung. Dalam perjalanan tu, aku ternampak akan sebuah rumah agam yang besor gila kat tepi jalan tu. Dah namanya pun rumah agam, mestilah besar kan. Terpegun jugaklah aku melihatkan rumah yang sikit punya besar tu. Dengan pintu pagarnya yang warna keemasan. Kereta yang berbijik-bijik dekat tempat parking dengan jenama yang entah apa-apa. Taman-taman bunganya yang boleh juga kelihatan dari luar.



Pergh! Rumah sapa ni? Tak perasan pulak aku ada rumah camtu dekat situ. Baru siap kot rasanya. Terus aku bertanya kepada member aku, milik siapakah rumah agam itu. Member aku yang sedang asyik melayan lagu XPDC di corong radio di ketika itu mengambil sekilas pandang terhadap tersebut lantas menjawab, “Oh, tu rumah tokey kilang simen dekat area tempat nie. Kalau hang perasan, ada kita nampak kilang dia kat tepi jalan sebelum masuk simpang tadi.”

Oh, tokey kilang. No wonder la rumah besor yang amat. Gila betoi. Serius rumah dia pun dah besar kilang. Ke, memang kerana dia seorang tokey kilang, maka dia nak buat rumah dia pun besar kilang? Betullah pepatah Uganda ada mengatakan, kilang dan tokey kilang memang tak dapat dipisahkan.

Seketika aku berkhayal sebentar. Alangkah bestnya kalau aku pun mampu memiliki rumah semewah itu. Dengan kereta yang berderet-deret, motosikal berkuasa tinggi (terutamanya yang jenama BMW yang ada air-cond tu), ada garden lagi, pergh! Heaven seh!

Aku lihat member aku bolayan je dengan keadaan aku yang bermimpi-mimpi di siang hari tu. Mungkin baginya, lagu C.I.N.T.A nyanyian kumpulan XPDC itu lebih best berbanding rumah besar yang baru kelihatan sebentar tadi. Lantas, aku cuba mengheret member aku tu untuk masuk bersama ke dalam ruang anganku. “Weh, bagi hang la kan, sok dah gheja and beranak pinak nanti, mana yang hang nak? Rumah banglo besor macam tadi ka, rumah sederhana ja?”

Memang sengaja aku beri dua pilihan tu je. Rasanya, takde orang pun yang teringin nak memiliki rumah yang kecik dan sempit kan. Paling koman pun of kos la nak yang sederhana je, macam rumah teres dua tingkat dan sebagainya. Makanya, member aku tadi tu mula menunjukkan minat untuk turut sama di dalam memikirkan soal rumah tu.

Aku lihat, member aku tu macam berfikir sesuatu je. Suasana jadi sepi seketika. Kalau mengikut pendapat muktamar orang-orang kampung, kalau dah senyap macam tu, ada Malaikat tengah lalu. Oleh itu, berkemungkinan besar tempat-tempat seperti dewan peperiksaan dan library adalah tempat yang paling Malaikat suka untuk lalu-lalang.

“Weh! Aku tanya nie. Hang dok senyap apa. Sekali aku terajang, tekeluaq teruih dari keta nie kang,” kataku sedikit kurang ajar. Takdela sedikit, memang kurang ajar pun.

“Lu ada nampak gua goyang? Terajang la cepat! Gua tunggu ni,” balas memberku pula ala-ala Aaron Aziz seperti dalam filem KL Gangster.

Sambung memberku pula, “Aku rasa, aku lebih idamkan keluarga yang bahagia la.”

Tergelak besar aku mendengarkan jawapannya itu yang bagi aku, benar-benar terkeluar dari tajuk asal. Apa ada hal tetiba masuk keluarga bahagia ni? Orang tanya pasal rumah, yang kecoh cakap pasal family ni apa kes? “Helo kawan, gua cakap pasal rumah. Yang ada tiang dengan lantai tu. Gua tak cakap pasal lu nak hepi family ke, lex familia ke. Nie kalau jawab exam nie konfem kena pangkah terus ni,” kata aku sedikit menyindir. Ok, bukan sedikit, memang niat nak menyindir pun.

“Ok, apa yang membezakan antara rumah banglo dengan rumah sederhana macam yang hang tanya tadi?” tanya memberku.

Dengan penuh keyakinan tanpa was-was aku terus jawab, “Yang paling obvious sekali bezanya, tentulah keluasannya. Rumah sederhana memang selesa, tapi cukup-cukup makan je la. Kalau rumah mewah, tentulah lebih luas dan selesa. Baru syok nak rileks dan release tension.”

“Yep! That’s the point. Keluasan dan keselesaan tu yang sebenarnya menentukan keseronokan kita bila duduk di dalam rumah. Bagi aku, semua benda tu hanya boleh diperoleh bila kita memiliki keluarga yang bahagia. Regardless rumah kita tu besar atau kecil, mewah atau biasa, sempit atau luas.

Bila isi rumah tu ada keluarga yang bahagia, ada suami yang bertanggungjwab di dalam mendidik dan memelihara keluarga, isteri yang penyayang dan menguatkan tulang belakang suami, serta anak-anak yang soleh solehah yang menghormati kedua orang tuanya. Semua ahli keluarga saling berkasih sayang antara satu sama lain. Semua tu kalau kita mampu miliki, sudah cukup membuatkan jiwa kita terasa luas dan selesa biarpun rumah kita tak seluas mana,” terang memberku panjang lebar.



“Tapi, bila ada rumah yang luas, baru la seronok kita nak duduk dan lepaskan tension kan kalau nak dibandingkan duduk di rumah yang kecik,” balasku cuba menegakkan benang yang basah.

“Tak jugak. Nak dengar cerita tak. Aku ada sorang member ni. Family dia serius hidup serba kekurangan. Adik beradik dia ada 5 orang. Ayahnya hanya jual santan dekat market, ibunya pulak hanya ambik upah menjahit baju. Pulak tu, diorang satu family hanya tinggal dekat rumah flat je kat area lembah Klang. Tau-tau la rumah flat dekat area-area macam tu. Rumah cukup-cukup makan je, vicinity pun tak selesa.

Tapi, member aku tu selalu cakap yang dia tetap selesa tinggal di rumahnya. Sebab ayahnya selalu ambil peduli akan hal anak-anak dan isteri. Akhlak dan ibadah sentiasa diawasi dan diperhatikan. Seisi keluarga selalu berkumpul bersama dan berbual dan beramah mesra.

Ibunya pula tak pernah terlihat langsung olehnya merungut-rungut akan keadaan keluarga mereka biarpun memang sebenarnya keadaan keluarga amatlah tak menyenangkan. Malah selalu kelihatan ibunya menguatkan tulang belakang (pendirian & keyakinan) ayahnya.

Katanya lagi, selama dia hidup atas muka bumi ni, tak pernah sekalipun dia melihat ibu dan ayahnya bertengkar. Ibunya selalu merendahkan suara di hadapan ayahnya, ayahnya pula jarang sekali bersikap ego terhadap ibunya.

Tak kira adik beradik lagi. Semuanya masih terkawal dan terdidik. Tak terlibat dengan gejala-gejala remaja akhir zaman seperti merokok, berhibur yang berlebihan, meninggalkan solat, membuka aurat dan sebagainya. Segala benda tentang anak-anak sebolehnya ayahnya mahu awasi dan ambil peduli. Mana-mana yang silap segera dibetulkan dan dididik oleh ayahnya.

Tambahan pulak, anak-anak tak pernah rasa janggal untuk bercakap dan berbual-bual dengan ayahnya. Sebab ayahnya benar-benar mesra dengan kelima-lima adik beradiknya termasuk dirinya sendiri sejak masih kecil lagi. Sebab itu biarpun umurnya dah masuk 21 tahun, still dia tak keberatan untuk join sama-sama satu family bila diajak oleh ayahnya untuk bersama-sama pergi bersiar-siar ke mana-mana dengan hanya menaiki kereta Kancil yang sudah sekian lama duganakan oleh ayahnya tu.

Hang tak rasa suasana tu dah cukup memberikan kita rasa luas dan selesa ka tinggal di rumah? Kalau hang dengaq sendiri member aku tu cerita, mesti lebih terasa lagi keindahan dan keluasan serta keselesaan hidup di rumah yang ada keluarga yang bahagia.”



Aku yang terdiam sejak dari tadi turut sama tenggelam di dalam keasyikan hidup dengan keluarga yang bahagia. Tersentak aku dari lamunan bila member aku tu tiba-tiba je berhenti dari bercakap. Maksudnya, dia dah habis beri penerangan la tu. Namun, aku tetap tak berpuas hati, “Betul apa yang hang cakap tu. Tapi, kalau kita ada rumah yang luas dan selesa, bukan ke lebih menambahkan lagi keselesaan hidup berkeluarga?”

“Haha! Ketegaq sungguh! Betul apa yang hang kata tu. Tapi, keadaan rumah tu bukan sebab utama isi rumah nak merasa luas dan selesa. Cuba hang bayangkan, kalau kita mampu miliki rumah yang besar dan mewah tapi kita tak mampu nak miliki keluarga yang bahagia. Mesti kita lebih suka untuk melepak dengan kawan-kawan sampai tengah-tengah malam berbanding duduk di rumah yang luas dan mewah.

Yelah, kat rumah ada ayah yang tak ambil peduli soal anak-anak, punya ibu yang tidak penyayang dan pemarah, anak-anak yang tidak terkawal perilakunya serta tidak menghormati orang tuanya. Ini sebab biarpun kita tinggal di rumah yang besar dan elok, tapi jiwa kita tetap terasa sempit, lemas dan tidak selesa dengan suasana keluarga kat dalam rumah tu.

Padahal member aku yang duduk rumah flat tadi, sebelum senja ayahnya akan pastikan yang mereka sekeluarga akan ada di rumah. Dan member aku tu tak pernah rasa tertekan dengan keadaan tu, sebab dia merasa selesa dengan keluarganya.

See the different kan. Mana satu yang lebih utama. Rumah yang besar dan elok tak menjamin kebahagiaan isinya. Sedangkan keluarga yang harmoni tu yang sebenarnya menjamin keselesaan dan keluasan sesebuah rumah. Kalau mampu memiliki keluarga yang bahagia serta rumah yang mewah yang juga mewah dan elok, syukurlah. Aku pun rasa itu lebih baik.

Tapi, yang paling penting sekali keluarga di dalam rumah, bukan rumah tu sendiri yang nak menetukan selesa atau tak sesebuah rumah. Apa-apa hal pun, agak menyedihkan juga lah kalau, dah la rumah pun sempit, isi rumah pula langsung tak bahagia dan menyesakkan. Na’uzubillah min dzaalik.”



Ok, kali ni aku tak mampu nak tepis. Aku setuju 110% dengan pendapat member aku tu tadi. Aku akui semua adalah salah aku yang sudah tenggelam dengan keasyikan hidup secara materialistik. Sedang Rasulullah SAW tak mendidik pun umatnya untuk menumpu keselesaan hidup secara material di dunia.

Sebaliknya, baginda SAW lebih menekankan keselesaan hidup secara ma’nawi iaitu kebahagiaan jiwa. Iaitu dengan kebahagiaan Iman dan Islam serta kebahagiaan yang lebih kekal abadi iaitu di Syurga Tuhan yang lebih luas dan kekal keselesaannya forever after.

Peringatan penutup oleh member aku tadi, “Ingat! Allah tak ajar hamba-hamba-Nya untuk memohon kepada-Nya akan rumah yang mewah dan banglo yang luas dan indah, tapi Dia ajar untuk memohon seperti ni.”

“Ya Allah, berikanlah kami isteri-isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa” -al-Furqan:74-

Ramadhan Sepanjang Tahun...

Sep 9, 2011

0 Komentar
Hari ni da masuk hari ke 11 umat Islam di Malaysia berhari raya. Macam-macam yang aku dah buat bersempena dengan hari raya kali ni. Ziarah kawan, main mercun, tengok rancangan televisyen hari raya, pergi reunion dan sebagainya. Namun, raya kali nie ada suatu perasaan yang lain telah aku rasai.

Ia adalah perasaan meninggalkan Ramadhan. Sebabnya, dua tiga hari sebelum nak raya ari tu, aku ada terbaca suatu hadis ni, kat internet lah. Hadis tersebut adalah, “Sekiranya hamba-hamba Allah itu mengetahui apa–apa yang terdapat di bulan Ramadhan, niscaya mereka akan berharap seluruh tahun isinya ramadhan.” HR. A-Thabaroni

Hadis ni buat aku terfikir menjelang syawal hari tu. Berfikir akan apa yang baik ada dalam bulan Ramadhan yang boleh menyebabkan sorang hamba tu berharap agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan.

Ok, aku bukan orang yang baik sangat pun. Iman pun kekadang naik, selalunya turun. Amal ibadat pun tak seberapa, dah lah tak seberapa, tak berkualiti pula tu. Namun, setelah aku berfikir, terdapat jua satu dua perkara yang ada dalam bulan Ramadhan yang boleh jua menyebabkan aku punya rasa agar sepanjang tahun adalah Ramadhan.

1. Mata.



Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan untuk melaksanakan ibadah puasa fardhu cukup sebulan. Pattern posa aku adalah, terpaksa aku akui, hanya sekadar standard puasa orang awam. Hanya sekadar menjaga diri dari makan dan minum. Menahan lapar dan dahaga. Tapi, aku tetap tak pernah berpuas hati dengan kenyataan tersebut, cumanya, masih kurang mujahadah dalam diri aku nie untuk memperbaiki diri aku sendiri.

Jadi, bila dah penat menahan lapar dan dahaga, of course lah aku mengharapkan rewards dari Tuhan akan apa yang aku usahakan tu. *perasaan ini amatlah tidak elok dimiliki oleh seorang HAMBA! So, sebolehnya, aku nak mengurangkan budaya hidup di dalam kepompong maksiat yang amatlah susah hendak ditepis di dalam kehidupan hari ini.

Makanya, mujahadah mata di dalam bulan Ramadhan adalah yang paling aku utamakan. Tambahan pula, dah namanya lelaki, kelemahannya pastilah kepada tarikan wanita. Oleh kerana hendak memastikan pahala puasa aku tidak tercela dek kerana melihatkan kepada wanita yang bukan hak aku untuk melihatnya atau aurat mereka, aku berusaha sedaya upaya untuk menolehkan pandangan aku dari melihat kepada wanita di bulan Ramadhan.

Iklan tv yang memaparkan model-model yang cun-melecun, adakalanya seksi juga. Aku cuba elakkan dengan menghadkan waktu aku menonton televisyen. Tak silap aku, banyak juga hari di dalam bulan Ramadhan yang lalu, aku tak bukak tv langsung di siangnya, tapi aku ganti dengan main game lah.

Bila berjalan di supermarket, sikit punya banyak amoi-amoi yang cun-melecun pakai short pants yang short gila babeng, kekadang perempuan melayu pun ada, perempuan india jarang sekali kelihatan berpakaian begitu. Kekadang bukan dekat supermarket je, kat tepi-tepi jalan sekitar pekan pun bersepah perempuan yang berpakaian sebegitu. Aku usahakan jua untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada mereka. So, aku ambil langkah untuk jarang keluar rumah. Keluar bila betul-betul perlu je.

Tak kira lagi di facebook. Berapa ramai kaum perempuan yang memaparkan gambar-gambar mereka pada profile picturenya. Walaupun kebanyakannya bukanlah berpakaian tak senonoh, tapi banyak yang cun-melecun. For sure jantan-jantan bermata jalang macam aku nie suka untuk melihatnya. Jadi, di sepanjang Ramadhan yang lalu, jarang benar aku buka laptop ni. Kalau nak berfesbuk, aku just online pakai henset je. Alhamdulillah, bila online melalui henset ni, gambar tak keluar, hanya tulisan yang display semata-mata. Biasalah, henfon murah.

Ramadhan benar-benar menguatkan semangat aku untuk menahan mata ini dari bersikap liar berbanding hari-hari biasa di luar Ramadhan.

2. Subuh



Aku ini adalah seorang pemuda yang gagah perkasa, sihat tubuh badan dan punya BMI yang amat unggul. Namun, nak bangun subuh awal sikit punya liat. Liat nak mampos. Kekadang macam dah mampos dek kerna tido tuh. Di hari-hari biasa, manjang ja subuh aku ditunaikan di hujung-hujung waktu. Kerap jua terlepas waktu. Tensen juga, tapi, aku dah tak tau nak buat macam mana. Macam-macam cara aku dah cuba nak ubah gaya hidup fasik yang sebegitu.

Tips tido sejam setengah la, tido awal la, baca macam-macam bacaan sebelum tido la, guna lagu rock yang paling aku menyampah untuk dijadikan bunyi alarm clock. Namun semuanya menemui jalan buntu. Aku pun tak tahu apsal. Aku rasa hati ni yang bermasalah sebenarnya.

Tapi, Ramadhan yang lepas, setiap hari subuh aku ditunaikan tepat pada waktunya. Adakalanya ditunaikan di surau atau masjid. Hepi betul. Sebabnya adalah kerana adanya sahur. Tidak dapat tidak aku paksa juga naluri ini untuk bangun seawal jam lima pagi. Alah, kalau tak bangun pun, ada ja suara-suara yang memanggil. Ayah, mak dan adik. Puas hati betul bila mampu bangun awal untuk mengerjakan solat subuh tepat pada waktunya.

Sayangnya, naik Syawal yang ketiga hingga sekarang, aku rasa macam nak balik ke regular basis ja. Sedih, sedih. Macam mana laa aku nak kejutkan isteri aku bangun tahajud di masa hadapan nanti. Argh!

3. Budaya makan.



Dah namanya bulan puasa, pastilah makan dan minum lebih terjaga. Ada orang kata yang adakalanya nafsu makan lebih menggila di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Ini berlaku di saat hendak berbuka. Macam-macam yang dibeli. Seolah-olah dah sebulan tak jumpa makanan.

Alhamdulillah, puasa yang lepas budaya makan aku amat terkawal. Mak served makanan untuk sahur dan berbuka yang simple-simple je. Time sahur, burger sebijik dengan roti, time berbuka, nasi dengan lauk dua jenis je. Nasik pulak mak tanak sikit je. Cukup-cukup sorang dapat satu pinggan. Aku pula sedaya upaya time berbuka menahan diri untuk mengambil hanya sekadar nasi separuh pinggan sahaja.

Ya! Ramadhan yang lepas budaya makan aku agak terkawal. Sebab aku nak pastikan yang time terawih, perut aku tak buat hal macam tahun-tahun lepas. Dan hasilnya, terawih aku tahun nie aku berani katakan yang ada peningkatan yang baik dari segi kualiti dan perlaksanaannya. Alhamdulillah.

Compare dengan waktu-waktu yang lain selain bulan Ramadhan. Budaya makan aku agak buas juga. Pagi sekali, tengahari sekali, petang sekali, malam sekali. Selalunya, setiap ‘sekali’ tu adalah makanan-makanan yang berat. Kalau di Ramadhan yang lepas, makan aku hanya pada waktu sahur dan berbuka sahaja. Itu pun menu-menu yang simple sahaja seperti aku dah tulis tadi.

*Except, on that one silly willy day yang aku makan gila tak ingat punya sebab tah kenapa satu hari di bulan puasa tu mak aku masak lauk killernya dengan kuantiti yang agak banyak. Tak silap aku, dekat dua puluh hari gak la aku tahan untuk makan nasi separuh pinggan ja sebelum hari tu. Tapi, hari tu aku tak kasi can, lauk banyak lagi, takde sapa nak habiskan, aku bedal sampai licin kuali. Hasilnya, lepas sahur soknya aku memerut sampai dekat nak habis subuh jadinya. So silly!

4.Reciting Quran.



Ok, yang nie memang obvious. Bukan aku ja. Majoriti besar masyarakat Muslim di Malaysia akan kembali dekat dengan Quran di sepanjang bulan Ramadhan. Bagi aku, ia suatu suasana yang baik. Bila di mana-mana, di televisyen, radio, post video di facebook, semuanya kedengaran alunan bacaan al-Quran. Aku juga tak mahu terlepas dalam keindahan suasana yang begini.

Alhamdulillah, setiap hari Quran yang lama tersimpan dalam laci meja tu aku buka untuk dibaca. Walaupun taklah khatam satu Quran, tapi, aku tetap gembira bila aku jadi rajin untuk membudayakan pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian aku.

Tambahan pula setiap hari Subuh aku tunaikan tepat pada waktunya, waktu lepas subuh tu aku utilize betul-betul untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran. Seronok betul baca al-Quran time tu. Secara tak langsung, solat subuh di awal waktu tue sebenarnya yang boost semangat aku untuk memulakan hariku dengan bacaan al-Quran. Tapi, kalau dah solat pun di hujung-hujung waktu macam di bulan-bulan selain Ramadhan, memang takde mood la aku na baca al-Quran sebab dah tak ada lagi bagi aku waktu yang lapang selepas solat Subuh.

Malangnya, masuk satu Syawal, budaya itu terus ditinggalkan. Sedih juga bila difikirkan balik. Tapi kejap je la rasa sedih tu. Sebab tumpuan aku lebih terarah untuk bergembira di hari raya. Aduh! Lemahnya diri.

________________________________________________________________________________

Empat perkara tue ja yang aku rasa berlaku pada bulan Ramadhan yang tak pula berlaku pada bulan-bulan selainnya yang menyebabkan aku berharap agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan. Padahal sebenarnya banyak lagi sebab-sebab yang bagi aku lebih baik yang dirasai oleh orang-orang yang bertaqwa terhadap bulan Ramadhan yang menyebabkan mereka berharap agar Ramadhan itu berlaku di sepanjang tahun.

Aku sedari aku masih jauh dari standard mereka. Namun, aku terus berusaha berjuang di dalam hidup untuk memastikan nafasku yang terakhir adalah sebagai hamba Allah yang bertaqwa.

On the other hand atau di sebelah tangan yang satu lagi, ada satu perkara yang membuatkan aku merasa kurang selesa di dalam bulan Ramadhan. Perkara ney ekceli bukanlah kerana bulan Ramadhan tue sendiri, tapi adalah kerana sikap aku sendiri.

Yang aku maksudkan adalah, sepanjang Ramadhan yang lalu, kuat betul aku tido. Tak kisah la siang ke, malam ke, yang teruknya siang lah, asyik tidoo ja. Gila lemah! Nak bagi orang nampak yang puasa tue mengurangkan produktiviti seorang manusia ka apa. Padahal sepatutnya dengan puasa, kita kena lebih bertenaga dan lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara.

Nabi SAW dan para sahabat dulu masa berperang time perang Badar pun mereka semua berpuasa. Tak da pulak bukti yang menunjukkan puasa tu melemahkan mereka. Siap menang pulak tu. Bilangan tentera pun amatlah sedikit berbanding bilangan tentera musuh. Jadi bukti pula bahawa puasa tu menguatkan lagi stamina dan tubuh badan seseorang. Aku rasa, itulah bukti puasa orang-orang yang bertaqwa.

Puasa orang-orang awam macam aku ni, memang tak hairan la kalau diisi dengan aktiviti tidur je. Tambahan pulak Ramadhan kali ni sebulan penuh aku berpuasa kat rumah. Sekadar puasa menahan lapar je lah. Tidur, tidur dan tidur sahaja sementara menunggu waktu berbuka. Satu benda ni yang aku rasa perlu aku ubah dalam nak menjalankan ibadah puasa di masa akan datang.

Aku tak nak jadi bukti yang diguna musuh-musuh Islam bagi menunjukkan bahawa ibadah puasa tu melemahkan manusia dan mengurangkan daya produktiviti. Aku nak ibadah puasa yang berkualiti. Aku nak berpuasa dengan puasa yang menyebabkan Allah cinta pada aku. Aku nak puasa aku lebih dari sekadar menahan lapar dan dahaga.

Setakat ‘nak’ je tak guna bro. Walk the talk laa. Semoga ada juga jodohku dengan Ramadhan tahun hadapan...


Wahan...

Sep 3, 2011

0 Komentar
Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “CINTA PADA DUNIA DAN TAKUT PADA MATI.”
(Riwayat Abu Daud)