Rumah Orang Besar...

Sep 18, 2011



Kalau dah namanya raya, tak sah la kalau tak pergi beraya. Waktu-waktu macam nie la sepatutnya digunakan untuk pergi ke rumah member-member dan melepak di atas sofa yang ada kat dalam rumah diorang. Selama nie, kalau nak jumpa, balik-balik kat kedai mamak, kedai char koey teow, court badminton dan court futsal.

Aku juga tak ketinggalan untuk turut sama di dalam aktiviti ziarah menziarahi rumah kengkawan tak kira jauh dan dekat di hari raya. Kalau di hari-hari lain selain dari hari raya, memang gila la nak buat macam tue. Tuan rumah pun naik menyampah kan kalau kedatangan kita hanya semata-mata nak melepak dan bedal lauk-pauk yang ada kat dapurnya. Hari Raya benar-benar suatu event yang membenarkan aktiviti ziarah-menziarahi rumah kengkawan untuk dilakukan.

Mukadimah power gila kan. Cumanya, aku nak cerita yang hampir setiap tahun aku gembira dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri sebab di hari tersebut aku boleh ziarah-menziarahi rumah kengkawan. Paling koman, mesti makan seminggu jugak aku memenuhkan jadual berhari raya di rumah kawan-kawan pada hari raya di setiap tahun.

Termasuk juga pada sambutan hari raya tahun ni. Seminggu lebih aku guna untuk berhari raya. Al-maklumlah, ada dua minggu cuti hari raya sebelum kelas nak mula. Selalu, aku bawak kroni sekali untuk berhari raya. Memang tak laa kalau nak pegi berhari raya sorang-sorang. Konfem la tak meriah. Namun, aktiviti ziarah hari raya yang paling aku ingat sekali untuk tahun ini berlaku pada hari raya ke-4.

Petang tu, lepas solat Jumaat, member aku sorang nie call. Katanya nak ajak aku pergi berhari raya kat mana-mana. Aku on je. Ye lah, baru raya keempat kot. Banyak lagi rumah member yang aku belum serbu. Aku terus segera bersiap. Memandangkan aku ni bukanlah jenis lelaki yang metroseksual, makanya, tak sampai lima minit je, aku dah settle bersiap.

Segera aku memandu kereta terus menuju ke rumah member aku yang tadi tu. Rumahnya jauh juga dengan rumah aku, namun, kerana kecekapan aku memandu kereta yang tiada tolok bandingannya aku berjaya sampai ke rumahnya juga tak sampai lima minit. Ternyata, member aku tu dah siap sedia menanti di hadapan rumahnya sambil bermain henpon dan menyiram pokok mangga.

Cantiklah! Tak payah aku nak menunggu tak tentu pasal pulak kan. Terus aku memanggil dia untuk masuk ke dalam kereta segera memandangkan masa sudah semakin jeles dengan kitorang. Selepas saling bertegur sapa dengan menggunakan lawak-lawak kurang ajar dan tidak bertamadun, kami terus merancang perjalanan yang hendak ditempuh. Rumah siapa yang nak didahulukan, rumah siapa pulak yang nak dikemudiankan.

Sekali lagi, tak sampai lima minit pelan perjalanan siap direncana. Alah! Rancang teruk-teruk last-last bukannya nak ikut pun. Simple-simple udah la kan. Seterusnya kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang pertama. Jauh juga nak ke rumah member yang pertama. So, bersembang je lah kami di sepanjang perjalanan. Adakalanya kami sempat juga berkaraoke lagu-lagu kumpulan XPDC, Spider, Amuk dan Jamal Abdillah. Biasalah, mood hari raya.
*gilo ko apo nyanyi lagu cenggitu time raya*

Tetiba, dalam perjalanan yang panjang tu, mata aku tertarik kepada sesuatu objek yang, of kos lah, menarik perhatian aku. Kami guna jalan kampung. Dalam perjalanan tu, aku ternampak akan sebuah rumah agam yang besor gila kat tepi jalan tu. Dah namanya pun rumah agam, mestilah besar kan. Terpegun jugaklah aku melihatkan rumah yang sikit punya besar tu. Dengan pintu pagarnya yang warna keemasan. Kereta yang berbijik-bijik dekat tempat parking dengan jenama yang entah apa-apa. Taman-taman bunganya yang boleh juga kelihatan dari luar.



Pergh! Rumah sapa ni? Tak perasan pulak aku ada rumah camtu dekat situ. Baru siap kot rasanya. Terus aku bertanya kepada member aku, milik siapakah rumah agam itu. Member aku yang sedang asyik melayan lagu XPDC di corong radio di ketika itu mengambil sekilas pandang terhadap tersebut lantas menjawab, “Oh, tu rumah tokey kilang simen dekat area tempat nie. Kalau hang perasan, ada kita nampak kilang dia kat tepi jalan sebelum masuk simpang tadi.”

Oh, tokey kilang. No wonder la rumah besor yang amat. Gila betoi. Serius rumah dia pun dah besar kilang. Ke, memang kerana dia seorang tokey kilang, maka dia nak buat rumah dia pun besar kilang? Betullah pepatah Uganda ada mengatakan, kilang dan tokey kilang memang tak dapat dipisahkan.

Seketika aku berkhayal sebentar. Alangkah bestnya kalau aku pun mampu memiliki rumah semewah itu. Dengan kereta yang berderet-deret, motosikal berkuasa tinggi (terutamanya yang jenama BMW yang ada air-cond tu), ada garden lagi, pergh! Heaven seh!

Aku lihat member aku bolayan je dengan keadaan aku yang bermimpi-mimpi di siang hari tu. Mungkin baginya, lagu C.I.N.T.A nyanyian kumpulan XPDC itu lebih best berbanding rumah besar yang baru kelihatan sebentar tadi. Lantas, aku cuba mengheret member aku tu untuk masuk bersama ke dalam ruang anganku. “Weh, bagi hang la kan, sok dah gheja and beranak pinak nanti, mana yang hang nak? Rumah banglo besor macam tadi ka, rumah sederhana ja?”

Memang sengaja aku beri dua pilihan tu je. Rasanya, takde orang pun yang teringin nak memiliki rumah yang kecik dan sempit kan. Paling koman pun of kos la nak yang sederhana je, macam rumah teres dua tingkat dan sebagainya. Makanya, member aku tadi tu mula menunjukkan minat untuk turut sama di dalam memikirkan soal rumah tu.

Aku lihat, member aku tu macam berfikir sesuatu je. Suasana jadi sepi seketika. Kalau mengikut pendapat muktamar orang-orang kampung, kalau dah senyap macam tu, ada Malaikat tengah lalu. Oleh itu, berkemungkinan besar tempat-tempat seperti dewan peperiksaan dan library adalah tempat yang paling Malaikat suka untuk lalu-lalang.

“Weh! Aku tanya nie. Hang dok senyap apa. Sekali aku terajang, tekeluaq teruih dari keta nie kang,” kataku sedikit kurang ajar. Takdela sedikit, memang kurang ajar pun.

“Lu ada nampak gua goyang? Terajang la cepat! Gua tunggu ni,” balas memberku pula ala-ala Aaron Aziz seperti dalam filem KL Gangster.

Sambung memberku pula, “Aku rasa, aku lebih idamkan keluarga yang bahagia la.”

Tergelak besar aku mendengarkan jawapannya itu yang bagi aku, benar-benar terkeluar dari tajuk asal. Apa ada hal tetiba masuk keluarga bahagia ni? Orang tanya pasal rumah, yang kecoh cakap pasal family ni apa kes? “Helo kawan, gua cakap pasal rumah. Yang ada tiang dengan lantai tu. Gua tak cakap pasal lu nak hepi family ke, lex familia ke. Nie kalau jawab exam nie konfem kena pangkah terus ni,” kata aku sedikit menyindir. Ok, bukan sedikit, memang niat nak menyindir pun.

“Ok, apa yang membezakan antara rumah banglo dengan rumah sederhana macam yang hang tanya tadi?” tanya memberku.

Dengan penuh keyakinan tanpa was-was aku terus jawab, “Yang paling obvious sekali bezanya, tentulah keluasannya. Rumah sederhana memang selesa, tapi cukup-cukup makan je la. Kalau rumah mewah, tentulah lebih luas dan selesa. Baru syok nak rileks dan release tension.”

“Yep! That’s the point. Keluasan dan keselesaan tu yang sebenarnya menentukan keseronokan kita bila duduk di dalam rumah. Bagi aku, semua benda tu hanya boleh diperoleh bila kita memiliki keluarga yang bahagia. Regardless rumah kita tu besar atau kecil, mewah atau biasa, sempit atau luas.

Bila isi rumah tu ada keluarga yang bahagia, ada suami yang bertanggungjwab di dalam mendidik dan memelihara keluarga, isteri yang penyayang dan menguatkan tulang belakang suami, serta anak-anak yang soleh solehah yang menghormati kedua orang tuanya. Semua ahli keluarga saling berkasih sayang antara satu sama lain. Semua tu kalau kita mampu miliki, sudah cukup membuatkan jiwa kita terasa luas dan selesa biarpun rumah kita tak seluas mana,” terang memberku panjang lebar.



“Tapi, bila ada rumah yang luas, baru la seronok kita nak duduk dan lepaskan tension kan kalau nak dibandingkan duduk di rumah yang kecik,” balasku cuba menegakkan benang yang basah.

“Tak jugak. Nak dengar cerita tak. Aku ada sorang member ni. Family dia serius hidup serba kekurangan. Adik beradik dia ada 5 orang. Ayahnya hanya jual santan dekat market, ibunya pulak hanya ambik upah menjahit baju. Pulak tu, diorang satu family hanya tinggal dekat rumah flat je kat area lembah Klang. Tau-tau la rumah flat dekat area-area macam tu. Rumah cukup-cukup makan je, vicinity pun tak selesa.

Tapi, member aku tu selalu cakap yang dia tetap selesa tinggal di rumahnya. Sebab ayahnya selalu ambil peduli akan hal anak-anak dan isteri. Akhlak dan ibadah sentiasa diawasi dan diperhatikan. Seisi keluarga selalu berkumpul bersama dan berbual dan beramah mesra.

Ibunya pula tak pernah terlihat langsung olehnya merungut-rungut akan keadaan keluarga mereka biarpun memang sebenarnya keadaan keluarga amatlah tak menyenangkan. Malah selalu kelihatan ibunya menguatkan tulang belakang (pendirian & keyakinan) ayahnya.

Katanya lagi, selama dia hidup atas muka bumi ni, tak pernah sekalipun dia melihat ibu dan ayahnya bertengkar. Ibunya selalu merendahkan suara di hadapan ayahnya, ayahnya pula jarang sekali bersikap ego terhadap ibunya.

Tak kira adik beradik lagi. Semuanya masih terkawal dan terdidik. Tak terlibat dengan gejala-gejala remaja akhir zaman seperti merokok, berhibur yang berlebihan, meninggalkan solat, membuka aurat dan sebagainya. Segala benda tentang anak-anak sebolehnya ayahnya mahu awasi dan ambil peduli. Mana-mana yang silap segera dibetulkan dan dididik oleh ayahnya.

Tambahan pulak, anak-anak tak pernah rasa janggal untuk bercakap dan berbual-bual dengan ayahnya. Sebab ayahnya benar-benar mesra dengan kelima-lima adik beradiknya termasuk dirinya sendiri sejak masih kecil lagi. Sebab itu biarpun umurnya dah masuk 21 tahun, still dia tak keberatan untuk join sama-sama satu family bila diajak oleh ayahnya untuk bersama-sama pergi bersiar-siar ke mana-mana dengan hanya menaiki kereta Kancil yang sudah sekian lama duganakan oleh ayahnya tu.

Hang tak rasa suasana tu dah cukup memberikan kita rasa luas dan selesa ka tinggal di rumah? Kalau hang dengaq sendiri member aku tu cerita, mesti lebih terasa lagi keindahan dan keluasan serta keselesaan hidup di rumah yang ada keluarga yang bahagia.”



Aku yang terdiam sejak dari tadi turut sama tenggelam di dalam keasyikan hidup dengan keluarga yang bahagia. Tersentak aku dari lamunan bila member aku tu tiba-tiba je berhenti dari bercakap. Maksudnya, dia dah habis beri penerangan la tu. Namun, aku tetap tak berpuas hati, “Betul apa yang hang cakap tu. Tapi, kalau kita ada rumah yang luas dan selesa, bukan ke lebih menambahkan lagi keselesaan hidup berkeluarga?”

“Haha! Ketegaq sungguh! Betul apa yang hang kata tu. Tapi, keadaan rumah tu bukan sebab utama isi rumah nak merasa luas dan selesa. Cuba hang bayangkan, kalau kita mampu miliki rumah yang besar dan mewah tapi kita tak mampu nak miliki keluarga yang bahagia. Mesti kita lebih suka untuk melepak dengan kawan-kawan sampai tengah-tengah malam berbanding duduk di rumah yang luas dan mewah.

Yelah, kat rumah ada ayah yang tak ambil peduli soal anak-anak, punya ibu yang tidak penyayang dan pemarah, anak-anak yang tidak terkawal perilakunya serta tidak menghormati orang tuanya. Ini sebab biarpun kita tinggal di rumah yang besar dan elok, tapi jiwa kita tetap terasa sempit, lemas dan tidak selesa dengan suasana keluarga kat dalam rumah tu.

Padahal member aku yang duduk rumah flat tadi, sebelum senja ayahnya akan pastikan yang mereka sekeluarga akan ada di rumah. Dan member aku tu tak pernah rasa tertekan dengan keadaan tu, sebab dia merasa selesa dengan keluarganya.

See the different kan. Mana satu yang lebih utama. Rumah yang besar dan elok tak menjamin kebahagiaan isinya. Sedangkan keluarga yang harmoni tu yang sebenarnya menjamin keselesaan dan keluasan sesebuah rumah. Kalau mampu memiliki keluarga yang bahagia serta rumah yang mewah yang juga mewah dan elok, syukurlah. Aku pun rasa itu lebih baik.

Tapi, yang paling penting sekali keluarga di dalam rumah, bukan rumah tu sendiri yang nak menetukan selesa atau tak sesebuah rumah. Apa-apa hal pun, agak menyedihkan juga lah kalau, dah la rumah pun sempit, isi rumah pula langsung tak bahagia dan menyesakkan. Na’uzubillah min dzaalik.”



Ok, kali ni aku tak mampu nak tepis. Aku setuju 110% dengan pendapat member aku tu tadi. Aku akui semua adalah salah aku yang sudah tenggelam dengan keasyikan hidup secara materialistik. Sedang Rasulullah SAW tak mendidik pun umatnya untuk menumpu keselesaan hidup secara material di dunia.

Sebaliknya, baginda SAW lebih menekankan keselesaan hidup secara ma’nawi iaitu kebahagiaan jiwa. Iaitu dengan kebahagiaan Iman dan Islam serta kebahagiaan yang lebih kekal abadi iaitu di Syurga Tuhan yang lebih luas dan kekal keselesaannya forever after.

Peringatan penutup oleh member aku tadi, “Ingat! Allah tak ajar hamba-hamba-Nya untuk memohon kepada-Nya akan rumah yang mewah dan banglo yang luas dan indah, tapi Dia ajar untuk memohon seperti ni.”

“Ya Allah, berikanlah kami isteri-isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa” -al-Furqan:74-

0 Komentar:

Post a Comment