Dia sudah jadi sempurna,
Kerna dia cuma ada Tuhannya,
Tak ada Tuhan, tak ada yang layak disembah,
Kecuali Tuhannya.
Bila dia ada Tuhannya,
Bahagia hatinya hanya dengan beramal untuk Tuhannya,
Melaksana yang wajib, yang sunat tak dilupa,
Malah bahagia lagi hatinya dengan mengajak yang lain bersama,
Untuk berlumba-lumba mencari redha Tuhannya,
Kerna dia...ada Tuhannya.
Bila dia ada Tuhannya,
Bencinya hanya pada perkara yang tak disukai Tuhannya,
Muhasabah dirinya luar biasa,
Malah mengajak pula yang lain untuk turut sama,
Menjauhi hal yang mengundang murka Tuhannya,
Kerna dia...ada Tuhannya.
Bila dia ada Tuhannya,
Hidupnya bukan untuk dirinya semata,
Tapi takkan terlupa makhluk-makhluk Tuhannya yang lain dari fikirannya,
Yang miliki nasib yang kurang baik berbandingnya,
Anak-anak kecil yang menderita,
Mangsa penindasan yang sengsara,
Si miskin yang tiada apa,
Teman-teman yang menerima duga,
Semua tak terlepas dari fikirannya semampunya,
Dia punya cita-cita membantu mereka,
Pergi sendiri melihat dan membantu apa daya,
Bukan sekadar berfikir semata,
Malah tak mensia senjata utama,
Doa terus memohon kepada bantuan Raja Yang Berkuasa,
Semuanya hanyalah kerana,
Dia ada Tuhannya.
Bila dia ada Tuhannya,
Tak siapa mampu mempermainkannya,
Tak siapa mampu membuang waktu hidupnya,
Tak siapa mampu mensia-siakan dia,
Tak siapa mampu membelakangi dia,
Mana mungkin begitu pula,
Bila Tuhannya Yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi,
Apatah lagi yang nyata,
Segala sesuatu dalam pengetahuan Tuhannya,
Meski sehelai daun yang gugur nun di ceruk belantara,
Aduh siapa pun takkan mampu menyembunyi darinya,
Kerna dia...ada Tuhannya.
Bila dia ada Tuhannya,
Dia tak perlukan manusia,
Dia tak perlu bergantung pada manusia,
Dia tak perlu bersandar pada manusia,
Dia tak pula berharap pada manusia,
Tapi manusia yang perlukan dia,
Manusia yang mencari dia,
Manusia yang mengejar dia,
Bagi mencari tahu,
Caranya memiliki hidup tanpa kebergantungan pada manusia,
Kerna dia...sentiasa yakin bahawa,
Tuhannya selalu ada.
*sesungguhnya aku telah masuk bersama mereka yang zalim dan menzalimi...:'(

0 Komentar:
Post a Comment