Bebaru ni aku telah diuji Tuhan dengan ujian yang agak perit sebenarnya. Tah macam mana entah tetiba je aku kena serang sakit yang agak pelik. Lebih seminggu gak la aku menderita sakit tu. Kepala aku jadi pening dan sakit yang luar biasa. Sakit gila!
Berdenyut-denyut memanjang. Belakang mata ni sakit sangat. Sampai kalau kelip mata ni pun leh efek kepala aku ni. Nak berjalan pun tak boleh nak seimbangkan badan. Bukan demam ke apa. Just sakit kepala. Tapi sakitnya, Tuhan je la yang tahu macam mana peritnya aku nak tangung. Berdiri tak selesa, duduk tak selesa, berbaring pun tak selesa.
Dari pagi bawak ke petang, dari petang bawak ke malam dan dari malam tu bawak ke pagi balik. Aku pun taktau sakit apa. Yang paling tensen tu, nak tido malam pun tak boleh. Teruk betul denyutnya. Sampai aku dengan secara tak sengaja menghantuk-hantukkan kepala aku kat dinding sebab aku dah tak tahu dah macam mana nak hilangkan sakit kepala yang teruk yang amat ni. Sampai satu tahap, aku terfikir gak, nie sakit buatan orang ke apa yang teruk sangat ni.

And guess what, tiga orang doktor kot aku pegi jumpa untuk cure sakit aku ni.
Doktor yang pertama cakap aku kena gastrik. Kelakar jugak kalau nak difikirkan balik. Serius ke gastrik boleh menyebabkan sakit kepala yang luar biasa cenggini? Aku segan nak tanya balik doktor tu sebab aku memang tak boleh nak kata apa. Cuma boleh angguk-angguk je tanda setuju dengan pendapat professional doktor tersebut. Sehari aku makan ubat gastrik yang dia bagi, tetiba dari sakit kepala dia bawak pegi ke muntah-muntah yang berterusan sepanjang malam tuh. Ah sudah! Dengan sakit kepala tu pun tak hilang-hilang lagi.
Aku buang terus ubat gastrik doktor tuh. Ingatkan boleh sembuh, ni bertambah sakit pulak jadinya. Aku pegi jumpa doktor yang kedua. Kebetulan masa jumpa tu suhu badan aku dah naik sikit. Lepas doktor yang kedua ni check, sekali dia suspect denggi la pulak. Terkejut gila aku. Dalam hati ni jenuh berdoa pada Allah mintak-mintak janganla denggi. Jenuh laa nak kena duduk wad pulak dua minggu.
Seriously aku amat-amat-amat tak sukaaa duduk dekat wad. Aku pernah experience sekali dulu masuk wad. Tiga hari je, tapi naluri aku terseksa gila duduk kat situ. Serius aku tak boleh duduk kat wad sepital. Memang aku berazam sangat-sangat yang kalau boleh sepanjang hidup aku yang mendatang ni, aku taknak masuk wad lagi dah. Bad experience kot.
Tapi doktor tu suspect je. Sebab tengok keadaan aku tu yang ada sikit menunjukkan simptom-simptom denggi. But first kena la check darah dulu. Sementara nak menunggu result tu, bertambah kacau pulak jiwa aku. Dah la sakit gila ni, ditambah pulak dengan ada possibility nak kena denggi. Rasa macam nak nangis pun ada.
Bila doktor tunjukkan result, syukur Alhamdulillah negatif resultnya tu. Tapi kandungan air dalam darah tu minima sangat. Doktor kata mungkin sebab tu kepala aku rasa macam nak pecah. Doktor pun bagi ubat lain, tapi katanya kalau within 24 jam still sakitnya tak reda, elok pegi jumpa doktor kat hospital. Oh, lupa nak gitau, dua-dua doktor yang tersebut tuh adalah doktor-doktor klinik biasa je.
Aku pun ambik la ubat-ubat yang doktor tu bagi, makan ikut time dan sebagainya. Hari yang esoknya makin teruk pulak sakit aku ni. Waktu malam sampai aku jadi macam meracau sikit sebab tak tahan dengan sakit kepala yang amat sangat ni. Ditambah pulak dengan muntah-muntah yang macam bertambah kritikal je, suhu badan pun makin naik.
Nampak gayanya terpaksalah aku pegi hospital. Sampai kat hospital, sekali lagi doktor ambik darah sebab doktor kat sepital pun suspect denggi jugak. Alahai! Tensen laagi. Kepala dah sakit gila ni. Semalam ingat dah survive dah dari denggi. Sekali hari ni pun doktor cakap pasal denggi. Tensen, tensen.
Lepas check darah, Alhamdulillah, still negatif keputusannya. Tapi kali ni doktor bagi kemungkinan yang lain pulak. Katanya mungkin aku kena jangkitan saraf. Tu pasal kepala aku sakit yang luar biasa ni. Aiseymen, apa hal pulak main jangkitan-jangkitan saraf nih. Macam teruk sangat je bunyinya. Doktor bagi aku dua pilihan, sama ada nak ambik ubat dan balik rumah macam biasa, atau stay kat wad barang seminggu pasal senang doktor nak buat follow-up. Tapi encik doktor to prefer the latter lah. Aku tak pikir panjang, terus je aku cakap nak balik rumah. Wad? For million years, no!
Dan masa pun berlalu, makan ubat, dan aku menderita sedikit dua tiga hari kemudiannya dan Alhamdulillah, sembuh juga sakit aku ni. Ekceli, bukanlah sakit aku ni yang aku excited nak cerita (padahal dah berjela-jela tulih pasal sakit je), cumanya, nak jadi cerita, ada seorang kawan ni secara tetiba pulak datang kesedaran kat dalam hatinya nak jadi concern pasal aku sepanjang aku sakit tu.

Hampir setiap hari dia tanya pasal keadaan aku, bagi cam motivasi sikit kat aku supaya boleh hadapi dugaan yang Allah beri ni. Memang tak menyembuhkan langsung pun penyakit yang aku tanggung tu kalau setakat hanya text mesej bertanya khabar berita, tapi aku amat-amat appreciate keprihatinan hati dia tuh yang at least ada orang jugaklah yang aku boleh bercerita dan mengadu rasa sakit yang amat sangat masa tu.
Ada sekali tu, tetiba ja dia bagitau aku pasal kisah Nabi Ayub as. Kalau nak compare keadaan aku dengan sakit yang Nabi Ayub as tanggung dulu, memang jauuuhhhhhh sesangat bezanya. So, aku harus terus kuat bersabar.
Aku pun recall la balik kisah Nabi Ayub as yang mana kisah baginda antara yang paling aku suka baca masa kat sekolah menengah dulu. Buku ada tersimpan elok kat surau sekolah aku tu. Sekarang ni taktau la masih ada ke tak.
Baginda lebih teruk dugaanya. Diserang sakit sopak, habih satu badan jadi berbau busuk, anak-anak semua meninggal dunia, orang ramai pun habih pulau baginda, harta benda baginda semua habih lenyap sampai jatuh papa kedana dan yang paling menyedihkan sekali, isteri baginda yang tercinta pun terpaksa tinggalkan baginda keseorangan sebab dah tak sanggup dah nak bersama dengan baginda yang dah teruk sangat keadaanya tu.
Pulak tu, keadaan baginda yang amat derita tu berterusan selama tujuh tahun kot. Lama gila. Aku ni, tak sampai dua minggu pun dah tak sanggup dah nak hadapi sakit yang Allah beri ni. Tapi, part yang paling menakutkan aku sekali adalah bila aku teringat balik hasil bacaan aku dulu, keadaan Nabi Ayub as tu akan dijadikan dalil oleh Allah swt dekat padang mahsyar nanti, yang sakit ni bukan alasan untuk lengahkan ibadah.
Nanti memang ada golongan yang minta excuse dari Allah yang mana mereka ni kurang beramal ibadah masa kat dunia sebab sakit yang sering menyerang. So, Allah uji Nabi Ayub as adalah untuk dijadikan hujah terhadap jenis-jenis manusia yang beralasan macam tu kat padang mahsyar nanti.
Walaupun Nabi Ayub as ditimpa musibah yang amat berat gila yang amat tu, baginda tetap beramal seperti biasa sama macam masa baginda sihat sebelumnya. Tak kurang sikit pun. Tetap terus menurus beramal ibadat untuk Allah, Tuhan Penguasa seluruh alam. Tak peduli pun dengan sakit yang baginda alami tu.
Baginda pun manusia biasa jugak, sama macam kita. Cumanya pangkat Nabi yang baginda dapat tu mengelakkan baginda dari mendapat dosa. Tapi still baginda ada struktur tubuh macam kita jugak. Yang tetap merasa hangat ketika panas dan sejuk ketika hujan. Tak beza pun. Tapi masih tetap menjalankan amal ibadat seperti biasa biarpun tujuh tahun ditimpa sakit yang membuatkan baginda hilang segala-galanya yang ada di dunia.
So, jadilah ia hujah yang kukuh untuk nak melawan alasan orang-orang yang mintak pelepasan dari melakukan amal ibadat dek kerana sakit yang dialami. Sebab sakit yang paling teruk ditimpa ke atas manusia pun tetap tak menghalang manusia tu dari terus menerus memperbanyakkan amal ibadat sama seperti di ketika dia masih sihat. Dan manusia tersebut adalah Nabi Ayub as.
Aku pun compare lah dengan diri aku yang kononnya ‘teruk’ sangat sakit ni...
Yang sunat memang tinggal terus, yang wajib pulak buat seringkas mungkin. Tak pernah dibuat orang solat 4 rakaat tak sampai lima minit. Nak cepat habis je. Bacaan pun aku rasa macam tunggang langgang, tapi aku tak mampu nak ulang balik sebab aku tau, hasilnya tetap sama. Takleh nak konsentret, kepala ni berdenyut-denyut sangat.
Pulak tu, memang tak mampulah nak laksanakan di awal waktu. Banyak masa aku asyik terbaring je. Aku solat jugak bila aku kuatkan habis seluruh tubuh ni nak bangun ambik wudhu’ dan berdiri tegak untuk solat. Aku kuatkan jugak pun sebab dah sedar waktu solat macam dah nak hujung-hujung je.
Yang aku fikirkan, Allah mengerti keadaan aku yang tengah sakit ni, so, leh consider la amal ibadat yang dibuat yang penuh dengan cacat cela dan kekurangan ni serta teramatlah ringkas ni. Tapi, bila kawan aku remind balik cerita pasal Nabi Ayub tu, rasa takut pulak bila aku sedar yang aku pun dah mula mencipta alasan untuk melengah-lengahkan amal ibadat dek kerana sakit. Memang nak kena betul la dengan Tuhan kalau berpegang dengan fikiran yang aku fikirkan tu.
Tapi, bila difikirkan balik, memang aku tak mampu. Nak buat macam mana. Ni kira nak sedapkan hati jugaklah. Tapi, bila difikir-fikirkan lagi, yang jadi masalah sebenarnya adalah iman aku. Rasa bertuhan tu kurang, rasa cinta pada Tuhan tu tak ada, rasa takut apatah lagi. Boleh pulak kan nak mintak pelepasan dari kewajipan yang Tuhan dah berikan. Memang dasar tak sedar diri lah. Dah la hamba, hina pulak tu. Kalau tak kerana Rahmat Tuhan, dah lama dah aku ni binasa.
Kalau benar ada iman yang betul-betul benar, sakit macam mana pun tetap aku kuatkan diri jugak bangun laksanakan perintah Tuhan pada waktu dan cara yang Dia dah tetapkan. Ni baru sakit sikit pun dah mula nak beralasan. Nabi Ayub dulu sakit laaagi teruk, boleh je tetap konsisten dengan amal ibadat yang baginda laksanakan di waktu sihat dulu.
Sampai bila nak tetap dalam keadaan begini? Selesa hidup biarpun hakikatnya aku memang tak dapat nak pastikan langsung hati ni kategori hati yang sejahtera atau sebaliknya. Entahlah...........

P/S: Sekarang ni, kawan aku tu pulak yang diuji oleh Allah dengan dugaan sakit ni. Dan ujian untuknya pula aku yakin lebih teruk dari apa yang aku rasa dulu. Sampai ada possibility untuk tangguhkan semester ni pula. Mohon sesiapa yang baca entry ni doakan semoga kawan aku tu cepat sembuh dan dapat balik ke kelas seperti sedia kala...
0 Komentar:
Post a Comment